Thursday, January 8, 2009

AMKWP Kesal Tindakan Polis Memprovokasi Penyokong Pakatan Rakyat.


Seperti apa yang berlaku di Permatang Pauh, jurugambar akhbar dibelasah. Namun kali ini agak berbeza dan janggal sama sekali. Kami sempat menyaksikan provokasi yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para penyokong Pakatan Rakyat yang sedang berkumpul dalam kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pada awalnya sudah diberikan jarak 100 meter antara kedua-dua pihak di atas jalanraya. Memandangkan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat melebihi bilangan penyokong BN. Maka limpahan penyokong terpaksa bertaburan di kawasan hospital terbabit. Mereka hanya berdiri dan duduk untuk melihat serta mendengar pengumuman daripada pengurus pilihanraya.

Namun entah mengapakah, angin tak ada hujan tak ada. Pihak polis tiba-tiba mengganas dan menggempur para penyokong pembangkang. Mereka dihalau macam "budak-budak" agar menjauhkan diri daripada "batu sempadan" dengan penyokong BN. Keletah yang ditunjukkan oleh pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) jelas sekali amat memalukan.

Mereka menahan orang ramai yang mahu lalu lalang dikawasan terbabit. Bahkan mereka terus menggasak penyokong Pakatan Rakyat supaya berundur. Walhal kesesakan telah berlaku di bahagian belakang. Lebih teruk lagi, pasukan FRU juga "mengamuk" dan berkawal di laluan awam untuk ke hospital termasuk juga di Wad Pesakit Luar.

Kelihatan seolah-olah mereka menyerang "hospital" pula. Senario ini jelas sekali "membingungkan" sebahagian besar doktor, nurse, kakitangan hospitak serta para pesakit dan pelawat yang berkunjung ke situ. Mereka menggasak penyokon Pakatan Rakyat hingga jarak lebih 500 meter dari jarak sempadan 100 meter yang telah dihadkan. Anehnya, pihak polis tidak pula "mengganyang" para penyokong BN.

Kami sempat mendengar rintihan beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat yang mengatakan cara dan apa yang dilakukan oleh pihak polis itu samalah seperti Zionis (Israel) di tebing barat. Mereka telah meletakkan batu sempadan dan pagar keselamatan. Namun dalam masa yang sama mereka juga terus mengganas dan menakluki tanahair bumi Palestin tanpa belas kasihan.

Apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap penyokong Pakatan Rakyat itu, seolah-olah sama dengan Zionis. Mujurlah dipenghujung waktu, terlihat kelibat Exco Selangor dari PAS iaitu YB Dato' Dr.Hassan Ali. Kami sempat beramah mesra dengan Hassan Ali disitu. Kelihatan beliau memperkatakan sesuatu dengan pihak polis bagi meredakan keadaan yang sedang hangat ketika itu.

Wednesday, January 7, 2009

Sekitar Penamaan Calon PRK P036 Kuala Terengganu


Kredit Untuk Tranungkite.net dan Malaysiakini













Tuesday, January 6, 2009

Monday, January 5, 2009

Saluran PRK Kuala Terengganu

http://prkkualaterengganu.blogspot.com/

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU


Wahid Endut


SEMUA AHLI AMK DIMINTA BERURUSAN DENGAN KETUA AMK NEGERI UNTUK URUSAN PENGINAPAN DAN PEMBAHAGIAN TUGAS @ HUBUNGI TIMBALAN KETUA AMK TERENGGANU, SDR. MUZAFEQ (019-9922270)

Kronologi Penahanan Ketua AMK Terengganu

Lebih kurang jam 5.10 pagi Isnin 5 Januari pagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Beliau ditahan bersama-sama lima orang skuad AMK yang menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihanraya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu.

Sehingga siaran media ini disiarkan, Fariz masih berada di Balai Polis Kuala Terengganu dipercayai sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari Cawangan Khas.

AMK Terengganu kesal dengan tindakan pihak polis.


BN Mula Tabur "Rasuah Politik" Di Kuala Terengganu

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

4 Januari 2009


BN Mula Tabur "Rasuah Politik" Di Kuala Terengganu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan 'rasuah politik' yang terlampau.

Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.

AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini.

Apa yang mengejutkan ialah kenyataan MB Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. AMK mempersoalkan tindakan MB Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa. Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN?

Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan 'rasuah politik' yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini.

AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.

BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

5 Januari 2009

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang menghairankan ialah,apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

AMK juga ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Batu Buat Laporan Polis Terhadap TV3 Petang Ini

AMK Batu akan membuat laporan polis terhadap TV3 di Balai Polis Sentul, Jalan Ipoh pada 5 Januari 2009 (ISNIN - Hari Ini) jam 5 petang tentang fitnah kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berkenaan isu lif di Flat Sentul Utama yang disiarkan dalam Buletin Utama jam 8 malam pada 4 Januari 2009. Semua penyokong diminta hadir ke Balai Polis Sentul untuk menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Batu dan menyatakan bantahan terhadap fitnah TV3.

Menurut Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata, AMK Batu mengecam TV3 kerana cuba memburukkan imej YB Tian Chua yang cukup menjaga kebajikan penduduk di kawasan Parlimen Batu. Dalam isu lif ini, YB Tian Chua sendiri telah berusaha bermacam - macam kaedah untuk membawa masalah lif ini ke pihak yang bertanggungjawab tetapi sengaja dilambatkan. Rozan turut menambah bahawa rekod YB Tian Chua dalam membela rakyat di Parlimen Batu tidak dapat dipertikaikan lagi kerana YB Tian Chua akan mengikuti sendiri setiap isu yang berlaku dengan penuh rasa tanggungjawab.

Justeru itu AMK Batu tidak teragak - agak untuk membuat laporan polis terhadap TV3 kerana telah membuat fitnah.


Masa : Jam 5 petang ini
Tempat : Balai Polis Sentul

Friday, January 2, 2009

T-Shirt FREE PALESTINE

T-Shirt FREE PALESTINE
Harga : RM20
Saiz : M, L, XL & XXL
Untuk Tempahan, sila hubungi : EL (012-5757727)

PENGEDAR DIPERLUKAN!
Minimum 50 helai.
Sila hubungi untuk harga pengedar.


Sekitar Demonstrasi Membantah Serangan Israel Keatas Palestin

Lokasi : Masjid Negara
Masa : Selepas Solat Jumaat

::Nantikan demonstrasi yang lebih besar selepas ini.





Thursday, January 1, 2009

DEMONSTRASI



DEMONSTRASI
MENGECAM KEGANASAN ZIONIS ISRAEL
TERHADAP PALESTIN

Tarikh & Masa :
2 JANUARI 2008 (JUMAAT - ESOK)
Selepas Solat Jumaat

Tempat :
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR.

Anjuran :
PEMUDA PAS & KEADILAN

Wednesday, December 24, 2008

Fokus PRK Kuala Terengganu : Inilah calon BN

SELAMAT MENGUNDI

Undilah Calon BN untuk :

:: Peradaban manusia yang murah
:: Keruntuhan moral
:: Pusat karaoke yang buka 24 jam. :)



Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menegaskan, beliau tidak akan sesekali menyerang peribadi calon parti lawan baik dari PAS mahupun calon Bebas.

::Politik itu busuk dan membusukkan. Sepak terajangnya cukup keras.

Fokus PRK Kuala Terengganu : Wan Farid Tewas Sebelum Bertanding.

Wan Farid akan ditentang atau dengan lain perkataan tradisi Peteh UMNO Peteh kini sudah bermula sebelum hari penamaan calon. Wan Ahmad Farid adik kepada Wan Hisham Dato' Wan Salleh akan dipeteh hebat dan akan ditamatkan riwayat politiknya bukan oleh Pas tetapi oleh penyokong UMNO/BN sendiri .


Ini adalah kerana:

1. Penyokong UMNO masih lagi marah dan terasa hati angkara sikap Wan Farid yang langsung tidak membantu semasa PRU12 baru-baru ini. Sama seperti Dato' Man Bakar yang telah pun dihukum penyokong dalam pemilihan baru-baru ini.

2. Penyokong Senator Nordiana juga berdendam kesumat dengan Wan Farid yang dipercayai dalang atau penyebab kepada tamatnya jawatan senator Nordiana.

3. Wan Farid bakal berhadapan dengan penyokong bekas ketua lamanya Roslan Haji Awang Chik yang sedang sabar menunggu permainan untuk peteh Wan Farid nanti.

4.Team Dato' Che Mat Jusoh juga sedang menunggu wisel permainan untuk peteh Wan Farid kerana menaja Mohd Sabri Alwi dalam pertandingan jawatan dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu.

5. Peringkat tertinggi dan proses pemutihan pimpinan Ahmad Said hanya menunggu masa sahaja untuk putihkan Terengganu daripada anasir Idris Jusoh sebagaimana berlakunya nasib malang terhadap Wan hisham abangnya yang berkubur di Ladang.

6. Mohad Sabri Alwi tidak terpilih untuk menjadi calon DUN dan P36 dan melihat dirinya lebih berpengaruh daripada Wan Farid kini sedang mengatur langkah untuk membantu menamatkan jangkahayat politik Wan Farid sebelum wisel permainan bermula.

Tradisi "Peteh UMNO Peteh" kini bermula.

Monday, December 22, 2008

Heartless Takeover

Tian Chua

The National Heart Institute or Institut Jantung Negara (IJN) will be taken over by Sime Darby, with the BN Government consent.

Another of public service fall into profiteering corporation. Over the last few years, IJN had saved many lives and provided poor people affordable services. With Sime Darby takes over 51% of the shares, the quality and affordability healthcare will soon be a big question mark.

The Government said that as long as the private company promises not to neglect its social obligation.

This guaranty holds no water. After all these years, we have seen failure after failure in all our privatization schemes, BN leaders still try to fool the people.

Even if our philanthropic minded Directors in Sime Darby agree to pour in money to ensure affordable healthcare, for how long they would do that? What stop them in the future (if Sime Darby go burst) to sell IJN to McDonald?

Private company has different priority and it is also naive to expect them not to fulfill social services at no profit. Healthcare access for lower and medium income earners in this country has deteriorated over the last few years, instead of improving services the Government is selling off more assets to make profit.

The people must take a strong stand to oppose this move!

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU

SEMUA AHLI AMK DIMINTA BERURUSAN DENGAN KETUA AMK NEGERI UNTUK URUSAN PENGINAPAN DAN PEMBAHAGIAN TUGAS @ HUBUNGI TIMBALAN KETUA AMK TERENGGANU, SDR. MUZAFEQ (019-9922270)

31 Dis 2008

  • Pelancaran Bilik Gerakan AMK Malaysia, DUN Ladang, K.T’ganu jam 5.00 petang
  • Ceramah ‘Di Ambang 2009′ di Bilik Gerakan AMK, DUN Ladang. K.T’ganu jam 9.00 malam

Monday, December 15, 2008

Minyak Turun Lagi

Anwar Azidin

Minyak turun lagi. Alhamdulillah. Mahu atau tidak ucapan terima kasih aku ucapkan kepada Kerajaan Malaysia atas satu usaha mengurangkan bebanan rakyat walaupun masih banyak lagi perkara yang membebankan rakyat. Berkuatkuasa Selasa (16/12/2008) jam 0000 harga baru bagi
petrol RON 97 ialah RM1.80 seliter (sebelumnya RM1.90 seliter) manakala petrol RON 92 ialah RM1.70 seliter (sebelumnya RM1.80 seliter). Diesel pula RM1.70 seliter (sebelumnya RM1.80 seliter).

Trend penurunan harga minyak dunia ini melihatkan dengan jelas bahawa ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak stabil. Ini akibat dari beberapa pengeluar minyak yang mempengaruhi harga minyak dunia dan menyebabkan kesannya dirasai seluruh dunia. Kemampuan kewangan dunia masih diawangan. Ramalan pakar ekonomi bahawa tahun 2009 akan mencatatkan ekonomi akan merudum ada kebenarannya.

Berbalik kepada penurunan harga minyak di Malaysia, secara peribadinya aku menganggap ini ada kaitannya dengan kempen sempena Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Percaya atau tidak, terpulang kepada anda semua untuk menilainya. Walaubagaimanapun, aku dapat merancang perjalanan ke Kuala Terengganu sempena PRK tidak lama lagi.

Thursday, December 4, 2008

Rozan Azen Mat Rasip : Pembahas Usul AMKWP Kongres Nasional Tahunan 2008.

AMKWP mengucapkan setinggi penghargaan kepada pembahas usul AMKWP, Sdr Rozan Azen Mat Rasip yang mewakili AMKWP di kongres nasional tahunan tahun ini. Beliau merupakan Naib Ketua AMKWP merangkap Ketua AMK Bahagian Batu.