Ezam dah dapat Upah ......
Penat Dia Dok Menyembah Berbaloi ....
Dapat Jadi Senator .....
Senator Katak ......
Senator Beli Orang .......
Senator Pilihanraya ......
Senator HARAM ......
Thursday, April 29, 2010
Wednesday, April 28, 2010
PENGERUSI DAP SARAWAK CALON PR DI SIBU
TVSELANGOR - SIBU 27 APR: Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada satu majlis makan malam. Beliau sebelum ini pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas.
Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.Beliau bakal bertembung Robert Lau Hui Yew, 45, calon BN yang juga Bendahari cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Hui Yew dan Hoi Chew adalah saudara dua pupu.Pengumuman Hui Yew sebagai calon BN dibuat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei ialah hari mengundi.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.
Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Born on 21 December 1959 in a poor farm ouse in Bukit Igu, Sibu (near Sungai Bidut). He is the fifth child of 14 siblings. Both parents are 78. They are Christians.
Wong Ho Leng was married in 1990 to Irene Chang. Has 5 children (4 girls and 1 boy).
Education
• 1971: completed primary education at Ting Sing Primary School
• 1977: completed Form 5 at Tung Hua Secondary School
• 1978: completed Lower Form Six at Methodist Secondary School
• 1979: completed Year 12 at Ashfield Boys’ High School, Sydney, Australia
• 1980-1984: completed commerce/economic and law degrees from University of New South Wales and Sydney University
Employment
• 1985: declined a good employment offer in Sydney, Australia, and decided to return home to serve the country
• 1985: legal partner in Siong & Wong Advocates, Sibu
Political career
• 1986: joined DAP as a life member on 19th April, 1986
• 1986: contested in Parliamentary election in Miri against Peter Chin Fah Kui
• 1987: contested in State election against Dr. George Chan
• 1988: moved back from Miri to Sibu to practice law
• 1995: contested against Robert Lau Hoi Chew in Parliamentary election in Sibu
• 1996: contested against Deputy Chief Minister Dr Wong Soon Kai and won the state seat of
Bukit Assek
• 1999: contested against Tiong Thai King in Parliamentary election
• 2001: lost in the contest for Bukit Assek in the state election
• 2004: contested, the 2nd time, against Robert Lau Hoi Chew in Parliamentary election
• 2006: contested in Bukit Assek against Daniel Ngieng in state election, wresting back the seat with a thumping majority of 4751 votes
• 2008: Contested the 3rd time against Robert Lau
• Office held:
• 2001 till now – Chairman of DAP Sarawak State Committee
• Vice Chairman of Central Executive Committee, DAP, till 2008
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
ADAKAH JANJI MANIS BN AKAN TERTUNAI???
KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan tipis BN di Hulu Selangor pada 25 April lalu, kini adalah masa bagi parti itu menunaikan semua janji yang ditaburkan sepanjang kempen tersebut.
Puluhan janji politik yang ditaburkan dengan setiap penceramah BN seolah-olah sebagai menteri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu yang dilihat paling kotor apabila jelas melanggar Akta Pilihan Raya 1957.
Berikut ialah janji-janji tersebut yang dituntut untuk ditunaikan termasuklah janji pemberian RM49,000 terhadap peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya.
Pertama berkaitan janji politik oleh BN untuk membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah jika menang dalam PRK itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya bersedia memberikan tanah untuk pembinaan itu dengan syarat segala peraturan dan prosedur dipatuhi oleh yang memohon.
Turut dijanjikan oleh BN ialah kononnya untuk menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.
BN juga telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk tujuan itu, namun mari sama-sama kita lihat samada ia muala berjalan ataupun sekadar gula-gula sempena PRK itu.
Selain itu, peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor turut menjadi gula-gula BN pada PRK itu.
Begitu juga dengan Bank Overdraf berjumlah RM49,000 yang sepatutnya diterima oleh Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya bermula semalam.
Sejumlah 363 keluarga peneroka itu yang ditindas oleh Kerajaan Umno-BN sejak 16 tahun lalu hanya menerima RM50,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Najib Razak walaupun hutang Umno bersama Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd mencecah hampir RM800,000 untuk setiap keluarga yang terlibat
BN turut berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu di kawasan berkenaan.
Lain-lain janji BN ialah RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir, Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam PArlimen Hulu Selangor.
Turut dijanjikan juga ialah RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda, janji BN untuk membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta, RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa, dan tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.
Najib, sehari sebelum pengundiaan turut menuntut Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar untuk memastikan semua janji itu ditunaikan sebelum PRU.
Pengundi di Hulu Selangor sehingga kini terus memerhati sejauhmana janji-janji (Pakatan Rakyat melabelkannya sebagai Rasuah dan strategi membeli undi oleh BN) itu ditunaikan terutamnya menjelang Pilihan Raya Umum yang kian hampir.
erapakatan

Tuesday, April 27, 2010
PR PATUT BERSYUKUR & BN PATUT GELABAH DI HULU SELANGOR
Kekalahan PR di Hulu Selangor telah pun diduga dari awal. Sejak pengumuman Pengarah Pilihan raya PKR Fuziah Salleh bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi, kekalahan kepada Pakatan rakyat (PR) jelas terbayang. Namun pimpinan PR meneruskan juga penyertaan dalam pilihanraya itu demi pengundi yang dahagakan perubahan.
Jika dilihat dari keputusan pilihan raya 2008 adalah seimbang, di mana Allahyarham Zainal Abidin menang 198 undi. Bermakna dalam 60,000 pengundi berdaftar di parlimen itu, separuh daripadanya bolehlah dianggap mengundi PR. Dengan itu dari 13,000 pengundi yang dipindahkan itu, tentunya terdapat sekurang-kurangnya 6,000 penyokong PR.
Sebab itu sejak awal lagi TPM Muhyiddin Yassin menetapkan sasaran 6,000 undi majoriti kemenangan BN. Kekalahan Zaid dengan hanya 1,700 undi adalah di luar perancangan mereka. Sepatutnya Zaid kalah 1,700 + 6,000, iaitu 7,700 undi. BN akan memalukan PR dengan kekurangan sokongan yang amat dahsyat, sekaligus menolak keluar Anwar sebagai faktor utama kemenangan PR pada pilihan raya lalu.
Namun kerja keras aktivis PR; ahli PKR, PAS dan DAP di Hulu Selangor berjaya membina momentum kebangkitan rakyat, terutama kepada pengundi Melayu yang sebelum ini padu menyokong BN.
Terdapat pusat mengundi di kampung-kampung Melayu yang mana Saluran 1, iaitu pengundi di atas usia 50an, BN hanya menang tipis. Kebangkitan di Rasa dan Batang Kali yang jentera PR sukar untuk tembus pada PRU lalu memberi gambaran bahawa penyokong tegar Umno di luar bandar mula berpuas hati dengan pemerintahan PR. Oleh itu tidak hairan apabila ada pertambahan undi kepada PKR setelah ditolak yang dipindahkan.
Sesungguhnya PR tidak kalah di Hulu Selangor. Cuma BN terlalu bermaharaja lela memberi pelbagai peruntukan dan meluluskan projek segera. Itu pun PR mampu meraih tambahan 4,000 undi. Cubalah sekiranya BN berkempen seperti PR tanpa menggunakan jentera kerajaan pusat dan peruntukan pusat. Tentunya mereka akan kalah teruk.
Walau apa pun Hulu Selangor telah mendedahkan kelicikan BN memindahkan pengundi. Taktik yang sama akan digunakan pada pilihan raya umum 2 tahun lagi. Sebagaimana yang pernah digunakan oleh BN untuk menumbangkan kerajaan BA Terengganu pada 2004 lalu. Oleh itu PR perlu bersedia dan memikirkan cara untuk melepasi perangkap BN

Monday, April 26, 2010
Anwar: BN Belanja RM65,000 Bagi Setiap Pengundi
Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.
“Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.
Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.
” Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.
Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.
“Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.
Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.
“Tiada apa untuk Najib raikan,” katanya.

ANALISA RAMBANG:SOKONG PR MENINGKAT
Jika dilihat kepada analisis rambang, jumlah pengundian di PRK Hulu Selangor, Pakatan Rakyat dilihat masih lagi mendapat tempat di hati penduduk kawasan itu, bahkan ada sedikit peningkatan jumlah undi berbanding PRU Mac 2008.
Mungkin semua pengundi PRU 2008 yang memilih calon Pakatan Rakyat sebelum ini masih lagi setia kepada Pakatan Rakyat. Bukan sekadar itu, bahkan Pakatan Rakyat berjaya menambat 95 lagi pengundi untuk bersama Pakatan Rakyat.
Jika dilihat kepada situasi ini, WarkahDaily merasakan pencapaian Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini tidaklah merosot namun mungkin faktor-faktor lain yang menyebabkan kekalahan Pakatan Rakyat dan pertambahan mendadak undi yang diperolehi BN termasuk undi pos.
BN dilihat mendapat kembali kepercayaan daripada pengundi yang protes mereka sebelum ini mungkin kerana calon bukan lagi Palanivel.
Namun, BN tidak boleh mendabik dada di atas kemenangannya itu kerana majoriti yang mereka perolehi dalam PRK 2010 bukannya kerana mereka dapat kurangkan undi Pakatan Rakyat, tetapi kerana penambahan pengundi baru dan pengundi yang tidak mengundi sebelum ini.
Walhal, dalam keadaan BN terus menabur pelbagai janji manis kepada penduduk termasuk wang pampasan yang dijanjikan kepada peneroka-peneroka, penyalahgunaan kuasa terhadap pelbagai jentera kerajaan untuk berhadapan Pakatan Rakyat, sedikit pun tidak mempengaruhi undi Pakatan Rakyat yang diperolehi dalam PRU 2008.
Mungkin dari segi mata kasar, BN sudah menang kerana penambahan pengundi termasuk pengundi baru selain ‘penyelamat’ nyawa BN, undi pos juga menyebelahi BN tetapi jika diperhati secara taktikal, BN sudah kalah dengan Pakatan Rakyat dalam mempengaruhi kembali pengundi-pengundi PR yang sentiasa kekal setia semenjak PRU 12 hingga PRK semalam bahkan ada sedikit penambahan undi menyebelahi PR walaupun berhadapan pelbagai jentera kerajaan yang disalahgunakan oleh BN. -WarkahDaily
Analisis kasar
Pilihanraya 2008
Jumlah pengundi: 63,593 pengundi
Jumlah keluar mengundi: 47,845 pengundi (75.24 %)
Peringkat DUN (Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru)
PR: 20,108 undi
BN: 26,264 undi
Majoriti: 6156 undi
Peringkat parlimen
PR: 23,177 undi
BN: 22,979 undi
Majoriti: 198 undi
Pilihanraya Kecil 2010
Jumlah pengundi: 64,500 pengundi
Jumlah keluar mengundi: 48,935 pengundi (75.87 %)
Pertambahan pengundi sejak Mac 2008 (pengundi baru): 907 pengundi
Peringkat parlimen
PR: 23,272 undi
BN: 24,997 undi
Majoriti: 1725 undi
Peningkatan undi Pilihanraya Kecil 2010 berdasarkan parti berbanding Pilihanraya Umum 2008
PR: 95 undi
BN: 2018 undi
-WarkahDaily

Hulu Selangor: Keputusan Kalah Tidak Mengejutkan
HARAKAH - Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.
BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.
Keputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.
Majoriti yang dicapai tidak berbaloi dengan puluhan juta yang dihamburkan kepada rakyat bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, belum dikira dengan janji-janji BN yang ditaburkan ketika berkempan. Media arus perdana setiap minit menyebelahi BN, tidak ada sedikit berita yang positif mengenai PR.
Kempen-kempen mereka berjaya meracuni pemikiran orang kampung terutamanya di kawasan felda dan perkampungan tradisonal yang tidak mendapat maklumat dari sumber yang sebenar. Berbeza dengan pengundi dalam bandar dan juga pengundi Cina yang lebih terbuka sikap mereka. Media berbahasa Cina lebih terbuka dan banyak melaporkan cerita yang sebenar mengenai PR.
Tidak ada yang terperanjat sebenarnya dengan keputusan ini kerana propaganda dan fitnah jahat yang dimainkan oleh UMNO BN dengan menyerang peribadi calon. Banyak bahan-bahan terbitan yang diterbitkan oleh UMNO mengandungi fitnah jahat yang paling tidak bermoral dan beretika.
Tidak kurang juga ada yang diugut dengan berbagai ugutan, dan ada yang dirasuah dengan benda untuk memancing undi.
Kesimpulan ringkas UMNO BN tidak boleh mendabik dada dengan kemenangan majoriti yang terkeluar dari KPI mereka. Muhyididn meletakan harapan yang tinggi untuk menang dengan majoriti lebih besar berdasarkan pencapaian baik adun-adun BN dalam memenangi peti undi di peringkat DUN masing-masing pada PRU 2008. Ternyata ketiga-tiga Adun BN tidak membantu menambahkan majoriti yang selesa.
Walau bagaimanapun post mortem mesti dibuat bagi memuhasabah faktor-faktor kekalahan dalam tempoh terdekat. Saya mencadangkan jawatankuasa post mortem mesti dibentuk atas nama Pakatan Rakyat. Biarlah PAS dan DAP yang ramai menganggotai Jawatankuasa post mortem PRK Hulu Selangor, seorang dua PKR boleh juga dilantik tetapi biarlah yang agak berkecuali. Post mortem mestilah telus, ia mesti sampai ke akar umbi. Semua faktor hendaklah dilihat, bermula dengan faktor Jentera Pilihanraya, faktor calon, faktor kewangan, faktor media dan sebagainya.
Berdasarkan post mortem ini, jadikanlah ia sebagai panduan dalam merangka strategi bagi menawan semula Hulu Selangor pada PRU akan datang, ia juga boleh menjadi panduan untuk keseluruhan negeri Selangor. Komposisi kaum di Hulu Selangor adalah gambaran komposisi kaum di seluruh negeri Selangor.
Kepada para petugas PR terutamanya petugas PAS, jangan sedikitpun rasa kecewa dan sedih di atas kekalahan ini. Jadikan ia sebagai satu tekad untuk kemenangan akan datang. Kemenangan UMNO BN kali ini bukan bermakna ia akan menang selama-lamanya. Saya percaya dengan kemenangan ini, mereka akan bertambah angkuh, bongkak, takabbur dan sombong, mereka akan memandang rendah keupayaan dan kekuatan kita. Kita juga percaya kemenangan yang mereka capai akhirnya akan membawa kekalahan dan kehancuran yang lebih besar suatu ketika ini.
Para pimpinan PR hendaklah sentiasa memuhasabah dengan kekalahan ini. Tudinglah jari ke arah diri masing-masing sebelum kita menuding ke arah orang lain. Mengakui kesilapan dan kelemahan sebenarnya adalah lebih baik dari menyalahkan pihak lain, ia tidak menjadikan kita hilang kredibiliti dengan mengakui kesilapan dalam percaturan ini. Malahan ia akan menjadikan titik tolak bagi kita memperbaiki segala kelemahan dan membina kekuatan baru.
Para petugas pilihanraya sudah tentu akan balek ke negeri dan kampung masing-masing mulai malam ini. Namun rakyat dan pengundi di Hulu Selangor tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. PRK merupakan permulaan yang baik bagi gerak kerja untuk pilihanraya akan datang. Menjadi tugas dan tanggungjawab jentera parti di peringkat DUN masing-masing terus mengisi dengan program-program yang berterusan. Kerajaan PR Selangor tidak boleh berlengah dalam melaksanakan agenda pembangunan, buktikan sekalipun Hulu Selangor PR tidak mempunyai Adun dan Ahli Parlimen, pembangunan material dan program kebajikan untuk rakyat tetap diutamakan.
Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.

Friday, April 23, 2010
YB TIAN CHUA DI SOAL SIASAT POLIS
YB Tian Chua sedang berada di Balai Polis Sentul untuk memberi keterangan isu Altantuya. Perintah ke Balai Sentul untuk disoal siasat telah dikeluarkan semasa YB berkempen di Hulu Selangor. Di harap semua penyokong Pakatan Rakyat berdoa semoga YB Tian Chua tidak ditahan polis.
Berita Terkini Akan Menyusul .....
YB Tian Chua telah selesai disoal siasat dan tiada apa-apa tahanan dilakukan oleh pihak berkuasa. Dipercayai soal siasat membabitkan isu gambar Altantuya makan malam bersama Pembesar Negara. Kes yang lama diungkit kembali
Berita Terkini Akan Menyusul .....
YB Tian Chua telah selesai disoal siasat dan tiada apa-apa tahanan dilakukan oleh pihak berkuasa. Dipercayai soal siasat membabitkan isu gambar Altantuya makan malam bersama Pembesar Negara. Kes yang lama diungkit kembali
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.
Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya.
"Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.
Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.
"Bagaimanapun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.
Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi.
Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu.
Anwar menjelaskan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu.
"Surat (perjanjian) Apco dan kerajaan Israel sama dengan surat (perjanjian) antara Apco dengan Malaysia. Jawablah, buat apa hina saya... Jawablah, buat apa hukum saya," katanya.
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi".
Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi".
Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong"
"Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.- Malaysiakini

DAH AGAK DAH: MESTI TAK BERSALAH PUNYA
Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas ahli dewan undangan negeri PKR berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.
Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta mereta.
Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun PKR Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.
Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.
Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.
Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.- Malaysiakini

JANGAN LALAIKAN ORANG ASLI ....
HULU SELANGOR, 22 April: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.
"Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal," ujar Uday Kadir, 45.
Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh jentera Umno/BN sejak kelmarin.
"Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang Asli," jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.
Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan pendedahan yang dibuatnya.
Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.
"Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada kenderaan JHEOA)," ujarnya.
Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung Gerachi Jaya.
"Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak."
Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.
"Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja," ujarnya.
Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.
"JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.
Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.
"Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah," ujarnya.
Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik.
Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di sini.
"Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera BN beri RM10," beliau menambah.
Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.
Disebabkan kempen kesedaran yang dilakukan oleh para sukarelawan Orang Asli Pahang di Hulu Selangor, seorang Tok Batin Perat, 52, merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.
Dalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat kerana mempertikai JHEOA.
"Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor) kerana mahu pertahan tanah Orang Asal," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempertikai janji-janji manis segelintir pemimpin BN dalam menyelesaikan isu tanah asal mereka masing-masing.
"(BN) cakap tentang pembangunan padahal bohong belaka, buktikan pada Orang Asal di sini, rizabkan tanah-tanah Orang Asal.
"Saya lihat JHEOA dah jadi BN, nak tekan Orang Asal, tanah asal kerana Orang Asal mahu tinggalkan BN," jelasnya.
Ekoran itu, beliau mencabar BN supaya menyediakan peluang yang lebih realistik kepada Orang Asal sekiranya jujur mahu membantu Orang Asal di Hulu Selangor.
"Kalau betul (BN) nak tolong Orang Asal, buat tanaman Felcra, bagi Orang Asal uruskan ladang. Jangan bagi rasuah, jangan bagi rosak Orang Asli,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang komitmen calon Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah malar segar Orang Asal di Hulu Selangor.
“Sesiapa pun memerintah, yang penting rizabkan tanah Orang Asal. Kalau Zaid Ibrahim yang berjuang rizabkan tanah Orang Asal, maka Orang Asal sokong mereka yang rizabkan,” katanya.
Sebelum pada itu, Koordinator Bilik Gerakan Khas Orang Asli, Elizabeth Wong mempertikai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana membenarkan pihak Polis membuka pondok jaga di kampung-kampung Orang Asli.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, insiatif Polis itu mengakibatkan Orang Asli tidak bebas mendengar kempen-kempen politik sepanjang musim pilihan raya kecil kali ini.
"Sekiranya SPR bermaruah, dia seharusnya keluarkan semua pondok polis dari kampung-kampung Orang Asli. Kalau pondok Polis diletakkan di kampung-kampung Orang Melayu atau Cina, tak ada masalah.
"Tetapi, kalau Polis diletakkan di tempat Orang Asli mereka akan takut," jelasnya.
Tinjauan Harakahdaily mendapati, pilihan raya kali ini menyaksikan BN terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertikaian termasuk oleh Orang Asli tempatan.

TANPA SOKONGAN ISTERI SIAPALAH MANUSIA YANG BERGELAR SUAMI
HULU SELANGOR : Walaupun banyak tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat daripada PKR untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, namun beliau tahu bahawa isterinya mampu menyokong dan mempertahankan reputasinya.
Datin Suliana Shamsuddin, isteri Zaid sejak 31 tahun yang lepas, adalah seorang wanita mempunyai kebolehannya sendiri.
Datin Suliana berbeza daripada kebanyakan isteri ahli politik, yang lebih suka menyokong suami mereka dari tempat naungan, lapor blog www.zaiduntukrakyat.com.
Ibu kepada tiga anak dewasa, telah berkempen dengan penuh semangat bagi pihak suaminya di kawasan seluas bandar Melaka walaupun tanpa suaminya di sisi.
“Saya tiada masalah bertemu dengan rakyat bersendirian,” Suliana yang berbadan ramping memberitahu wartawan selepas berkempen untuk suaminya di sebuah kampung Cina kecil di sini.
“Kerja ini memenatkan tetapi saya rasa puas hati,” kata Suliana, menceritakan kesibukan dan waktu kerjanya yang lewat sebab perjalanannya yang panjang setiap hari ke kawasan pilihan raya kecil ini di desa.
Datin Suliana yang berasal dari Perak, menunjukkan kekuatan mentalnya dalam masa yang singkat di kampung itu, tidak tersentak atau menjerit apabila nampak anjing-anjing berkeliaran di atas jalan.
Beliau juga tidak takut menjawab isu tuduhan bahawa suaminya minum arak.
“Kalau kamu nak tanya benda buruk, tanyalah musuh kamu; kalau kamu nak benda baik, tanyalah kawan. Itu hanya sebahagian daripada proses,” kata beliau apabila menjawab tuduhan bahawa suaminya seorang peminum arak dan kaki perempuan.
“Itu dah selesai. Isu yang utama adalah apa yang dia boleh beri kepada rakyat,” katanya lagi.
Tenaga dan keyakinan beliau menunjukkan pengalaman beliau.
Suliana memberitahu bahawa beliau telah berkempen untuk Zaid yang mewakili Umno pada pilihan raya umum 2004 di parlimen Kota Bharu.Walaupun menang kerusi itu tetapi tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum yang seterusnya.
Beliau datang ke Hulu Selangor untuk memperkenalkan Zaid kepada penduduk tempatan dan memupuk keyakinan mereka supaya memberikan undi kepada suaminya Ahad ini.
“Dia seorang yang tulus, dia bukan bermuka dua. Dia pegang kepada kebenaran,” katanya dalam satu ceramah.
Beliau memberitahu kepada 30 orang yang datang mendengar ceramahnya dengan membawa anak kecil bahawa Zaid adalah seorang yang murah hati.
Zaid menubuhkan sebuah yayasan di Kelantan 11 tahun yang lalu iaitu Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk).
Mesejnya mudah, kata Suliana: Zaid Ibrahim ialah harapan baru untuk menyelamatkan Malaysia.-HrkH

PR dahului 60 peratus - Penyelidik
Hasil kajian Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25April ini.
“Kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor,” jelas pengasas pusat kajian Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) kepada erapakatan.
Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.
Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.
Demografi gender juga menjadi faktor penentu dalam PRK kali ini kerana pengundi wanita yang akan menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor.
Selain itu, di Hulu Selangor wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada yang sama akan menghadapi tentangan golongan lama.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menyakini Zaid sebagai simbol politik yang mampu membawa dimensi baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan
Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.
Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus. - EraPakatan

Semak Daftar Pengundi Sekarang Elak Kekeliruan Pada Hari Mengundi
Sidiqin Omar
KUALA KUBU BHARU 22 Apr - Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub menggesa pengundi di Hulu Selangor membuat semakan daftar pengundi bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan lokasi di saat-saat akhir.
Ini berikutan tindakan memindahkan pusat pengundian hampir 14,000 pengundi di kawasan Parlimen itu tanpa sebarang makluman kepada mereka yang terbabit.
Mustaffa juga menjemput pengundi hadir ke majlis dan program penerangan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tepat dan penjelasan berkenaan isu semasa.
“Terdapat segelintir penduduk di Parlimen Hulu Selangor ini menganggap program ekonomi anjuran kerajaan negeri Selangor merupakan inisiatif kerajaan persekutuan. Perkara ini perlu dijelaskan supaya tidak timbul kekeliruan.
“Antaranya program TAWAS, Skim Takaful Kifalaah dan sebagainya. Oleh itu kita akan menggerakkan jentera parti kita untuk memberikan penerangan dengan lebih jelas kepada orang ramai.
“Golongan yang akan kita dekati adalah pengundi Melayu. Ini adalah disebabkan jurang maklumat yang agak ketara kepada kelompok ini. Namun, kita menjangkakan trend pengundi Melayu akan meningkat berikutan banyak isu-isu yang tidak diselesaikan berkaitan dengan mereka” kata Mustaffa.
Ketika mengulas mengenai keputusan dua orang ahli wanita KEADILAN di Perak yang membuat keputusan keluar parti Selasa lalu, beliau menyifatkan media telah memanipulasikan berita tersebut.
“Majlis Pimpinan Negeri telah menggantung keahlian mereka semenjak Februari lalu berikutan sikap mereka yang mencurigakan, bahkan MPN turut menggantung jawatankuasa cabang berkenaan, dan ianya ditadbir terus oleh Majlis Pimpinan Negeri”, tambah beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak.
“Kita tidak terkesan dengan keputusan mereka, bahkan ianya membuat kami lebih bersemangat untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat,” jelas beliau.
Mustaffa berkata seramai 240 orang petugas yang datang dari 24 cabang di Perak bersama-sama 60 orang sukarelawan Pakatan Rakyat membantu jentera pilihanraya kecil kali ini.
Sumber: Suara-Keadilan

Thursday, April 22, 2010
ANWAR IBRAHIM CABAR NAJIB .......
Oleh Faizal Ezzany
BATANG KALI 22 April - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
"Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.
"Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja," jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.
Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.
"Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
"Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.
"Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.
"Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid," jelasnya lagi.
Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.
"Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara," tegas Anwar lagi.
Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.
Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.
suara-keadilan

Berita gembira buat generasi kedua Felda Sungai Buaya
Nazri Abdullah
HULU SELANGOR, 22 April: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka.
Pengumuman itu dijangka dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 24 April ini sempena Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi.
Program tersebut adalah anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, hasil pertemuan dengan menteri besar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi respons positif dan akan mempercepat proses mengukur kawasan kediaman generasi kedua.
"Kita akan dengar Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) buat pengumuman menggembirakan tentang perumahan ini.
"Tidak syak lagi Selangor akan menjadi negeri pertama membuat perubahan ini,” katanya ketika ditemui di tapak himpunan tersebut semalam.
Isu kediaman generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang sedang diperjuang peneroka sejak lama dahulu.
Dengan pengumuman yang akan dibuat itu katanya, nasib generasi kedua Felda akan lebih terbela dengan mempunyai kediaman sendiri.
"Kami dah jumpa menteri, menteri besar bersilih ganti, namun tiada perubahan.
"Namun sejak dua tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor, kita lihat jauh lebih baik berbanding kerajaan BN," tambahnya lagi.
Bidang kuasa tanah pula, katanya adalah di bawah kerajaan negeri, dan kerajaan Selangor juga sedang mengkaji status tanah di Sungai Tengi Selatan supaya diambil semula dari Felda Plantation dan diberikan kepada peserta supaya peneroka mendapat 10 ekar tanah dan kediaman mereka.
Sehubungan itu jelasnya, Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor adalah permulaan untuk warga Felda menuntut perubahan.
"Kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat, kenapa Umno BN tak boleh buat? Sebab itu kena undi Datuk Zaid Ibrahim.
"Kalau tak mula di Hulu Selangor, saya tidak nampak segala kejahatan dan kezaliman Umno/BN boleh ditamatkan," katanya.
Dalam pada itu Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua akan bermula 23 (esok) dan berakhir 24 April ini.
Pelbagai program dan acara disediakan antaranya sukaneka, persembahan pentas, acara padang dan gerai-gerai pameran.
Manakala pada hari terakhir pula, himpunan tersebut akan dirasmikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi negeri Selangor, sebelum pengumuman oleh Menteri Besar.
Pada malamnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat akan menyampaikan pidato dan ceramah termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Timbalan Ketua AMK, 4 Anggota Skuad AMK Didakwa Di Mahkamah Majistret
KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa dan empat anggota Skuad AMK dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pukul 9 pagi tadi atas berhubung tindakan menggoyak serta menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang dianggap provokatif.
Mereka yang ditahan semalam Restoran 1Malaysia di Bukit Sentosa ketika hendak berhenti rehat kira-kira pukul 7.30 petang semalam dan direman semalaman di Balai Polis Bukit Sentosa sebelum dibawa ke mahkamah di sini hari ini.
Kenderaan mereka juga turut disita.
Kelima-lima mereka didakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.
Sehubungan itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditemubual Suara Keadilan di Balai Polis Bukit Sentosa semalam mengecam tindakan pihak polis yang menahan Timbalan Fariz serta anggota Skuad AMK.
Shamsul pula menjangkakan penahanan tersebut berkaitan dengan tindakan mereka yang menurunkan kain rentang dan papan iklan yang bersifat provokatif sepanjang kempen berlangsung.
“Kita telah berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya semenjak sebelum penamaan calon lagi dan kita juga telah mempunyai “understanding” dengan mereka berkenaan perjalanan pilihan raya kecil ini”
“Tindakan menurunkan kain rentang dan papan iklan adalah inisiatif AMK dan Srikandi bagi membantu tugas SPR menguatkuasakan peraturan pilihan raya,” kata Shamsul.
Beliau berharap pihak polis akan bersikap dengan lebih berhemah dan telus dalam menjalankan tugas mereka.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang turut berada di balai polis itu berkata tindakan tersebut adalah bermotifkan politik.
“Kita masih belum dimaklumkan sebab penangkapan ke atas mereka. Sekiranya pihak polis ragu-ragu untuk menyiasat jenis kesalahan tersebut, kami mendesak agar kesemua mereka dibebaskan dengan segera.
“Setiap orang yang ditahan perlu tahu sebab-sebab dia ditahan. Kami khuatir yang penangkapan ini merupakan satu tindakan yang bermotifkan politik.
“Kami juga perlu tahu, adakah mereka ditangkap berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak tertentu, namun pihak polis gagal untuk menunjukkan salinan laporan tersebut” ” tegas Yusmadi yang juga merupakan seorang peguam.
Sumber: Suara-Keadilan
Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
BERITA TERKINI ...
Cikgu Faris bersama 4 amk yang ditahan semalam telah dibebaskan oleh mahkamah Kuala Kubu Baru.
Semalam kelima-lima mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.
Agak lucu dakwaan yang kena ke atas mereka hanya sebab pisau lipat dan tidak ada kena mengena langsung tuduhan atas kesalahan akta pilihanraya.
Mereka akhirnya dibebaskan tanpa syarat. Shamsul Iskandar dan Saiful Idham Ramli bertindak sebagai peguam mewakili mereka berlima. (gambar ehsan Saiful Idham Ramli.)
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
MEMANG SUDAH DI DUGA ....
Usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan selepas didebatkan oleh lapan ahli parlimen, termasuk ketua umum PKR itu.
3:00pm: Usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan selepas lima minit ucapan Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas). Ahli parlimen pembangkang yang membantah keputusan itu bertindak keluar dewan.
2.45pm: Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) menjelaskan tiada kecacatan dalam usul itu kerana ia bertujuan mengheret Anwar ke jawatankuasa itu yang akan menentukan kemungkinan hukuman ke atasnya.
2.40pm: MP Pakatan terus mempersoalkan kesahihan usul ke atas Anwar. Kiandee menjawab bahwa beliau tidak akan mempertimbangkan perkara itu lagi.
2.30pm: Sidang disambung dengan timbalan speaker, Ronald Kiandee pula mengambil-alih. Beliau memberi amaran supaya menghentikan dakwaan bahawa usul itu "cacat".
1.00pm: Sidang berehat untuk makan tengah hari.
12.50pm: Anwar mengakui mempunyai pertalian rapat dengan Amerika tetapi berkata pendiriannya jelas, khususnya dalam menentang dasar negara itu ke atas Afghanistan, Palestin dan isu-isu lain.
Katanya, kerajaan Najib sebaliknya melutut kepada Barat apabila mengarahkan Petronas menghentikan bekalan ke Iran yang merupakan musuh Amerika.
Kenyataan itu menyebabkan MP BN membantah dan menyaksikan kekecohan seketika.
Anwar menarik balik kenytaan itu atas arahan Speaker dan keadaan kembali tenteram.
12.36pm: Pendebat terakhir Pakatan, Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mendakwa usul ke atasnya itu "cacat" kerana ia bermotifkan politik.
"Hukum saya. Pecat saya. Penjarakan saya. Saya tidak akan mengalah," katanya.
12.25pm: Sebaliknya menurut Khairy yang cuba menimbulkan kemarahan Pakatan menyamakan slogan "Israel untuk semua" dengan slogan "PAS untuk semual".
Sambil memegang sebuah fail, Khairy mendakwa dia mempunyai bukti bahawa Anwar mempunyai perhubungan terus dengan Paul Wolfowitz, seorang penyokong kuat Zionist.
12.16pm: Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) memulakan debatnya dengan mendakwa Anwar menimbulkan kontroversi berhubung Apco Worldwide kerana beliau kuathir kerajaan pusat yang diterajui BN kini mendapat sokongan 68 peratus rakyat.
Katanya, kegusaran Anwar itu diburukkan lagi dengan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, termasuk beberapa pemimpinnya yang berpaling tadah sehingga menyebabkan ketua umum PKR itu kehilangan majoritinya di kalangan pembangkang including a string of defections from PKR which has caused him to los.
“Walaupun Pakatan tidur sebantal tetapi mimpinya lain-lain," sindir Khairy.
12.00pm: Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menggunakan peluang giliran beliau berucap dengan membenarkan rakan-rakannya yang lain untuk berucap. Antara mereka adalah Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau).
11.56am: Pendebat ketiga Pakatan, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) memulakan ucapannya dengan “Salam anti-Apco”.
Semua 'soalan tambahan' yang dikemukakan mempertikaikan kesahihan usul itu kerana mendakwa ia tidak tepat kerana tidak mengatakan bahawa Apco Worldwide diupah oleh Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya.
MP Pakatan berkata mengikut Peraturan 36 (12), untuk mengheret seseorang MP, ia mesti dibuktikan bahawa beliau menyedari maklumat yang dibekalkan di dewan adalah silap.
Mereka juga mempertikaikan mengapa BN hanya membenarkan MP Umno untuk berdebat dan inginkan jawapan sama ada Umno membolot semuanya.
11.44am: Abdul Rahman kemudiannya menarik balik kenyataannya atas arahan Wan Junaidi.
Beliau mempertahankan konsep 1Malaysia dan berkata beliau hairan mengapa pembangkang menolak konsep yang baik itu.
11.43am: Wan Junaidi mencelah dan Abdul Rahman mengulangi dakwaanya bahawa One Israel “hampir menyerupai Pakatan Rakyat”.
MP pembangkang terus menuntut beliau “tarik balik".
11.37am: Timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman mengambil-alih kerusi speaker.
Abdul Rahman berkata tidak seperti 1Malaysia, One Israel adalah gabungan tiga parti di Israel yang sama seperti gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
Kenyataan itu sekali lagi menimbulkan kekecohan dengan MP PAS membuat bantahan kerana dikaitkan dengan Israel.
11:36am: Abdul Rahman senyum sinis dan berkata setelah mendengar ucapan pembangkang tadi, beliau berpendapat semua mereka sepatutnya dirujuk ke jawatankuasa itu.
Merujuk ucapan Azmin, menurutnya, “Gombak berkata usul ini untuk menutup mulut Permatang Pauh. Bila masa Permatang Pauh boleh berdiam? Adakah sesiapa yang berjaya membuat beliau senyap?”
Katanya, arahan polis dan juga hukuman penjara gagal menutup mulut Anwar Ibrahim.
11.33am: Abdul Rahman juga menolak dakwaan Kit Siang berhubung “majoriti bodoh”. Katanya, BN sentiasa memberi peluang kepada Anwar untuk menjelaskan dakwaannya bagaimanapun ketua pembangkang itu menggunakan kesempatan itu untuk menimbulkan perkara lain.
"Ini bukan isu politik, ini mengenai individu yang memperdayakan dewan dan dengan degil enggan menjelaskan perkara yang sebenar. Justeru, beliau perlu dibawa ke jawatankuasa itu,” katanya.
11.30am: Pendebat kedua BN Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud) bangun untuk berucap. Beberapa MP pembangkang menyindirnya sambil menjerit “putar belit”.
11.26am: Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) menyalahkan sikap "lebih kurang" kerajaan BN. Beliau menggunakan Mandarin yang memetik ahli falsafah terkenal Cina, Hu Shi's berhubung artikel 'Mr Lebih Kurang' untuk memperkukuhkan hujahnya itu.
Lim mengakhiri ucapannya dengan berkata,"Lebih banyak anda mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat dan pembangkang, semakin cepat anda akan kiamat."
11.28am: "Mengapa begitu buruk untuk mengatakan 1Malaysia diciplak dari One Israel? Saya sendiri mengatakan 1Malaysia diciplak dari Malaysian Malaysia. Adakah saya akan dirujuk ke jawatankuasa itu?” soal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).
Beliau juga mempersoalkan pembabitan kabinet dalam isu berkenaan bagi mengheret Anwar Ibrahim.
“Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campurtangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa,” kata pemimpin veteran DAP itu.
Lim berkata majoriti parlimen BN itu sebagai "majoriti hodoh, majoriti bodoh". Dengan menuduh majoriti itu sebagai bodoh dan bukan menuduh orang perseorangan, Lim terlepas dan dibenarkan meneruskan ucapannya oleh Pandikar.
Namun apabila Lim menyebut perkataan 'majoriti bodoh', Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) senyum sambil mencatitkan sesuatu pada notanya.
Lim juga membidas sikap hiprokit MP BN. “Mereka menyerang peribadi calon PKR di Hulu Selangor, tetapi berapa ramai di Dewan ini yang tidak muinum?”
Speaker Pandikar menyampuk, "Saya pun minum, YB, tapi air sahaja."
11.13am: Giliran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk berucap. Katanya, ini adalah hari yang paling sedih di Parlimen.
Difahamkan bahawa asalnya, Kit Siang adalah sdeorang daripada empat pendebat Pakatan. Tetapi slot berkenaan diberikan kepada Anthony Loke (DAP-Rasah) selepas ada yang mendakwa bahawa Kit Siang adalah ahli jawatankuasa hak dan kebebasan.
Namun apabila diperiksa bahawa Kit Siang bukan lagi menganggotai jawatankuasa itu, namanya disenaraikan semula.
11.10am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) menuduh Anwar mencemarkan kesucian Dewan dan menggangu keselamatan negara dengan tindakannya itu.
Setiap kali Nur Jazlan menyebut 'Apco', ahli parlimen pembangkang akan membalas 'Umno'. dan setiap kali MP berhujah bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar, ia diikuti dengan jeritan 'buktikan'.
11.06am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) berkata Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) menggunakan "publisiti negatif" di mata antarabangsa untuk memburukkan kerajaan.
Beliau mempertahankan keputusan kerajaan menggajikan Apco untuk memperbaiki 'kerosakan' yang dilakukan oleh Anwar. Beliau juga menuduh Anwar menggunakan NGO, pakar Internet dan media antarabangsa bagi memburuk-burukkan imej Malaysia.
10.55am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) - pendebat pertama mewakili BN. Dewan kecoh apabila Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) bangun untuk membantah sesuatu yang dibacakan oleh Pulai.
Speaker Pandikar mengarahkan mereka yang tidak berdebat usul itu supaya duduk dan mendiamkan diri atau tidak, menghadapi perintah keluar dewan.
10.48am: Azmin Ali (PKR-Gombak) meneruskan ucapannya dan berkata "Saya minta wakil BN bercakap dengan ikhlas. Negara kita diserang oleh pihak Zionist atas jemputan anda.
"Di mana Pekan (Perdana Menteri Najib Razak)? Di mana Pagoh (timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin)? Kenapa mereka tak berani nak hadapi tuduhan ini?"
Azmin menggulung hujahnya dengan berkata Perkara 36(12) adalah supaya menteri-menteri membekalkan maklumat yang sebenarnya di dewan. Jika peraturan itu diambil secara literal, ramai menteri-menteri akan akan diheret ke jawatankuasa hak dan kebebasan.
1
0.39am: Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah MP Pakatan pertama berucap. Beliau terus menyerang BN sambil mendapat tepukan gemuruh MP Pakatan. Katanya, usul itu tidak adil dan mempertikaikan mengapa dokumen yang dibekalkan oleh Anwar dalam penjelasannya kepada Parlimen sebelum ini tidak disiasat.
Azmin menuduh kerajaan Malaysia sebagai budak suruhan Apco - firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington yang diupah oleh kerajaan Malaysia dan juga Israel.
Katanya, Anwar dihukum oleh usul tergesa-gesa yang dibuat mengikut telunjuk tuan mereka Apco-Israel.
Azmin melahirkan kebimbangannya mengenai keselamatan negara dan katanya Umno cuba menutup pembabitan sebenar Apco berhubung apa yang dikemukakan oleh Anwar.
10.37am: Pandikar memperuntukkan 15 minit kepada setiap pendebat.
"Jika kita benarkan Padang Serai (PKR MP N Gobalakrishnan), lima hari pun tak cukup," katanya berseloroh.
MPpembangkang terus menimbulkan isu teknikal berhubung usul tetapi Pandikar bertegas mengatakan ia teratur.
Sementara itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) akan menggantikan Anthony Loke (DAP-Rasah) sebagai seorang daripada pendebat Pakatan.
10.28am: Gobind (DAP-Puchong), yang agak emosional bertegas mahu mendebatkan peraturan dewan. Speaker Pandikar mengarahkannya supaya diam.
Beberapa MP yang lain cuba bercakap. Pandikar mengarahkan semua supaya duduk dan dengar arahannya.
Pandikar kemudiannya membacakan Peraturan 43. Katanya, adalah keputusannya bahawa usul yang dibentangkan itu adalah teratur dan keputusannya itu adalah muktamad. Sesiapa yang mempertikaikannya akan diperintah keluar dewan.
10.23am: Berlaku sedikit kekecohan apabila MP daripada kedua-dua pihak cuba berucap. Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangkit beberapa kali untuk meminta point of order.
Speaker Pandikar memberi amaran kepada Gobind supaya jangan melenggah-lenggahkan sidang dan mengingatkannya bahawa "Saya berkuasa mengeluarkan anda dari dewan".
10.18am: Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangkit dan berkata usul yang dibentangkan oleh BN itu menghina Dewan Rakyat.
Ini kerana, kata beliau usul mengheret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu adalah memohon jawatankuasa itu untuk menentukan bentuk hukuman dan bukannya untuk menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak.
Kamaruddin juga mendakwa ia mencabuli hak jawatankuasa berkenaan.
10.16am: Kit Siang hampir bertikam lidah dengan dengan Pandikar Amin berhubung perkara yang ditimbulkan oleh rakan-rakannya. Tetapi selepas penjelasan oleh Pandikar, Kit Siang mengalah.
10.11am: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bahawa beliau dan timbalannya akan menentukan sama ada perkataan dalam usul itu adalah tepat. Hujahnya, jika ia dalam peraturan mesyuarat, maka ia adalah tepat.
10.09am: Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) bangkit dan meminta penjelasan. Beliau bertanya sam ada kata-kata usul itu adalah tepat.
10.08am: Whip BN Datuk Seri Nazri Aziz memulakan usul itu dengan membacakan:
“Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib 1Malaysia”.
Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan.
10.06am: Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas) berkata sessi Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhkan selagi usul ke atas Anwar Ibrahim ((PKR-Permatang Pauh) dan beberapa rang undang-undang lagi belum diluluskan.
10am: Empat pendebat daripada Barisan Nasional:
1. Nur Jazlan (Umno-Pulai)
2. Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud)
3. Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau)
4. Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas)
Pakatan rakyat pula diwakili oleh:
1. Azmin Ali (PKR- Gombak)
2. Anthony loke (DAP-Rasah)
3. Marfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
4. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.
Usul itu akan dibentangkannya dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
9.46am: Usul mengheret Anwar Ibrahim adalah agenda pertama dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dewan Rakyat, mahupun galeri awamnya dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen yang menjangkakan perdebatan hangat.-Malaysiakini

[AMK Malaysia] HEBAHAN MEDIA AMK: Timb Ketua AMK dan 4 lagi ditahan dan dibawa ke mahkam
Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan
22 April 2010
TIMBALAN KETUA AMK DAN 4 LAGI DITAHAN & DIBAWA KE MAHKAMAH
Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa dan 4 orang Skuad Pilihanraya AMK telah ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa jam 7.30 malam tadi kerana disyaki mengoyak banner provokasi BN. Beliau kini sedang ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu jam 9.00 pagi ini (Khamis, 22 April) untuk disambung reman.
Mereka dijangka akan dituduh di bawah S427 Kanun Keseksaan, S6(1) & S8 Akta Senjata Berbahaya dan Senjata Berbahaya.
Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan.
Harap maklum
Hasmuzair Hassan
SUK AMK
014 842 2155
Angkatan Muda Keadilan
22 April 2010
TIMBALAN KETUA AMK DAN 4 LAGI DITAHAN & DIBAWA KE MAHKAMAH
Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa dan 4 orang Skuad Pilihanraya AMK telah ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa jam 7.30 malam tadi kerana disyaki mengoyak banner provokasi BN. Beliau kini sedang ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu jam 9.00 pagi ini (Khamis, 22 April) untuk disambung reman.
Mereka dijangka akan dituduh di bawah S427 Kanun Keseksaan, S6(1) & S8 Akta Senjata Berbahaya dan Senjata Berbahaya.
Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan.
Harap maklum
Hasmuzair Hassan
SUK AMK
014 842 2155
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
Papan Tanda PKR Diroboh, Poster Kempen Dirosakkan
HULU SELANGOR 21 APR: Menjelang hari pengundian pilihanraya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, taktik-taktik kotor mencantas calon lawan dengan fitnah dan dakyah semakin diperhebat.
Dalam keghairahan Umno menyerang keperibadian calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, poster beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirosakkan dan dalam sesetengah situasi, dirobohkan sama sekali.
Semuanya dilakukan semata-mata untuk memenangkan calon pilihan UMNO P Kamalanathan dari MIC.
Pada masa sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak sambil lewa menguatkuasakan arahan supaya Umno menurunkan poster- poster yang membawa mesej fitnah dan dakyah terhadap Zaid.
Sehubungan itu, Srikandi bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan Ops Billboard untuk memastikan semua papan tanda yang menghina keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat, diturunkan.
SPR sebelum ini berjanji untuk mengarahkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) menurunkan poster berunsur provokasi namun ternyata, janji tinggal janji.
Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Mohd Shaik Ismail berkata Srikandi serius mahu memastikan pilihan raya kecil ini berjalan dalam suasana aman tanpa sebarang provokasi yang boleh merosakkan keharmonian berkempen.
Minggu lalu, AMK membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertamadun Barisan Nasional yang menaikkan kain rentang dan papan tanda dengan mengaibkan calon dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, kain rentang dan poster milik BN yang diturunkan dihantar kepada SPR walaupun suruhanjaya berkenaan enggan menerima bahan kempen ini.
Ditanya kewajaran tindakan itu, Aishah berkata ia mesej kepada SPR betapa mereka memandang serius isu ini.-tvs

