Sunday, January 3, 2010

Majlis Makan Malam di Rasa, Hulu Selangor






Semalam berlangsung Majlis Makan Malam yang begitu gemilang sekali di Rasa, Hulu Selangor. Rakyat berbilang kaum turut sama serta dengan majlis tersebut. MP Parlimen Batu, YB Tian Chua juga dijemput dalam majlis makan malam itu dan beliau berkesempatan memberi ucapan dalam beberapa hal berkaitan dengan isu politik semasa. Persoalan demi persoalan timbul di Parlimen Hulu Selangor apabila ada fitnah mengatakan MP Parlimen Hulu Selangor akan meletakkan jawatan atas alasan masalah kesihatan dan ternyata fitnah tersebut telah dinafikan oleh beberapa YB yang hadir. Antara YB yang hadir adalah MB Selangor, YB Gobala, YB Zuraida, YB Eli, YB Gan dan ramai lagi. Rakyat yang berduyun datang bukan sahaja dari Hulu Selangor, malah dari Kuala Lumpur dan Perak, terdapat juga ramai orang asli setempat dalam majlis itu, ini membuktikan bahawa TANPA DIBAYAR rakyat hadir untuk menunjukkan tanda sokongan. AMK Batu telah hadir untuk membuka kuanter jualan Surat Khabar Era Pakatan, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun. Jualan cukup memuaskan pada malam tersebut. MP Hulu Selangor tidak dapat hadir atas sebab nasihat dari doktor supaya beliau berehat. Mari sama-sama kita berdoa akan kesihatan beliau dan akan kembali berkhidmat kepada rakyat seperti sedia kala.

Dikesempatan ini, AMK Batu menggucapkan takziah kepada ahli keluarga Tok Mat dan juga Augustine Paul. AMK Batu menggucapkan Selamat Hari Lahir kepada YB Gan dari ADUN Rawang.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

No comments: