Friday, May 9, 2008
AMK Batu di Pasar Malam Kg Batu Muda malam ini!
RPK telah dibebaskan
Sesi Ramah Mesra di Pasar Malam Kg Batu Muda malam ini
Dijemput hadir beramai - ramai bagi memeriahkan pasar malam pada malam ini. - AA
Program Pasar Malam Jalan Kuching Dan Candle Light Vigil Dataran Merdeka
9 Mei 2008
Sesi ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung pasar malam dan penjualan Suara Keadilan serta sebaran Risalah AMK Batu buat kali ke 2 diteruskan oleh AMK Batu pada malam tadi. Kali ini tertumpu di Pasar Malam Jalan Kuching (berhampiran Flat PKNS Jalan Kuching).
Kehadiran AMK pada malam tadi mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada para peniaga dan pengunjung pasar malam tersebut. Mereka tidak putus - putus melemparkan senyuman dan bertegur sapa dengan rombongan AMK yang disertai hanya seramai 3 orang sahaja iaitu, Rozan Azen (Ketua AMK), Helmi (Biro Penerangan) dan Akmal Hisyam (Naib Setiausaha).
Walaupun hanya 3 orang AMK yang menyertai sesi ramah mesra dan penjualan Suara Keadilan serta penyebaran Risalah AMK Batu, namun Suara Keadilan telahpun dapat dijual sebanyak 55 naskhah dalam tempoh hanya 25 minit. Ini jelas menunjukkan sokongan dan sambutan terhadap AMK Batu khasnya dan Parti Keadilan Rakyat amnya.
Terdengar juga kata - kata mereka yang menyindir mengenai naskhah Suara Keadilan yang nipis, namun dapatlah difahami bahawa mereka mahukan Suara Keadilan yang lebih tebal dan berisi serta bermanfaat, lantas mampu untuk diterbitkan setiap hari. InsyaAllah, suatu hari nanti semoga Suara Keadilan boleh diterbitkan sebagai akhbar harian.
Pada malam tadi juga, AMK Batu turut mempunyai wakilnya bagi menyertai Candle Light Vigil buat Raja Petra Kamaruddin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara yang dijadualkan bermula jam 8 malam itu turut disertai oleh YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) dan Hishamuddin Rais (aktivis Reformasi) serta lebih kurang 50 orang penyokong Raja Petra Kamaruddin.
Sejak dari petang lagi, kawasan sekitar Dataran Merdeka telah ditutup dan pihak Polis Di Raja Malaysia telah mengawal keadaan dengan meletakkan trak FRU serta kenderaan polis yang lain. Dianggarkan seramai lebih kurang 200 orang anggota polis yang berlegar di sekitar Dataran Merdeka bagi mengekang kemaraan pencinta keadilan yang berjumlah seramai 50 orang!
Sementara itu, di dalam bangunan Kelab Di Raja Selangor berhampiran Dataran Merdeka, terdapat sebuah majlis meraikan Raja Petra yang dianjurkan oleh Marina Lee Abdullah (isteri Raja Petra) dan kenalan rapat Raja Petra. Mengikut maklumatnya, Raja Petra akan dibebaskan pada hari ini (9 Mei) setelah diikat jamin oleh isterinya.
Tian Chua, Hishamuddin Rais dan penyokong - penyokong lain berjalan sekitar Dataran Merdeka untuk berusaha memasuki Kelab Di Raja Selangor dan menyertai program yang dianjurkan oleh Marina Lee Abdullah tersebut namun dihalang oleh pihak polis yang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Setelah berbincang dengan ASP Annand, akhirnya kami dibenarkan berjalan merentasi Dataran Merdeka untuk menuju ke Kelab Di Raja Selangor tersebut.
Namun setibanya di kelab itu, hanya Tian Chua, Hishamuddin Rais dan beberapa penyokong sahaja dibenarkan masuk kerana tempat itu adalah kelab persendirian dan terhad kepada jemputan sahaja. Kehadiran Tian Chua dan Hishamuddin Rais serta rombongannya mendapat tepukan yang cukup gemuruh dari hadirin yang lain. Tian Chua meneruskan upacara memasang lilin bagi menyatakan sokongan terhadap Raja Petra.
Isteri Raja Petra yang tersenyum dan gembira dengan kehadiran Tian Chua dan Hishamuddin Rais menyatakan bahawa ini adalah petunjuk bahawa rakyat tidak gentar dengan tekanan dan ugutan dari kerajaan demi menyatakan keadilan dan kebenaran. - AA
Yeah. JUSTICE FOR ALL...TANTUYA!
Thursday, May 8, 2008
Pasar Malam Taman Beringin & Malam Solidariti Raja Petra Kamaruddin
Sebelum bermulanya program ini, semua AMK Batu berkumpul di bilik gerakan Keadilan Taman Beringin. Program AMK Batu kali ini mendapat liputan oleh akhbar Sinar Harian dan Ketua AMK, Rozan Azen telah ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian mengenai halatuju, dasar dan program AMK untuk penduduk kawasan Batu.
Setelah selesai program di Pasar Malam Taman Beringin, kami semua bergegas pula ke Penjara Sungai Buloh bagi menyertai dan memeriahkan lagi upacara Malam Solidariti Untuk Raja Petra Kamaruddin. Setibanya disana, seramai lebih kurang 300 orang memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh dan ketika itu sedang berlangsung upacara membaca puisi yang disampaikan oleh salah seorang kenalan rapat keluarga Raja Petra.
Turut kelihatan hadir ialah YB Ronnie Liu dan teman - teman beliau. Upacara pembacaan doa turut dilakukan dan doa telah dibaca oleh Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip. Selang beberapa minit selepas itu, Marina Lee Abdullah, isteri kepada Raja Petra turut hadir bagi menyertai upacara yang dianjurkan.
YB Ronnie Liu turut mengumumkan t-shirt yang akan dibuat memaparkan wajah Raja Petra dan tulisan JUSTICE FOR ALL... TANTUYA. Sebanyak 1000 helai akan dibuat pada peringkat permulaan.
Kumpulan anak muda dari Anwar Ibrahim Club (AIC) turut kelihatan dan mereka mengutip tandatangan dari hadirin bagi menyatakan sokongan terhadap Raja Petra dan akan diserahkan kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Upacara diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku sekitar jam 10.40 malam.
Yeah...
JUSTICE FOR ALL... TANTUYA!
Laporan disediakan oleh:
Khairul
Tuesday, April 29, 2008
Ahli Parlimen BATU
YB Tian Chua telah selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen BATU di Parlimen Malaysia pada 28 April 2008 yang lalu.
Berita lanjut menyusul kemudian.
Friday, April 25, 2008
Buku Terbaru Tulisan Hishamuddin Rais

KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
Hegemoni media daulah pecah
Dapat dibeli di semua kedai buku minggu ini:
1) MPH
2) Kinokuniya
3) Borders
4) Time
5) Coop Book Store
6) Popular BOOK Store
7) RiceCooker Annex Central Market
Buku akan di lancarkan dan dijual di Bau Bau Cafe Annexe Central Market
Pada 1 May 2008
Aturcara majlis:
8.30 pm – Pelancaran Buku
8.45 pm - Jamuan
9.00 pm – Party muzik/bands
Semua dijemput hadir,
Hishamuddin Rais
Pelik! Yang Dicabul Pula Yang Meminta Maaf
Dipetik dari Roslan SMS Blog
Akhirnya semua selesai. Sipelapor telah menarik balik laporan polisnya, manakala tertuduh barangkali tersenyum lega.
Asalnya kita difahamkan seorang ahli Parlimen yang digugurkan sebagai Menteri kabinet baru-
baru ini dalam keadaan mabuk telah mencabul kehormatan seorang pelayan di sebuah "lounge" hotel lima bintang berhampiran Jalan Tun Sambanthan. Beliau dikatakan telah meraba tubuh wanita berkenaan tanpa kerelaan wanita itu.
Walaubagaimanapun semalam wanita berkenaan "tanpa dipaksa atau disogok" telah menarik balik laporan polis itu. Apa alasannya:
"She was sensitive and moody at the time of the incident" menurut The Star. Beliau menambah telah kenal bekas menteri dari Pahang itu lebih 5 tahun dan kononnya bekas menteri itu sering bergurau senda dengannya tanpa apa-apa niat jahat.
Kata beliau lagi:
When he jokes, he sometimes likes to touch my shoulder or arms but it is something that I accepted as normal among friends especially those we have known for a long time.
Apabila beliau berjenaka, beliau sering akan memegang bahu dan lengan saya, tetapi saya rela kerana ia sesuatu yang biasa terutama bagi kawan lama.
Apakah semua menteri dan bekas menteri Umno berperangai sebegini? Tidakkah ini mengambil kesempatan atas mereka yang tidak berupaya, tidakkah ini suatu bentuk "sexual harrasment"? Saya harap NGO Wanita tidak akan membisu dan menyepi diri dalam hal ini!
Wanita itu turut menambah lagi:
She was used to the VIP's jokes and "rough ways" and had never objected to his actions nor felt offended by it previously.
Beliau telah biasa dengan jenaka VIP berkenaan dan "cara-cara kasarnya" namun tidak pernah sebelum ini menolaknya atau berasa tersinggung.
Akhirnya menurut laporan The Star, wanita itu menyatakan kekesalannya kerana membuat laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.
Tidakkah menteri ini tahu akan batas pergaulan antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain yang bukan mahram? Atau memang itu sudah menjadi amalan biasanya? Yang saya hairan menteri "kurang ajar" itu tidak pun memohon maaf tetapi wanita yang dipegang, disentuh dan diraba olehnya itu pula yang meminta maaf!
Saya harap kes ini tidak berakhir dengan begitu sahaja. Pihak polis perlu menyiasat adakah wanita ini diugut atau disogok untuk menarik balik laporan ini, jika laporan ini palsu, demi menjernihkan imej dan nama baik bekas menteri itu, wanita inilah yang sepatutnya didakwa!
Berita Sekitar Lawatan Anwar Ibrahim ke Sabah dan Sarawak
Kisah di Sarawak: KeADILan Sarawak Diperkasa Dengan Keahlian Baru
Saya ke Mambong, Sarawak melancarkan KeADILan yang memperoleh keahlian baru terutama di kalangan suku kaum Bidayuh.
Sesudah itu di Kuching saya menemui pimpinan KeADILan Sarawak dan wakil media.
16 tokoh politik, sarjana dan profesional Iban menyertai KeADILan serentak. Ini termasuk tokoh penting Nicholas Bowing, Stanley (Setiausaha Agung SNAP), Derryl (Ketua Pemuda SNAP), dan lain-lain. Penyertaan mereka jelas memberi nafas baru kepada perjuangan kita di Sarawak.
Setibanya di KLIA saya mengadakan perbincangan dengan Simon Zadek, Pengarah Eksekutif Accountability.
ANWAR IBRAHIM
Kisah di Sabah: Betapa Mereka Benar-Benar Gelabah!
Semalam di Sabah
Bikin penguasa gelabah
Ada konco melatah
Konon kita merasuah!
Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.
Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.
Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.
Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.
Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.
Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!
ANWAR IBRAHIM
Makkal Osai Kembali Beroperasi.
Tahniah Rakyat Malaysia!
Untuk berita lanjut, sila klik disini.
Lapan Tahanan ISA diseludup polis ke lokasi rahsia
Kesemua lapan tahanan itu dibawa secara senyap dan dikurung selama seminggu bermula 19 April hingga 27 April, dan pemindahan mereka dari Kem Tahanan (Kemta) Kamunting itu tidak dimaklumkan kepada ahli keluarga tahanan, menurut kenyataan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 24 April lalu.
Maklumat penyeluduhan itu diperolehi dari peguam para tahanan. Menurut sumber GMI, tiada sebarang tunjuk sebab diberikan pihak berkuasa berhubung pemindahan itu, seraya mencetuskan keraguan diatas kerahsiaan tersebut.
“Menurut sumber berkenaan, tahanan-tahanan berkemungkinan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur,” menurut Setiausaha GMI,
“GMI bimbang tahanan-tahanan ini didera secara mental dan fizikal semasa di PRC. Keluarga dan tahanan tidak diberitahu bila dan tempat penahanan manakala tahanan pula tidak mempunyai sebarang akses kepada keluarga mahupun peguam,” tegas Nalini.
Sebelum ini, Suara Keadilan isu 133 melaporkan GMI melancarkan kempen “Cukuplah 6 Tahun Kezaliman” dalam usaha membebaskan semua tahanan-tahanan ISA, khususnya tahanan yang melebihi 6 tahun pemenjaraan. Kesemua tahanan ‘veteran’ itu dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) tanpa bukti kukuh.
Ketika melancarkan kempen yang bermula April hingga Jun nanti, GMI mengulangi seruan kepada rakyat prihatin, khususnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat, supaya menekan kerajaan pusat untuk membebaskan tahanan atau memberi keadilan sewajarnya di mahkamah.
Dari siasatan peguam GMI, tahanan-tahanan yang dibawa secara rahsia dari Kemta ke
a. Mat Sah bin Mohd Satray (dikurung 6 tahun)
b. Abdul Murad bin Sudin (dikurung 6 tahun)
c. Mohd Khider bin Kader (dikurung 6 tahun)
d. Abdullah Daud (dikurung 6 tahun)
e. Suhaimi bin Mokhtar (dikurung 6 tahun)
f. Sulaiman bin Suramin (dikurung 6 tahun)
g. Yazid Bin Sufaat (dikurung 6 tahun)
h. Zaini bin Zakaria (dikurung 6 tahun)
Tegas kenyataan itu lagi, GMI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa memindahkan tahanan-tahanan tersebut dengan sewenang-wenangnya kerana besar kemungkinan soalsiasat dijalankan semula keatas tahanan terbabit.
Dari testimoni bekas tahanan ISA, kerajaan menggunakan taktik deraan fizikal & mental keatas para tahanan ketika sesi soal-siasat. Kes-kes rogol dan liwat keatas tahanan wanita mahupun lelaki juga dilaporkan berlaku.
Tambah kenyataan itu lagi, pihak polis telah melanggar undang-undang kerana Seksyen 73 ISA menggariskan bahawa pihak berkuasa tidak lagi boleh menyoal-siasat selepas 60 hari penuh tempoh siasatan awal diberikan sejurus penahanan dibawah ISA.
“Oleh yang demikian, GMI menuntut penjelasan dari pihak polis dan kerajaan kenapa tahanan tersebut dipindah keluar dari Kemta ke PRC di Kuala Lumpur. Suhakam juga perlu membuat lawatan segera dan melawat tahanan-tahanan itu untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik dan tidak didera,” kata Nalini.
Wednesday, April 23, 2008
RUSTAM A SANI MENINGGAL DUNIA


Alfatihah - Bekas Ketua Penerangan KeADILan Meninggal Dunia Pagi Ini (23 April)
RUSTAM SANI (11 Ogos 1944 - 23 April 2008) meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada jam 3 pagi ini kerana sakit jantung.
Alamat rumah adalah 7519 Batu 6 3/4, Bkt Lela Gombak. Pengembumian dijangka dijalankan selepas Zohor. Rustam Sani adalah anak kepada pengasas Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti Rakyat, Ahmad Boestamam.
Allahyarham adalah antara penulis dan 'cendekiawan awam' yang penting di Malaysia. Pada tahun 1988/89, Allahyarham telah dianugerahkan 'Hadiah Sastera Negara' dalam kategori esei dan kritik sastera. Dalam bidang politik, Allahyarham pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (sebelum pergabungan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional), Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pengarang akhbar parti Suara Rakyat (nama asal Suara Keadilan).
Antara buku-buku karya beliau adalah: Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992); Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993); Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993); Menjelang Reformasi (2004); Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004); dan Bercanda dengan Mahathir (2006).
Maklumat selanjutnya boleh didapati daripada laman blog Allahyarham: http://rustamsani-nuranirakyat.blogspot.com/
Sekian, terima kasih.
Tuesday, April 22, 2008
SENARAI EXCO TERTINGGI AMK BATU
ANGKATAN MUDA KEADILAN
PARTI KEADILAN RAKYAT
BAHAGIAN BATU
KETUA
ROZAN AZEN MAT RASIP
TIMBALAN KETUA
AMIR HAMZAH AMHA
SETIAUSAHA
NOR SHARIZAL ABDUL RAZAK
NAIB SETIAUSAHA
MOHD AKMAL HISYAM AHMAD TAMYIZ
BENDAHARI
VIJAYANDRAN A/L CHANDRA DASS
KETUA PENERANGAN
SIDEK ISMAIL
BIRO PENERANGAN
HELMY MOHAMED
GANESAN NAIR @ VICTOR
PAISAL HAJI SAID
HARRIS MOHD SANI
BIRO POLITIK DAN STRATEGI
M KHAIRUL ANWAR BIN MAT AZIDIN
BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN
MUSTAPA KHALID JAHAYA
SYED MOKHSEN SYED HUSSIN
BIRO KEMASYARAKATAN DAN KEBAJIKAN
YATIZA NURULAIN YAHAYA
AHMAD NAFIL ZAFRANEE ZAKARIA
BIRO KEAHLIAN DAN KADERISASI
MUHAMMAD KARIM ABDULLAH
FAIZ KWAN ABDULLAH
KOORDINATOR KAUM INDIA
RAVINDRAN A/L VENGADASAMY
KOORDINATOR KAUM CINA
RAYMOND
Mesej Dari Biro Keahlian & Kaderisasi AMK Batu
Sehubungan dengan itu, Biro Keahlian & Kaderisasi, Angkatan Muda Keadilan Bahagian BATU mengalu - alukan minat dan usaha anda yang ingin menyertai kami. Sekiranya anda berada di kawasan Parlimen Batu, anda dijemput untuk ke Pejabat Keadilan Bahagian Batu bagi mengisi borang keahlian.
Kami juga turut mencari Angkatan Muda Keadilan dari kalangan perempuan / wanita dari semua kaum. Sesiapa sahaja yang berminat, bolehla berhubung dengan Pejabat Bahagian untuk proses menjadi ahli.
Selamat Berjuang.
Komited - Tulus - Perkasa
Muhamad Karim
Biro Keahlian & Kaderisasi
AMK Bahagian BATU
Monday, April 21, 2008
Permit Suara Keadilan - Kejayaan Semua Pihak

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
(atas Hong Leong Bank, sebelah Monorail Station)
Telefon: 03-22723220, 03-22724220 Faks: 03-22721220 Website: www.keadilanrakyat.org Email: biropen@gmail.com
Kenyataan Media
20 April 2008
Kelulusan Permit Suara Keadilan Satu Kejayaan
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) melihat keputusan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk meluluskan permohonan permit akhbar Suara Keadilan, adalah satu kejayaan kepada perjuangan KeADILan selama tiga tahun menuntut permit diluluskan.
KeADILan mengalu-alukan pengumuman Menteri Dalam Negeri meluluskan akhbar milikan KeADILan ini serta mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan hari ini kerana ia sejajar dengan tuntutan KeADILan dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menuntut hak untuk bersuara dan hak setiap parti memiliki dan menerbitkan surat khabar sendiri.
Maka, keputusan KDN ini akan dapat membuka lebih banyak ruang untuk kritikan serta menyebarkan idea-idea reformasi KeADILan dengan lebih meluas dan berkesan.
Walau bagaimanapun, tindakan KDN meluluskan permit Suara Keadilan dalam tempoh 50 hari selepas pilihanraya adalah sekelumit dari permasalahan yang jauh lebih besar, iaitu dasar kerajaan Barisan Nasional yang masih mengongkong kebebasan media dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan demokrasi dalam negara, akta-akta di atas harus dimansuhkan dan langkah yang lebih menyeluruh wajar diambil agar ruang kebebasan media benar-benar terjamin, misalnya apa yang terjadi ke atas surat khabar Tamil Makkal Osai baru-baru ini tidak harus berlaku.
Sesungguhnya, asas kemajuan sesebuah negara adalah ruang media yang bebas bagi memastikan pentadbiran kerajaan telus dan rakyat dapat menyuarakan pandangan berkenaan polisi negara dan keputusan kerajaan dalam pelbagai isu.
Lidah rasmi KeADILan mula diterbitkan sejak Jun 2005 dengan dua minggu sekali. Permohonan permit telahpun dikemukakan kepada KDN ketika itu namun tidak mendapat sebarang jawapan selama tiga tahun. Berpuluh-puluh surat pertanyaan telah dihantar ke KDN dan satu memorandum telah diserahkan kepada Suhakam, namun masih terdapat ramai pengedar diintimidasi dan beribu-ribu nashkah Suara Keadilan dirampas oleh KDN kerana status permit yang tidak jelas.
Tian Chua
Ketua Penerangan
Ahli Parlimen Batu, WP
Parti Keadilan Rakyat




