Wednesday, December 30, 2009

Teoh Beng Hock was murdered. Top Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand has sufficient evidence to prove that he was killed.

The parti Keadilan Rakyat organ. Suara Keadilan, reports in its latest edition that her forensic report will be presented at the January 7 inquest into Teoh's untimely death.

The weekly quotes unnamed Health Ministry sources as saying that Pornthip reached her conclusion after a second postmortem at the Sungai Buloh hospital.

The report adds that Pornthip has made known he findings to all relevant groups, including the Teoh family and the Selangor government, which commissioned her services.

Police to be prepared with warent to arrest those who involved in first and second postmortem on trial to hiding the true evidance.

More people will be arrest soon ....

Tuesday, December 22, 2009

FORUM BTN

FORUM BTN: PATRIOTIK ATAU PERKAUMAN?

Tarikh : 23/12/2009 (Rabu)
Masa : 8pm
Tempat : PJLA Theatre One Petaling Jaya
Ahli Panel : YB Amir Shari, YB Nik Nazmi, Lokman Nur Adam dan Penulis Bebas

SEMUA DI JEMPUT HADIR.

Kaunter Di Taman Dato' Senu



Bertempat di Tapak Pasar Malam Taman Dato' Senu, sekali pihak Cabang dan AMK Batu telah berjaya membuka kuanter khidmat masyarakat. Nampaknya malam ke-2, terdapat beberapa aduan yang diterima dari para penduduk sekitar Parlimen Batu. Segala aduan-aduan tersebut akan dibawa kepada YB dan Cabang untuk sedaya upaya diselesaikan secepat mungkin. Kami akan membuka kuanter lagi di tapak pasar malam dan pasar pagi. Gunakan peluang ini untuk membuat aduan demi kepentingan rakyat Parlimen Batu. Jadikan sebahagian telinga dan mata seterusnya menjadi mulut rakyat. Kita dari PKR Cabang Batu akan terus membuka kuanter khidmat masyarakat ini dan segala informasi di mana kami bergerak akan diwar-warkan dalam blog ini. Terima kasih kepada yang bertugas iaitu Ketua AMK Batu, Saudara Rozan, Abang Zahar, Kak Mastura dan Kak Sabariah.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Monday, December 21, 2009

KAUNTER KHIDMAT MASYARAKAT


KAUNTER ADUAN, KEAHLIAN & INFORMASI
Tarikh : 22/12/09 (Selasa)
Masa : 7.30pm
Tempat : Tapak Pasar Malam Taman Dato' Senu
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Pemasangan Banner Sempena Hari Natal






Kaunter Di Taman Batu Muda

Bertempat di Pasar Malam Taman Batu Muda, PKR Cabang Batu dan AMK Batu membuka Kuanter Khidmat Masyarakat. Tujuan utama pembukaan tersebut adalah untuk mendekatkan PKR Cabang Batu dengan penduduk Parlimen Batu. Kita membuka kuanter untuk aduan, ahli dan memberi serba sedikit informasi tentang pelbagai isu. Sambutan pada malam ini kurang memuaskan tetapi ianya tidak akan mematahkan usaha kami dalam menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan. Kami akan terus membuka kuanter di setiap Ranting di Parlimen Batu melalui tapak Pasar Malam. Semoga rakyat dapat memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan, kami membantu semua golongan tidak kira apa pangkat, bangsa, miskin ataupun kaya, termasuklah berlainan idealogi politik.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Kaunter di UPU Taman Batu Muda

Kaunter Aduan, Keahlian dan Informasi
Tarikh : 21/12/09 (Isnin)
Tempat : UPU Taman Batu Muda
Masa : 7.30pm
Datanglah Beramai-ramai

Saturday, December 19, 2009

AMK BATU SOKONG BTN

SEBARKAN. WAR-WARKAN.
Ayuh AMK BATU sokong…

BTN
Bersatu Tolak Najib


komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP & AMK BATU
Ketua AMK Cabang BATU / Naib Ketua AMK WP

Friday, December 18, 2009

salam "musz"

hati-hati...

komited-tulus-perkasa
rozan azen mat rasip

CERAMAH AMK BATU 17 DISEMBER 2009.

Salam semua penyokong Pakatan Rakyat.

Mewakili pihak YB Tian Chua, AMK BATU mengucapkan terima kasih atas sokongan para penyokong yang telah samada hadir, berjumpa-bertanya, menelefon & sms sehinggalah sepanjang beberapa jam-minit menjelang perancangan kami mengadakan ceramah kami termasuklah beberapa belas jam selepas hari ceramah amat saya terharu (Pak Majid flat, Bilal masjid Saidina Hamzah, gerai sup Pak Mohd Wira, gerai Pak Hamzah yg dating kerumah saya dan lain-lain. Sebagaimana yang dilihat ketika kita berhimpun di restoran (arahan polis berkenaan), ketika kita buka loud-hailer, kita hanya dapat merancang. Sokongan moral amat kami hargai.

Walaupun begitu, Cabang BATU terutamanya AMK BATU memohon agar kita tidak putus asa. Perjuangan menuju kebenaran, menuju putrajaya masih belum usai. Teruskan sokongan anda.

Kepada AMK BATU terutamanya koordinator utama PKR Cabang BATU – Sdr. Kamil (Timb. Ketua Cabang) & Sdr. Zahar (Ketua Penerangan) JUGA Sdr Chin & Danny p.a. yb Tian Chua, terimakasih atas kepercayaan-sokongan-perhatian-galakan terhadap karenah kami. AMK BATU memang takkan berjaya dgn tunjuk ajar kalian dengan program persediaan 12 hari ini.


komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP & AMK BATU
Ketua AMK Cabang BATU / Naib Ketua AMK WP

DARI CERAMAH KE PENERANGAN ISU








Sekali lagi pihak Polis tidak memberi kerjasama kepada pihak PKR dengan tidak memberi permit kepada AMK Cabang Batu untuk mengadakan ceramah sempena Maal Hijrah. Disaat-saat akhir pihak AMK terpaksa bertukar kepada Majlis Penerangan Isu, walaupun ianya dilaksanakan di gerai makan, tetapi ianya tetap meriah. AMK memohon seribu kemaafan kepada penduduk Parlimen Batu dan juga sekitarnya kerana sanggup datang walaupun keadaan cuaca yang tidak begitu baik dan kita akan menganjurkan satu lagi ceramah pada bulan 1 tahun depan dan akan dianjurkan di dalam dewan, kami juga menuntut janji kepada pihak polis untuk memberi permit kepada kami jikalau ceramah yang dianjurkan diadakan di dalam dewan. Pihak AMK Batu tidak mahu berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini jikalau diteruskan ceramah pada malam semalam. Begitu ramai sekali SB yang ditugaskan pada malam tersebut, gabungan 2 balai. AMK Batu tahu ramai yang kecewa dengan pembatalan ceramah tersebut dan kami ingin menegaskan bahawa kami ingin meneruskan ceramah tersebut dan tidak mahu dituduh penipu tetapi hasil nasihat beberapa pihak, kami terpaksa membatalkannya. AMK Batu memahami, rakyat pasti dahaga maklumat terkini situasi politik Malaysia tetapi malangnya selagi pemerintahnya ianya Barisan Nasional, halangannya tetap ada. Jumpa nanti ceramah yang akan datang. Berjuang tetap berjuang.

Majlis penerangan isu telah diadakan di Bistro sebelah tapak ceramah, YB Tian banyak menerangkan tentang isu-isu semasa. YB Ahmad Kasim dari Parlimen Kuala Kedah juga menyertai sekali dalam menerangkan perkembangan politik Malaysia. Sidang media juga dijalankan sekali. Komitmen YB Tian untuk meluangkan masa bersama kami sangatlah dihargai. Sekali lagi AMK Batu memohon maaf kepada rakyat dan peniaga-peniaga.

Tahniah! Senator Dr. Syed Husin Ali


AMK Cabang Batu menggucapkan TAHNIAH kepada Senator Dr. Syed Husin Ali di atas perlantikan beliau sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Negara. Beliau akan menjadi anggota Dewan Negara selama 3 tahun dan pengalaman beliau selama 50 tahun dalam arena politik dan juga kemanusian akan menjadi kelebihan kepada beliau dalam menjalankan amanah ini. Dr. Syed Husin Ali merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan kini memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau dilahirkan pada tahun 1936 di Batu Pahat, Johor. Anak kelahiran Johor ini mendapat ijazah sarjana muda dalam Kajian Melayu di Universiti Malaya (Singapura) dan ijazah sarjana (Kuala Lumpur) dan beliau juga berkelulusan Doctor Falsafah daripada London School of Economics, pernah juga ditahan dibawah akta RIMBA iaitu ISA selama hampir 2 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor antropologi dan sosiologi Universiti Malaya, Kuala Lumpur selama 28 tahun sebelum disuruh meninggalkan jawatannya kerana pembabitan dalam dunia politik. Dr. Syed juga aktif dalam dunia penulisan, antara buku tulisan beliau adalah Social Stratification in Kampung Bagan; Apa Erti Pembangunan; Malay Rural Society and Leadership; Pverty and Landlessness in Kelantan;Ethnicity, Class and Development; Isu Raja dan Perlembagaan; Merdeka, Rakyat dan Keadilan dan Dua Wajah (Tahanan Tanpa Bicara). Semoga Senator Dr. Syed Husin Ali dapat menjalankan amanah ini dengan begitu Komited, Tulus sekaligus memperkasakan lagi perjuangan rakyat.
TAHNIAH DARI AMK CABANG BATU!!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Operasi Roboh Kampung Tanah Lapang Ditangguh




Operasi meroboh rumah di Kampung Tanah Lapang di Sentul yang dijadual hari ini, telah ditangguh seminggu lagi hasil perbincangan antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penduduk setempat.
Tempoh tersebut diberikan kepada penduduk yang sudahpun mengambil kunci untuk berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.Persetujuan itu dicapai hasil perbincangan kira-kira 20 minit bermula daripada jam 10 pagi tadi.Penduduk kampung diwakili N Manikam selaku ketua kampung manakala DBKL pula diwakili pegawai penguatkuasa Othman Ismail bahagian operasi . Ahli parlimen Batu, Tian Chua turut sama dalam rundingan tersebut.Turut hadir ialah ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam, wakil parti komponen BN dari MIC dan IPF.
DBKL juga bersetuju membenarkan beberapa penduduk yang mahu terus tinggal di situ sehingga Hari Raya Cina terutama kepada penduduk yang berketurunan Tiong Hua.Difahamkan terdapat sembilan keluarga berketurunan Tiong Hua yang menetap di kampung tersebut.Bagaimanapun, mereka diberitahu bahawa tiada lagi lanjutan masa akan diberikan selepas itu.DBKL sebelum ini bercadang memindahkan penduduk kampung terbabit - yang mendakwa telah menetap di situ sejak seratus tahun lalu - bagi menjalankan projek penghijauan bandar.
Sementara itu, sejak awal pagi ini, kira-kira 30 penduduk kampung sudah berkumpul di kawasan terbabit, berdekatan stesen LRT Sentul Timur.Pihak DBKL pula membawa kira-kira 40 anggota penguatkuasa mereka. Hanya kelihatan sebuah jengkaut dibawa ke kawasan tersebut. Beberapa anggota polis turut hadir.Manakala Tian Chua sewaktu memberi penjelasan kepada penduduk sejurus selepas selesai rundingan dengan DBKL berkata kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan hijau dan bukan untuk tujuan pembangunan.Sehubungan itu, katanya, beliau akan bertemu lagi dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan bagi mendapatkan ketetapan tentang kedudukan kampung tersebut.
Katanya, beliau akan menemui Saravanan di Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang.Tian Chua juga berharap DBKL tidak akan merobohkan rumah-rumah di situ secara paksa tanpa sebarang rundingan.Menurutnya, , beliau juga akan bertemu dengan penduduk yang belum mendapat kunci pada esok atau Jumaat ini.Katanya, DBKL juga menawarkan pengangkutan kepada penduduk untuk berpindah ke PPR Batu Muda yang terletak dalam parlimen Batu.