SIAPA ZAID - DARI KACA MANA PAK HISHAM
Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu.
Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.
Ceritanya bagini:
Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.
Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.
Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.
Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.
Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.
Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.
Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak.
Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.
Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika, saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpangkalan di Prague.
Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai setiausaha agung PKPM yang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab
kanan.
Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknologi Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.
Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM.
Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.
Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM, tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap.
Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru.
Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.
Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:
“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”
Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM.
Saya terperanjat kerana anak muda ini berani 'pecah regu' untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberaniannya.
Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari.
Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknologi Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.
Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri.
Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.
Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia.
Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada 'catch' - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250.
Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.
Seminggu sebelum NGO ini berkumpul dan bersidang, saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim.
Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan telefon - saya telah diberi kebenaran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.
Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi.
Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.
Dua hari sebelum nama Zaid Ibrahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor, saya telah pergi menemuinya.
Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.
Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini.
Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya 'arriviste – horray henry' yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.
Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu.
Zaid termenung sebentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang disalib ialah saya.
Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu.
Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan.
Untuk kita – perkara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain perkara yang sama adalah 'non event – tidak ada apa apa yang penting'.
Kenapa saya menulis kisah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen.
Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat.
Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.
Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti-kiri dan anti-sosialis.
Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.
Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen.

Wednesday, April 21, 2010
Felda Sungai Buaya, mimpi ngeri buat Umno di Hulu Selangor
KUALA LUMPUR : Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiaanya akan berlangsung pada 25 April ini pastinya merupakan mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional di Hulu Selangor terutamanya bagi pengundi Melayu bagi Felda di situ.
Ini kerana Syarikat Murna Jaya Development Berhad, yang juga proksi Umno didakwa berhutang ratusan ribu ringgit terhadap peneroka Felda di Kampung sungai Buaya, di Hulu Selangor.
Hutang terhadap 363 peneroka itu sejak 16 tahun lalu sehingga ke hari ini gagal dilangsaikan walaupun perjanjian asal itu syarikat berkenaan mesti melunaskan hutang mereka sebelum tahun 1998 lagi.
Kejadian itu mula berlaku apabila satu perjanjian antara 363 peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya terbabit dengan Syarikat Murna Jaya Development Berhad ditandatangani pada 23 Disember 1994.
Perjanjian itu yang disediakan sendiri oleh pihak pemaju didakwa berat sebelah apabila anak-anak penoraka itu dihalang menyemak dan membaca syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Felda Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, 42, berkata, akibatnya perjanjian itu bukan sahaja zalim tetapi menindas peneroka apabila nilai tanah yang mengikut perjanjian asal sepatutnya dijual RM5.20 untuk sekaki persegi tetapi dalam perjanjian yang tertulis hanya RM2.80 iaitu setengah daripada perjanjian asal.
Menurutnya, pihak pemaju pula mendesak agar peneroka yang hampir keseluruhanya warga emas menandatangani sahaja perjanjian itu.
“Pihak pemaju bersikap samseng apabila mengarahkan peneroka ketika itu menandatangani sahaja perjanjian itu secara serentak dalam masa yang singkat selain menghalang anak-anak peneroka daripada membacanya apatah lagi menyemak isi kandungan itu,” katanya kepada erapakatan.com semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Saidin memberitahu, perjanjian itu menyebut Syarikat Murna Jaya Development Berhad perlu melunaskan hutang itu dalam tempoh 36 bulan atau sebelum tahun 1998.
Sehinggalah pada tahun 1999, syarikat itu tetap gagal melunaskan perjanjian itu yang membawa kepada perjanjian kedua.
“Dalam perjanjian ini, syarikat itu mendakwa akan melunaskan hutang mereka yang berbaki ratusan ringgit dalam tempoh 24 bulan atau sebelum tahun 2003.
Namun, kami hairan dari tahun 1999 sehinggalah ke hari ini, kami langsung tidak pernah ditunjukkan perjanjian itu dalam bentuk hitam putih.
Mana perjanjian itu, kami mahu lihat, kalau betul adalah… kerana sehingga tahun 2003 syarikat itu tetap gagal melunaskan hutang mereka yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kesal.
Saidin menjelaskan, setiap peneroka mengikut perjanjian pertama pada Disember 1994 mesti dibayar RM1 juta seorang dan pembayaran pendahuluan oleh syarikat itu hanya dilunaskan RM10,000 ketika itu.
“Bayaran itupun mereka bayar secara ansuran dan sehingga tahun 2003, kami hanya menerima RM 270,000 seorang bagi setiap peneroka dan ada di antara kami menerima kurang daripada jumlah itu.
Tetapi yang pasti, syarikat masih berhutang hampir RM800,000 bagi setiap peneroka dalam perkampungan Felda Kampung Sungai ini,’ katanya.
Tuntut Janji
Sehubungan itu, beliau menuntut Syarikat Murna Jaya Development Berhad yang juga kroni Umno, bekas Menteri Besar (MB) Umno, Mohd Taib, dan kerajaan pusat serta semua bekas MB Umno seperti Khir Toyo, Abu Hassan Omar yang mencengkam negeri Selangor sejak puluhan tahun lalu bertanggung jawab dengan perbuatan mereka ini kerana hutang tetap hutang.
“Kalau kamu tidak selesaikan hutang kamu di dunia ini, ingatlah, azab yang pasti pedih menanti kamu di akhirat sana,” jelasnya.
Sebanyak enam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Murna Jaya Development Berhad telah dilantik yang ke semuanya merupakan ahli dan penyokong kuat Umno yang bertujuan menjaga kepentingan dan imej mereka di kampung itu sejak tahun 1994.
Sejumlah lima cawangan Umno wujud di perkampungan Felda itu dan lima daripada enam Ahli Lembaga Pengarah Umno itu masih hidup dan kaya raya termasuklah memiliki rumah mewah berbanding peneroka yang terus dihimpit kemiskinan.
Saidin turut menjelaskan bahawa isu hutang dari syarikat kroni Umno-BN itu pernah disiarkan oleh media berkali-kali sebelum ini namun pimpinan Umno dan syarikat itu kekal membisu.
Ditanya apa respon menteri berhubung perkara itu selepas didedahkan oleh media, Saidin dengan nada tegas menjawab hipokrit.
“Pemimpin BN terkenal dengan sikap hipokrit mereka yang suka menabur janji. Tabur janji, janji dan janji kononnya kami akan menyelesaikan masalah anda,’ katanya.
‘Raikan’ kedatangan Rosmah dan Shahrizat
Tinjauan erapakatan.com mendapati isu itu turut diluahkan kepada Menteri Umno, Shahrizat Jalil (gambar) oleh seorang wanita yang bernama Aminah Hussin di laman sosial Facebook.com. di sini
Namun, sehingga berita ini ditulis, Shahrizat gagal membantu masalah itu walaupun Menteri yang bertanggungjawab berhubung kebajikan rakyat dalam kabinet Najib Razak, hadir ke kampung Felda Sungai Buaya beberapa hari lalu bersama Rosmah Mansor yang juga isteri ke dua kepada Najib Razak.
Kira-kira 2,000 pengundi berdaftar wujud di perkampungan ini malah kedatangan Rosmah bersama Shahrizat baru-baru ini ‘disambut’ oleh penduduk dengan kata-kata berikut.
“Sekiranya mahu undi kami ! Selesaikan masalah tanah kami ni ! $$$ pesanan daripada pengund-pengundi Kampung Sungai Buaya,”
Kata-kata itu jelas tertera di simpang utama jalan masuk ke kampung itu yang di pasang beberapa jam sebelum kedatangan pimpinan Umno itu.
Seramai 296 daripada 363 peneroka itu telah meninggal dunia tanpa sempat mengecap nikmat jutawan dan sehingga kini hutang syarikat kroni Umno itu gagal dilangsaikan.
Kes terus tertangguh di mahkamah
Sehubungan itu, 34 daripada 67 peneroka yang masih hidup itu mewakili mereka untuk membawa kes itu ke mahkamah.
Wakil peneroka yang membawa kes itu ke mahkamah, Jamadi Ahmad, berkata, kes itu kerap tertangguh selama tujuh tahun kerana pihak syarikat kerap menggunakan alasan enggan hadir setiap kali kes itu berjalan di mahkamah
Menurutnya, Mahkamah Shah Alam akhirnya bertegas memutuskan agar wakil syarikat itu hadir dan pada 4 September tahun lalu, kedua-dua pihak iaitu peneroka selaku plaintif dan Syarikat Murna Jaya Development Berhad selaku defendan diberikan tempoh selama setahun setengah untuk berunding berhubung perkara itu.
Dipercayai syarikat itu terpaksa akur dengan kehendak mahkamah hanya selepas cubaan mereka membuat mengemukakan rayuan ditolaj mahkmah sebulan sebelum itu.
Syarikat Murna Jaya berkempen di Hulu Selangor
Jamadi menjelaskan, beliau cukup hairan dengan taktik syaikat itu yang datang menyebarkan penipuan kepada penduduk apabila menyebarkan risalah palsu kononnya semua penduduk terbabit akan diberikan bayaran yang sama dengan semua mereka yang menuntut di mahkamah.
Menurutnya, tindakan syarikat jelas menipu kerana mahkamah telah memberikan tempoh hanya setahun setengah kepada plaintif dan defendan dan ini jelas penipuan terhadap penduduk yang kian marah dengan kerajaan persekutuan.
“Saya ada bukti bahawa pihak Murna Jaya membuat ugutan terhadap kami berhubung isu itu termasuklah melalui tindakan saman dan undang-undang,” tegasnya kepada erapakatan.com.
Pada malam 15 April lalu, risalah itu dikesan disekitar kampung itu yang jelas tertera kepala surat syarikat itu.
Dipercayai perbuatan itu bertujuan bagi meraih sokongan penduduk itu yang pastinya akan mengundi calon Pakatan Rakyat.
“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tujuan kami mendedahkan perkara ini kepada media hanyalah untuk memperjuangkan hak kami yang tertindas sejak tahun 1994 lagi dan kami cukup kenal dengan watak-watak penipu di kampung ini yang berpura-pura untuk membantu tetapi pada masa yang sama pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu,” tegasnya.
Menurutnya, mereka berhak untuk mendedahkan nama mereka menerusi media dan menuntut melalui cara ini kerana mempunyai bukti yang kukuh sehingga hak mereka dikembalikan.
“Kami ada kuasa memfailkan semula kes ini kerana mahkamah dengan jelas menyatakan perjanjian yang dibuat bersama bekas peneroka adalah perjanjian jual beli.
Difahamkan syarikat itu sengaja enggan melunaskan hutang mereka kerana dinaungi oleh tiga Menteri Besar Umno sebelum ini masing-masing oleh Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo di mana di zaman ketiga-tiganya hutang syarikat itu tetap gagal dilangsaikan.
Tinjauan erapakatan.com mendapati pejabat syarikat (gambar) itu kini di miliki oleh Felda dan sempena PRK ini ia dijadikan pejabat rasmi Umno-BN yang turut kelihatan bendera rejim itu terpampang jelas di simpang tiga kampung itu.
Malah carian di internet mendapati email syarikat (gambar) itu juga telah dipadamkan.
Sementara itu, Bendahari JKKK di kampung itu, Yusri Sarigat, 34 melahirkan kehairannya bagaimana kerajaan Umno-BN ketika era pemerintahan Moh Taib membenarkan syarikat Murna Jaya membeli dan menguruskan tanah dan pembangunan ketika itu walaupun jelas syarikat kroni Umno itu tidak memiliki sebarang aset.
Sehubungan itu, katanya, peneroka menuntut agar Umno dan BN segera menyelesaikan malsah itu sebelum PRK itu berakhir atau berdepan dengan kegagalan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada pengundian 25 April ini.
‘Jutawan’ teruskan hidup dengan memungut barang lusuh
Sejak peristiwa itu, semua bekas peneroka berkenaan bukan sahaja gagal bergelar jutawan, tetapi kebanyakan daripada mereka kini berstatus muflis dan bankrap selain ada dia antara mereka terpaksa menjual asset seperti rumah dan kereta untuk meneruskan hidup.
Lebih menyayat hati lagi apabila ada dia antara mereka terpaksa memungut barang lusuh seperti tin kosong dan kotak untuk meneruskan hidup.
Anak cadang tubuh jawatankuasa khas
Bagi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, matlamat Allahyarham Tun Abdul Razak yang menggagaskan Felda demi kejayaan orang Melayu tidak menjadi kenyataaan dalam konteks Felda Sungai Buaya.
Menurutnya, jika semua pihak sibuk bercakap soal ketuanan Melayu dan benar-benar mahu menjadi pembela bangsa buktikan kepada peneroka Felda Sungai Buaya yang sudah lebih 16 tahun menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman BN.
Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka hanya memotong getah. - EraPakatan

Pakatan sedia hadapi sabotaj Dr Halili
KUALA LUMPUR, 20 April: PAS sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Datuk Dr Halili Rahmat telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan Rakyat (PR) di Hulu Selangor.
Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan di setiap unit peti undi (UPU) sebagai sokongan kepada jentera PKR.
Dengan itu, katanya PAS tidak melihat kemasukan Dr Halili ke dalam Umno semalam sebagai satu ancaman besar kepada gerak kerja PR di Hulu Selangor.
“Perkara ini sudah dijangkakan lebih awal dan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon adalah pemilihan yang paling tepat,” ujarnya.
Menurutnya, gabungan jentera pilihan raya Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr Halili dan penyokong-penyokong yang membelot kepada PKR.
“PAS berterima kasih kerana akhirnya Dr Halili mengakui identiti sebenarnya, dan ini memudahkan gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor,” ujarnya.
Tambahnya, untuk gelombang seterusnya PAS akan mengerakkan full enforcement dari setiap negeri, bagi memastikan gerak kerja berganda dapat dilakukan.
Katanya, beberapa markas PAS di UPU Hulu Selangor juga dijadikan markas utama bagi memudahkan gerak kerja.
Tambahnya, petugas PAS diminta melaporkan diri di markas-markas yang telah ditetapkan, dan menumpukan kerja-kerja kempen mengikut jadual yang ditetapkan.
Beliau menambah, BN akan terus berputih mata melihat kesatuan erat komponen Pakatan di Hulu Selangor yang selama ini sering digambarkan mengalami masalah.
Hakikatnya, kata beliau jentera BN belum mampu disatukan ekoran pemboikotan ahli-ahli Umno yang tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana memberikan kerusi calon kepada MIC.
Justertu, katanya PAS akan terus memberikan komitmen membantu jentera PKR untuk kebaikan rakyat di Hulu Selangor yang sudah lama diabaikan BN.
Katanya, walaupun mereka sudah menang 11 penggal di Parlimen Hulu Selangor dan menguasai tiga Dun hingga ke hari ini, tetapi masih banyak kekurangan dan pembangunan yang gagal dilaksanakan.
“Setiap kali pilihan raya mereka berjanji, tetapi habis pilihan raya mereka tidak peduli lagi. Yang pasti janji BN dulu, kini dan selamanya tetap sama, iaitu pembangunan dan pembangunan. Itu sahaja yang mereka tahu,” katanya lagi.
PAS, tegasnya yakin rakyat yang bijak akan pasti menolak BN di dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.
“Undilah calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebagai signal bahawa rakyat Hulu Selangor benar-benar mahukan perubahan,” ujarnya. - Harakahdaily

RAKYAT JANGAN TOLAK TUAH DI DEPAN MATA
Mohamad Sabu: Tolak 'tuah' jika tolak Zaid
Pengundi Hulu Selangor dikatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu berkata ini kerana calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.
"Zaid Ibrahim manusia berprinsip. Beliau (adalah) menteri, bila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan, beliau tidak bersetuju.
"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA. Lainlah kalau angkat senjata.
"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan (sebagai menteri). Dalam dunia ini nak cari orang macam begini (memang) payah," kata Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Baru, malam semalam.
"Walaupun beliau mempunyai banyak kelemahan sebagai manusia, tapi sebagai menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan.
"Kalau tak angkat Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," katanya yang juga bekas naib presiden PAS.
Kira-kira 500 orang hadir pada majlis ini walaupun cuaca begitu sejuk berikutan hujan lebat pada sebelah petang.
Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA.
Hal berkenaan katanya, mendorong Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagain Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.
"(Inilah) Zaid (yang) saya hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.
Pada ceramah yang sama Mohamad Sabu turut membidas kerajaan BN kerana membuat perjanjian dengan firma-firma yang mempunyai kepentingan Yahudi.
"Unsur Yahudi amat bahaya. Politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita bimbang politik Yahudi masuk ke Malaysia," katanya.
Menurut Mohamad Sabu beliau kuathir berlakunya kebocoran maklumat negara ini yang tidak boleh dipandang kecil.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN. Malaysiakini

Lima cawangan Umno mungkin bubar di H. Selangor
DI tengah-tengah pesta membeli pemimpin PKR oleh BN, tersebar khabar terbaru terdapat 5 hingga 10 cawangan Umno akan bubar di Hulu Selangor.
Menurut sumber maklumat, satu pertemuan pemimpin-pemimpin di Umno Bahagian Hulu Selangor dengan pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan telah pun diadakan. Bagaimanapun agenda perbincangan mereka dirahsiakan.
Berkemungkinan mengenai perisytiharan pembubaran cawangan Umno menjelang tempoh terakhir berkempen di kawasan parlimen itu. Menurut sumber tersebut lagi, Umno Hulu Selangor amat tidak berpuas hati dengan pencalonan Kamalanathan. Bagi mereka sepatutnya calon Melayu perlu diangkat untuk memimpin Hulu Selangor memandangkan kaum Melayu adalah majoriti.
Parlimen itu sebelum ini telah pun diwakili oleh MIC selama hampir sepuluh tahun namun tidak banyak pembangunan untuk orang Melayu yang diusahakan. Bagi mereka, oleh kerana kerajaan Selangor di bawah PR maka adalah lebih mudah untuk berurusan dengan PR berbanding BN terutama dalam mendapatkan peruntukan membangunkan masyarakat setempat.EraPakatan
Menurut sumber maklumat, satu pertemuan pemimpin-pemimpin di Umno Bahagian Hulu Selangor dengan pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan telah pun diadakan. Bagaimanapun agenda perbincangan mereka dirahsiakan.
Berkemungkinan mengenai perisytiharan pembubaran cawangan Umno menjelang tempoh terakhir berkempen di kawasan parlimen itu. Menurut sumber tersebut lagi, Umno Hulu Selangor amat tidak berpuas hati dengan pencalonan Kamalanathan. Bagi mereka sepatutnya calon Melayu perlu diangkat untuk memimpin Hulu Selangor memandangkan kaum Melayu adalah majoriti.
Parlimen itu sebelum ini telah pun diwakili oleh MIC selama hampir sepuluh tahun namun tidak banyak pembangunan untuk orang Melayu yang diusahakan. Bagi mereka, oleh kerana kerajaan Selangor di bawah PR maka adalah lebih mudah untuk berurusan dengan PR berbanding BN terutama dalam mendapatkan peruntukan membangunkan masyarakat setempat.EraPakatan
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
KAKI PENIPU PUNYA PEREMPUAN!!!
Salah seorang yang mendakwa keluar dari PKR di Perak hari ini iaitu Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai sebenarnya tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai. Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.
"Hanya dia sendiri yang cakap dia ini Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai.Hairan macamana dia ini letak jawatan sedangkan tiada apa -apa jawatan yang pernah di sandang oleh perempuan ini?" Jelasnya.
Sebelum itu malaysiakini melaorkan bahawa kali ini giliran pemimpin wanita Perak yang terdiri daripada Ketua Penerangan Wanita, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir.
Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita Umno Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik
Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.
* Jangan risau saudara...biarkan mereka menanam diri mereka sendiri dalam arena politik...siapa pun tidak akan percayakan mereka lagi...dapat duit kali ni je lah...tidak ada harga diri sebenarnya...mereka yang melompat bukan pejuang tapi petualang...

Mengapa rakyat perlu undi Dato Zaid
Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari bahawa UMNO pernah diharamkan (baca: mampoi) oleh Dr Mahathir pada tahun 1987,semata-mata hanya mahu menyingkirkan pemimpin kanan Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.
Pendfatar Pertubuhan telah meluluskan penubuhan UMNO Baru dan membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.Inilah budaya politik UMNO Baru yang amat gemar untuk tidak perlu ikut undang-undang.
Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.
Apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini?
Jadi kalau kita semua nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; rakyat mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.
Kes Dato Zaid dengan wartawan A Kadir Jasin mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh Zaid menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu dan menuduh Zaid jadi kaya-raya kerana itu.
Kita akan dapat lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenarnya abila Mahkamah bersidang nanti.
Rakyat perlu memberi mandat kepada Pakatan Rakyat kerana di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama.
Satu Suruhanjaya bebas akan dibentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti? Oleh itu , undilah Zaid /

Tuesday, April 20, 2010
SNAP Secara Rasmi Sertai Pakatan Rakyat
Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.
Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.
Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.
Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.
Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.TVS
Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.
Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.
Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.
Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.TVS
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
CHANDRAN DAN JOHAN TAK MAHU JADI YB
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.
Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.
Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.
Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.
Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini. - MALAYSIAKINI
Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.
Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.
Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.
Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini. - MALAYSIAKINI
Labels:
Ahli Parlimen,
AMK Batu,
Ceramah,
DINAMIKA AMK BATU,
Hebahan,
Kenyataan Media,
Politik,
Sebaran,
Ucapan,
Wilayah
SPR BERJANJI AKAN TURUNKAN BILLBOARD YANG TERLEBIH SUDAH .....
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mengarahkan Barisan Nasional menurunkan papan tanda yang menyerang keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat dan bersifat provokasi.
Walaupun tidak diketahui sejauh mana SPR berani bertindak terhadap Barisan Nasional (BN) yang jelas melanggar peraturan pilihan raya tetapi suruhanjaya itu berjanji akan berbuat demikian.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertemu SPR untuk mendapat kepastian mengenai peraturan papan tanda, poster dan kain rentang berunsur provokasi sepanjang tempoh berkempen pilihan raya ini.
Hasil pertemuan di pejabat sementara SPR di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, SPR mengakui BN melanggar peraturan apabila memacakkan papan tanda yang bersifat provokasi dan bercorak serangan peribadi.
"Saya mendapatkan kepastian dari SPR mengenai papan tanda (billboard) BN yang berunsur provokasi dan fitnah. Ada lapan atau sembilan lokasi. Kalau SPR kata ia boleh dibuat, kami akan naikkan papan tanda juga. Banyak isu yang boleh kemukakan.
"Tetapi kami bercadang untuk tanya SPR kerana kami yakin itu melanggar beberapa peraturan pilihan raya," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor, hari ini.
AMK yang turut membuat laporan polis berhubung perkara ini, bertekad untuk menurunkan papan tanda berkenaan dalam tempoh 48 jam jika bantahan mereka tidak diendahkan pihak berkuasa.
"Hasil dari mesyuarat pagi ini, mereka menyatakan ia melanggar peraturan pilihan raya. Hari ini kena turunkan. Mereka sudah kenal pasti papan tanda yang perlu diturunkan dan akan menasihati BN.
"Saya beri amaran. Jangan mulakan kempen secara ini. Kalau esok tak turun, kami sendiri akan turunkan papan tanda dan poster yang ada unsur fitnah dan provokasi," katanya.

Monday, April 19, 2010
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis berikutan perbuatan liar penyokong UMNO-Barisan Nasional yang membaling botol dan batu serta objek lain hingga menyebabkan cermin kereta pecah dan badan kenderaan itu kemek.
Kejadian pada 17 April lalu itu berlaku terhadap kereta yang dinaiki oleh Ketua AMK Sabak Bernam, Muhammad Abdul Razak bersama tiga rakannya ketika dalam perjalanan ke satu majlis penerangan.
Tindakan itu jelas berlawanan dengan semangat demokrasi sebaliknya menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa tertentu apabila melibatkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.
“Masa pemilihan calon jam 11 pagi, kami melalui jalan masuk Kuala Kubu Bahru, jalan tutup. Polis mengarahkan kami melalui jalan penyokong BN. Setibanya di hadapan penyokong BN, kami terperangkap dan terus diserang.
“Ketika itu, polis ada di kiri kanan kami tapi mereka seolah-olah membiarkan penyokong BN menyerang kami, semata-mata kami ada lambang. Kami berasa tidak selamat walaupun ada pihak berkuasa,” kata Muhammad.
Menceritakan kejadian di markas PKR Kuala Kubu Bharu itu, Muhammad kesal kerana kejadian itu berlaku ketika ada lebih 4,000 anggota polis di Hulu Selangor, kononnya bagi menjamin keselamatan rakyat.
Beliau sebaliknya terkilan kerana polis tidak bertindak terhadap samseng-samseng upahan ini dan mendesak pimpinan UMNO- BN supaya bertanggungjawab berikutan kejadian berkenaan.
“Kami mahu pihak BN bertanggungjawab. Kejadian itu seolah-olah ada satu kumpulan yang sengaja mencari mangsa. Kali ini, kami yang kena,” katanya lagi

Subscribe to:
Posts (Atom)