Sunday, April 18, 2010

KALAULAH ALLAH TELAH TERIMA TAUBAT ZAID ....


Taktik buruk dalam kempen Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang memalukan calon PKR, Datuk Zaid sungguh mengaibkan. Inilah dikatakan mereka dalam situasi terdesak untuk menang, akan lakukan apa sahaja untuk. Ceramah-ceramah mereka, walaupun kebanyakan pemimpin-pemimpin yang dikatakan popular, tidak dapat menarik pengundi-pengundi Hulu Selangor, mereka hanya mampu mengumpul bawah 100 orang sahaja.

Lihatlah gambar yang telah diubahsuai yang diedarkan semasa penamaan calon, tetapi dengan kehendak Allah S.W.T, kebenarannya kita terbukti. Lihat di atas, ternyata telah diubahsuai. Datuk Zaid telah mengaku sememangnya semasa muda, beliau pernah minum arak tetapi kini telah insaf dan bertaubat. Manusia bukannya seperti Nabi ataupun Malaikat, pasti kita buat dosa, tetapi paling penting apabila sudah sedar kita perlu bertaubat dan jauhi dosa tersebut, jadinya siapa kita nak ungkit dosa Datuk Zaid sekarang, apabila kita beliau sudah bertaubat.

Jikalau Allah telah menerima taubat beliau, orang yang tabur fitnah pasti berdosa besar. Jangan kerana politik kita sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, Datuk Zaid kalau kotor sekarang, beliau baru dalam PKR, dahulu beliau parti mana? beliau produk mana?.

No comments: