| ||||||||
Thursday, July 31, 2008
PRESS STATEMENT - Anwar Ibrahim to contest in by-election as soon as possible
Tuesday, July 29, 2008
Md Zaman Md Tasi : Jaminan Polis OKT Protes / Geramm Dilanjutkan
Ketua AMKWP, Md Zaman Md Tasi yang ditanya mengenai perkembangan kes OKT Protes/Geramm menjelaskan bahawa jaminan polis keatas tahanan telah dilanjutkan ke 28 September 2008.
Dalam sesi lapor diri di IPD Dang Wangi hari Isnin lepas, pihak Polis memutuskan untuk melanjutkan jaminan polis ke atas semua OKT. Md Zaman yang menjadi penjamin kepada kesemua OKT menegaskan bahawa mereka telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada pihak polis. Hadir sama dalam sesi tersebut ialah barisan peguam serta penyokong.
Mengenai kedudukan AMKWP dalam situasi politik terkini pula, Md Zaman mengakui bahawa semakin ramai anak muda Wilayah yang menunjukkan minat untuk bersama pimpinan serta ahli AMK memperjuangkan kebebasan menuju harapan baru Malaysia. Kehadiran masyarakat dalam sesuatu aktiviti juga menunjukkan peningkatan.
Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari
Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.
Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.
Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.
Malaysia bila lagi?
Laporan Kesihatan Saiful Sahkan Konspirasi

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
29 JULY 2008
The hospital report leaked yesterday confirms our contention that the allegations leveled against me are baseless and politically motivated and that the complainant is an outright liar working hand in glove with those in power to assassinate my character and attempt to derail the people's aspirations for transformational change in Malaysia.
This report makes a mockery of the so-called "impartial police investigations" and clearly shows the dubious but persistent attempts to incriminate me by whatever means employable.
How else can we fathom why the police during the last four weeks of their "thorough and professional investigations" have overlooked such a critical piece of evidence? I condemn in the strongest terms their negligence, dishonesty and recklessness in humiliating the nation by dragging us all through this vile and filthy charade.
Our refusal to submit a DNA sample has been vindicated. The failure of the police to disclose this medical report all but confirms their intention to frame me. Although quite apparent even before yesterday, their desperate attempt to collect a new DNA sample is now even more clearly a last ditch effort to build a case where none exists. The statement by Bar President Dato' Ambiga Sreenevasan in response to this latest development bears repeating.
"The credibility of the Malaysian justice system as a whole is therefore at stake. The integrity of professionals, be they doctors or lawyers, must never be interfered with. The public must be left in no doubt that the criminal justice system in this country will not be misused or abused."
Several weeks ago I filed a police report implicating Musa Hassan and Gani Patail in the conspiracy to fabricate evidence in my 1998 case. The ACA subsequently opened an inquiry into the matter. Given their current involvement as heads of the police and Attorney General's chambers, and their earlier attempts to discredit and defame me, I have consistently asserted that a fair investigation into this matter would be impossible, notwithstanding the dubious character of the complainant and his association with the Deputy Prime Minister, the Deputy Prime Minister's wife and, her staff, as well as key figures in the police department.
I reiterate earlier calls to ensure the safety and security of the doctor who authored this medical report. Reports that he and his family may be in danger must not be taken lightly given earlier instances when key witnesses in high-profile cases in Malaysia have been threatened, coerced or gone missing.
My family and I have endured a great deal during the last month. Our fears of a repeat of the trauma and abuse inflicted upon us in 1998 were bearable only with the tremendous outpouring of support from our friends in Malaysia and throughout the
world. We breathed a deep sigh of relief upon hearing of the report and after seeing it with our own eyes felt a great burden lifted from our shoulders. We remain eternally grateful to them for their belief in us and their commitment to the cause of freedom and justice in Malaysia.
I have willingly cooperated in the police investigations; careless and vindictive though it has turned out to be. But I have decided that nation is in a grave situation economically and socially and I can no longer be distracted by such nuisances. I am now determined to move ahead with the reform agenda, which the Malaysian people endorsed in the last elections, and I do not intend to address these scurrilous accusations anymore.
At a time when the world economy is spiraling into recession and Malaysia has struggled to remain competitive with its neighbors, this scandal was raised at the worst possible moment. The problems of inflation, unemployment, and investor
confidence grow more serious by the day. The authorities, aided by senior Ministers in the government, appear to be willfully dragging the nation's stature down in their last ditch efforts to retain power. The international community has expressed its disdain for what is happening and that will translate to less foreign investment, less tourism and an even weaker economy.
I call upon the government to rise above petty vindictiveness and maneuvering for power, and to be sincere, honest and hence effective in its actions. The national good that, for the moment now reposes in their hands, demands nothing less.
ANWAR IBRAHIM
..............................................................................................................
KENYATAAN MEDIA
28hb JULAI, PETALING JAYA, MALAYSIA
Laporan Kesihatan Saiful Sahkan Konspirasi
Laporan kesihatan yang didedahkan hari ini mengesahkan apa yang selama ini kita percaya - bahawa tuduhan terhadap Anwar Ibrahim tidak mempunyai merit dan didasari kepentingan politik.
Kami amat perihatin dan bimbang dengan sesetengah laporan yang mengatakan pihak polis telah mengambil masa selama tiga hari untuk mencatat keterangan dari Doktor tersebut dan beliau serta keluarga sekarang ini sedang bersembunyi. Kami menuntut jaminan diberikan demi keselamatan dan perlindungan beliau.
Kewujudan laporan ini pasti akan mengikis sebarang keyakinan orang ramai terhadap laporan polis yang difailkan terhadap Anwar Ibrahim, laporan yang masih diselubungi kerahsiaan. Mengapa laporan kesihatan ini baru mulai muncul hari ini, hanya selepas satu bulan tuduhan dibuat, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermalam di dalam penjara, dan hanya selepas pihak polis membelanjakan sebegitu banyak wang dan masa demi kes ini?
Mestilah didedahkan semua fakta berkaitan kes ini kepada umum. Jika tidak kami percaya rakyat akan hilang keyakinan dengan institusi-institusi awam di negara ini terutamanya integriti pejabat Ketua Polis Negara.
Sebagaimana rakyat Malaysia lainnya kami sedang memerhati sebarang perkembangan kes ini dengan hati-hati - dengan harapan negara ini akan dapat meninggalkan saat jelik ini dalam lipatan sejarah dan mula melangkah ke hadapan.
PKR amat komited untuk melangkah ke hadapan bersama rakan-rakan DAP dan PAS untuk membentuk agenda ekonomi baru, bersama menyelesaikan masalah serius yang dihadapi oleh rakyat seluruhnya terutamanya kenaikan harga yang mendadak, pengangguran dan kadar jenayah yang tinggi.
Prospek buat perubahan mengambil tempat semakin kuat apatah lagi dengan kemungkinan yang amat besar bagi Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kali pertama dalam jangka masa 10 tahun ini.
SALEHUDDIN HASHIM
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
Monday, July 28, 2008
Anwar umum tanding di Kulim, jentera telah bersiap sedia
“JIKA tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu ini.Terima kasih kepada Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.
Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bandar Bharu mempunyai 67.93% undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.
Katanya lagi, Barisan Nasional akan menggunakan pelbagai taktik bagi menghalang beliau untuk menjejakan kaki ke Parlimen.
“Baru-baru ini saya dipaksa mengisi borang yang mengaitkan saya mangsa rogol,malah dikatakan diarahkan oleh orang atasan.Seluruh badan saya diperiksa dan ini amat memalukan saya,saya menghalang gambar saya dari diambil kerana menjaga maruah saya.Kenapa saya di buat begini adalah kerana saya melawan mereka ”
“Saya dipenjara , saya keluar saya lawan,saya di telanjang,saya pakai baju dan saya lawan,saya di pukul ,saya berubat dan saya balik dan bebas , saya akan lawan habis –habisan,” katanya lagi.
Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu,malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu.dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang melayu .
Anwar turut menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Hadi Awang bagi menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu dan Presiden Pas telah mengatakan seluruh jentera Pas akan dikerah membantu beliau.
“Sebelum saya ke Kulim saya telah menghubungi Ustaz Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Beliau telah memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan bagi membantu saya di Kulim. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” Jelas Anwar.
Laporan Doktor Pusrawi Berdasarkan Pemeriksaan Terhadap Saiful
Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.
Doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.
Pada 2.00 petang, 28 Jun 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting yakni Anwar Ibrahim.
Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (seperti diatas) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.
ANWAR IBRAHIM bertanding di P.18
Saturday, July 26, 2008
Semakin terselongkar – semakin rapat Anwar ke Putra Jaya?
| Dari Umno-Reform Written by Webmaster | |
| Friday, 25 July 2008 | |
|
Teori rampasan kuasa dengan mencetuskan kemelut politik dikatakan berlaku dan pertuduhan liwat itu adalah plot kepada skrip yang lebih besar kata MPT Keadilan – Badrul Hisham Shahrin. Adakah ini benar bahawa pertuduhan liwat itu satu konspirasi? Apa pun kalau terbukti ini satu konspirasi maka langkah Anwar Ibrahim menduduki Putra Jaya semakin terbuka luas. Persoalan ini satu konspirasi semakin lama semakin membesar. Parti Keadilan Rakyat sudah semakin hari semakin dapat meyakinkan khususnya mereka di alam siber bahawa ini satu konspirasi. Tindakan Anwar menjelajah keseluruhan negeri juga semakin lama semakin kuat membayangkan ini satu konspirasi. Raja Petra dengan pendedahan terbaru yang akan dibuat mengenai rakaman video mengenai isu liwat Anwar semakin kuat meraih kepercayaan orang bahawa ini satu konspirasi. Apa yang boleh dibagi tahu kepada pelayar www.umno-reform.com ialah : benar, video itu ada dan bukan sahaja video itu wujud tetapi pengakuan orang dalam video itu dikatakan jelas mengatakan bahawa Najib terbabit. Pengakuan video itu dimaklumkan kepada kami juga memperkatakan bahawa Bekas Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor ada bertemu dengan Saiful dan ini menguatkan hujah dalam keadaan Ezam Mohd Nor sedang sibuk berusaha menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. Politik Melayu semakin keliru. Politik bukan semakin hebat tetapi semakin sadis. Politik ini memalukan Melayu dan politik itu sendiri merugikan Melayu. Dalam keadaan pergolakan ini usaha untuk terus mengeruhkan keadaan semakin menjadi-jadi. Ditambah pula tidak lama lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan mereka. Dari keruh bukan semakin jernih tetapi semakin menggusarkan kedudukan orang Melayu, kedudukan UMNO dan Barisan Nasional. Tanpa ragu Barisan Nasional khususnya UMNO masih gagal dalam menangani serangan baik siber atau secara realitinya. UMNO semakin terus dibelasah dan keadaan ini memberi petanda yang kurang menarik bagi UMNO. Mungkin keadaan yang ada dalam UMNO dan Barisan Nasional ini mengalihkan pandangan dan sokongan rakyat dari UMNO kepada PAS atau Parti Keadilan Rakyat. Mungkin ini akan menyebabkan jalan Pakatan Rakyat memerintah semakin kukuh dan Anwar semakin nampak jalan ke Putra Jaya. |
Perhimpunan 10 Ogos serah memo kepada Pengarah DBKL
Adnan Ibrahim | Foto Nasir Sudin
Fri | Jul 25, 08 | 12:16:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Majlis Permuafakatan Kampung Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat) akan menyerahkan memorandum kepada Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dato' Salleh Yusup pada 10 Ogos ini dalam satu perhimpunan di Madrasah Tarbiyah Kampung Bandar Dalam, Gombak, di sini.
Pengerusinya, Ishak Surin berkata Muafakat menuntut supaya perkampungan Melayu tradisi diwartakan sebagai perkampungan warisan.
Menurut beliau, usaha terakhir sedang dilakukan bagi mengemaskinikan memorandum kampung terbabit iaitu Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam dan Kampung Chubadak bagi Parlimen Batu manakala Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah bagi kawasan Parlimen Wangsa Maju.
"Kami sedang kumpulkan memorandum itu dan akan umumkan pada 10 Ogos dalam perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di madrasah tersebut dan Ketua Pengarah DBKL dijangka akan turun," ujarnya.
Pada waktu itu kata beliau, bendera hitam akan dinaikkan sebagai tanda muafakat penduduk yang terdiri daripada pelbagai aliran politik sama ada PAS, PKR dan Umno.
"Kita ketepi kepentingan parti politik kerana seluruh parti politik bersatu di bawah Muafakat. Bendera hijau, biru muda dan biru tua kita turun dan kita naikkan bendera hitam. Saya daripada PAS, Tian Chua daripada PKR dan Timbalan Pengerusi Muafakat daripada Umno," ujarnya berselorah.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Gontong Royong Penduduk Kampung Padang Balang, Gombak di sini, baru-baru ini.
Beliau turut melahirkan kekesalan dengan sikap DBKL kerana sejak pukul 8.00 pagi penduduk menunggu kehadiran mereka untuk menyerahkan memorandum penduduk Kampung Padang Balang tetapi lain yang datang.
Katanya, golongan wanita sampai tidak tidur malam untuk menyiapkan kueh tetapi pihak DBKL tidak datang untuk meraikan penduduk kampung sebaliknya dihantar jengkaut seolah-olah mahu menghina penduduk.
Turut berucap dalam majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Barisan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang, Haji Zainal Abidin Maa's yang menyifatkan kampung tersebut sudah wujud sejak 1840 lagi dan memang layak diwartakan sebagai kampung warisan. - mnsPenghinaan DBKL terhadap warga kota
Adnan Ibrahim | Foto Nasir Sudin
Fri | Jul 25, 08 | 12:39:41 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 (Hrkh) - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghantar jengkaut di Majlis Gotong Royong Kampung Padang Balang, Gombak di sini, dianggap penduduk sebagai penghinaan kepada mereka dalam masa warga kota membantah Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Kampung Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat), Ishak Surin berkata, Muafakat meminta pihak DBKL turun sama ada menghantar pegawai di majlis gotong royong tersebut untuk menyerahkan memorandum penduduk Kampung Padang Balang.
"Kita amat terkilan kerana mengikut maklumat apa yang diminta lain yang diberi. Kita minta pihak DBKL turun atau mana-mana pegawai cawangannya tetapi mereka hantar jengkaut. Ini seolah hendak menghina kita," ujarnya ketika berucap di majlis tersebut, baru-baru ini.
Sehubungan itu, Ahli Parliman Batu Tian Chua bersama Ahli Parlimen di Kuala Lumpur akan mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' AB Hakim Borham meletak jawatan sekiranya beliau tidak mahu menerima memorandum bantahan terhadap Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya.
Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap DBKL yang tidak turun di dua tempat melibatkan penduduk warga kota iaitu di Taman Rainbow, Sentul dan Kampung Padang Balang pada hari yang sama.
"Saya rasa hari ini sahaja dua kejadian kecuaian besar (DBKL) kerana tidak ambil berat dan tidak hargai insentif penduduk.
"Sebelum ini, saya di Taman Rainbow bersama penduduk yang menunggu sejak pukul 8.00 hingga 9.30 pagi kerana protes tempat letak kereta yang menyusahkan orang ramai untuk sembahyang tetapi DBKL tidak datang sebaliknya yang datang satu lori menghalau orang berkumpul. Bila saya sampai di sini (Kampung Padang Balang) juga dapat berita yang sama," ujarnya.
Beliau menambah, sebelum ini pihak DBKL bersetuju memberi perbelanjaan kepada penduduk untuk diadakan sedikit jamuan dalam program gotong royong dengan syarat tidak melalui Ahli Parlimen sebaliknya sampai sekarang peruntukan tersebut tidak diberi kepada setiap kawasan parlimen.
"Sepatutnya DBKL melayan dengan baik penduduk warga kota dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bersedia mendengar respons mereka," ujarnya.
Ketika berucap di majlis tersebut, beliau memuji sikap penduduk yang mengambil insentif dan tanggung jawab bersama menjaga kepentingan kampung di samping berterima kasih kepada jabatan serta unit kerajaan yang hadir menjayakan program tersebut bagaimanapun ia kurang sempurna tanpa sumbangan DBKL.
Mengenai Draf Kuala Lumpur 2020, beliau menyifatkan draf yang boleh mempengaruhi pembangunan Kuala Lumpur itu tidak perlu dilulus dan dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa kajian dan perundingan dengan penduduk warga kota terutama mereka yang terbabit.
Ini kerana kata beliau pelan tersebut boleh memberi kesan dan perubahan besar terutama agama, budaya serta pengstrukturan warga kota sekarang dan pada masa 20 tahun akan datang kepada anak cucu mereka.
