Sunday, January 3, 2010

Sumbangan "Back To School"









Sekali lagi Parlimen Batu menerusi sayap Wanita Cabang Batu bekerjasama dengan JIM Batu membantu adik-adik yang akan memulakan seisi persekolahan dengan bantuan seperti pakaian dan alatan persekolahan. Adik-adik yang dipilih seramai lebih kurang 10 orang telah dibawa ke Pasaraya Hari-Hari yang berdekatan dengan Warta Lama. Wajah keriangan mereka tergambar dengan bantuan tersebut manakala ibu bapa mereka kelegaan kerana dapat meringgankan lagi pembelanjaan persekolahan mereka. Terima kasih diucapkan kepada Wanita Cabang dan juga JIM Batu dengan keprihatinan mereka, semoga ramai lagi NGO atau orang perseorangan dapat bekerjasama dengan PKR Cabang Batu dalam kerja-kerja amal ini. Kami di AMK Batu juga membantu serba sedikit semasa majlis sumbangan tersebut.

Di kesempatan ini, AMK Batu menggucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah dan diharap adik-adik dapat memupuk azam baru dalam mencapai kejayaan dan tidak lupa kepada adik-adik yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM supaya bersiap sedia dari sekarang, jangan lupa ulangkaji pelajaran. Sesiapa yang ada masalah pelajaran, AMK Batu sedia membantu.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

No comments: