Sunday, August 24, 2008

Pembebasan Abg Kamil

Laporan Aktiviti AMK Batu di Permatang Pauh – 23 Ogos 2008

Seawal jam 7.00 pagi AMK Batu bergabung dengan AMK Wangsa Maju dan AMK Titiwangsa serta ditemani Omar (Penduduk kampong) “menyerang” Pasar Pagi Seri Penanti untuk mengedarkan handbill dan berkempen meraih undi. Seterusnya lebihkurang jam 10.30 pagi, AMK bergerak ke Madrasah di Penanti untuk mengedarkan handbill.

Berita pembebasan Kamil Abd Samad (Timb. Ketua Bhgn Batu) telah diterima dan beliau dibebaskan di Balai Polis Butterworth. Semoga penahanan beliau dari tahanan polis menjadikan beliau semakin tabah dan semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Buat Abg Kamil, AMK Batu mengucapkan Selamat Meneruskan Perjuangan dan Lawan Tetap Lawan. AMK Batu sentiasa kekal lantang membantah penahanan Abg Kamil yang disifatkan sebagai tujuan melemahkan parti.


Laporan Oleh :
M Khairul Anwar Bin Mat Azidin

No comments: