Monday, November 2, 2009
Kenyataan Media Presiden
Faizi: The Confused Magistrate!

I sincerely apologise for not being able to blog for some time now. With the sudden upsurge in work I have not been able to blog with the consistency that I would like to have.
Anyway I would like to touch on the issue of my ex-boss Tian Chua's indictment of criminally injuring a police officer by biting his hand. Unfortunately the sentence was meted out by a junior of mine who was a very high scorer in exams.
Too bad that in the real life, such academic performances does not guarantee an inkling that one will deliver correct judgments, which is the current case.
The Magistrate passed a guilty verdict on Tian Chua based on circumstancial evidence. No direct evidence was tendered to show that Tian actually bit the officer's hand, but direct evidence was shown that the police did assault Tian including punching and roughing him up.
Not only the learned Magistrate choose to ignore this apparent admission by the police officer, he was given praises for being truthful and on this basis, his admission was accepted as the truth. Whe the double standards? is the Judiciary that nonchalant as to having its consistency questioned?
I will give you a perfect example. In the case of Dato' Seri Anwar Ibrahim, he was given a sentence that was to be served consecutively instead of concurrently as he was a 'national leader' and he 'had to learn his lesson'; but the ex-Police Chief that was found guilty of punching Anwar was given a commuted sentence based on his 'contributions and dedication to the country'.
I have heard news from my lawyer friends and associates that this Magistrate was recently promoted to a new job, a 'special assistant' to a High Court Judge that liaises with the Ministries. I also heard that he has recently bought himself a new home nearby in Sri Hartamas. Granted, these may be hearsay at best, but the thought that these events happen almost at the same time give rise to a multitude of questions!
However, I am one who believe that a silly judgment made by this silly Magistrate cannot be hidden by any effort whatsoever. The sheer ignorance of this silly Magistrate - who used the burden of proof (based on a balance of probabilities) used in a civil case to a criminal case (which needs to be proven beyond reasonable doubt) will be overuled and overturned at the appeals stage. For that I am confident. For I believe that Malaysia's judiciary cannot be more rotten that it is now, after the country passed a 'no further action' judgment against the corruption case of VK Linggam.
Then again, I may be proved wrong!
No matter how hard UMNO and BN will try, the people in Batu (where Samy Vellu happen to stay!) will always hold Tian dear to their hearts. He has proven it time and again, that the Tiger of Batu will stay where he is loved. Any efforts to remove him will prove futile - much to the chagrin of Lim Si Pin!
Amir Hamzah Amha
AMK Batu
Saturday, October 31, 2009
KES MAHKAMAH YB TIAN CHUA - PELANCARAN SERENTAK KEMPEN KEADILAN TIAN CHUA
AHAD 1 NOVEMBER 2009 / JAM 8.00 PAGI
1) PASAR PAGI JINJANG (S)
(Disahkan hadir adalah YB Kelana Jaya & Segambut utk. sidang media)
2) SELAYANG JAYA
3) SEKSYEN 17 PETALING JAYA
4) KALUMPANG
5) PEKAN AMPANG
6) TMN. SRI GOMBAK
Aktiviti - Sidang media & kempen tandatangan.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
Tuesday, October 27, 2009
KEMPEN MENEGAK KEADILAN UNTUK TIAN CHUA
KEMPEN KEADILAN UNTUK YB TIAN CHUA
JOM SEMUA
Rabu / 28 Oktober 2009
JAM 6 PETANG
TMN. BATU METROPOLITAN PARK (Pusat Riadah/Jogging Track)
PERHIMPUNAN MENEGAK KEADILAN UNTUK TIAN CHUA
Datang beramai- ramai berikan sokongan !
Keterangan Lanjut -
Sila hubungi Sdr. Danny 013 209 6862
komited-tulus-perkasa
Satu Malaysia - Rakyat Mati Lemas
Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi."Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat," kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari ini.
Monday, October 26, 2009
KES MAHKAMAH TIAN CHUA-PILIHANRAYA KECIL BATU : SOKONGAN KPD YB TIAN SEMAKIN BERTAMBAH
HAKIM MENGAKU PERCAYA TIAN CHUA GIGIT POLIS WALAU TIADA BUKTI VISUAL & BUKTI DNA POLIS DIGIGIT TIAN.
HAKIM MENGAKU PERCAYA POLIS KERANA YAKIN POLIS JUJUR SEBAB MENGAKU MENUMBUK TIAN (MEMANG ADA BUKTI VISUAL & BUNYI SUARA DLM U-TUBE POLIS TUMBUK TIAN).
Sememangnya kebenaran akan tampil membela keadilan.
Cabang BATU terutamanya AMK BATU amat terharu dan menghargai segala sokongan moral dan reaksi prihatin rakyat di Parlimen BATU. Ini apatah lagi terhadap Yang Berkhidmat YB Tian Chua dlm menghadapi tekanan keputusan kes mahkamah dakwaan mengigit tangan polis (FITNAH !) yg berlaku penghujung 2007 di gerbang bangunan Parlimen.
Sebagaimana yg dijangka, segala yg berlaku ada hikmahnya. Dalam menerima dengan sabar-keredhaan, YB Tian sebagaimana dlm kenyataan media tidak sampai beberapa minit diluar bilik perbicaraan Mahkamah Majistret Jalan Duta Khamis (22 Oktober) lalu terus teguh dgn ikrar bahawa beliau akan tetap teruskan tugas beliau sebagai ahli parlimen yg bertanggungjawab membela nasib penduduk di kawasan BATU.
TernyataYB Tian Chua mengulangi lafaz dgn ikhlas apabila tiada pun sebarang kesedihan terbayang dlm nada suara beliau. Sebaliknya ramai menyaksikan beliau berterusan senyum menjawab tenang segala soal-jawab dgn pihak media. Ini juga terbukti sampailah beliau terus laju ke Dewan Parlimen untuk meneruskan tugas membahas dan membela nasib rakyat dlm dewan mulia itu.
Sejak Khamis 22 Oktober sehingglah petang Ahad 25 Oktober tadi, ramai penyokong setia dan rakyat yg menetap di kawasan parlimen Batu berkunjung ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Batu memberi dgn bertanya khabar, mendengar lebih lanjut ke arah mana kes mahkamah ini (peringkat rayuan dan seterusnya) serta pelbagai lagi.
Terbukti semakin ramai rakyat semakin celik dengan permainan politik ala era Mahathirisme (mahkamah dijadikan aparatus yes sir for you Putrajaya) melalui insititusi perundangan. Integiriti badan kehakiman mulai dipersoalkan apabila dilihat YB Tian Chua-pejuang rakyat dianiayai dengan keputusan yang tidak adil serta meragukan.
Namun dgn apa yg berlaku beberapa hari lalu, apatah lagi momentum prihatin rakyat terhadap kes fitnah-aniaya Tian Chua, kesabaran para penyokong dlm memberi mandat kepercayaan kpd PKR (YB Tian Chua) semakin bertambah.
(Sehinggakan tulisan ini dihasilkan, pelbagai memorandum sedang diusahakan setelah didesak oleh mereka yg simpati kpd Tian Chua, berpuluh-puluh petisyen telah dikeluarkan dan ditandatangani dengan laju - mendapat sambutan serta pelbagai bentuk sokongan).
Terima kasih semua. BERSAMA KITA TUNGGU TARIKH AKHIR MENGHANTAR PROSES RAYUAN (5 November 2009).
JOM KITA NANTIKAN SIRI KEMPEN KESEDARAN KONSPIRASI BN DGN BUKTI-BUKTI dan SIRI PROGRAM SOKONGAN MORAL YB TIAN CHUA.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
Sunday, October 25, 2009
PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU- BN (UMNO-GERAKAN-MIC) SUDAH TARIK TALI MELOBI
SEBARKAN BERITA SENSASI ! BN GILAKAN PILIHANRAYA KECIL ! USAHA LOBI DAN RASUAH WANG TELAH DIRANCANG !
Tidak sampai 5 Hari (sejak keputusan peringkat Mahkamah Majistret KHAMIS 22 OKTOBER 2009) terhadap Yang Berkhidmat Ahli Parlimen BATU- YB Tian Chua, sudah ada kedengaran usaha melobi bagi kerusi Parlimen BATU dikalangan tokoh dan kepimpinan dalam BN sekiranya terjadi pilihanraya kecil di BATU (Pilihanraya kecil/PRK akan terjadi sekiranya YB Tian Chua atau Pakatan Rakyat gagal dlm semua peringkat rayuan di mahkamah).
Dimaklumkan melalui ahli-ahli parti komponen berkenaan BN sendiri (UMNO-Gerakan-MIC teramsuk seorang bekas PPP), mereka telah mendapat arahan agar menjalankan beberapa usaha agar teraju utama BN (Pusat yang diketuai Najib Razak)memilih tokoh yang mereka yakin sepatutnya .
AMK BATU yang terkejut dengan 'maklumat bocor' ini, dimaklumkan seawal petang Jumaat 23 Oktober lalu (semasa berlangsungnya pembentangan Bajet 2010). Semuanya berlaku disekitar Sentul Boulevard, Restoran Thaqwa (Tmn. Bullion Mewah/Tmn Koperasi Polis 2) dan beberapa kedai mamak sepanjang Jalan Ipoh. Juga maklumat yg hampir sama dikawasan berdekatan sekitar Batu Caves, Titiwangsa, Setiawangsa dan Hulu Kelang.
Diakui oleh mereka yang tidak mahu mendedahkan identiti bahagian & cawangan masing-masing (baik dari UMNO, MIC dan Gerakan), mereka kesal kerana Ketua Bahagian masing-masing begitu cepat & ghairah hendak naikkan nama masing-masing dgn segera supaya ahli peringkat cawangan, bahagaian seterusnya pusat BN meletak mereka sebagai calon utk pilihanraya kecil.
Memiliki sedikit kesedaran dan kerana amalkan mengundi atas pagar/berdasarkan isu, ahli-ahli BN ini bertindak utk dedahkan apa yg mereka khuatiri akan membuat BN(terutama UMNO) 'makan' dgn ikrar/janji/slogan yg telah dibuat semasa perhimpunan Agung masing-masing yang mahukan calon kredibilit, bersih, bela rakyat dan sebagainya.
Menurut mereka dgn kelakuan/perangai Ketua Bahagian serta beberapa tokoh parti masing-masing yg mempunyai jawatan kabinet, ini akan menambah barah dan hanya memalukan maruah serta imej parti mereka.
Mereka sebagai ahli biasa sudah bosan dan letih dgn ketidakjujuran dan hipokrasi slogan spt 1Malaysia dan transformasi, namun bila ada sahaja peluang( dlm konteks semasa-Pilihanraya kecil BATU), pemimpin sudah mula semula perangai lama mereka spt tawaran jawatan, rasuah wang dan janji memberi projek. Semuanya kata mereka demi mengejar jawatan. Walhal banyak janji lama & keutamaan kebajikan rakyat di Parlimen mereka (BN) tidak selesaikan.
Mereka juga simpati dgn Tian Chua yg sejak menang di parlimen Batu begitu profesional dan laju mendengar seterusnya berusaha sebaik mungkin selesaikan isu dan beban yg mereka hadapi.
AMK harap perbuatan dan trend amalan warisan BN ini segera dilupakan dan memohon rakyat menjauhi perbuatan niat jahat in demi kebaikan rakyat. Jangan ulangi kesilapan dan amalan yg tidak bermoral yg menyebabkan BN tumbang kalah dlm pilihanraya lalu (PRU dan PRK).
Rakyat lebih bijak menilai siapa yang memperjuangkan rakyat ! Kebenaran dan keadilan akan menjadi hakim. Rakyat hakim negara !
Ayuh ! kita SEBARKAN maklumat dan agenda berkepentingan BN ini....Rakyat penentu masa depan.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
Friday, October 23, 2009
PETIKAN ARTIKEL KETUA AMK BATU - ROZAN AZEN MAT RASIP (dipetik dari akhbar KONSEP ERA PAKATAN)
Dalam menyoroti permasalahan ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran dengan kualiti graduan pengajian tinggi tempatan, AUKU dilihat antara punca mengakibatkan mahasiswa terbentuk sebagai sekadar lulusan yang tidak berketrampilan dan kurang kritis.
Belia khususnya mahasiswa perlu laju menterjemahkan idea yang lebih bernas bersifat alternatif terhadap segala persoalan semasa yang berlaku dipersekitaran terutamanya dalam negara. Ini termasuklah peka pada mobilisasi sosial yang semakin lantang, kemuncupan tidak menentu ekonomi, cabaran pembentukan jamak budaya (merujuk rakyat Malaysia yang plural), ketempangan demokrasi politik negara berperlembagaan dan kelajuan media baru yang kuat berdayasaing menyalurkan maklumat. Ini agar segala teori pembelajaran dan latihan ilmiah kritis sepanjang proses pembelajaran sebagai mahasiswa kampus terutama ilmu sains kemanusiaan diaplikasi, diadaptasi diruang kerjaya dan apabila bertindak sebagai anggota masyarakat. Jika gagal disesuaikan dengan keadaan realiti kelak, semuanya akan ditanggap pesimis sebagai nota bilik kuliah tinggal retorik dan tidak relevan dengan tuntutan terjemahan pembangunan insaniah cabaran dikala perubahan kadar laju era global.
Menyingkap sepintas sejarah AUKU, ianya merupakan buah hasil sebuah laporan jawatankuasa dipengerusikan oleh...
...Dibawah panel ini, MAGERAN melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kehidupan pelajar kampus Universiti Malaya. Berdasarkan jawatankuasa inilah kerajaan telah bertindak menggubal AUKU 1971.
Mahasiswa secara ideal perlu tampil agresif dan berani dalam menyuarakan sebarang kemungkaran pentadbiran kuasa eksekutif negara. Adalah hakikat bahawasanya mahasiswa sentiasa dinanti dalam menyumbangkan sudut pandangan berbeza dengan pendirian rasmi pemerintah namun segar dan relevan untuk disedia diuji. Ini amat instrumental bagi survival gagasan para aktor masa depan sesebuah tamadun agar kekal relevan dengan pembangunan luaran dan dalaman.
Selepas AUKU digubal, segala kegiatan mahasiswa telah diletakkan dibawah kawalan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar ...
...Perlaksanaan AUKU memberi autoriti kepada kerajaan mengawal universiti, sebaliknya mengurangkan autonomi pentadbiran-pelajar. Pihak universiti terikat dalam menentukan arah perjalanan universiti seperti urusan pentadbiran, perlaksanaan peraturan serta penggubalan dasar universiti termasuklah aktivitisme mahasiswa yang dikawal oleh kerajaan. Segala mekanisme yang dilihat bertentangan dengan interest of the government of the day akan dibatalkan. Ini merupakan pencabulan aspirasi pengajian tinggi tempatan yang meletak sasaran menghasilkan mahasiswa dinamik.
Sejak AUKU mahasiswa dilihat mengalami ugutan psikologi dan tidak lagi berani cuba bersuara (Maka tidak menghairankan media baru menjadi alternatif mahasiswa generasi kini, juga memilih universiti luar negara sebagai lebih efektif). AUKU serba sebanyak menyebabkan mahasiswa tidak berkecenderungan atau jahil dalam hal-hal kepimpinan dan berpersatuan. Softskills seperti pengurusan efektif, membuat keputusan kritikal, etika perbincangan, bekerjasama dalam latar yang berlainan dan sebagainya gagal dinikmati untuk melalui proses tahan uji.
...penglibatan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan, harus diterima sebagai suatu bentuk pengkaderan paling ideal dan efektif. Ketika inilah disiplin perancangan, stamina keberanian, kecekapan tindakbalas respon membuat keputusan dan kemahiran lain yang berkait akan berkembang dan digilap. Mereka akan tahan diuji dengan segala bentuk cabaran kompleks dalam mengambil pendirian tersendiri dalam sesuatu isu yang berlaku dari masa ke semasa yang pasti melibatkan masalah pertentangan antara pelbagai kepentingan. Memetik sepertimana yang disebut oleh Dato Dr. Siddiq Fadzil, “ kepimpinan yang benar – benar unggul adalah kepempinan yang telah teruji (tested).”
Perkembangan terbaru AUKU adalah pindaan akta berkenaan (Febuari 2009) terutama Seksyen 15 yang penulis nilai sebagai masih beku dan tetap mengikat kebolehan sebenar mahasiswa. Pindaan masih melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau simpati terbuka kepada mana-mana pihak yang berkait dengan politik. Walhal, segala yang dipaparkan di arena politik semasa melibatkan kepentingan masyarakat yang memerlukan komentar kritis oleh pihak mahasiswa bagi pendewasaan minda.
Impak penggubalan AUKU dilihat nyata kekangan...
...Sebaliknya meneliti perbandingan keterbukaan dikalangan pemimpin di Barat, mereka tidak takut kritikan malahan menerima sebagai budaya leadership with accountability. Momentum di Malaysia harus ke arah itu atau setidaknya selari. Ini adalah cabaran bagi kerajaan BN agar membuktikan...
...BN perlu tinggalkan amalan escapism seperti sikap sering memberi jawapan perlaksanaan polisi dan penafsiran perundangan mesti mengikut acuan sendiri yang sememangnya tidak dapat diterima lagi. Mahasiswa sering dipandang lemah dan naïf dalam memberikan persepsi tidak berkepentingan kelas kedua.
Mahasiswa harus diberikan ruang dan cabaran yang seadilnya. Kebebasan seperti melontarkan idea kreatif dan saranan bebas berkepentingan, pergerakan bersama linkungan realpolitik tidak dapat dan tidak boleh diketepikan. Demikian juga debat dan dialog terbuka seperti sudut pidato harus disuburkan semula tanpa prejudis terhadap natijah sasaran para mahasiswa. Kebijaksanaan penilaian oleh mereka juga perlu diberi kepercayaan semula. Inilah sebenarnya kewajipan dan fungsi ideal mahasiswa, ahli akademik dan institusi pengajian tinggi yang mesti dipulihkan.
Memang benar penilaian hampir 20 tahun lampau oleh tokoh-tokoh akademik seperti Allahyarham Prof. Dr. Rustam A.Sani dan Prof. Dr. P. Ramasamy, AUKU telah berjaya mengekang suasana sihat dan bebas yang dulunya dikecapi mahasiswa. Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap segala taraf prestasi pemikiran dan kualiti graduan yang dihasilkan sejak AUKU wujud...
...Ternyata inilah cabaran para mahasiswa dari masa ke semasa. Penulis yakin mahasiswa sebenarnya adalah semarak kebangkitan yang perlu. Halangan – halangan yang sedia seperti AUKU dan lain-lain yang berkaitan sebenarnya melemahkan daya saing dan ketajaman daya analisis. Batu penghalang yang mesti dikaji semula dan digerakkan lebih agresif dan tegas oleh mahasiswa. Jika tidak mahasiswa sejak hampir 40 tahun lampau dilihat sering tewas terhadap ugutan dan tidak diberi kepercayaan. Maka tidak menghairankan apabila rekod prestasi universiti-universiti sering di paras kritikal. Ini ditambah lagi dengan tahap budaya pembacaan dan kesedaran maklumat yang lemah.
Semua ini perlu diberi perhatian yang lebih kerana kemampuan berfikir atau thinking capacity adalah kriteria yang harus ada pada mahasiswa sebagai bakal peneraju terpelajar dikalangan masyarakat. Mahasiswa perlu dilatih dalam sebagai peneraju saf kepimpinan negara lapisan masyarakat Malaysia dengan penuh kebebasan ilmiah dan aktivitisme progresif. Suku abad telah berlalu. Apakah tidak wajar dan tepat masanya AUKU dikaji semula lantas tuntas dimansuhkan?
Penulis adalah graduan UIAM ijazah Sains Politik. Kini aktivis politik sepenuh masa. Diamanahkan jawatan Ketua AMK Cabang BATU dan Naib Ketua AMK WP.
(...hasil tulisan boleh diikuti sepenuhnya di akhbar KONSEP ERA PAKATAN mukasurat 6 & sambungan ms. 26 Edisi 10 16-31 Oktober 2009 )
Thursday, October 22, 2009
Mewakili pihak YB Tian Chua, AMK BATU mengucapkan terima kasih atas keprihatinan para penyokong yang telah samada hadir, berjumpa-bertanya, menelefon & sms sepanjang beberapa hari menjelang hari perbicaraan sehinggalah pasca –keputusan mahkamah majistret (MAHKAMAH SARKAS MALAYSIA BOLEHLAND !!!) jam 12.30 tghari tadi. Sokongan moral dan mengambil berat perkembangan keputusan mahkamah terutama kehadiran pagi tadi bersama kami amat kami hargai.
Walaupun begitu, Cabang BATU terutamanya AMK BATU memohon agar kita tidak putus asa. Perjuangan(perbicaraan utk keadilan) untuk keputusan berpihak pada kebenaran masih belum usai. Kita akan terus berkempen agar YB (yang Berkhidmat) Tian Chua MENANG DAN TERUS BERKHIDMAT. Teruskan sokongan anda di hari pendengaran rayuan kes.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP & AMK BATU
Ketua AMK Cabang BATU / Naib Ketua AMK WP
KES MAHKAMAH
HARI KEPUTUSAN DAKWAAN YB TIAN CHUA GIGIT TANGAN POLIS
22 OKTOBER 2009 / JAM 10 PAGI /MAHKAMAH MAJISTRET JALAN DUTA
Ringkasan aktiviti -
GERAKAN KEMPEN SOKONGAN MORAL KEPUTUSAN KES MAHKAMAH DAKWAAN GIGIT TANGAN POLIS TERHADAP YB TIAN CHUA
AMK Batu telah berjaya dalam inisatif menjalankan kempen sokongan moral & kesedaran politik
menjelang hari keputusan kes mahkamah YB Tian Chua.
Bahan strategi utama kempen (RISALAH KHAS & SESI PENERANGAN) telah diedar-dilaksanakan spt. berikut :
Masjid Saidina Hamzah, Tmn. Batu Muda
Jumaat 16 Oktober / 2pm - 2.30pm
Stesen LRT (Stesen Timur), Bdr. Baru Sentul
Jumaat 16 Oktober / 6pm - 6.30pm
Pasar Malam - Bdr Baru Sentul
Jumaat 16 Oktober / 6.30pm - 7pm
Rumah Terbuka Aidilfitri PKR BATU
Tmn Desa Bakti & Taman Wilayah, Selayang
Ahad 18 Oktober / 1pm – 3pm
Tmn Koperasi-Tmn Bullion
Isnin 19 Oktober / 8am – 9am
Pasar Malam - Tmn Koperasi Polis 2
Isnin 19 Oktober / 6.30pm - 7pm
Sebaran Media (Blog/SMS/Panggilan Peribadi)
Isnin 12 Oktober - Rabu 21 Oktober 2009
Sokongan kemuncak -
MAHKAMAH JLN DUTA
22 OKTOBER / KHAMIS / 10AM (Pakaian Uniform utk. AJK Cabang BATU)
Salam kebenaran untuk MALAYSIA.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP / 012 657 7878
Ketua AMK Cabang BATU / Naib Ketua AMK WP
Wednesday, October 21, 2009
Teoh Beng Hock VS SPR
Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.
Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Porntip mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik. Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya. "Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa. "Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid. Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat. "Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu. Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai. Ditanya oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, tentang kes melelas di bahagian bawah kasut Teoh, pakar itu berkata: "Kelihatan seperti badannya telah diheret. "Dalam kes-kes jatuh biasa dari tempat tinggi, kasut tidak meninggalkan kesan melelas seperti ini," jelas beliau. Ditanya oleh koroner Azmil Muntapha Abas sama ada permukaaan lantai mungkin menyebabkan kesan heretan, Dr Porntip menjawab: "Permukaan keras dan kasar". "Bagaimanapun, pasukan forensik saya tidak menemui sesuatu yang boleh menyebabkan kesan ini bila mereka memeriksa tingkat 14 (pejabat MACC) pada kali terakhir," katanya.
www.malaysiakini.com/bm
Sunday, October 18, 2009
Pohon Penjelasan Isu Derhaka!
Dalam program tersebut Menteri Penerangan Dato Rais Yatim telah menyampaikan ucapan beliau yang menghina kepimpinan Pakatan Rakyat di Perak. Beliau telah membangkitkan pelbagai isu termasuklah isu menderhaka. Beliau menyifatkan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak telah lupa daratan. Sebagai salah seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan saya mencabar Dato Rais Yatim untuk menerangkan 10 isu ini secara terbuka di Media-media massa.
1. Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar di buang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau
2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawtan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya.
3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan secara terbuka.
4. Pada 1983 UMNO mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majilis Raja2 Melayu menolak cadangan tersebut UMNO membelasah institusi raja melalui media kawalannya.
5. Semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan UMNO di Kelantan. Perwakilan juga meminta supaya harta raja2 Melayu disiasat. Satu demontrasi bagi menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan juga telah dibuat.
6. Pada 18 Januari, 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. UMNO telah melancarkan rapat umum di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat, dan Melaka serta membuat kritikan terbuka apabila Raja2 Melayu meminta penangguhan pindaan tersebut.
7. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak memnduduki takhta.
8. Siapa yang melarikan Ku Yah Puteri Sultan Selangor sehingga baginda murka ?
9. 23 dariapada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Kenyataan terbuka menyanggah pihak Istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebgai Menteri Besar. Kain rentang yang menyifatkan Sultan Trengganu sebagai Binatang juga digantung.
10. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis.
Sebagai Menteri Penerangan saya berpendapat beliau merupakan orang paling layak untuk menerangkan semua perkara tersebut kepada rakyat. Saya menyarankan beliau untuk meletak jawatan serta merta seandainya beliau tidak mampu melaksanakan tugas tersebut.
Norsharizal Abdul Razak Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu
Wednesday, October 14, 2009
SOKONGAN MORAL KES MAHKAMAH YB TIAN CHUA
JOM SEMUA DO’A & HADIR BERI SOKONGAN MORAL
HARI KEPUTUSAN KES MAHKAMAH
Dakwaan (FITNAH !) Gigit Tangan Polis
YB TIAN CHUA (AHLI PARLIMEN BATU)
22 OKTOBER 2009 (KHAMIS) / JAM 10.00 pagi
Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Mahkamah Majistret, Bilik Jenayah 2, Tingkat 4
Hadir beramai-ramai sokong YB RAKYAT
FAKTA KES TUDUHAN DAKWAAN / FITNAH TERHADAP YB TIAN CHUA – GIGIT TANGAN POLIS
- YB Tian Chua dituduh menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22 (Bahagian Narkotik, ibu Pejabat Polis Kontinjen KL) di Jalan Parlimen 10.45 a.m. 11hb.Disember 2007 (dipintu masuk gerbang Bangunan Parlimen).
- Kes telah berlanjutan sejak 11 Januari tahun 2008. Majistret Mohd Faizi Che Abu.
- Didakwa mengikut Seksyen 332, Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, Tian boleh dihukum denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Tian akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika dipenjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000.
- Ditangkap di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun. Tian Chua yang berkereta pada masa kejadian ditahan dan ditolak keluar dari kenderaan oleh Lans Korporal Amran sebelum diheret dari kereta tersebut oleh Konstabel Rosyaidi.
- Saksi di mahkamah dan rakaman video menunjukkan Tian dikasari dan dipukul sewenangnya oleh pihak berkuasa. Kebanyakan saksi secara nyata menyaksi Tian Chua di pukul dihentam pada kepala semasa dipegang oleh pegawai polis.Terkecuali Konstabel Rosyaidi yg.mendakwa dirinya digigit Tian Chua, (tidak ada saksi mahupun rakaman yang mengesahkan tuduhan tersebut).
- Kereta yg dinaiki oleh Tian Chua didapati hangus di Balai Polis.
AMK BATU secara agresif melancarkan kempen kesedaran agar rakyat di Parlimen BATU memberi sokongan moral terhadap YB (Yang Berkhidmat) Tian Chua agar keputusan mahkamah berpihak kepada YB Tian Chua.
JOM KITA BERSAMA HADIR KE 22 OKTOBER 2009 (KHAMIS) / JAM 10.00 pagi / Kompleks Mahkamah Jalan Duta / Mahkamah Majistret, Bilik Jenayah 2, Tingkat 4
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP / KETUA AMK CABANG BATU / 012 657 7878
-
KES MAHKAMAH YB TIAN CHUA - AMK BATU LANCAR KEMPEN EDAR RISALAH & PENERANGAN
Dengan perasaan prihatin terhadap keputusan kes mahkamah yg bakal dihadapi oleh YB Tian, saya selaku Ketua AMK Batu ingin mengambil inisatif & mengajak semua AMK agar memberi komitmen dlm gerakan kempen oleh AMK BATU sokongan moral terhadap YB menjelang hari keputusan kes mahkamah beliau.
Berikut adalah strategi & bahan utama risalah yg telah saya design dan yg akan digunakan (sila tambah jika ada cadangan & ingin beri komitmen) :
Berarak dgn banner & risalah –
16 Oktober Jumaat / 7am – 9am /
Jln Utama (Tmn Batu Muda-Tmn Koperasi-Tmn Bullion-Jln Sentul)
Masjid Jumaat 16 Oktober
Sebelum solat / 1.00pm
– Masjid Hidayah Sentul
- Masjid Bdr Baru Sentul
Selepas solat / 1.45pm
-Masjid Saidina Hamzah, Tmn Batu Muda
- Stesen LRT
Stesen Timur - 16 Oktober Jumaat / 6pm - 7pm / Bdr. Baru Sentul
Sidang Media – 16 Oktober Jumaat / 9pm / Pejabat Akhbar Konsep Era Pakatan, Tmn Koperasi Polis 2
Pasar Sentul – 18 Oktober 8am-9am Ahad
Pasar Malam -
PPR Batu MUda – Khamis 15 oktober / 6-7pm
Bdr Baru Sentul – Jumaat 16 Oktober / 7pm-8pm
Bangunan Dato Suhaimi Sentul & Tmn Koperasi Polis 2 – Isnin 19 Oktober / 6pm-7pm
Tmn Dato Senu – Selasa 20 Oktober / 6pm-7pm
Sokongan kemuncak - MAHKAMAH JLN DUTA 22 OKTOBER / KHAMIS / 10AM
Sila respon kpd email/sms saya segera bagi pembahagian tugas & perlantikan .
Terima Kasih.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP / 012 657 7878
Ketua AMK Cabang BATU
Wednesday, October 7, 2009
Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang - AMK BUAT LAPORAN POLIS
Timbalan Ketua AMK Malaysia, PKR Sdr. Fariz Musa membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Kemang berkaitan isu poster dan kain rentang fitnah terhadap pimpinan PR.
5 Oktober 2009 - 1pm / Isnin
Solidariti Mahasiswa bersama rakan NGO, MAFREL, BERSIH & NIEI akan mengadakan sidang akhbar di DUN Bagan Pinang berkenaan bantahan mahasiswa terhadap penggunaan sistem e-undi dalam prk kampus kepada kerajaan Malaysia.
Sidang akhbar diadakan di
PUSAT GERAKAN MAHSISWA, Jln. Pantai, Batu 6 1/2, Kg. Telok Kemang, 71050 Port Dickson (PANTAI TENTERA DARAT ???) , berhadapan stesen minyak Mobil Telok Kemang.
Moga Sdr Hilman dan rakan kenalan pimpinan mahasiswa berjaya dan sukses...
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
AMK BATU
Tuesday, September 29, 2009
AMK BATU - PENGUMUMAN & PROGRAM oleh Ketua AMK BATU Sdr. ROZAN AZEN MAT RASIP
Program -
DIALOG AMK BATU BERSAMA TIMB. KETUA CABANG BATU (Sdr. Kamil)
Tarikh/Hari -
30 SEPTEMBER 2009 / Rabu
Masa -
8.30 p.m. – 9.30 p.m.
Tempat -
Pejabat Pusat Khidmat BATU
Peserta -
Semua Ahli AMK BATU
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Rozan Azen Mat Rasip)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
No. 2
Program -
Mesyuarat Ketua AMK BATU bersama ahli-ahli AMK
Agenda -
1) Pengesahan Senarai Pendek & taklimat Pilihanraya Raya Kecil Bagan Pinang ( N.31)
Jumaat 2 Oktober 8.00p.m. – Ahad 4 Oktober 12.00 tghari
2) Taklimat & Perlantikan Agen Jual Akhbar KONSEP ERA PAKATAN
( 1 Naskhah RM. 0.40 – Harga Pasaran RM 2.00 – Terbit 2kali sebulan)
3) Pembukaan Kaunter Keahlian & Usia Emas & Jualan Pelbagai Produk/Servis Kawasan BATU
4) Cadangan bentuk AJK & Program Lawatan YB Tian Chua Sekolah-Sekolah Parlimen BATU sempena PMR / SPM (Sesi Sumbangsaran/Brainstorm)
Tarikh/Hari -
30 SEPTEMBER 2009 / Rabu
Masa -
9.30 p.m. – 10.30 p.m.
Tempat -
Pejabat Pusat Khidmat BATU
Peserta -
Semua Ahli AMK BATU
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Rozan Azen Mat Rasip & Sdr. Sharizal)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd.
1) Ketua AMK
2) Sdr. Jasmin (Pejabat Khidmat Masyarakat BATU)
No. 3
Program -
LAWATAN KE PARLIMEN – HARI PERTAMA SESI BARU
Tarikh/Hari -
19 OKTOBER 2009 / Isnin
Masa -
8.00 a.m. – 6.00 p.m.
Tempat -
DEWAN PARLIMEN, Kuala Lumpur
Peserta -
Semua Ahli AMK BATU
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Rozan Azen Mat Rasip & Sdr. Ravi)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
TARIKH TUTUP 1 OKTOBER 2009
No. 4
Program -
SOKONGAN KEPADA YB TIAN CHUA
Kes Tuduhan Gigit Tangan Polis
Tarikh/Hari -
22 OKTOBER 2009 / Khamis
Masa -
10 a.m.
Tempat -
Mahkamah Jalan Duta, Bilik Jenayah 2, tingkat 4
Peserta -
AMK BATU
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
No. 5
Program -
DIALOG & LAWATAN AMK BATU BERSAMA SAID ZAHARI
Tarikh/Hari -
23 OKTOBER 2009 / Jumaat
Masa -
8 p.m. – 11 p.m.
Tempat -
USJ, Selangor
Peserta -
AMK BATU & para Wartawan Konsep Era Pakatan
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Najib Hashim)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
(Kuota minimum 6 orang)
Harap maklum.
komited - tulus - perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU
Monday, September 21, 2009
Eid Mubarak
Tuesday, September 15, 2009
JEMPUTAN AMK KEPADA SEMUA
Dimaklumkan bahawa AMK akan mengadakan Majlis Iftar Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (MPP AMK) bersama Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 16 September 2009 (Rabu)
Masa : 7.00 petang
Lokasi : Madrasah Nurul Iman, Kg Nurul Iman, Bt 11 3/4, Jalan Kuari Sg Long,
43100 Hulu Langat, Selangor
Seluruh umat Islam dijemput hadir ke majlis tersebut.
Dato' Seri Anwar Ibrahim akan turut hadir
Tentatif program
7.20 : Berbuka puasa, solat Maghrib dan zikir
8.00 : Makan malam dan ramah mesra
8.45 : Solat Tarawih
9.45 : Tazkirah esklusif bersama Tuan Guru.
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK Cabang BATU
b/p
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/
AMK BATU DIJEMPUT PROGRAM BERSAMA GPMS
Butiran -
16 September 2009 / Rabu
2.00 p.m. - 8.00 p.m.
Kolej Islam Antarabangsa, Tmn Batu Muda/Tmn. Koperasi Polis 2
Anjuran -
NGO Alliance For 1Malaysia (NGAM) dgn kerjasama
Tabung Amanah Muhibah (TAMU),
Majlis Belia Negeri (MBN) dan
GPMS.
Aturcara -
Forum 3.45 p.m.
Sesi Dialog 5.00 p.m.
Majlis Penutup 6.00 p.m. (Disempurnakan oleh Dato' Suhaimi Ibrahim)
dan
MAJLIS BERBUKA PUASA
(jemputan YDP GPMS Cawangan Khas KIA)
KEPADA MANA-MANA AMK ATAU INDIVIDU YG BERMINAT, SILA HUBUNGI
SDR. ROZAN AZEN MAT RASIP / 012 657 7878
Ketua AMK Cabang BATU
Saturday, September 12, 2009
PROGRAM KERJASAMA PEJABAT AHLI PARLIMEN BATU dan JIM dengan kerjasama Surau Al-KARAMIAH, Tmn Koperasi Polis Fasa 2
Makluman utk semua AMK BATU
Sekian, terima kasih.
ROZAN AZEN MAT RASIP - Ketua AMK BATU
‘MAJLIS IFTAR (BERBUKA PUASA) & HULUR BANTUAN KEPADA PERSATUAN SOKONGAN IBU DAN ANAK ORANG KURANG UPAYA (OKU) AZWAR (PSIAKU) SEMPENA BULAN PUASA RAMADHAN 1430H ANJURAN BERSAMA -
PEJABAT AHLI PARLIMEN BATU & JAMAAH ISLAM MALAYSIA (JIM) DENGAN KERJASAMA JEMAAH KARIAH SURAU AL-KARAMIAH PADA 17 SEPTEMBER 2009 (KHAMIS).
Pejabat Ahli Parlimen BATU dan Jamaah Islam Malaysia (JIM) Bahagian BATU dengan kerjasama Jawatankuasa / kariah Surau Al-Karamiah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur meraikan program berbuka puasa dan menghulur bantuan bersama pihak yang diraikan - Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Orang Kurang Upaya AZWAR Kuala Lumpur dan Selangor (PSIAKU) (beroperasi di kawasan Parlimen BATU, Kuala Lumpur).
Majlis ini adalah salah satu siri program berbentuk kemasyarakatan / maslahah Pejabat Ahli Parlimen BATU dengan pihak yang berminat dalam usaha prihatin membantu & membela kebajikan masyarakat di kawasan Parlimen BATU, Kuala Lumpur.
Program :
Majlis Iftar (Berbuka Puasa) & Hulur Bantuan Kepada Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Orang Kurang Upaya AZWAR Kuala Lumpur dan Selangor (PSIAKU) kawasan Parlimen BATU
Tarikh / Hari : 17 September 2009 / 27 Ramadhan 1430H (Khamis malam Jumaat)
Tempat Majlis : Surau Al-Karamiah
No. 1, Jalan 29/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2,
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur
Anjuran : Pejabat Ahli Parlimen BATU bersama
Jamaah Islam Malaysia (JIM), Bahagian BATU dengan kerjasama Jawatankuasa / kariah
Surau Al-Karamiah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, K.L.
Peserta Diraikan :
Dua puluh lima (25) orang Kanak-kanak Kurang Upaya / OKU dari Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Orang Kurang Upaya Kuala Lumpur dan Selangor PSIAKU (Kawasan BATU).
&nb sp;
Tetamu / Bil. Hadirin: Seratus (100) Orang sahaja.
Agenda Aturcara (Masa) :
2.00 p.m. – 5.30 p.m. – Program Gotong-Royong Masak & Persediaan Majlis
5.30 p.m. – 6.00 p.m. - Ketibaan : -
1) Peserta Diraikan OKU / Wakil Persatuan PSIAKU
2) Y.B. Tian Chua (Ahli Parlimen BATU)
3) YDP & AJK Jamaah Islam Malaysia (JIM)
4) AJK / kariah Surau Al-Karamiah
5) Pihak Penaja / Penyumbang
6) Jemaah Surau Al-Karamiah
6.00 p.m. – 6.45 p.m. - Ucapan
1) Y.B. Tian Chua (Ahli Parlimen BATU)
2) YDP & AJK Jamaah Islam Malaysia (JIM)
3) Pengerusi / Wakil AJK Surau Al-Karamiah
4) Pihak Penaja / Penyumbang
5) Wakil Persatuan OKU PSIAKU
6.45 p.m. – 7.00 p.m. – Sesi Pemberian Sumbangan Wang Tunai / Stok Keperluan
dari Y.B. Tian Chua (Ahli Parlimen BATU) kepada
Wakil Persatuan OKU PSIAKU
7.00 p.m. – 8.00 p.m. – Sesi Ramah Mesra bersama peserta diraikan
Sesi Buka Puasa beramai - ramai
Sesi Solat Maghrib berjemaah
8.00 p.m - Majlis Tamat
Tuesday, September 8, 2009
BELANGSUNGKAWA
Selasa 8 September 2009
Kematian mantan Menteri Besar Kelantan - Tan Sri Mohammed Yaakub 6 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur akibat barah paru-paru.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK Cabang BATU