"Kita dapati pelan ini ada banyak kelemahan secara umum kerana kurang mengambil kepentingan keperluan penduduk sebaliknya seolah-olah cuba merancangkan Kuala Lumpur hanya untuk kekayaan pemaju sahaja.
"Kita lihat banyak kawasan yang dibangunkan tetapi dari segi penduduk ia amat membimbangkan kerana ramai yang terjejas terutama perkampungan tradisi Melayu yang wujud di Kuala Lumpur," ujarnya.
Selain itu kata beliau, perancangan bandar jarang memperhatikan dan tidak mengambil kira faktor budaya, sejarah agama dan semangat kekampungan.
"Kita akan ajukan perkara ini kepada DBKL. Saya amat prihatin dan berikrar akan mempertahankan tradisi kampung dan akan memastikan warisan ini tidak dikebumi. Pembangunan tidak harus korbankan faktor tersebut dan ia tidak boleh diukur dengan kebendaan dan wang. Mari kita pertahankan warisan kita supaya anak cucu kita tidak lupa asal mereka," katanya. - mnsFriday, July 25, 2008
LIWAT 2008 : KONSPIRASI SIAPA?
| Posted by Super Admin Malaysia Today | |
| Thursday, 24 July 2008 13:25 |
Watch the videos below
http://www.youtube.com/watch?v=MVNZ11L0yoo
http://www.youtube.com/watch?v=LqUzrBSAQSk
http://www.youtube.com/watch?v=ifwy1yORLBs
http://www.youtube.com/watch?v=7w8JF2FGS-4
http://www.youtube.com/watch?v=J4X5_G67mZw
"Dah sampai masa rakyat bangun" Fauzi
| | |
| Oleh Bernama | |
| Khamis, 24 Julai 2008 | |
| KL: Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Fauzi, 62, membuat pengumuman itu di Ibu pejabat PKR dengan diapit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya beliau meninggalkan Umno, yang disertai pada 1966, kerana sudah hilang keyakinan kepada parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional dan kepimpinannya. "Saya meninggalkan politik secara aktif lima tahun lepas tetapi senario politik semasa telah memaksa saya kembali semula. Saya fikir sudah sampai masanya rakyat Malaysia bangun. Apa pun saya sudah berehat terlalu lama , katanya pada sidang akhbar. Ahli politik veteran itu pernah menuntut bersama Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Fauzi yang pernah menerajui Umno Bahagian Kuantan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada 1990 sehingga 1995 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi (1995-1997) sebelum menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997-1999). Menjawab soalan, Fauzi berkata beliau tidak menganggap dirinya sebagai orang buangan Umno kerana beliau masih mendapat sokongan daripada penyokongnya di dalam parti itu. "Sebenarnya, penyokong saya mahukan saya bertanding dalam pemilihan Umno bahagian tahun ini tetapi saya menolaknya," katanya. Sementara itu, Anwar mengulangi kenyataannya bahawa tempoh yang ditetapkannya untuk parti pembangkang membentuk kerajaan baru tidak berubah walaupun berdepan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan pembangkang menawan empat negeri -- Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan yang sudah berada di tangan Pas, Anwar berkata gabungan parti pembangkang, PKR, PAS dan DAP, akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept. Anwar berkata PKR juga sedang berbincang dengan PAS dan DAP berhubung "pilihan raya kecil tidak lama lagi" yang akan ditandingi beliau sebelum melangkah ke Parlimen. Menjawab soalan, Anwar berkata ramai lagi anggota Umno akan menyertai pembangkang " tetapi kami akan membuat lebih banyak kejutan dari semasa ke semasa". Berhubung muzakarah di antara PAS dan UMNO seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, Anwar berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan kejujuran PAS. "Saya tidak sangsi dengan komitmen PAS. Saya tidak nampak sebarang masalah yang bakal mendatang," katanya. |
Kemahuan ambil alih kerajaan bukan kerana gila kuasa - Anwar
Thu | Jul 24, 08 | 4:07:25 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar IBrahim berkata, kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa.
Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.
"Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama.
"Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh," ujar Anwar dalam satu ulasannya semalam.
Menurut Anwar, agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu dan tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.
"Tengahari tadi (23 Julai) saya randau dengan lebih 100 pengusaha muda terkemuka negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelas Agenda Ekonomi Baru, menjawab persoalan berkaitan agenda tersebut serta gagasan perubahan Pakatan Rakyat.
"Sudah tentu persoalan pertuduhan fitnah terhadap diri saya juga dibangkitkan. Saya menegaskan, ini merupakan usaha terdesak segelintir yang tidak mengambil berat keadaan negara dan rakyat. Wacana segar terus dipupuk di kalangan mereka yang nyata optimis dengan politik baru yang didukung oleh KeADILan dan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Keluh kesah di kalangan mereka, khususnya mengenai tahap pemberdayaan ekonomi yang lemah kini jelas menggambarkan pelaksanaan dasar yang tidak tepat kerana kepimpinan yang tidak wibawa, katanya.
Pastinya yang terus terkesan ialah rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meninggi, katanya.
"Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan," ujarnya.Thursday, July 24, 2008
Ketua AMKWP Akan Hadir Bersama OKT Protes/Geramm Lapur Diri Di IPD Dang Wangi




Kehadiran OKT tersebut bertujuan bagi melapur diri dalam sebahagian syarat jaminan Polis. Kesemua 6 orang OKT tersebut dibebaskan setelah Md Zaman sendiri menjamin mereka dari tahanan Polis setelah penangkapan.
Menurut Md Zaman, OKT ini adalah contoh terbaik keberanian ahli AMK untuk menyedarkan kepimpinan angkuh BN bahawa semangat anak muda tidak pernah luntur untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan di Malaysia.OKT ini di tahan semasa protes kenaikkan harga minyak di depan Sogo,KL pada 28 June 2008. Mereka yang di tahan adalah :
1. Mustapha - Ikrar
2. Zulfikar - S/U AMK Malaysia
3. Norsharizal - AMK Batu
4. Mohammad Hidhir - Ikrar
5. Mohd Herman - AMK
6. Azrul Amri - AIC
Tambah Md Zaman lagi, AMKWP tetap memprotes kenaikkan mendadak minyak oleh kerajaan BN yang nyata telah menyeksa kehidupan masyarakat dengan peningkatan kos pelbagai lagi bahan keperluan dek kerana keputusan zalim kerajaan BN ini.
Beliau memuji semangat yang ada pada ahli AMK dan akan tetap bersama memacu keperkasaan AMKWP yang lebih cekap.
Peguam yang di jangka hadir adalah Saudara Shamsul Iskandar Md Akin merangkap Ketua AMK pusat serta YB Wee Choo Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju.
Bentuk Kerajaan Persekutuan - Anwar Tetap Konsisten !
Anwar berkata ramai lagi anggota Umno akan menyertai pembangkang
” tetapi kami akan membuat lebih banyak kejutan dari semasa ke semasa”.
Anwar mengulangi kenyataannya bahawa tempoh yang ditetapkannya untuk parti pembangkang membentuk kerajaan baru tidak berubah walaupun berdepan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan pembangkang menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan yang sudah berada di tangan Pas, Anwar berkata gabungan parti pembangkang, PKR, PAS dan DAP, akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept.
Anwar berkata PKR juga sedang berbincang dengan PAS dan DAP berhubung “pilihan raya kecil tidak lama lagi” yang akan ditandingi beliau sebelum melangkah ke Parlimen.
Berhubung muzakarah di antara PAS dan UMNO seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, Anwar berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan kejujuran PAS.
“Saya tidak sangsi dengan komitmen PAS. Saya tidak nampak sebarang masalah yang bakal mendatang,” katanya.
Tian Chua Ziarah Aktivis Di HKL


Tian Chua telah melakukan ziarah salah seorang aktivis UPU Kg Batu Muda - Wan Samsudin di Hospital Kuala Lumpur. Wan Samsudin telah dimasukkan ke HKL setelah didapati menghidap penyakit kencing manis. Tian yang mewakili semua AJK Bahagian telah memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan berharap agar cepat sembuh.
Penduduk Kg Chubadak Tengah Buka Langkah



Seramai lebih kurang 15 wakil penduduk dan tuan punya tanah di Kampung Chubadak Tengah telah mengadakan pertemuan dengan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu. Pertemuan bertujuan bagi mendapatkan penerangan lanjut berkenaan Draf Kuala Lumpur 2020. Pada pertemuan tersebut telah turut dihadiri Sdr Kamil Samad (Timbalan Ketua PKR Batu), Sdr Azli Husin (Naib Ketua PKR Batu), Sdr Chin (Pegawai Hal Ehwal Parlimen Ahli Parlimen Batu) dan Chow Yin selaku peguam yang akan menerangkan dari sudut perundangan.
Sketsa : Puteri Umno dan Samy Vellu
Samy Vellu mendapat jemputan untuk merasmikan satu majlis rasmi di Perak anjuran Puteri Umno, Majlis makan tengahari telah di sediakan, pada hari tu makanan yang disediakan oleh Puteri ialah kari daging.
Sebab tengok kari punya lah pekat, makan pulak dengan nasi lembik panas2.Disajikan dengan papodom sekali..Samy Vellu apalagi pulon sampai 3 pinggan.
Pastu..dah masuk suapan terakhir. Tiba-tiba dia tanya pada ketua puteri nie.”Ini kari kambing sapa masak?”
Maka terkejutlah sang puteri, “Aisey Man… Datuk Seri…… I’m sooo sorry, Itu bukan kambing….. itu lembu”
“Haah!!! Apa you sudah buat!!!”, “Saya tak boleh makan lembu” Samy terkejuutt
“Habisss, macammana ni Datuk Seri…. I’m soo sorry” rintih sang puteri
Disebabkan kari tu terlalu sedap, tiba-tiba Samy pun menghabiskan suapan yang terakhir sambil menjilat-jilat jari nya
“Eh! Datuk Seri kata tak boleh makan lembu, kenapa Datuk Seri teruskan” tanya ketua puteri
“Takpa!! Tak pa, saya baaaaru ingat…..saya Hindu Hadhari….boleh tukar itu law!!!!!”
Eksklusif: Bandar Tun Razak?
| | |
| Oleh Wartawan KLpos.com | |
| Khamis, 24 Julai 2008 | |
| BERITA terbaru ini boleh dikategorikan sebagai khabar angin. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.
Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi. Ini berikutan PKR mahu memberi laluan kepada penasihatnya untuk bertanding di parlimen tersebut. Menurut sumber dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak, mesyuarat tergempar telah pun diadakan beberapa hari lepas bagi membincangkan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut. Lebih menguatkan spekulasi tersebut, KLpos.com diberitahu satu ceramah umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diadakan pada malam 26 Julai ini (Sabtu) di Desa Petaling, Kuala Lumpur. "Anwar dijangka akan umumkan penyertaan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak pada malam itu" kata sumber terbabit. Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi. Tan Chai Ho memenangi kerusi parlimen tersebut sejak 1999 dan pada 2004 beliau mengalahkan calon PKR Dr Rosli Ibrahim dengan majoriti 17,527 undi. Pengundi-pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak terdiri daripada 52.7 peratus pengundi Melayu, hampir 40 peratus pengundi Cina dan selebihnya pengundi berbangsa India dan lain-lain. Kulim-Bandar Baharu Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan kemenangan calon PKR tidak sah.
Pengundi-pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak terdiri daripada 52.7 peratus pengundi Melayu, hampir 40 peratus pengundi Cina dan selebihnya pengundi berbangsa India dan lain-lain. Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini. Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli. Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah). Abdul Khalid, kini menteri besar Selangor, juga memenangi kerusi negeri Ijok. Anwar berkata, belilau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut. Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Kulim-Bandar Baru tiga minggu lalu sebelum Mahkamah Pilihanraya membuat keputusan Ahad lalu. Bercakap dalam dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini. Anwar berkata, bagaimanapun, mahkamah telah menangguhkan petisyen itu didengar pada 19 Ogos depan. Dalam sidang media itu juga, Anwar mengumumkan penyertaan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam PKR. Perjumpaan Umno-PAS Anwar juga diminta mengulas mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pucuk pimpinan PAS sejak pilihanraya umum lalu. "Tiada sebab untuk mempersoalkan kepimpinan PAS, mereka mahu kekal dalam Pakatan Rakyat. "Kerjasama dan komitmen mereka masih kuat dan Pakatan masih kuat," katanya. |



