Thursday, May 29, 2008

Blog AMK Batu sedang dinaik taraf

Dimaklumkan kepada semua pelawat BLOG AMK BATU,
Blog ini sedang dikemaskini dan sedang dinaik taraf oleh pihak moderator.
Segalanya akan kembali seperti biasa selewat - lewatnya Selasa (3 Jun 2008).

Sebarang masalah amatlah dikesali.


Yang benar,
Moderator

Kenapa Ezam Berubah?











(Ihsan SongkokPutih daripada TranungKite)


PAGI 28 Mei dalam diari Mohamad Ezam Mohd Nor bermula begini –dalam catatan saya yang tiba ke rumahnya kira-kira jam 11.00 pagi di Seksyen 7 Shah Alam. Ada deretan kereta diletakkan di tepi pagar rumah banglo dua tingkat itu. Sebaik melangkah masuk dan memberi salam, nampak kelibat ayah Ezam, Pak Cik Mohd Nor, dan ibu Ezam, bonda Aisyah tersenyum.

Selepas bersalaman dan beramah tamah, saya dijemput masuk ke rumah, di ruang tamu itu, sudah siap menunggu, rakan-rakan karib Ezam ketika menerajui Angkatan Muda PKR, Abdul Ghani Harun, S D Johari, saudara Nazmi, Syed, dan Azwandin Hamzah.

Ezam, tidak kelihatan, kata isterinya, Bahirah, beliau masih di bilik menghabiskan bacaan Al Quran -rutin pagi yang diamalkan beliau sejak di penjara Kajang lagi.

Jam 11.30 pagi, Ezam keluar, dengan baju lengan panjang berwarna biru air, seluar slack berjalur halus berwarna kelabu kehitaman, dan kot.

“Dah minum?” katanya ramah, sambil bersalaman. Tenang, memang gaya Ezam dari dulu lagi. Biarpun hari ini, beberapa jam lagi beliau akan berdepan dengan orang yang pernah diserangnya bertahun-tahun.

“Kenapa abang berubah?”

Beliau dalam kiraan jam, akan mengumumkan sokongannya yang tidak berbelah bagi, kepada parti dan orang yang pernah menjadi musuhnya dahulu. Dan saya mencuri kesempatan untuk bertanya, “Kenapa abang berubah?”

“Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut,” kata Ezam.

“Saya yakin agenda perubahan yang diumumkan Perdana Menteri sekarang ini, termasuk soal memperkasa BPR, memulihkan institusi kehakiman dan banyak lagi merupakan agenda perubahan yang besar dan wajar disokong,” katanya.

Sambil berbual ringan, Ezam melihat jam di tangan yang waktu itu sudah menunjukkan jam 11.55 pagi.

“Kita pergi dua kereta, empat orang satu kereta, dari sini kita singgah di Bandar Sunway, ada restoran Bakso, jumpa Hamdan, saya hendak isi borang di situ, dari situ kita bergerak ke KL Sentral, Datuk Wan Farid tunggu dan dia akan bawa kita masuk ke Parlimen,” kata Ezam pada semua yang hadir.
Arahannya jelas dan tegas. Itulah ciri Ezam yang menarik minat saya sejak dulu. Dan ramai lagi, satu ketika dalam Angkatan Muda PKR, gaya Ezam berceramah menjadi ikutan pemimpin pemuda lainnya. Termasuklah gaya sebutan khasnya bila berkata “Kerana apa?...” yang intonasinya ditekan, sedalam-dalamnya, berhenti senafas dan disambung semula.





Doa keluarga iringi langkah Ezam

Selepas berdoa, dan Ezam mengucup pipi kedua ibu bapanya memohon restu, bersalaman dengan isteri dan adiknya, Illa. Kami bertolak tepat jam 12.10 tengahhari. Mengikut arahan yang jelas tadi. Di dalam kereta, Ezam yang duduk di kerusi penumpang sebelah depan, sibuk melayan sms dan panggilan telefon.Saya kira berita beliau akan bertemu Perdana Menteri sudah heboh. Bermacam-macam orang yang telefon, kebanyakkannya wartawan, Ezam melayan satu persatu panggilan tersebut.

Bila sampai di Restoran Bakso itu, Hamdan Taha, rakan karib Ezam bersama seorang lagi sudah menunggu. Sudah ada beberapa helai borang keahlian Umno seumur hidup.

Satu yang kosong diserahkan. Ezam ambil dan membacanya, “Ada Pen?” katanya, pen di ambil, dan tanpa rasa gementar, beliau mengisinya, satu persatu. Dan menandatangani borang tersebut.

Selesai bab borang, kami bergegas ke KL Sentral, sepanjang perjalanan, Ezam kembali melayan panggilan telefon.

Kami sampai di KL Sentral jam 2.15 petang, sambil menunggu Datuk Wan Farid, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang akan membawa Ezam ke Parlimen.

Sebaik Wan Farid muncul dengan kereta Perdananya, Ezam berpindah kenderaan. Beliau bersama Wan Farid, dan kami mengikuti dari belakang.

Terus ke Parlimen, dan terus ke pintu VIP, di sana setiausaha politik Pak Lah, Datuk Reezal Marican, sudah menunggu. Kebetulan ada juga Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi, dan Ketua Pemuda Umno Datuk Hishamuddin Hussein.














Wartawan rasmi Parlimen


Ezam bersalaman dengan semua, bergurau dengan Hishamuddin, yang beberapa hari sebelum itu memberitahu wartawan beliau ada tiga soalan kepada Ezam sebelum masuk Umno. Ezam bersalaman, dan berjalan beriringan dengan Hishamuddin. Gaya orang politik.

Dari situ kami menaiki lif ke tingkat dua. Bilik menunggu Perdana Menteri di Parlimen. Di sajikan air teh o kosong, sambil Ezam, Wan Farid, Reezal Marican dan seorang lagi setiausaha politik Abdullah yang baru dilantik, Datuk Alwi berbual.

Tidak ada wartawan dibenarkan masuk, kecuali dari Agendadaily.com, Hanafiah Man dan Lukman Abdullah yang sudah boleh dianggap wartawan rasmi Parlimen. Saya sempat menghantar beberapa sms kepada Jeff, dan Epul rakan yang bertugas mengemaskini KLpos.com.

Kira-kira jam 3.40 petang, Ezam bertemu Abdullah. Entah apa yang mereka bualkan. Saya tidak masuk. Cuma menunggu bersama-sama lebih 50 wartawan di bilik sidang media yang bakal diadakan. Bersebelahan dengan bilik menunggu.

Sambil berbual-bual dengan penganalisis politik terkenal Mohd Sayuti Omar dan Zubaidah Abu Bakar yang hadir untuk merakam detik bersejarah itu.

“Bismillah...”

Selepas 40 minit. Abdullah dan Ezam keluar. Sidang akhbar diadakan. Abdullah seperti biasa menjawab semua soalan. Dan pada soalan, apa peranan yang akan dimainkan oleh Ezam di dalam Umno, beliau dengan selamba berkata, “Itu biar Ezam yang jawab”.

Ezam sendiri, memilih untuk mengadakan sidang akhbar sehari selepas pengumuman rasmi tersebut. Hari ini. Ezam bersama penyokongnya akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira jam 11.00 pagi.

Ada detik yang penting. Yang saya sempat catatkan. Tatkala Ezam menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Abdullah.

Ezam bersalaman, sambil berkata, “Bismillah...,” Abdullah yang sebelum itu senyum, bertukar serius. Diambilnya borang Ezam itu, dengan kata-kata yang sama, “Bismillah...” Tangan Ezam digengam erat. Abdullah kembali tersenyum. Lebih manis dari biasa. Kilauan cahaya kemera tidak henti-henti merakamkan satu lagi saat bersejarah kepada bangsa dan negara.

Semalam. 28 Mei. Abdullah, menerima seorang hulubalang baru dalam perjuangannya untuk perubahan.

Dan seperti kata Ezam, “Saya tidak berubah, dasar UMNO yang berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut,”.

Sidang media Abdullah di ParlimenDatuk Wan Farid yang banyak memainkan peranan disebalik kembalinya Ezam ke dalam Umno


Reezal Marican (Kanan) menyambut kedatangan Ezam Mengisi borang Umno di restoran Bakso...Turut kelihatan Hamdan Taha.







Inilah borang keahlian Umno seumur hidup Mohamad Ezam Mohd Nor

Ezam : Mahathir, Najib dan Pak Lah mencari peluang.

Sekitar 3-4 hari ini, sibuk di sana sini memperkatakan tentang kemasukan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO. Namun, pesanan saya kepada semua pihak supaya bertenang. Tiada apa yang perlu dirisaukan tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Baik Tun Dr Mahathir, baik Najib mahupun Dato Seri Anwar Ibrahim, semuanya dikaitkan dengan penyertaan seorang reformis bernama Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO dengan satu matlamat – memastikan Pak Lah tidak terus memerintah!

Masing – masing dengan niat tersendiri. Mengikut bacaan politik saya, saya merumuskan bahawa kemasukan Ezam ke dalam UMNO kerana 2 sebab. Saya cuba untuk tidak menjadikannya sebagai 3 sebab. Kerana sebab yang ke 3 itu akan menjahanamkan lagi negara. Mari, kita lihat satu persatu sebab – sebab ini.

Sebab pertama.

Semuanya strategi Tun Dr Mahathir. Tun sengaja keluar dari UMNO kerana beliau telah menyusun orang – orang beliau untuk membawa Ezam kembali kepada UMNO kerana hanya Ezam yang tidak terlibat dengan mana – mana parti politik. Ezam juga dilihat sebagai singa yang masih tidur dan berkuku tajam. Bila – bila masa boleh mengaum dan menerkam. Ezam juga masih mempunyai penyokong setia walaupun keputusannya memasuki UMNO akan menyebabkan penyokongnya berpecah. Ada yang kecewa kerana mengenangkan sumpah keramat Ezam di era reformasi. Ada yang akan menyertai UMNO kerana mengekalkan prinsip kesetiaan walaupun dengan membuntut Ezam ke mana sahaja. Ada pula penyokongnya yang menjadi keliru mengenai apa yang harus dilakukan. Nak masuk UMNO, dah meluat. Nak terus dengan Pakatan Rakyat, belum pasti hala tuju. Nak aktif dalam GERAK, sengat utama dah pindah pejabat. Yang tinggal hanya anak – anak didik Ezam yang belum teruji kewibawaannya apabila Ezam tiada. Langsunglah penyokong mereka yang keliru ini terus menerus berada di atas pagar dan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Keputusan Tun keluar UMNO dan kemasukan EZAM ke dalam UMNO dilihat sebagai strategi Tun. Tun berbuat demikian kerana memastikan Pak Lah tertekan dengan operasi pembersihan rasuah dalam UMNO. Tun mengharapkan agar Ezam akan menekan Pak Lah sehinggalah Pak lah meletakkan jawatan. Dan, jangan lupa bahawa Tun pernah menyatakan bahawa kemungkinan untuk beliau menyertai UMNO kembali setelah Pak Lah meletakkan jawatan!

Tun juga tidak begitu penting lagi dalam politik. Hanya usik – usik manja nya terhadap Pak Lah pada PRU 12 menjadi salah satu faktor BN tersungkur di 5 negeri selain faktor Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hindraf, Bersih dan lain – lain. Selain dari usikan Tun kepada Pak Lah, beliau tidak lagi dilihat mempunyai motif untuk kesinambungan politik. Beliau dilihat lebih kepada menjaga tembelang beliau dari pecah malah jika itu bukan penyebabnya, boleh jadi kerana Tun sayangkan Malaysia dari dijahanamkan oleh kerajaan menantu – mertua. Mungkin juga! Itu tekaan politik saya untuk Tun dalam isu kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Kita lihat ramalan saya seterusnya.

Sebab kedua.

Ini lebih kepada usaha keras Najib untuk meneruskan nafsu politik beliau supaya tidak dipijak, dilenyek oleh orang – orang menantu – mertua. Najib memastikan orang – orangnya membawa Ezam ke dalam UMNO dengan sebab supaya Ezam akan memperkasakan Pemuda UMNO. Ezam akan dibantu oleh penyokong – penyokong Najib dalam Pemuda UMNO untuk memastikan bahawa Khairy Jamaluddin tersungkur ketika dalam usaha untuk duduk di kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Apabila tersungkur, maka terowong gelap yang dilaui Najib ketika ini akan bersinar sedikit walaupun masih malap – malap lagi.

Tetapi, apa akan terjadi jika sebaliknya berlaku? Apa akan jadi jika Najib gagal untuk menghalang Khairy Jamaludin ke kerusi yang empuk tetapi panas itu? Jika Najib gagal, lebih baik beliau pulang ke Pekan untuk membuka bengkel membaiki helicopter, pusat ujian kapal selam dan lain – lain. Pepatah Melayu juga ada menyebut “Sediakan payung sebelum hujan”. Itu pun jika Najib sempat menyediakan payung. Keadaan Najib di dalam UMNO ibarat telur di hujung tanduk. Bila – bila masa sahaja beliau boleh dihapuskan, diletupkan dan dihumbankan ke mana – mana gaung yang curam oleh Pak Lah dan Khairy Jamaluddin. Ini semua gara – gara seorang model Mongolia! Bersumpah menafikan penglibatannya sudah, Rosmah menafikan juga sudah, tinggal nak mengaku bahawa beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya sahaja yang belum dilakukan.

Kalau ikutkan orang Melayu Islam, dengan bersumpah atas nama Allah sudah cukup kuat untuk menafikan tentang sesuatu perkara. Tetapi tidak dalam isu Najib – Altantuya. Biarpun beliau bersumpah, beliau tetap diasak oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tentang keadilan dalam mencari pembunuh sebenar Altantuya. Pak Lah juga tidak bersuara mempertahankan Najib. Jadi, sedikit sebanyak memberi pandangan bahawa Najib tidak dipertahankan oleh ketuanya. Boleh jadi juga bahawa, Pak Lah mengetahui bahawa dalang pembunuhan Altantuya ialah Najib. Oleh sebab itulah, Pak Lah tidak mempertahankan Najib dalam isu ini dan Najib juga terpaksa bersikap “Yes bos” untuk menyatakan sokongan penuh kepada Pak Lah atas setiap keputusan Pak Lah walaupun keputusan Pak Lah akan menjahanamkan negara.

Bertitik tolak atas masalah yang dihadapi Najib ini dan masalah – masalah lain yang masih dalam simpanan dan akan dibuka bila – bila masa inilah menyebabkan Najib perlu mencari seseorang yang boleh menganggu KJ dan Pak Lah. Najib juga berhajat untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi, jika Najib tidak menjatuhkan Pak Lah sekarang, jawabnya Najib akan bersara sebagai Ahli Parlimen Pekan sahaja kelak.

Itulah 2 pandangan saya tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Di awal tadi ada saya sebutkan bahawa saya mengelak untuk memberi 3 sebab kerana sebab yang ke 3 ini akan menjahanamkan lagi negara. Tidak dapat tidak saya perlu menyatakan sebab ketiga ini demi menyelamatkan Malaysia.

Sebab ketiga bacaan politik tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO ialah hasil dari usaha orang – orang KJ. Parah dan punah jika sebab ketiga ini menjadi ramalan yang tepat. Yang selama sebelum kemasukan Ezam pun negara sudah dijahanamkan oleh Pak Lah dan KJ. Inikan pula jika kemasukan Ezam ini atas usaha untuk memperkasakan Pak Lah dan pentadbirannya. Pak Lah yang dikenali sebagai pengasas ajaran Islam Hadhari ini sekian lama menyesatkan pengikutnya semenjak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sehinggakan Ezam yang begitu sinonim dengan gerakan reformasi juga mampu disesatkan. Pak Lah dan KJ melihat bahawa peranan Ezam akan memberi kekuatan baru kepada pemerintahannya. Ezam akan membantu KJ mengukuhkan kedudukannya dalam Pemuda UMNO. KJ pula akan memastikan mertuanya kekal memerintah supaya KJ dapat mengaut segala jenis keuntungan yang ada di negara ini. Pedulikan tentang krisis makanan yang melanda. Persetankan rakyat bawahan yang menderita mencari sesuap nasi. Itulah KJ yang menjadi virus dalam tanah air tercinta ini.

Bahaya. Itu ungkapan yang sesuai untuk semua hal – hal negara yang diuruskan oleh Pak Lah sebagai boneka KJ. Saya cukup benci untuk mengatakan sebab yang ketiga diatas ini. Jika benar ramalan saya tentang sebab ketiga tadi, percayalah. Kita akan kembali merempat di negara sendiri. Kita akan menjadi orang suruhan kepada mereka yang telah membeli negara ini. Mungkin anda menganggap dakwaan saya ini mustahil Tetapi fikirkan apa yang telah kita hilang semenjak Pak Lah mengambil tampuk pemerintahan. Pantai Holdings (kemudian dibeli semula dengan keuntungan berganda kepada Singapura), Jambatan bengkok, Wilayah Iskandar, Pulau Batu Putih dan akan ada lagi yang hilang dari Malaysia selepas ini. Jika Pak Lah dikekalkan memerintah, risiko yang ditulis diatas perlulah dihadapi.

Namun semua itu tidak akan berlaku jika Anwar Ibrahim mengotakan apa yang dikatanya sebelum ini. Jika benar Kerajaan Malaysia akan bertukar tampuk pemerintahan September 2008 ini, suasana terowong yang gelap akan terang disinari cahaya dan harapan baru untuk Malaysia. Tapi apakah teka – teki Anwar Ibrahim ini akan menjadi kenyataan? Jika perkara ini tidak terjadi, percayalah bahawa Anwar Ibrahim akan memberi implikasi yang buruk kepada Pakatan Rakyat. Rakyat akan melihat Pak Lah yang menipu dengan mengatakan tiada pembubaran Parlimen tetapi sebaliknya berlaku keesokannya ketika PRU 12 sebagai watak yang sama dengan Anwar Ibrahim nanti. Kesannya tentulah kepada rakan – rakan Pakatan Rakyat. Jika dinilai kembali dan tidak berlaku seperti yang Anwar Ibrahim canangkan September ini, PKR lah yang akan tersungkur teruk akibat dari janji Anwar Ibrahim yang tidak dikotanya. PAS kekal dengan ketabahan berdasarkan pengalaman – pengalaman sebelum ini. Tapi PAS akan merasai peritnya kesan dari hal itu. DAP sahaja yang nampaknya kekal bertahan mantap biar apa pun yang terjadi.

Itu semua ramalan dan bacaan politik saya. Apa yang saya ramalkan ini melibatkan hal negara. Kesan tindakan pemimpin tempiasnya dirasai oleh rakyat bawahan. Oleh kerana itulah saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia bahawa anda terlibat dalam keputusan – keputusan negara. Anda perlu memainkan peranan sebagai rakya Malaysia. Keputusan yang anda buat itu diwakili oleh wakil – wakil rakyat yang telah dipilih pada PRU 12 yang lalu. Jadi, sekarang anda perlu menjadi pengkritik yang kuat kepada wakil rakyat yang anda pilih. Jika benar, perbaiki. Jika salah, perbetulkan. Ingat, Negara kita tanggungjawab kita.

Muhamad Khairul Anwar Mat Azidin
http://anarqiyellow.blogspot.com/
http://amkbatu.blogspot.com/


UMNO Masih Persoal Niat Ezam

Temubual Ezam Mohd Noor di TV3 petang tadi (28 mei 2008) telah menambahkan lagi keresahan UMNO sama ada benar atau tidak mantan Ketua Angkatan Muda KeADILan itu merupakan senjata sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memporak-porandakan UMNO sebelum pemilihan UMNO pada Disember 2008.

Temubual TV3 bersama Dato' Seri Hishamuddin Hussein telah jelas menunjukkan adegan kurang senang Menteri Pelajaran tersebut apabila menjawab soalan-soalan wartawan berkenaan kemasukan Ezam.

Ramai ahli UMNO dikatakan kurang senang dengan tindakan Perdana Menteri membenarkan Ezam memasuki semula UMNO tanpa syarat dan mempertikaikan mengapa tiada seorangpun bekas ahli KeADILan yang menyertai UMNO pada 2004 seperti Roslan Kassim dan Lokman Noor Adam sudi menemani beliau.

Didalam temuramah bersama TV3 Ezam ternyata jelas menyatakan hasratnya untuk meneruskan Agenda Reformasi Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan cita-citanya adalah untuk membanteras rasuah di dalam UMNO.

