Wednesday, October 14, 2009

SIRI KEMPEN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) BATU
SOKONGAN MORAL KES MAHKAMAH YB TIAN CHUA


JOM SEMUA DO’A & HADIR BERI SOKONGAN MORAL


HARI KEPUTUSAN KES MAHKAMAH
Dakwaan (FITNAH !) Gigit Tangan Polis
YB TIAN CHUA (AHLI PARLIMEN BATU)


22 OKTOBER 2009 (KHAMIS) / JAM 10.00 pagi
Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Mahkamah Majistret, Bilik Jenayah 2, Tingkat 4

Hadir beramai-ramai sokong YB RAKYAT

FAKTA KES TUDUHAN DAKWAAN / FITNAH TERHADAP YB TIAN CHUA – GIGIT TANGAN POLIS
- YB Tian Chua dituduh menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22 (Bahagian Narkotik, ibu Pejabat Polis Kontinjen KL) di Jalan Parlimen 10.45 a.m. 11hb.Disember 2007 (dipintu masuk gerbang Bangunan Parlimen).
- Kes telah berlanjutan sejak 11 Januari tahun 2008. Majistret Mohd Faizi Che Abu.

- Didakwa mengikut Seksyen 332, Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, Tian boleh dihukum denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Tian akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika dipenjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000.

- Ditangkap di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun. Tian Chua yang berkereta pada masa kejadian ditahan dan ditolak keluar dari kenderaan oleh Lans Korporal Amran sebelum diheret dari kereta tersebut oleh Konstabel Rosyaidi.

- Saksi di mahkamah dan rakaman video menunjukkan Tian dikasari dan dipukul sewenangnya oleh pihak berkuasa. Kebanyakan saksi secara nyata menyaksi Tian Chua di pukul dihentam pada kepala semasa dipegang oleh pegawai polis.Terkecuali Konstabel Rosyaidi yg.mendakwa dirinya digigit Tian Chua, (tidak ada saksi mahupun rakaman yang mengesahkan tuduhan tersebut).

- Kereta yg dinaiki oleh Tian Chua didapati hangus di Balai Polis.

AMK BATU secara agresif melancarkan kempen kesedaran agar rakyat di Parlimen BATU memberi sokongan moral terhadap YB (Yang Berkhidmat) Tian Chua agar keputusan mahkamah berpihak kepada YB Tian Chua.

JOM KITA BERSAMA HADIR KE 22 OKTOBER 2009 (KHAMIS) / JAM 10.00 pagi / Kompleks Mahkamah Jalan Duta / Mahkamah Majistret, Bilik Jenayah 2, Tingkat 4

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP / KETUA AMK CABANG BATU / 012 657 7878









-

No comments: