Friday, January 8, 2010

AMK Batu Kutuk Perbuatan Bakar Gereja


AMK Batu mengutuk sekeras-kerasnya dengan perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab membakar Bangunan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur pada malam semalam. Perbuatan yang tidak bertamadun ini patut dihentikan sebelum terjadinya apa-apa kejadian yang lebih buruk lagi. Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya. AMK Batu menyelar golongan yang cukup agresif ini, ianya bukan cara menyelesaikan masalah tetapi menambahkan masalah. Kami juga percaya perbuatan ini hanya untuk menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain. AMK Batu berharap agar rakyat Malaysia bersabar dan bertenang dalam mencari jalan penyelesaian isu yang berlaku pada masakini.

AMK Batu berharap pihak Polis mencari sesiapa sahaja yang bertanggungjawab keatas semua kejadian kebakaran ini secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih parah. AMK Batu juga percaya bahawa perbuatan membakar rumah ibadat amatlah bercanggah dengan amalan mana-mana agama. Setiap isu dan masalah ada jalan penyelesaian tetapi bukannya penyelesaian seperti ini. AMK Batu percaya kita perlu menghormati agama dan rumah ibadat, jangan timbulkan apa-apa sentimen yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

No comments: