Anwar membuat keputusan tepat memilih Zaid Ibrahim sebagai calon Hulu Selangor.
Dr Halili adalah di antara 3 senarai nama pendek terakhir sebagai calon Hulu Selangor selain Shamsul Iskandar Ketua AMK pusat.
Sifirnya mudah..kenapa keluar sekarang setelah tidak terpilih? kenapa tidak keluar sebelum Zaid Ibrahim diumum sebagai calon Pakatan Rakyat Hulu Selangor?
Kenapa pula masuk UMNO? nak jadi ejen 1 Malaysia 1 Israel ke?
Mana ada orang masuk ikhlas kata Ezam. Terbukti benar bila Fairus sudah jadi orang kaya baru dengan melangsaikan hutang keretanya RM109,000.00. secara tunai.
Fairus adalah manusia yang tamak. Beliau dibayar RM7,000.00 sebulan selepas beliau tidak lagi menjadi TKM 1 P.Pinang. Rahsia ini dibongkar oleh Rosli Ibrahim adik kepada Anwar Ibrahim kepada sharpshooter.
Tetapi Fairus tamak mahukan sebulan RM15,000.00 tanpa buat kerja hanya goyang telur saja.
Adakah tahun lalu saya memfitnah Fairus bila muncul di tv3 mendedahkan penyelewengan Fairus? Setahun saman fairus tak kunjung tiba. Saya cabar beliau untuk saman sharpshooter sekiranya beliau difitnah.
Dato Salehudin kini adalah antara broker ktak najis yang berjaya setanding zamil ibrahim suatu ketika dulu. Zamil dahulunya adalah broker katak najis yang berjaya memujuk dan merayu serta menggoyahkan iman wakil rakyat PKR dan beliau kini kaya raya.
Dato Salehudin dibayar gaji sebulan RM9,000.00 ketika menjadi setiausaha agong pkr. Memang jenis manusia tamak dan tidak sedar diri diuntung.
Bayangkan betapa mulia dan ikhlasnya ribuan ahli pkr yang lain terutamanya wanita pkr dan amk yang masih terus berjuang menegakkan keadilan yang tidak mengharapkan imbuhan lumayan.
Dato Salehudin juga turut kelihatan bersama zahrain, tan tee beng dan hj mohsin ketika mereka umum menjadi katak najis yang akan mampus tertelan kabat.
Mengapa dato salehudin brsama mereka sewaktu nak menyalin menjadi katak najis ? jawabnya mudah...itulah broker katak najis namanya.
Bagaimanapun Ezam masih lagi belum boleh dianggap broker najis yang berjaya setanding zamil ibrahim kerana hanya berjaya memujuk dan memeluk 2 amk cicak mengkarung sahaja kelmarin. Kesian Ezam dah makan sumpah agaknya.
Anwar membuat keputusan yang tepat bila memilih Zaid Ibrahim sebagai calon Hulu Selangor. Bayangkan jika Dr Halili terpilih calon dan menang lalu menyalin menjadi katak najis?
Saya cukup yakin insyaAllah Zaid Ibrahim akan menjadi YB Hulu Selangor.
Semasa berita ini ditulis, Sharpshooter berada di bilik gerakan utama kuala kubu baru sebelah mini stadium kuala kubu baru.
Nantikan pendedahan sharpshooter seterusnya termasuk bahan bukti.
Monday, April 19, 2010
MEREKA SUDAH SANGKA HALILI BUKAN PEJUANG SEBENAR
HULU SELANGOR - "Kami telah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".
Ini merupakan reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR Latheefa Koya.
Latheefa berkata mereka telah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lepas.
"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Baru di sini Isnin.
Sementara itu tindakan Datuk Dr. Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai Umno dianggap sebagai suatu rahmat daripada Allah kepada Pakatan Rakyat.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sikap yang ditunjukkan Halili katanya membuktikan Pakatan Rakyat tepat membuat keputusan untuk tidak memilihnya sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor.
Nama Halili sebelum ini antara tersenarai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK Hulu Selangor.
"Memang namanya (Dr. Halili) antara yang dicalonkan, mujur kita tak pilih beliau, kalau kita (pimpinan Pkatan Rakyat) pilih sudah tentu merugikan rakyat kelak."
"Alhamdulillah, dengan keputusan Dr. Halili keluar (parti) seolah-olah suatu rahmat daripada Allah, (maka) saya cuma nak ucap terima kasih." ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Keputusan Halili itu juga katanya memberi isyarat yang jelas bahawa keputusan Pakatan Rakyat memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor merupakan keputusan yang terbaik.
Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat tidak menganggap penghijrahan Dr. Halili kepada Umno sebagai suatu kerugian pada Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, menurut beliau, pemergian itu merupakan suatu proses pemutihan bagi Pakatan Rakyat, khususnya PKR sendiri.
"Ia bukan suatu kekurangan, saya nampak ia suatu proses pemutihan buat PKR dan Pakatan sendiri kerana sesiapa pun tahu realiti bankrapnya amalan politik Umno buat masa ini," beliau menambah.
Pagi tadi, media melaporkan Dr. Halili mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Bendahari PKR Hulu Selangor.
Dipercayai tindakan menyertai Umno itu disebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan keputusan Pakatan Rakyat memilih Zaid sebagai calon tunggal di P.94 Hulu Selangor tersebut.

Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
ADAKAH BENAR DUN KEDAH AKAN DIBUBARKAN?
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.
Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.
"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.
Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.
Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.
Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.
Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.
Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.
- Bernama

LAPORAN SALAHLAKU PILIHANRAYA KEPADA SPR
Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan
19 April 2010
LAPORAN SALAHLAKU PILIHANRAYA KEPADA SPR
Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Angkatan Muda Keadilan(AMK) diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan membuat laporan kepada SPR berkaitan salahlaku pilihanraya membabitkan UMNO/BN.
Laporan tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 19 April 2010 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Lokasi: Bilik Gerakan SPR PRK Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu
Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.
Harap maklum
Hasmuzair Hassan
SUK AMK
014 842 2155

Sunday, April 18, 2010
KALAULAH ALLAH TELAH TERIMA TAUBAT ZAID ....

Taktik buruk dalam kempen Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang memalukan calon PKR, Datuk Zaid sungguh mengaibkan. Inilah dikatakan mereka dalam situasi terdesak untuk menang, akan lakukan apa sahaja untuk. Ceramah-ceramah mereka, walaupun kebanyakan pemimpin-pemimpin yang dikatakan popular, tidak dapat menarik pengundi-pengundi Hulu Selangor, mereka hanya mampu mengumpul bawah 100 orang sahaja. Lihatlah gambar yang telah diubahsuai yang diedarkan semasa penamaan calon, tetapi dengan kehendak Allah S.W.T, kebenarannya kita terbukti. Lihat di atas, ternyata telah diubahsuai. Datuk Zaid telah mengaku sememangnya semasa muda, beliau pernah minum arak tetapi kini telah insaf dan bertaubat. Manusia bukannya seperti Nabi ataupun Malaikat, pasti kita buat dosa, tetapi paling penting apabila sudah sedar kita perlu bertaubat dan jauhi dosa tersebut, jadinya siapa kita nak ungkit dosa Datuk Zaid sekarang, apabila kita beliau sudah bertaubat.
Jikalau Allah telah menerima taubat beliau, orang yang tabur fitnah pasti berdosa besar. Jangan kerana politik kita sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, Datuk Zaid kalau kotor sekarang, beliau baru dalam PKR, dahulu beliau parti mana? beliau produk mana?.
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
Saturday, April 17, 2010
Peluang Terbaik Buat Zaid Kembali Ke Parlimen – Isteri
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN dan ARIFFUDDIN ISHAK
Zaid Ibrahim bersama isteri, Suliana Shamsuddin semasa hadir pada majlis penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.)
KUALA KUBU BARU:Isteri Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata pemilihan suaminya sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan peluang terbaik suaminya kembali ke Parlimen.
“Kami sekeluarga menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada beliau sebagai calon.
“Kami berharap beliau akan berjaya dalam pilihan raya kecil ini supaya dapat menjadi wakil rakyat di Parlimen,” katanya ketika diminta mengulas pemilihan Zaid sebagai calon Pakatan Rakyat.
Menurut Suliana, 54, mereka sekeluarga sangat teruja dengan pemilihan suaminya dan perkara tersebut bukanlah satu masalah besar baginya kerana Zaid pernah menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Kota Baru sebelum ini.
“Saya sudah biasa bekerja dengan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi lebih-lebih lagi sekarang hampir setiap minggu kami akan turun ke kampung dan membantu orang kurang upaya melalui Yayasan Kurang Upaya Kelantan dan pilihan raya di sini tidak ada perbezaannya,” katanya.
Yayasan tersebut ditubuhkan dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zaid sementara Suliana menjadi penaungnya.
Beliau yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkata, akan berada di Hulu Selangor sepanjang tempoh kempen bagi pilihan kecil ini.
“Saya akan sentiasa berada di sini dan menyokong beliau (Zaid). Saya telah mempunyai beberapa program yang telah disusun sepanjang tempoh kempen di sini.
“Ada program yang saya akan bergerak dengan dia dan ada juga program saya akan bergerak bersama jentera wanita Pakatan Rakyat,” katanya.
Mengenai keyakinan beliau terhadap Zaid untuk memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Suliana berkata: “Kami sentiasa mendoakan kejayaan dia (Zaid) dan kami berharap pengundi di Hulu Selangor akan membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian untuk membolehkan Zaid mewakili mereka di Parlimen.”
Suliana dan Zaid mempunyai tiga cahaya mata, iaitu dua putera dan seorang puteri.
Mereka ialah, Izad Kazran Mohd Zaid, 29, Mohd Ezra, 26 dan Alysha Azrin Mohd Zaid, 17.
Sumber : Star Melayu

Pemuda Gerakan: Muhyiddin tak layak jadi TPM?
Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai menganggap Muhyiddin Yassin tidak layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana kenyataannya yang hanya membela kaum tertentu dan tidak mengambil kira perasaan seluruh rakyat.
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas seruan Muhyiddin Yassin agar Melayu jangan berhenti mempertahankan kepentingan Melayu dan bumiputera hanya kerana takut dilabel sebagai rasis. Pemuda Gerakan berasa kesal dengan kenyataan “yang tidak sepatutnya keluar dari mulut TPM” ini, kerana jelas membela kaum tertentu dan tidak mengambil perasaan seluruh rakyat.
“Seandainya Muhyiddin mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai Naib Presiden UMNO, kenyataan ini bertujuan untuk membela hak bumiputera dari sudut Melayu. Tetapi sebagai TPM seluruh rakyat, hujah sedemikian tidak boleh diterima,” katanya.
“Bertitik tolak daripada itu, Muhyiddin hanya layak menjadi Naib Presiden UMNO dan tidak layak menjadi TPM untuk seluruh rakyat. Beliau harus sedar bahawa dasar afirmatif harus merangkumi semua kaum dan bukannnya kaum tertentu,” tambah Dominic Lau Hoe Chai.
Selain itu, Dominic Lau (gambar kiri) berkata, di banyak negara yang lain, dasar digubal untuk membela kaum minoriti dengan memberikan jagaan yang istimewa kepada golongan ini. Sebaliknya, di Malaysia, tumpuan diberikan kepada kaum yang terbesar, dengan hak istimewa yang dinikmatinya. Dari perspektif antarabangsa, ia kurang wajar dan jelas kurang adil kepada kaum minoriti.
Dominic berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa seandainya Model Ekonomi Baru (MEB) ingin memenuhi keperluan semua kaum, maka golongan sasaran harus dikaji. Di Malaysia, orang Melayu dan bumiputera mencakupi 60% populasi, adalah golongan sasaran terbesar yang mempunyai keperluan terbesar.
*Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda Gerakan. Diterjemahkan daripada kenyataan asal yang ditulis dalam bahasa Cina.

1PR vs 3BN: Saingan empat penjuru di Hulu Selangor
KUALA LUMPUR, 17 April — Pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor — pilihan raya kecil pertama di Selangor selepas Mac 2008 — menyaksikan saingan empat penjuru.
Pakatan Rakyat (PR) yang turun untuk mempertahankan kerusi itu, yang dimenangi pembangkang itu buat julung kali pada 8 Mac 2008, menghadapi saingan Barisan Nasional (BN), dan dua calon Bebas.
BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala PR pula Datuk Zaid Ibrahim.
Dua calon Bebas pula terdiri daripada Johan Mat Diah dan S. Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.
Walaupun pilihan raya kecil ini tidak akan membawa kesan signifikan termasuk impak ke atas barisan kerajaan BN atau PR, tetapi dari segi moral ia dilihat sangat penting bagi kedua-dua ikatan berkenaan.
Jumlah empat calon bertanding ini jauh lebih kecil berbanding 37 set borang penamaan calon dikeluarkan oleh SPR setakat semalam. Seorang guru, J. Anuradha mendakwa gagal menyerahkan borang penamaan calon atas alasan dihalang kononnya lewat tiba di pusat penamaan calon.
Sementara Kamalanathan dan Zaid masing-masing akan menggunakan simbol BN dan Parti Keadilan Rakyat, Chandran memilih lambang jam dan Johan pula cangkul.
Kamalanathan dan Zaid bukan merupakan pengundi bahagian Hulu Selangor ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keempat-empat calon yang mengemukakan borang penamaan diterima tanpa senarang bantahan.
“Apabila penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, hanya empat borang penamaan calon diterima dan tidak ada bantahan yang diterima,” kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nor Hisham Ahmad Dahalan kira-kira 12.15 tengah hari.
Zaid merupakan calon pertama mengemukakan borang penamaan calon iaitu sebaik sahaja sesi mengemukakan borang penamaan calon dibuka.
Beliau tiba di kawasan pusat penamaan calon kira-kira 8.53 pagi dengan diiringi Ketua Umum Pakatan Ralyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Sing, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan serta pemimpin-pemimpin kanan PR.
Beliau diikuti Kamalanathan kira-kira 30 minit kemudian dan Chandran dan Johan.
Rombongan BN diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berdasarkan urutan nama diumumkan oleh SPR selepas selesainya sesi mengemukakan borang penamaan calon dan bantahan, Chandran berada di barisan utama, dan disusuli oleh Kamalanathan, Zaid dan Johan.
Difahamkan nama pada kertas undi akan tertera ikut kedudukan tersebut.
Pengundian bagi kawasan pilihan raya ini, yang mempunyai 64,500 pengundi, akan diadakan pada 25 April ini.
Kamalanathan, Chandran dan Johan merupakan muka baru dalam pilihan raya manakala Zaid pernah bertanding di kerusi Kota Baru pada 2004.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lalu kerana barah otak.
Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.
Katanya 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.
Pada 8 Mac 2008, Allahyarham Zainal menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan majoriti 198 undi manakala undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 1,466.-TMI

AMK Dedah Taktik Adu Domba Khairy
SHAH ALAM, 16 APRIL- Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai tidak memahami budaya politik Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor, mengulas kenyataan Khairy yang mendakwa Shamsul dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali tersinggung dengan pemilihan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di P94 Hulu Selangor.
“ Khairy tidak faham cara Pakatan Rakyat berpolitik sebab itu dia buat kenyataan seperti itu kerana pertembungan dalam Barisan Nasional itu adalah pertembungan di antara parti.. kita meletakkan calon yang baik untuk menang. Itu kayu ukurannya” katanya kepada Tv Selangor.
Jelasnya, pendirian Pakatan Rakyat memilih Zaid telah dibincang dan diputuskan bersama.
Malah katanya kenyataan Khairy itu hanyalah berdasarkan kepada tafsiran peribadi setelah membaca laporan Reuters yang menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih penggantinya sebagai calon di Hulu Selangor.
” Siapa yang bakal menjadi pengganti Anwar itu tidak timbul kerana dalam Keadilan ini ada ramai lagi yang boleh mengganti Anwar Ibrahim” tambahnya lagi.
Sebagai sebuah parti politik yang matang, Shamsul berkata Pakatan Rakyat tidak mungkin mengambil pusing kenyataan Khairy itu.
“ Pada saya kita tidak akan terkesan dengan cakap-cakap jahat dan nakal daripada Khairy Jamaluddin”.
Khairy dalam sidang media di lobi parlimen semalam berkata, kedua-dua pemimpin muda Pakatan Rakyat sedih dengan pemilihan Zaid.
Penamaan calon pilihanraya kecil Hulu Selangor akan diumumkan esok dan proses pembuangan undi pada 25 April ini.
Pakatan Rakyat meletakkan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon manakala BN meletakkan P. Kamalanathan dari MIC untuk merebut kerusi P94 Hulu Selangor.
Sementara seorang calon bebas, Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran juga mengumumkan akan bertanding di Hulu Selangor.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat hari ini 37 borang telah diambil dan hanya seorang calon yang membayar wang pertaruhan.
Sumber: TvSelangor
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

PANAS-KES KAPAL SELAM DIBICARA DI MAHKAMAH PARIS
Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.
Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.
Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.
Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.
Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh dunia.
Media Perancis dikatakan tidak sanggup melaporkan sesetengah daripada tuduhan paling serius disebabkan kebimbangan implikasi politik.
Asia Sentinel menjelaskan dakwaan yang dibuat mempunyai kaitan dengan salah satu konglomerat pertahanan Perancis iaitu DCN yang dimiliki oleh kerajaan. Syarikat tersebut bergabung dengan firma elektronik Perancis, Thales pada 2005 menjadikannya antara kuasa dominan dalam industri pertahanan Eropah.
Anak syarikat DCN, Armaris terlibat dalam pembinaan kapal selam disel daripada kelas Scorpene yang dijual kepada India, Pakistan dan juga Malaysia. Kesemua kontrak jualbeli, menurut peguam yang bertindak bagi pihak Suaram, disyaki mempunyai unsur rasuah
Tambah laporan itu lagi sejak Najib berpindah portfolio daripada menerajui Kementerian Pertahanan ketika mana urusan jualbeli itu dikendalikan pada 2002 sehingga beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, skandal tersebut dilihat ancaman terbesar kepada kerajaan dan juga parti.
Kekuasaan Umno dilihat sebagai penghalang kepada skandal itu mendapat apa-apa pelunag untuk diutarakan dalam mahkamah Malaysia dan ini menjadi sebab utama mengapa Suaram terpaksa mendapatkan pertolongan daripada pendakwa Perancis.
“Kertas siasatan baru sahaja dikemukakan dan setakat ini telah menggerakkan siasatan awal polis terhadap aspek kewangan urusniaga tersebut," kata satu sumber Paris yang intim dengan pihak pertahanan Perancis.
"Belum ada siasatan rasmi lagi dan siasatan akan melihat kepada dokumen yang dirampas di DCN yang dilakukan ketika satu lagi penyiasatan dijalankan terhadap rasuah yang dibayar oleh DCN di Pakistan.
Sumber juga menyatakan pihak polis kini hanya menumpukan perhatian kepada dakwaan rasuah dan belum lagi melihat kepada kes pembunuhan wanita Mongolia pada 2006 yang bekerja sebagai penterjemah bagi pihak Najib dan sahabat beliau, Abdul Razak Baginda semasa berada di Paris berhubung urusan perniagaan kapal selam.
Asia Sentinel mendedahkan terdapat banyak kes pembunuhan yang berkaitan urusan penjualan pertahanan DCN di Taiwan dan Pakistan. Pendakwaraya mensyakki kematian 11 jurutera kapal selam Perancis dalam kejadian letupan bom pada 2002 di Karachi, yang pada mula dianggap perbuatan Al-Qaeda, sebenarnya adalah pembunuhan balas dendam akibat keenganan pihak Perancis untuk memberi rasuah bernilai jutaan dolar kepada pegawai tentera Pakistan.
Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Isteri Abdul Razak, Maslinda ialah seorang peguam dan bekas majistret serta pemegang saham syarikat tersenut menurut peguam Perancis.
“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, hakim di Perancis telah menyiasat beberapa kes yang melibatkan DCN," kata peguam Renaud Semerdjian kepada Asia Sentinel dalam temuramah melalui talipon.
"Ini bukanlah kes seumpama yang pertama disiasat. Terdapat banyak lagi ks yang serupa di Pakistan dan juga India. Apabila dilihat secara dekat setiap kali berlaku penjualan senjata maka kemungkinan pelanggaran undang-undang adalah amat tinggi.".
Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran. Ini termasuk pembelian dua kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagi kapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.
Jet pejuang Sukhoi juga dibeli Rusia dalam tempoh Najib menerajui Kementerian Pertahanan termasuk juga jutaan ringgit dicurahkan kepada kapal peronda perairan. Kesemua pembelian ini telah menimbulkan kecurigaan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia tetapi sebarang usaha penyiasatan berjaya dikekang oleh Umno. Malah apabila soalan diaju kepada Najib, beliau menjadi marah dan enggan menjawab.
Walaupun usaha hebat dilakukan oleh Umno untuk menutup kes rasuah berhubung pembelian peralatan tentera oleh Najib, isu pembunuhan penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih yang ditinggalkan Abdul Razak akhirnya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku kepada perhatian dunia. Altantuya yang berperanan dalam perbincangan jualbeli kapal selam mendedahkan dalam suratnya yang dijumpai selepas kematian beliau bahawa dia cuba mengugut Abdul Razak untuk mendapatkan US$500,000.
Bagaimanapun Altantuya ditembak mati pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan oleh dua pengawal peribadi Najib dengan menggunakan bahan letupan setelah Abdul Razak mengadu kepada ketua pengawal peribadi Najib, Musa Safri supaya menghalang Altantuya daripada menganggu beliau. Tidak lama setelah dibebaskan pada November 2008 dalam keadaan keputusan hakim yang meragukan, Abdul Razak meninggalkan Malaysia dan menetap di England. Kedua pengawal peribadi Najib tersebut dihukum tetapi tidak ada motif dibuktikan mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.
Walaupun terdapat pengakuan daripada salah seorang yang tertuduh bahawa mereka akan dibayar lumayan sekiranya melupuskan wanita itu namun pihak mahkamah tidak membenarkan penyiarannya.
Urusan pembelian kapal selam itu tidak pernah dibangkitkan sepanjang perbicaraan mahkamah selama sebulan yang memperlihatkan bagaimana pendakwa, peguambela dan juga hakim berganding bahu bagi memastikan nama Najib tidak sesekali dikaitkan dalam mahkamah. Malah seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk melindungi daripada Altantuya membuat pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa Najib sebenarnya kekasih wanita Mongolia itu dan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Razak.
Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendedahkan bagaimana beliau dinyahkan dari Kuala Lumpur. Akhirnya beliau keluar daripada tempat persembunyian di India untuk menceritakan bahawa seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib telah menawarkan RM5 juta untuk menutup mulut dan meninggalkan negara. Bala juga mengatakan beliau menemui adik Najib, Nazim yang meminta beliau menarik balik akuan bersumpah yang dibuat.
Dalam penyiasatan yang sedang dijalankan di Paris sekarang, isunya berkisar apakah syarikat Perimekar kepunyaan Abdul Razak berhak kepada komisyen sebanyak RM540 juta tersebut.
Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu Parlimen, Perimekar menerima amaun tersebut iaitu 11 peratus daripada harga jualan kapal selam untuk "koordinasi dan khidmat sokongan". Kertas siasatan di Paris menunjukkan tidak ada sebarang jenis perkhidmatan sedemikian diberikan.
Menurut kertas siasatan, Perimekar didaftar pada 2001, beberapa bulan sebelum kontrak jualbeli ditandatangan. Syarikat tersebut menurut kertas siasatan itu lagi," tidak mempunyai daya kewangan yang kukuh untuk melaksanakan kontrak tersebut." Semakan akaun pada 2001 dan 2002 kata kertas siasatan itu lagi,"menunjukkan dengan jelas bahawa syarikat ini tidak langsung ada sebarang kemampuan atau kemampuan perundangan atau kemampuan kewangan dan/atau kepakaran untuk menyokong kontrak sedemikian rupa."
"Tidak seorang daripada pengarah atau pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman walau sedikit dalam pembinaan, penyelenggaraan atau logistik kapal selam," tegas kertas siasatan itu. "Di bawah terma kontrak €114 juta (RM540 juta) adalah berhubung beberapa peringkat pembinaan kapal selam." Pertimbangan pembayaran kepada Perimekar "adalah secara bulanan dan kos tanggungan penginapan anak kapal Malaysia sepanjang tempoh latihan mereka. Maka dengan itu tidak ada sebarang kaitan antara langkah-langkah pembilan dan peringkat pembinaan kapal selam seperti yang dinyatakan."
Pada 1 April 2010 Asia Sentinel melaporkan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam dilakukan oleh sebuah syarikat bernama Boustead DCNS iaitu syarikat kerjasama antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd yang senaraikan di Bursa Malaysia, dan DCNS SA, anak syarikat DCN. Bahagian Industri Berat Boustead kini memasukkan Perimekar sebagai "sekutu kumpulan. PSB terlibat dalam pemasaran, menaiktaraf, penyelenggaraan dan khidmat berkaitan bagi industri pertahanan maritim Malaysia," menurut laporan tahunan Boustead.
Pada asalnya Boustead memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa kontrak perkhidmatan adalah berjumlah RM600 juta untuk tempoh enam tahun atau RM100 setiap tahun tetapi kontrak itu kemudiannya melambung kepada RM270 juta setahun. Boustead Holdings dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Malaysia dan berkait rapat dengan Umno.
"Terdapat asas kukuh untuk mempercayai bahawa (Perimekar) diwujudkan hanya untuk satu tujuansahaja: mengurus pembayaran komisyen dan mengagihkan amaun kepada penerima berlainan termasuk penjawat awam dan/atau orang tengah Malaysia atau asing," dedah kertas siasatan itu lagi.

Friday, April 16, 2010
ESOK JOM TAWAN PARLIMEN HULU SELANGOR
PERARAKAN PENAMAAN CALON PRK HULU SELANGOR
Tarikh : 17/04/10 (Sabtu)
Masa : 7am
Tempat : Berkumpul di Stesen Bas Pekan KKB (depan Pasar Awam). Masuk Melalui Simpang Ampang Pecah.
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
Hujan Ribut Paksa Muhyiddin Bingkas Tinggalkan Khemah, 4 Cawangan MIC Bubar
Hujan ribut melanda Hulu Selangor sehingga khemah pentas untuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan orang kenamaan (VIP) yang menghadiri upacara pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Tangga, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung di sini, hampir tumbang petang tadi, lapor Berita Harian.
Ia berlaku kira-kira jam 3 petang ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun, hendak berucap pada majlis berkenaan.
Muhyiddin dan semua orang kenamaan termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Setiausaha Agung MCA, Datuk Kong Cho Ha; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, terpaksa bangun meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Petunjuk apakah itu?
Empat cawangan MIC Hulu Selangor dibubarkan membabitkan lebih 1,200 ahli sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional, demikian lapor Suara Keadilan..
Dalam satu majlis penerangan kerajaan negeri Selangor di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim berkata empat cawangan terbabit ialah cawangan Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Ulu Tamu dan Ulian Baru.
"Kemungkinan 13 cawangan MIC lagi akan dibubarkan kerana tidak setuju dengan campur tangan Umno dalam pemilihan calon MIC bagi Hulu Selangor.
"Isyarat ini jelas menunjukkan rakyat di Hulu Selangor tidak lagi yakin terutamanya masyarakat India yang berada di peringkat akar umbi.
"Calon yang dikatakan kononnya calon jalan tengah bukan calon pilihan MIC tetapi Umno maka jelaslah di sini MIC tidak mempunyai suara tetapi Umno yang telah menetapkan calon untuk MIC," kata Hasmi.
Sebelum ini, satu laporan berita mengatakan bahawa semua cawangan MIC di Hulu Selangor akan ditutup jika jika tuntutan mereka agar Datuk G Palanivel dicalonkan ditolak.

AZMIN : UMNO GERUN DENGAN ZAID
KUALA LUMPUR 16 Apr - Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata calon pilihan raya Pakatan Rakyat bagi KEADILAN di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan memberikan tekanan dan mengentarkan Umno-Barisan Nasional.
Azmin berkata, Zaid merupakan calon yang sesuai di kawasan itu berdasarkan pengalaman beliau yang luas sebagai pemimpin dan pernah dilantik sebagai Menteri Kabinet.
"Sebagai pemimpin yang bukan ahli biasa dan pernah menjadi pemimpin kanan, termasuk bekas menteri ketika di dalam kerajaan, Zaid tahu selok belok amalan buruk pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
"Beliau juga telah sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada rakyat ketika di dalam kerajaan," ujarnya.
Menurut Naib Presiden KEADILAN itu lagi, keputusan meletakkan Zaid sebagai calon menyebabkan Umno dan MIC kini merasa gelabah dan bergaduh sesama sendiri bagi menentukan calon pilihan mereka.
"Maka MIC dan Umno terpaksa pilih calon lain untuk bersaing dengan Zaid. Umno telah merasakan tekanan dengan Datuk Zaid," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Kenyataan Azmin itu melenyapkan persepsi jahat dimainkan Umno yang dilihat cuba melaga-lagakan beliau dan calon pilihan raya Hulu Selangor itu.
Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan beberapa pimpinan KEADILAN tidak bersetuju Zaid diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor kerana khuatir kedudukan politik mereka dalam KEADILAN akan terjejas.
Ketika ditanya tentang propaganda yang cuba dimainkan Umno mengenai kritikan Zaid terhadap PAS semasa di dalam Umno, Azmin berkata perkara itu berlaku semasa beliau di dalam parti itu.
Katanya, penyertaan Zaid ke dalam Pakatan Rakyat bermakna Zaid bersedia menerima segala dasar perjuangan gagasan itu.
"Itu mungkin ketika beliau di dalam Umno dia tidak faham tentang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Namun sekarang beliau berada dalam Pakatan Rakyat dan diterima dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS. Beliau mungkin telah fahami lebih jelas matlamat perjuangan Pakatan Rakyat," kata Azmin.
suara-keadilan

KENYATAAN MEDIA: TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM
16 April 2010
TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang berat isu perobohan gerai-gerai haram yang telah dijadikan isu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian satu Jawatankuasa telah dibentuk.
Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.B. Mansor bin Hj. Othman, turut dibantu oleh Y.B. Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas serta pegawai-pegawai kanan dari semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Hasil dari beberapa siri mesyuarat jawatankuasa ini telah merumuskan tindakan seperti berikut:
1. Gerai-gerai haram di atas tanah Kerajaan Negeri/persendirian yang boleh dirobohkan:
1.1) Gerai yang menerima banyak aduan.
1.2) Gerai yang didirikan atas tanah dalam cadangan untuk dibangunkan.
1.3) Gerai yang dalam rundingan untuk penempatan semula.
1.4 )Gerai yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, kebersihan
dan alam sekitar.
1.5) Gerai yang beroperasi di sekitar tapak penjaja majlis/kompleks /pasar awam
1.6) Gerai yang berada 9 meter daripada persimpangan jalan raya
1.7) Gerai di kawasan sekolah dan hospital
1.8) Gerai di jalan-jalan protokol
2. Kategori Gerai Yang Boleh Dikompaun
2.1) Gerai yang tidak mematuhi syarat lesen
2.2) Gerai yang tidak berlesen
2.3) Gerai yang menghalang tempat awam
3. Kategori Yang Boleh dilesenkan
Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibenarkan aktiviti-aktiviti perniagaan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
4. Kawasan-kawasan Cadangan Penjenamaan Semula (Re branding)
Pihak Berkuasa Tempatan akan mengemukan profile dan gambar bagi gerai/kompleks yang boleh dimajukan. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengiklankan semula senarai gerai-gerai yang tidak berdaya maju ini dalam bulan Mei akan datang. Berikut adalah antara kawasan yang akan dibuat penjenamaan semula (Re branding) ;
4.1) Jalan Terengganu (Projek Persekutuan)
4.2) Astaka Gelugor (Projek Persekutuan)
4.3) Kompleks dan Gerai Bayu Senja, Batu Feringghi
4.4) Moon Light Bay
4.5) Gerai di Gelugor
4.6) Sungai Setar Kechil
4.7) Gerai di Pekan Penanti
4.8) Tapak Penjaja Batu Maung
4.9) Pasar Jelutong
4.10) Tapak Penjaja Lebuh Cecil
4.11) Pasar Pulau Tikus
4.12) Pasar Air Itam
4.13) Kompleks Taman Pandan
4.14) Kompleks Taman Bunga Tanjung
4.15) Kompleks Taman Desa Palma
4.16) Kompleks Taman Budiman
5. Kawasan-kawasan Untuk Diswastakan
MPPP
Komplek Mutiara Heights
Kompleks Gold Cost
MPSP
Seberang Perai Utara
Kompleks Bagan Lallang (Sebelah Acku)
Kompleks Perindustrian Teras Jaya 4
Kompleks Perindustrian Teras Jaya
Kompleks Taman Perkas
Kompleks Taman Iks Sungai Lokan
Kompleks Taman Iks Sungai Lokan 3
Seberang Perai Tengah
Kompleks Taman Iks Juru 4
Kompleks Iks Usahajaya 3
Kompleks Taman Binajaya
Kompelks Taman Bidara
Kompleks Taman Permai Jaya
Kompleks Taman Permata Indah
Kompleks Taman Jambu
Kompleks Taman Selesa
Kompleks Taman Teguh
Kompleks Makanan Taman Machang Bubuk 2
Seberang Perai Selatan
Kompleks Taman Nafiri
Kompleks Taman Jawi Jaya
Kompleks Taman Seruling Emas
Kompleks Taman Serunai
Kompleks Taman Murai Jaya
Kompleks Taman Seruling
6. Kawasan-kawasan Baru Untuk Dibuka
Pihak Pejabat Daerah akan mengenalpasti kawasan-kawasan baru untuk dibuka bagi membolehkan lebih banyak kawasan perniagaan dibina dan seterusnya memberikan peluang kepada pihak peniaga menambahkan pendapatan. Berikut adalah antara kawasan baru yang dicadang untuk dibuka:
Daerah Timur Laut
- Tapak Rumah Tsunami Fasa II, Pantai Miami
- Batu Feringghi, Sebahagian Lot 4, Seksyen 1.
7. Mekanisme Penguatkuasaan
Satu Unit Penguatkuasaan Khas (Task Force) akan diwujudkan yang beribu pejabat di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.
8. Kawasan-kawasan yang Akan Diambil Tindakan Segera
Jawatankuasa juga membuat rumusan terdapat kawasan yang akan diambil tindakan segera oleh MPPP dan MPSP adalah seperti berikut:
8.1) Kawasan Pelancongan
8.2) Kawasan yang mengalami gangguan lalu lintas
8.3) Kawasan Perumahan
8.4) Kawasan yang banyak aduan orang ramai
8.5) Struktur baru (kekal dan separa kekal)
Tindakan akan mula diambil pada 1 Mei 2010 untuk merobohkan gerai/struktur baru di kawasan-kawasan seperti di atas. Bagi binaan haram di tanah-tanah persendirian akan diberikan notis terlebih dahulu dan tindakan akan diambil selepas 2 Mei 2010.
Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

JOM TAWAN PARLIMEN SIBU .....
Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini.
Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.
Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam.
Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.
Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News. Malaysiakini/-

Thursday, April 15, 2010
Muhyiddin silalah isytihar harta anda ....
Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.
Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.
Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.
Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.
Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.
“Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.
Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.
“Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.
Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengana ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia.
“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.
Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.
“Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.
Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.
“Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.
“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin. (Malaysian Insiders)

JANGAN CUBA LAGAKAN ZAID - AZMIN
Apabila Azmin Ali ditanya mengenai halaman Twitter Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor menyebabkan beliau dan beberapa pemimpin lain PKR tidak selesa, - reaksi awal naib presiden PKR itu adalah “Mereka tak ada kerja lain?”
“Ini tidak benar. Saya telah beberapa kali ke Hulu Selangor, termasuk ketika pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat bersama (Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata Azmin, yang juga adalah pengarah pusat operasi PKR di Hulu Selangor."Malah sebelum itu juga, saya juga terbabit dalam jentera negeri bagi mengenal-pasti bilik gerakan untuk pilihan raya kecil itu.”
Azmin bagaimanapun mengakui, beliau tidak hadir pada malam Selasas lalu apabila ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Zaid bagi mewakili Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, Batang Kali.Menurut Azmin, beliau terpaksa menghadiri mesyuarat sidang dewan undangan negeri Selangor yang dilanjutkan sehingga jam 9 malam."Tidak adil bagi menilai situasi itu berdasarkan ketidak-hadiran saya pada malam itu. Saya akan ke Hulu Selangor lagi esok dan akan berada sehingga hari pengundian.”
Mengenai isu berhubung pemilihan Zaid, Azmin berkata beberapa nama dikemukakan oleh pemimpin PKR dan juga akar umbinya - semua mereka pemimpin yang berwibawa.“Adalah sukar menentukan calon yang muktamad, parti terpaksa melalui proses rundingan dengan bahagian, cawangan dan juga pemimpin negeri.”Azmin berkata memandangkan PKR telah memilih Zaid sebagai calonnya, semua ahli perlu menyokongnya bagi menentukan kemenangan parti. malaysiakini

SAMA-SAMA BUKAN ANAK TEMPATAN ......
Pembohong!...kan dah kena. Tak pasal-pasal masuk perangkap sendiri. MIC Hulu Selangor mempertikaikan tindakan Muhyiddin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN.
Sebelum ini, Muhyiddin beriya-iya menyatakan, BN akan pilih anak tempatan sebagai calonnya dalam PRK Hulu Selangor. Namun hari ini, Muhyiddin telah pun mengumumkan Kamalanathan yang bukan anak tempatan tetapi dari Bahagian Selayang.
"Kami ada ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran... mengapa hendak membawa calon luar, dari Bahagian Selayang... calon yang pernah kalah dalam saingan Ketua Pemuda MIC bahagian (di Selayang)", kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor kepada malaysian insider.
Tindakan itu dilihat, Muhyiddin telah berbohong dengan pengundi kawasan Hulu Selangor dan mempermainkan MIC Hulu Selangor dan pusat. Tidak kira lawan dan kawan, Umno ni suka berbohong jika terdesak.
Padahal sebelum ini, Muhyiddin telah menjaja ke hulu ke hilir, BN akan mencalonkan anak tempatan sebagai calonnya. Bahkan dalam masa yang sama, mereka juga telah 'menempelak' PR yang meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calonnya di kawasan itu. Kononnya, Zaid bukan anak tempatan.
Tetapi hari ini, mereka ini telah menelan balik ludah mereka sebelum ini. Nak buat macam mana lagi, dah lidah bercabang macam biawak.
WarkahDaily menganggap, berkemungkinan BN terdesak untuk menentukan siapakah calonnya. Dalam keadaan BN yang 'kegawatan' senarai calon walaupun menganggap ramai senarai calon hingga 'shortlist'.
Akibat terdesak kerana ditelan mati emak, diluah mati bapak, BN yang dipengaruhi Umno telah pun menolak cadangan Samy Vellu mencadangkan Palanivel.
Pada mula, Mugilan mendapat perhatian sebagai calon hasil usaha 'lobi' pihak Umno demi menyingkirkan Palanivel. Samy begitu marah hingga memanggil mesyuarat tergempar. Samy terus mendesak Muhyiddin untuk menerima Palanivel tetapi ditolaknya juga.
Last minit, mungkin Samy sudah mendapat signal, Kamalanathan akan dipilih, maka secara 'paksaan' mungkin, Samy terpaksa mengumumkan, mesyuarat memutuskan Ketua Penerangan MIC dicadangkan sebagai calon (padahal ianya diputuskan pucuk pimpinan BN yang dipengaruhi Umno).
Keputusan itu dibuat bagi mengelak daripada pertelingkahan terus menjadi-jadi. Dalam masa yang sama menjaga hati Samy Vellu konon cadangannya (Palanivel) ditolak.
Mungkin juga khabar menyatakan, MIC diberi imbuhan atas kejadian itu dengan dilantik Palanivel sebagai senator dan Timb. Menteri.

Subscribe to:
Posts (Atom)