Ahli-ahli Pakatan Rakyat akan terus memerhatikan berapa jauhkah dan setinggi manakah Ezam dibenarkan menyusup didalam UMNO untuk melaksanakan Agenda Perubahan yang diulang Ezam di dalam temubual tersebut berkali-kali. Harus diingat ungkapan 'Agenda Perubahan' adalah 'Manifesto Anwar Ibrahim' yang menjadi teras persefahaman Pakatan Rakyat.

Sekiranya percaturan bijak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ini berjaya, berkemungkinan besar Ezam akan memainkan peranannya untuk melakukan 'Agenda Perubahan' ini serta-merta dan kesannya akan dilihat pada keputusan pemilihan UMNO nanti. Sama ada kesan ini positif atau negatif kepada Dato' Seri Abdullah Badawi atau lawan-lawannya - kita tungguuuuu!

Amir Hamzah Amha
http://puterabatu.blogspot.com/

Wednesday, May 28, 2008

Isteri Aktivis Masyarakat beransur pulih







Isteri Aktivis Masyarakat Batu – Pak Mid - yang memang dikenali masyarakat di Taman Koperasi Polis Fasa II semakin pulih setelah mendapat rawatan selama 5 hari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Isteri beliau dimasukkan di HKL akibat asma dan batuk ditempatkan di Tingkat 5, Wad 26 Bilik No. 26.

Ahli Parlimen Batu – YB Tian Chua – sempat menziarahi Pak Mid dan isteri yang kelihatan sungguh terharu kerana tidak menyangka sama sekali kunjungan wakil rakyat itu. Tian turut ditemani Sdr. Kamil Samad yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR Batu, berada di HKL kira-kira sejam untuk bertanya khabar dan sempat memberikan perangsang agar banyak bersabar tatkala musibah menimpa.

DEBAT AGUNG - Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Eksklusif: "Saya kecewa dengan pemimpin, tapi setia pada parti," Badrul


Oleh Wartawan KLpos.com
Selasa, 27 Mei 2008

KL: "Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno", itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.

Sebelum ini, laman web Malaysiakini.com menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam.

Menurutnya, memang beliau dalam keadaan 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin PKR mengenai cara menguruskan parti dan negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan rakyat.

"Betul saya tegur kepimpinan parti, pengurusan sebagainya, tetapi tidak semestinya hendak masuk Umno," kata beliau.

Badrul yang lebih dikenali sebagai pemimpin akar umbi, dilaporkan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang mengabaikan penyokong sendiri dalam beberapa perkara termasuk pengisian jawatan.

"Mengapa perlu di bawa orang luar, ditatang bagai minyak penuh, sedangkan penyokong sendiri, dilupakan, ingat balik, tanpa penyokong siapalah kita hari ini," katanya.

Mengenai pertemuan beliau dengan Ezam, kata Badrul, "kenapa pulak orang lain boleh jumpa menteri Umno, sedangkan saya tidak boleh jumpa kawan sendiri,"

Menurutnya, beliau masih setia dengan PKR, dan akan bersama dengan parti tersebut melakukan perubahan.

"Walaupun saya hebat dicerca, dimaki hamun oleh pemimpin sendiri yang bertindak berdasarkan khabar angin, namun saya cukup gembira kerana ahli parti di peringkat bawahan masih setia menyokong saya," katanya.

Ezam Mohd Noor kembali ke pangkuan UMNO


Dipetik dari KLpos.com


SAH.. bekas Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohd Nor akan temui Perdana Menteri di bangunan Parlimen jam 3 petang ini. Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agenda News sebentar tadi semasa pertemuan itu Ezam akan umum kembali kepada UMNO.


KL: Ezam telah bertemu dengan Abdullah selama 45 minit di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut Abdullah yang juga presiden Umno, Ezam diterima semula kepangkuan Umno tanpa sebarang syarat. Abdullah memberitahu media dengan kembalinya Ezam ke pangkuan Umno akan menambah lagi kekuatan parti Melayu itu. Seramai 54 wartawan dalam dan luar negara membuat liputan di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut sumber KLpos.com juga mengatakan Ezam akan ditemubual secara langsung oleh TV3 malam ini untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

2.45pm: Ezam disambut Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin di Parlimen. Turut kelihatan ialah Datuk Azim Zabidi, Datuk Rezal Merican dan Datuk Alwi.

2.25pm: Pengerusi GERAK Mohamad Ezam Mohd Nor dilihat memasuki pagar Parlimen diiringi oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid. Ezam dijangka menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 3.00 petang ini. Pertemuan dijangka untuk mengumumkan penyertaan kembali Ezam kedalam Umno.


p/s: Secara peribadinya, saya mengucapkan Terima Kasih kepada Ezam kerana menjadi sebahagian tenaga penting dalam perjuangan reformasi dan tidak dapat tidak untuk menafikan bahawa hasil sedikit sebanyak sumbangan Ezam sebelum ini memberi kesedaran kepada rakyat untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU12 baru - baru ini. Dan Semoga Berjaya dalam perjuangan yang beliau pernah ludahnya dahulu.

Ezam juga dikhabar anginkan akan menentang DS Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya yang DS Anwar akan tandingi nanti. Kita lihat pertarungan Mentor dan Mentee ini nanti jika ia menjadi kenyataan.

Tugas PR sekarang adalah memastikan bahawa Ezam akan bersama Pak lah di barisan pembangkang Malaysia tidak lama lagi. (Khairul Anwar Mat Azidin)

Filem P Ramlee Code

Dari Emel Oleh: Mohd Zulhilmi bin Seri Lanang Jaya


Karya yang di hasilkan oleh seniman agung P.Ramlee banyk meninggalkan mesej dan pengajaran kepada penonton. Selain itu jika kita tonton filemnya betul-betul kita akan dapati seolah petunjuk sepertimana filem Da Vinci Code. Contoh yang paling mudah dan sudah di ketahui umum ialah satu babk dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Dalam babk itu di mana Ramli,Ajis dan Sudin berjalan di depan Sekolah Umum Buta Huruf. Oleh kerana mereka ini juga buta huruf jadi mereka tidak tahu apa yang di tulisnya. Maka terjadilah satu perbualan yang lucu tapi penuh penuh sindiran yang tersirat.

Ramli: Sudin, cuba kau baca apa yang dia tulis tu.

Sudin: aliff mim nun wau..alif tendang wau..sarkas..

Ajis: Apa daa sarkas.

Ramli: Sikit punya panjang dia tulis baca pendek je.

Sudin: Yang panjang tu bunga yang baca sikit je..

Ramli: Aik! Tulis pon pakai bunga ke..

Sudin: Abis ko ingat bank je pakai bunga..

Jika kita tengok sepintas lalu kitta takkan dapat maksud tersirat nya. Tapi cuba rakan-rakan(yang mana tahu tulisan jawi) perhatikan. ALIFF MIM NUN WAU…apa bunyi nya.Bukankah sama dengan UMNO.Jadi adakah umno=sarkas. Jadi kalau UMNO itu sarkas ahli-ahlinya apa pula? Tentulah badut sarkas bukan!

Ada pendapat yang saya baca di laman youtube.com mengatakan ketika filem ni di rakamkan ketika itu masyarakat Melayu membantah tindakan kerajaan menggunakan tulisan rumi mengantikan jawi. Mungkinkah ini adalah satu bentuk sindiran terhadap kerajaan yang memerintah ketika itu. Apa pun pandangan yang timbul, jika kita lihat keadaan UMNO sememangnya seperti sarkas. Seperti kata Ahli Parlimen Pokok Sena ketika sesi perbahasan di Parlimen mengatakan UMNO-BN sperti gajah sarkas. Jika tuan suruh duduk dia duduk. Kalau tuan suruh berdiri dia berdiri. Kalu tuan suruh pergi report polis dia report.

Bagi pendapat saya, selepas berakhirnya PRU 12 baru-baru ini,sifat kesarkasan Umno lebih ketara. Rakyat dpat menonton pertunjukan percuma pertunjukan percuma di mana seorang ketua badut enggan melepaskan jawatannya walaupun di desak badut-badut bawahan termasuklah bekas ketua badut. Rakyat memerhati bukan kerana simpati. Rakyat memerhati keran terhibur dengan pertunjukan ini di mana tidak akan dapat di tonton dalam media arus perdana. Pertunjukkan terbaru yang mencuit hati rakyat apabila bekas ketua badut telah menarik diri daripada sarkas yang ditubuhkan olehnya sehinggakan Tuan Guru mengatakan dialah orang yang paling gembira dengan pertunjukan ini. Tetapi saya amat lah berharap. Kalau kita hendak bantu bekas ketua badut ini bantu setakat diluar sahaja. Jangan benarkan dia bersama kita dari dalam takut-takut dibuatnya parti kita jadi sarkas seperti yang di pernah wat kat sarkas dia dulu..

Berbalik kepada kisah filem P Ramlee balik. Saya amatlah ada sesiapa yang pakar dalam bidang perfileman ini dapat mengkaji filem2 yang di hasilkan oleh P Ramlee. Saya percaya terdapat banyak lagi code2 rahsia yang terselit dalam ceritanya. Akhir kata saya nak tambah sikit dengan dialog sudin..”Abis ko ingat bank je pakai bunga..Umno pon pakai bunga gak…”. Sekian..

-Dzall wau lam-

P Ramlee dah bagitau dulu

By Motro

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.
Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang....Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.
Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun
Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahannya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah, dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukkan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turunnya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan.
Pertaruhan...perjudian..dah tentu ada taukehnya..
Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakkan diri sendiri .... hahaha.....

Tuesday, May 27, 2008

BOIKOT UTUSAN MALAYSIA MULAI HARI INI!

SEBARKAN MELALUI SEMUA KEKUATAN YANG ADA. MELALUI EMEL, TELEFON, SMS, FAKS, YM DAN APA SAHAJA YANG BOLEH MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA ORANG RAMAI. MAKLUMKAN KEPADA MEREKA UNTUK MEMBOIKOT HABIS - HABISAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA.

PESANAN BUAT UTUSAN MALAYSIA - "JANGAN BERMAIN API, KELAK MEMBAKAR DIRI"



Terkini! | KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.

Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.

Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar wan Azizah. <> "Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya.

Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender,

"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya.

"Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.

Laporan Buat Tun dan 5 Perasuah

Dipetik dari: Klik Sini

Gambar-gambar ini sekitar perarakan bermula di Sogo ke Balai Polis Dang Wangi. Puluhan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat diketuai oleh SHAMSUL ISKANDAR MAT AKIN(KETUA AMK MALAYSIA) berkumpul di hadapan Balai Polis Dang Wangi bagi membuat laporan terhadap TUN dan 5 perasuah yang lain berkaitan dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Video Klip Lingam. Apa yang aku dengar laporan polis akan dibuat setiap negeri bermula esok.








AKTIVITI TERDEKAT AMK BATU

MESYUARAT MINGGUAN AMK BATU AKAN DIADAKAN PADA TARIKH BERIKUT;

4 Jun 2008 (Rabu) 8.00 Malam

10 Jun 2008 (Selasa) 8.00 Malam

12 Jun 2008 (Khamis) 8.00 Malam

16 Jun 2008 (Isnin) 8.00 Malam

18 Jun 2008 (Rabu) 8.00 Malam

TEMPAHAN T-SHIRT AMK & SEMUA UPU

Sila hubungi 016 – 6377588 (Helmy) sebelum 28 Mei 2008 (Rabu) untuk tempahan & pengesahan saiz baju.

PROGRAM AMK DI PASAR MALAM

Pasar Malam Bangunan Dato’ Suhaimi

- 9 Jun 2008 (Isnin) – 6.30 petang

Pasar Malam Taman Rainbow

- 9 Jun 2008 (Isnin) – 8.00 Malam

Pasar Malam Taman Dato’ Senu

- 10 Jun 2008 (Selasa) – 7.00 Malam


CERAMAH PERDANA AMK BATU

- 21 Jun 2008 (Sabtu)

- 9.00 Malam

- Penceramah akan dimaklumkan nanti.

- Tertakluk kepada perubahan

- Untuk tempahan gerai, sila hubungi, 016 – 6377588 (Helmy). Sebelum 30 Mei 2008.

Saturday, May 24, 2008

Suai kenal dan ramah mesra AMK Batu dan AJK Bahagian

Sesi suai kenal dan ramah mesra antara AMK Batu bersama YB Tian Chua dan AJK bahagian Batu akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Mei 2008 bertempat di pejabat keadilan bahagian Batu. Semua ahli AMK dijemput hadir.

Lagu Keadilan

AMK buat laporan polis percepatkan siasat kes Linggam esok

KUALA LUMPUR, 23 Mei (SK) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin, akan membuat satu laporan polis untuk menyegerakan siasatan keatas enam individu yang terlibat dalam kes Linggam petang esok.

Orang ramai dijemput untuk berkumpul di Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman pada jam 3 Petang sebelum membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Dang Wangi.

Seketeriat Anwar Ibrahim Club (AIC) memberitahu Suara Keadilan bahawa mereka akan turut serta bagi menyokong laporan polis berkenaan.

Ezam will fight promote Pakatan Rakyat's Agenda in UMNO

Ezam Mohd Noor is a fighter. He was incarcerated, separated from his family; and during the height of Reformasi he even had to hide in Indonesia with Abdul Rahim Ghouse to continue the fight against BN and UMNO.

Sources say that his move to join UMNO was pre-planned by none other that Pakatan Rakyat (PR) themselves. After engineering Ezam's move to obscure himself from the political limelight, Ezam is now accepted as being outside PR by BN members. This was very difficult seeing his tirade as the PKR Youth Chief - equivalent to a Vice President in terms of party seniority.

Pakatan Rakyat, after taking comfort from being accepted by BN as 'not being from PR' after not contesting in the General Elections the next logical move is now to hop onto the BN bandwagon and start the spreading of the 'PR Virus Version1' into the BN directly. This is after seeing that the government is more liberal and with Zaid Ibrahim as the De-Facto Law Minister, Ezam's message of anti-corruption would be better accepted.

However he will continue to fight graft and corruption but will nonetheless say that it is easier to enforce by joining the system as what Dato' Seri Anwar Ibrahim has tried, albeit unsuccessfully, to do before.

Best of luck to Saudara Ezam.

http://puterabatu.blogspot.com/

Tuesday, May 20, 2008

Program AMK DUN GOMBAK SETIA

Pentas Perdana Suara Anak Muda

Sempena Perasmian Pusat Komuniti Rakyat AMK DUN Gombak Setia

Tempat: Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Gombak
Tarikh: 20hb Mei 2008
Masa: 9.00 malam
Pemidato:

Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia)
Khairul Anuar Ahmad Zainudin (Naib Ketua AMK)
YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak/ Penolong Setiausaha AMK)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia, Selangor/ Exco AMK Malaysia)
YB Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau/Ketua AMK Pulau Pinang)
Hubungi Razali [0166600675] untuk sebarang pertanyaan

UMNO Sudah Tidak Relevan!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendirian bahawa pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar daripada Umno adalah bertitik tolak daripada pelbagai konflik yang berlaku di dalam parti berkenaan.

AMK tidak terkejut dengan pengumuman Tun Mahathir, memandangkan sebelum ini tiga Presiden Umno terdahulu (Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Hussien Onn) juga tidak berdiri sebagai ahli Umno di saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Ulasan ringkas Tun Mahathir bahawa beliau akan berada di luar Umno sehingga kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ditukar ganti adalah satu kenyataan yang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak relevan lagi masa kini.

AMK komited dengan pendirian bahawa Tun Mahathir bertanggungjawab dengan segala bentuk cacamarba yang berlaku dalam konteks politik dan perundangan yang berlaku di Malaysia semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan seawal tahun 1980-an. Ini diperhebatkan lagi dengan sifat ‘duduk dan diam’ Abdullah yang memandang ringan ‘kekotoran’ yang diamanahkan kepada beliau sepanjang beliau memerintah Malaysia dari tahun 2004.

Kekalutan yang melanda Umno seusai Pilihanraya Umum Ke-12 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga Umno dan Barisan Nasional memberi gambaran bahawa hayat Umno dan politik perkauman sudah sampai ke penghujungnya.

AMK dengan tegas menyatakan bahawa apa yang berlaku ini adalah masalah dalaman Umno, tetapi AMK percaya bahawa biar sehebat mana perubahan kepimpinan dilakukan di dalam Umno, ia tidak akan meredakan amarah rakyat yang sekian lama dizalimi dengan politik sempit naungan Umno/BN.

Kini tiba masanya kita menjunjung Ketuanan Rakyat demi merealisasikan Harapan Baru buat segenap lapisan rakyat Malaysia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Sunday, May 18, 2008

Sudut Pandang - Astro Awani

Penduduk Kampung Puah bantah pembinaan jejantas 19 Mei ini - dipetik dari Suara Keadilan

Penduduk Kampung Puah bantah pembinaan jejantas 19 Mei ini

Jumaat, 16 Mei 2008 • Kategori: Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 18 Mei (SK)- Penduduk di Kampung Puah di Sentul akan mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pembinaan jejantas pejalan kaki tanpa laluan sikal 19 Mei ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Wangsa Maju, Hamdi Mohd Said pembinaan jambatan berkenaan tanpa laluan dan menyusahkan penduduk kampung kerana terpaksa melalui laluan yang jauh.

“Terdapat satu pembinaan lebuh raya yang telah menutup laluan masuk ke kampung berkenaan, dan hanya pembinaan laluan pejalan kaki sahaja dibina di kawasan berkenaan ke kampung berkenaan. Penduduk mahukan laluan sikal di jambatan berkenaan,” Katanya.

Jelasnya penduduk yang menggunakan basikal atau motosikal terpaksa melalui jalan yang begitu jauh untuk masuk ke kampung berkenaan.

Hamdi berkata, dalam perhimpunan yang akan diadakan pada jam 10 pagi ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong akan turut serta dalam bantahan berkenaan.

Santai bersama YB Tian Chua : Dipetik dari KLpos.com

Ketika sibuk melayari laman web dan blog - blog untuk membaca kisah terkini politik tanah air, saya sempat 'menyelongkar' laman web KLpos.com. Dan saya terjumpa satu temubual santai yang saya sendiri tidak pernah membacanya; tentang Ahli Parlimen Batu iaitu YB Tian Chua yang bertarikh 22 Ogos 2007. Bagi sesiapa yang sudah membacanya, anggaplah ini sebagai ulangkaji dalam mengenali YB Tian Chua. Bagi yang belum membacanya, ia cukup menarik untuk dikhatamkan.


Eksklusif: Anak Cina di alam Melayu (bhg satu)

Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Rabu, 22 Ogos 2007

JAM sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi, tapi Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua masih segar, dan bersemangat untuk ditemubual oleh klpos.com. Yang menariknya, inilah kali pertama wartawan dibenarkan ke rumah beliau, dan klpos.com diberikan penghormatan itu.

Image
Sisi lain Tian Chua

Terletak hanya beberapa minit berkereta dari pusat perniagaan terkenal One Utama. Untuk memasuki kawasan perumahan separuh mewah itu memerlukan kenderaan melalui pondok pengawal terlebih dahulu.

Deretan rumah jenis semi-D dan teres dua tingkat memenuhi kawasan ini, barangkali separuh daripadanya dihuni oleh kaum Cina berdasarkan tanglong di hadapan rumah.

"Ini rumah keluarga saya, saya hanya jaga sahaja," katanya merendah diri selepas saya bertanyakan nilai hartanah di kawasan tersebut.

"Barangkali antara 600 ribu ke sejuta bergantung kepada saiz rumah," kata Tian.

Keturunan Cina Peranakan

Ketika memasuki rumahnya, pengunjung akan tertarik dengan lanskap yang tersusun cantik, kemas dan teratur meniru gaya Bali yang bersahaja. Ada sebuah basikal yang kata Tian digunakan untuk beriadah bila ada masa lapang.

Berasal dari keluarga yang berpegang kuat kepada tradisi Cina, Tian generasi ketiga dari keluarganya yang lahir di Malaysia. Moyang sebelah ayahnya dulu berhijrah ke sini dari Selatan China daerah Hai Fong.

Kemas, bisik hati saya ketika melangkah masuk ke rumahnya itu. Tian tinggal di situ seorang diri, berumur 44 tahun dan masih belum berkahwin.

Manakala di sebelah ibunya pula, lebih lama tinggal di Malaysia. "Keluarga ibu saya adalah keluarga baba nyonya, yang sangat fasih bercakap Melayu dan tinggal di Melaka sejak berabad dahulu," katanya.

Tian berkelulusan sarjana falsafah dari sebuah universiti Australia minat asalnya dalam bidang pertanian tetapi tuntutan masa menjadikan beliau lebih cenderong kepada falsafah. Antara rakan karibnya ketika belajar di negara kanggaroo itu adalah Ketua Pengarang Malaysiakini.com Stevan Gan.

Terdidik dengan pengajian falsafah barangkali menimbulkan minatnya mengumpul barang yang membawa nilai kebudayaan sesuatu bangsa.

Kumpul keris, kain dan topeng

Anda dapat melihat dengan jelas minatnya itu jika bertandang ke rumah beliau. Berbagai jenis kain pua yang dikumpulkan dari Sarawak, Kalimatan, Kemboja dan Nepal ada tergantung di sudut-sudut tertentu rumah dua tingkat itu.

Selain itu ada rak khas yang mempamerkan koleksi senjata berbagai jenis yang dikumpulkan Tian sejak 17 tahun lalu.

"Saya meminati senjata, terutamanya keris kerana ia direka bukan sahaja sebagai senjata membunuh tetapi turut mewarisi kebudayaan serta falsafah masyarakat Melayu," katanya.

Beliau sendiri mengumpulkan tidak kurang dari 15 jenis keris berbagai bentuk dari berbagai negara. Ada sebentuk yang ditunjukkan kepada saya berasal dari Acheh, kata Tian.

Jika diamati keris tersebut, ia direka berdasarkan kalimat Allah dari hulu hingga ke hujungnya.

"Ini dapat difahami kerana Acheh terkenal dengan tradisi Islam yang kuat sejak dulu kala lagi, di sana mereka menamakan keris jenis ini sebagai lencong" jelas Tian.

Selain keris dari Acheh, ada keris dari Bali, dan Jawa, menurut Tian, untuk mengenali keris Jawa ia selalunya mempunyai tujuh lekuk atau lok atau lebih.

"Lok pada keris dibuat dalam kiraan ganjil, tiga, tujuh, sembilan dan sebelas, tapi saya belum menemui yang mempunyai lok lima sehingga kini," katanya.

Topeng dan falsafahnya

Saya kagum dengan kefahaman tinggi Tian Chua terhadap kebudayaan Melayu. Tidak hairanlah beliau antara segelintir pemimpin pembangkang bukan Melayu yang mudah diterima oleh orang Melayu.

Beliau fasih berbahasa Melayu dan tahu adat serta budaya Melayu sehinggakan beliau tidak segan memberi salam sebagai pembuka kata sebelum berceramah.

Selain keris, ada juga sabit dari Kemboja yang digunakan untuk memotong padi, bentuknya seperti kuku kambing tetapi lebih besar lagi. Ada juga sejenis pisau yang dipanggil kugeri iaitu sejenis senjata yang digunakan oleh tentera Gurka Nepal untuk memotong leher musuh tersimpan dalam koleksi Tian Chua.

"Ada sejenis senjata purba China yang dipanggil pisou, miripnya seperti keris, yang digunakan sebagai senjata untuk tempur jarak dekat," katanya satu ketika.

Selain koleksi keris dan kain, Tian juga gemar mengumpul topeng, kebanyakkannya dari Bali dan Jawa.

"Ada falsafah tersendiri di sebalik penciptaan setiap topeng-topeng ini, kebanyakannya topeng ini berasal dari watak-watak dalam hikayat Mahabarata dan Ramayana, yang amat berpengaruh dalam kebudayaan hindu Jawa dan Bali sebelum kedatangan Islam," katanya.

Bersambung bahagian kedua esok

Belajar mukaddam dalam ISA

Foto-foto Tian Chua

Image
Tian menunjukkan corak kain pua dari Kalimantan yang berbeza dengan tempat lain

Image
Berbagai barangan yang dikumpulnya sejak 15 tahun lalu

Image
Keris pendekar Jawa...

Image
Cabut keris gaya Tian Chua

Image
Pedang Iban, pisau Tibet di atas kain pua dari Sarawak

Image
Gaya santai Ketua Penerangan PKR jam 2.45 pagi






Eksklusif: Belajar Mukaddam dalam ISA Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Khamis, 23 Ogos 2007

MINATNYA mengumpul barang-barang lama seperti keris dan topeng pernah membuatkan seorang pekerja Indonesia ketakutan. Ceritanya begini, selepas dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Tian Chua mahu membuat pengubahsuaian rumah.

Image
HULUBALANG Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua

Beliau mengupah seorang kontraktor bersama beberapa orang pekerja Indonesia untuk tujuan itu, tetapi selepas melihat keadaan rumah Tian, keris dan topeng di mana-mana, pekerja Indonesia itu memberitahu bossnya, semua barang tersebut perlu dialihkan sebelum kerja dapat dimulakan.

"Pekerja itu kata keris dan topeng itu ada spirit, dan mereka takut untuk bekerja selagi barang itu tidak dialihkan," kata Tian ketawa.

Ditanya apakah beliau mempercayai spirit atau semangat pada keris atau topeng, kata Tian, beliau mempercayainya.

"Saya mengambil pendekatan hidup harmoni bersama unsur lain yang tidak dapat lihat mata kasar, saya mengumpul barang ini bukan bertujuan untuk memanipulasinya seperti sesetengah orang mengumpul keris untuk menambah kewibawaan.

"Saya hormat pada 'spirit' dan kepercayaan orang lain, jadi saya alihkan keris serta topeng itu semasa kerja penggubahsuian dilakukan," cerita Tian.

Pengalaman dalam ISA

Dilahirkan dengan nama Chua Tian Chang, lelaki ini pernah beberapa kali merengkok dalam lokap polis sepanjang pembabitannya sebagai pemimpin parti pembangkang.

Malahan beliau pernah ditahan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting Taiping Perak mengikut undang-undang ISA.

Berdasarkan cerita yang saya dengar mengenai tahanan ISA kerana kes reformasi, dari 10 orang, ada tiga yang disifatkan paling keras dan enggan bekerjasama. Pertama bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas ahli MPT Saari Sungib dan Tian Chua yang juga merupakan Naib Presiden parti pembangkang itu semasa ditahan ISA.

Menurut Tian, beliau mempunyai kaedah tersendiri untuk 'berkomunikasi' dengan dunia luar semasa ditahan selama dua tahun itu.

"ISA bertujuan memisahkan kita dengan dunia luar, jadi membaca sesebuah buku adalah cara atau medium untuk mengingatkan kita bahawa kita masih ada hubungan dengan dunia luar,"

Semasa ditahan juga, Tian giat belajar bahasa Arab bersama rakan-rakannya. Berguru dengan bekas Pensyarah UIA, Dr Badrul Amin, bagi Tian mempelajari bahasa asing mempunyai kenikmatan yang tersendiri.

"Saya belajar mukaddam, untuk memperkuat sebutan bahasa Arab saya," katanya.

Selain itu, Tian juga melukis dan menghantar surat kepada rakan-rakannya di seluruh dunia. Beliau menghabiskan masa 'bertapa' itu untuk memperkukuhkan jaringan hubungan antarabangsa yang dibinanya sejak zaman menjadi aktivis pelajar lagi.

Hobi ganjil, pelihara musang

Di rumah dua tingkat milik Tian Chua itu, selain koleksi keris, kain pua dan topeng, ada juga sudut kecil terletak akuarium bersaiz sederhana.

Bezanya adalah jenis ikan yang dipelihara Tian, jika orang Cina lain suka membela iklan jenis kelisa yang dipercayai membawa tuah, Tian lebih senang memelihara iklan keli.

"Ia mengingatkan saya kembali kepada nostalgia kehidupan di kampung berpuluh tahun lalu, ketika ikan keli, haruan, sepat dan lain-lain mudah diperolehi di kawasan sawah," ujarnya.

Selain ikan, Tian juga memelihara seekor musang, panjang badannya hampir sekaki, agak liar dan menakutkan bagi orang seperti saya.

Tapi tidak bagi Tian, musang itu dijaga dan dibiarkan berjalan di atas bahunya seperti haiwan peliharaan yang jinak.

Dan musang ini diberi makan betik dan pisang. Dibeli di Pasar berhampiran Kampung Baru waktu malam. Satu ringgit satu kilo, murah.

Kata Tian, musang berusia dua tahun itu asalnya dijumpai di atas jalanraya pada malam hari ketika melalui kawasan kampung selepas pulang dari ceramah.

"Masih kecil ketika itu, ia seperti hilang ibunya dan kebetulan malam itu hujan lebat sekali, saya ambil dan bawa pulang, dan kini sudah setahun lebih tinggal bersama saya," katanya.

Foto-foto eksklusif Tian Chua di klpos.com

Image
Image
Image
Image
JINAK... Aksi Tian bersama musang kesayangannya Mimi, jam 3.00 pagi
Image
Lencong atau keris Acheh dibentuk berdasarkan kalimat ALLAH
Image
Alat musik ini namanya Tambura berasal dari Xinjiang China, dimankan oleh orang Uygur, Uzbek, Kazak.

Image
Image
Image
Buku menunjukkan minat pemiliknya...
Image
Image
Topeng di tangga rumah..


Untuk lebih banyak info di KLpos, sila layari KLpos.com

Monday, May 12, 2008

Bandar Mahkota Cheras Barricade

According to MalaysiaKini there was a memorandum submitted to Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim on the issue. On the 8th of May 2008 residents who have put up a stall at the junction to facilitate traffic were tear-gassed and some were arrested. I am extremely baffled on why the police are siding with Grand Saga (the highway concessionaire) even to the extent of hurting the residents. On another note The residents' committee has labelled the Pakatan Rakyat Government of Selangor as 'weak'. Let us be proactive and discuss this together and let us come up with some ideas to assist our Tan Sri.

Yours humbly,

AMIR HAMZAH BIN AMHA
Ketua Penerangan & Timbalan Ketua AMK
Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu
http://puterabatu.blogspot.com

Friday, May 9, 2008

Candlelight Vigil For Detained Blogger

From:

http://themanorfarmjournal.blogspot.com/

A candlelight vigil gathering for a detained Malaysian blogger, Raja Petra Kamarudin, was scheduled to be held at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur on the evening of May 8, 2008 at 8.00pm. I arrived around half an hour beforehand and was greeted by the sight of the boys in blue coming out in force at both ends of the main road fronting Dataran Merdeka.

As a picture montage of Malaysia's Deputy Prime Minister, Dato' Seri Najib Tun Razak, appears in the background at the City Hall building, the cops takes a breather for some chit-chat. Raja Petra Kamarudin, a member of the Malaysian royalty, was charged on May 6, 2008 with sedition charges in respect of his article, 'Let’s send the Altantuya murderers to hell', for allegedly implying the deputy prime minister was involved in the sensational killing of a young Mongolian woman.

After 20 minutes past eight, I was beginning to think no one, except for the cops, would show up for the candlelight vigil. Then a woman all wrapped up in what looked liked a burqa, as seen on the left of the above picture, appears and starts a commotion. So the plainclothes cops decides to drags her to a corner for interrogation. As I start photographing, the cops come to realize of my existence and asks me to step out of the security cordon surrounding Dataran Merdeka. (Hey, it isn't my fault that my barber thinks I look better with a paratrooper haircut...)

See, now I get booted out of the security cordon and have to shoot from the other side of the barrier. Even this cop's not givin' me the time of the day! I'm tellin' ya, I get no respect at all...

The police officer in charge demands that the small crowd milling about, obviously appearing for the candlelight vigil, to disperse within ten minutes. From what I could see, the cops definitely out-numbered the crowd at least by a factor of 5 to 1. As the crowd break up slowly, some the cops trail along until both parties reach a nearby 7-11. (A Slurpee from 7-11? RM2.50. Sharing it with the cops? Priceless. For everything else, there's Blogger.com)

"This is better than strolling along the Seine River! Ya know what I mean?" An obviously cheerful Hishamuddin Rais (writer and social-political activist) and likewise Tian Chua (Member of Parliament of Malaysia) appear moments later and head out to Dataran Merdeka accompanied by a band of bloggers and supporters.

"How's the back pain coming along, huh? Ya oughta try yoga someday, ya know what I'm sayin'?" Tian Chua greets a plainclothes police officer.

"How's the kids, huh? What did you say? Fighting one another and blaming each other? Gee, sounds like a party I know..." Tian Chua greets another police officer, this time in uniform.

Tian Chua and Hishamuddin Rais negotiates with the police officer in charge for access to the Royal Selangor Club, which is located within the grounds of Dataran Merdeka. Apparently the wife of Raja Petra Kamarudin, Marina Lee Abdullah, was already in the club premises and waiting for Tian Chua and the rest of the entourage accompanying him.

The police officer in charge, a Mr. Anand, takes a moment to consider Tian Chua's request and calls in to his superiors for consultation. Moments later, he gets the green light and permits Tian Chua and the entourage to enter the grounds of Dataran Merdeka with the conditions that they do not stop for any reason whatsoever before reaching the club premises and that no candles be lighted up during their transit.

Marina Lee Abdullah and a friend in the club premises. Despite the ordeals faced of having a husband detained in jail, she manages to retain a degree of cheerfulness for visitors and well-wishers. Later, she confirmed that Raja Petra Kamarudin has agreed to post bail and would appear tomorrow at a Sessions Court for processing of the bail.

The candlelight vigil for Raja Petra Kamarudin. Tian Chua, Hishamuddin Rais and others lights up candles placed on the fence of Royal Selangor Club facing Dataran Merdeka. Since the vigil was being held within the club premises, the boys in blue did not take any action and merely observed the proceedings from the other side of the fence. All in all, the said article and the chain reaction it has provoked may turn out to be the end of a beginning or the beginning of the end. But as to who, what, and where, I shall leave it to speculation.