Monday, December 14, 2009

Petikan Isi Kandung memorandum oleh Sdr. Shamsul Iskandar & AMK terhadap BN/UMNO berkaitan kes pertuduhan Qazaf YB Dato Seri Anwar Ibrahim , Integriti Mahkamah Syariah, memorandum keada YDPA & demonstrasi di masjid-masjid...Ikuti sepenuhnya dalam Akhbar KONSEP ERA PAKATAN Bil 14 / 15 Disember-31 Disember 2009)

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP


Memorandum AMK: Mahkamah Syariah Perlu Adil, Telus Dan Bebas Daripada Campurtangan Mana-Mana Pihak.


Saya bersama-sama Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi aman di Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat, 11 Disember 2009 yang lalu. Saya telah mendesak Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO/BN untuk menyegerakan pertuduhan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sengaja dilengah-lengahkan atas alasan bahawa perbicaraan kes seks di luar tabi’e di Mahkamah Tinggi Jenayah perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Saya juga membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk Jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan Qazaf di Mahkamah Syariah hanya boleh dijalankan setelah selesai perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi Jenayah. Jawapan Menteri Jamil ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat adalah jelas menghina kewibawaan Mahkamah Syariah dan bercanggah dengan peruntukan 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

Demontrasi Aman ini akan berjalan di hampir kesemua masjid-masjid utama seluruh Negara sehingga sebelum tarikh perbicaraan kes YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur iaitu pada 25 Januari 2010. Satu memorandum penting kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan akan juga diserahkan di Istana Negara. ...


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama seluruh rakyat Malaysia menyatakan rasa terhina dan terkejut terhadap jawapan Menteri ketika menjawab satu soalan di Parlimen baru-baru ini. Ianya berkenaan laporan Qazaf Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di mana YB Menteri menegaskan ...

Situasi ini jelas menunjukkan campurtangan YB Menteri terbabit di dalam ...

AMK Malaysia juga menganggap jawapan menteri terbabit telah menjatuhkan maruah dan martabat Mahkamah Syariah seolah-olah statusnya...

AMK Malaysia dalam Memorandum ini menyatakan pendirian dan membuat desakan :

Pertama: Mahkamah Syariah Kuala Lumpur perlu segera memulakan prosiding kes Qazaf yang difailkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

Kedua: Menteri terbabit tidak mempunyai kuasa dan hak untuk memberikan jawapan sedemikian kerana ianya jelas melanggar kebebasan kehakiman...

Ketiga: Mahkamah Syariah di seluruh negeri digesa bersikap berani, adil dan telus serta tidak terpengaruh dengan sebarang campurtangan politik ...

Keempat: Martabat Mahkamah Syariah di negara ini perlu diperkasakan serta dipandang tinggi oleh semua pihak dan tidak sekali-kali dipermainkan oleh mana-mana pihak...

Kelima: Menggesa seluruh anggota badan kehakiman Mahkamah Syariah membuktikan bahawa mereka tidak sekali-kali akan tunduk kepada campurtangan politik. ...



Saturday, December 12, 2009

Media Memputarbelitkan Kenyataan YB Ngar Kor Ming

AMK Batu berpendirian bahawa pertanyaan YB Ngar Kor Ming mengenai mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah ibadah bukan islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukan rumah ibadah orang Islam bukanlah untuk bermain dengan isu agama. AMK Batu berpendapat menjadi hak YB untuk menanyakan tentang peruntukkan dan beliau berharap ada penambahan bagi rumah ibadah yang bukan Islam. Media massa pro pemerintah memainkan isu ini untuk mencetukan ketegangan antara orang Islam dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam. Laporan-laporan demi laporan polis yang dibuat hanyalah semata-mata bermotifkan politik. AMK Batu juga menyambut baik suara NGO Islam seperti ABIM yang berharap agar dana untuk rumah ibadah bukan Islam ditambah dan mereka percaya YB dari Parlimen Taiping tidak berniat mempertikaikan dana rumah ibadah orang Islam. Kami percaya, penambahan dana untuk rumah ibadah untuk orang bukan Islam dapat membantu mereka dalam menjalankan ibadah mereka. AMK Batu berharap agar rakyat Malaysia memandang persoalan dan permintaan YB ini disudut positif, tidak salah rasanya meminta lebih peruntukkan. Beliau juga memperjuangkan untuk rakyat yang bukan agama Islam juga, dan beliau juga tahu batas-batas dalam bab beragama. AMK Batu berharap agar peruntukkan yang cukup besar ke atas rumah ibadah orang Islam digunakan sebaik mungkin dan tidak diseleweng oleh para pemegang amanah.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Cabang Batu

Thursday, December 10, 2009

Ceramah Maal Hijrah ''Penghijrahan Demi Rakyat''


CERAMAH MAAL HIJRAH
''PENGHIJRAHAN DEMI RAKYAT''

Tarikh/Hari: 17 Disember 2009/Khamis
Masa: 8.30pm
Tempat: Taman Batu Muda (Bersebelahan Masjid Saidina Hamzah)

Penceramah:
YB. Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
YB. Dato' Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg.Petani)
YB. S. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar)
YB. Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang)
Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia)

Moderator: Sdr. Rozan Azen Mat Rasip (Ketua AMK Cabang Batu)

Anjuran: Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu

Wednesday, December 9, 2009

Bengkel Pilihanraya







Tarikh : 07/12/2009 (Isnin)
Masa : 9.00pm – 11.00pm
Tempat : Pusat Khidmat PKR Cabang Setiawangsa
Kehadiran : 15 orang (5 orang dari AMK Batu)
Panel : YB Ahmad Kasim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)

Tuesday, December 8, 2009

Forum ''Adakah BTN Releven Untuk Perpaduan Negara?''

Forum ''Adakah BTN Releven Untuk Perpaduan Negara?''
Tarikh : 08/12/2009 (Isnin)
Masa : 8pm
Tempat : KL & Selangor Assembly Hall
Panelis : YB Johari
YB Amir
YB Suhaizan

SIRI DIALOG DINAMIKA HARAPAN BARU anjuran AMK BATU

Salam kepada semua ahli AMK budiman,

Diharap semua AMK BATU dapat hadir. Sebarkan.

PENGUMUMAN PROGRAM -
SIRI DIALOG DINAMIKA HARAPAN BARU bersama
Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Malaysia)

Tajuk :
PASCA BUDAYA POLITIK BARU & INTEGRITI PEMIKIRAN MASPARTI DALAM PEMBANGUNAN KEMATANGAN AMK

Tarikh : 10 Disember 2009
Masa : 8.30 pm
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen BATU, Jalan Sentul, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Koordinator Utama : Sdr. Fareez / 013 336 7701

Terima Kasih.

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP / 012 657 7878
Ketua AMK Cabang BATU / Naib Ketua AMK WP

Thursday, December 3, 2009

AMK BATU SOKONG HERO PEJUANG RAKYAT YG. DIZALIMI



PENGUMUMAN & SOKONGAN -

SEBUTAN KES RAYUAN MAHKAMAH TINGGI MENGENAI KEPUTUSAN
MAHKAMAH MAJISTRET KUALA LUMPUR

Salam kepada semua AMK BATU. Diharap dapat hadir meneruskan sokongan moral bagi YB Parlimen serta Ketua Cabang merangkap Pengarah Strategi PKR - YB Tian Chua.
Diharap SEBARKAN kepada semua gengsi & saluran-bentuk media. Sekian, terima kasih.

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

Merujuk kepada perkara di atas.

Pada 22 Okt 2009, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur oleh Majistret Mohd Faizi Che Abu telah menjatuhkan hukuman denda RM 3000 dan penjara 6 bulan. Hukuman ini akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Tian Chua telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi dalam 14 hari.

Sebutan kes rayuan ini akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 04 Dis 2009, Jumaat Masa : 9 pagi
Tempat : Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta,
Mahkamah Tinggi 2, Tingkat 5


Kami mengalu-alukan kedatangan media untuk melaporkan berita. Sebarang pertanyaan sila menghubungi En Chin di talian 013-683 6862 atau En. Danny 013-209 6862.