Sunday, October 18, 2009

Pohon Penjelasan Isu Derhaka!

SPR Perak telah mula mempamirkan data senarai pengundi terkini negeri perak. Ura-ura mengatakan pilihanraya Umum Negeri Perak akan diadakan dalam masa terdekat. Ini juga dapat dibuktikan apabila Najib Tun Razak telah memilih Perak menjadi negeri pertama pelancaran program 1 Malaysia pada ahad 18 October, 2009.

Dalam program tersebut Menteri Penerangan Dato Rais Yatim telah menyampaikan ucapan beliau yang menghina kepimpinan Pakatan Rakyat di Perak. Beliau telah membangkitkan pelbagai isu termasuklah isu menderhaka. Beliau menyifatkan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak telah lupa daratan. Sebagai salah seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan saya mencabar Dato Rais Yatim untuk menerangkan 10 isu ini secara terbuka di Media-media massa.

1. Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar di buang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawtan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya.

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 UMNO mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majilis Raja2 Melayu menolak cadangan tersebut UMNO membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan UMNO di Kelantan. Perwakilan juga meminta supaya harta raja2 Melayu disiasat. Satu demontrasi bagi menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan juga telah dibuat.

6. Pada 18 Januari, 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. UMNO telah melancarkan rapat umum di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat, dan Melaka serta membuat kritikan terbuka apabila Raja2 Melayu meminta penangguhan pindaan tersebut.

7. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak memnduduki takhta.

8. Siapa yang melarikan Ku Yah Puteri Sultan Selangor sehingga baginda murka ?

9. 23 dariapada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Kenyataan terbuka menyanggah pihak Istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebgai Menteri Besar. Kain rentang yang menyifatkan Sultan Trengganu sebagai Binatang juga digantung.

10. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis.

Sebagai Menteri Penerangan saya berpendapat beliau merupakan orang paling layak untuk menerangkan semua perkara tersebut kepada rakyat. Saya menyarankan beliau untuk meletak jawatan serta merta seandainya beliau tidak mampu melaksanakan tugas tersebut.



Norsharizal Abdul Razak Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu

No comments: