Saturday, February 28, 2009

Ceramah Perdana Bersama MB Selangor Dan MB Perak.


Tarikh : 28.02.2009 Sabtu
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Selayang.

Penceramah :

1. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
2. YAB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin.
3. YB Azmin Ali.
4. YB William Leong.

Semua penyokong pakatan rakyat dijemput hadir untuk mendengar sendiri perkembangan semasa politik tanah air terutama isu Perak dan Selangor.

Friday, February 27, 2009

Sekitar Ceramah MB Ir Nizar Di Bagan Serai


Malam tadi di Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai, berlangsung Ceramah Perdana Isu-isu semasa oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Majlis dimulakan tepat jam 9:30 malam dengan ceramah pembukaan dan suntikan semangat oleh pengerusi majlis.

YAB Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 9:40 malam dan disambut dengan laungan takbir dari para hadirin yang membanjiri kawasan ceramah.

Majlis semalam dianggarkan telah menarik lebih kurang 3000 audience yang telah memenuhi kawasan sekitar Markaz Tarbiyah PAS seawal waktu maghrib sebelum memulakan solat Maghrib berjemaah disusuli denagn solat Isyak berjemaah di masjid bersebelahan Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai.

Deretan gerai-gerai para peniaga kecil juga dipenuhi dengan para hadirin yang mengambil kesempatan mengalas perut masing-masing sementara menunggu majlis bermula.

Apa yang paling menarik dalam majlis semalam ialah bilamana ia berjaya mengumpul audience dari berbagai kaum dan agama di bawah satu bumbung. kelihatan masyarakat dari kaum Cina dan India tidak segan silu memenuhi dewan ceramah dan tanpa rasa takut atau segan, mereka memenuhi barisan hadapan deretan pendengar ceramah.

Tahniah Pakatan Rakyat kerana berjaya menyatukan semua kaum tanpa paksaan dan bayaran dibawah satu bumbung diatas satu nama - PERPADUAN...!!!

Barisan penceramah.
Antara tetamu yang memenuhi dewan tempat ceramah diadakan.
Tetamu lelaki dan wanita diasingkan antara satu sama lain.
Berbagai kaum, bangsa dan agama dibawah satu bumbung atas nama PERPADUAN.
Datang dengan jemputan, pulang tanpa bayaran. itulah perjuangan.
Suasana begini hanya dapat anda lihat dimajlis anjuran Pakatan Rakyat.

Sertai Kami Sebagai Sukarelawan Batu!


kaunter-bergerak-a3


PARTI Keadilan Rakyat Bahagian Batu mengalu-alukan terutamanya golongan muda untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan. Sukarelawan tersebut akan ditugaskan di Kaunter Pendaftaran Ahli Baru / Aduan Rakyat / Pendaftaran Mesra Usia Emas pada mana-mana program yang melibatkan orang ramai. Sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu bagi mendaftarkan diri.

Keadilan untuk mangsa Zahid Hamidi



tidak banyak media yang berani menyiarkan berita pendedahan beliau.


Jika benar polis jujur dan tidak salah guna kuasa maka sudah pasti ada kerusi Umno yang dikosongkan kerana ahli parlimenya terpenjara ataupun Jika BPR / SPRM benar berani dan adil sudah pasti ada 'kelompok' polis yang sudah ditahan kerana tidak menjalan tugas dengan betul ?

Kenapa ?

Buktinya sila dapatkan VCD dan buku pendedahan Skandal Jenayah, Zahid Hamidi yang didedahkan oleh mangsa cubaan bunuh beliau Amir Bazli. Seorang anak Kelantan yang aktif dalam kumpulan pemilik motorsikal berkuasa besar yang turut disertai Zahid Hamidi. Namun satu peristiwa telah mengubah segalanya.... melibatkan skandal sulit dan jenayah.

laporan polis Amir Bazli

Amir Bazli yang kini hidup dengan kecatatan kekal, tanpa tempurung kepala yang sempurna telah membuat laporan polis tetapi tiada tindakan, telah membawa ke mahkamah namun masih gagal, telah meletakkan rakaman videonya di internet tetapi pemilik server membuangnya.....dia perlukan keadilan... !!!! Negara ini sudah menjadi cerita Hindustan..wang boleh beli segalanya...

cheGuBard nak kongsi satu vcd dan buku (yang diperolehi dari teman Umno) yang menerangkan jenayah Menteri Islam Hadhari. Menteri Islam Hadhari ini telah memukul sehingga separuh mati dan ingin menanam hidup-hidup (mujur dapat larikan diri) seorang pemuda yang berkawan dengan anaknya yang baru berpisah dengan suaminya ketika itu. Kes ini dilaporkan kepada polis tetapi disenyapkan.... pemuda ini kini hidup tanpa tempurung kepala yang telah dihancurkan oleh Menteri Islam Hadhari ini yang juga calon Naib Presiden Umno....dapatkan buku dan VCD ini yang merakamkan peristiwa, pengakuan dan perbagai maklumat 'sulit lagi selit'............

Buku dan VCD pemberian teman Umno ini hanya ada sekitar 50 set sahaja. Kepada yang berminat sila hantar cek atau wang pos bernilai RM 25 atas nama Angkatan Muda Keadilan Bahagian Rembau (sila hantar bersama alamat untuk urusan penghantaran VCD dan buku) hantar ke alamat Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No.390, Taman Seri Rembau, 70301 Rembau, Negeri Sembilan.

Jika stok habis kami akan pulangkan wang pos dan cek anda ! sila klik sini untuk baca tulisan blog lain mengenai kes menteri Islam Hadhari ini atau klik sini

kenapa tindakan ini diambil ? sila baca dengan klik sini


:: dari CheGu Bard Blog

AMK lapor semula aduan sejak tahun 2000

Angkatan Muda PKR (AMK) ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam hari ini bagi melaporkan semula aduan yang pernah dibuatnya sejak tahun 2000, yang didakwa tidak diambil sebarang tindakan.

pkr youth shah alam anti macc cow protest  250209 03Aduan-aduan lama tersebut digantung di leher seekor lembu yang dibawa dengan sebuah lori sejauh 30 meter, ke bangunan Plaza Masalam, tempat terletakkanya pejabat SPRM.

Sebanyak 20 aduan dilaporkan semula kepada SPRM hari ini, yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Bercakap dalam sidang media, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, dalam pertemuan itu, beliau turut memaklumkan kepada SPRM mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam pembelian pangsapuri mewah di Arab Saudi yang juga didakwa membabitkan Dr Mohd Khir.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut butiran dakwaannya itu, sebaliknya berkata Pejabat Menteri Besar akan berbuat demikian.

pkr youth shah alam anti macc cow protest  250209 12Shamsul turut menempelak SPRM yang didakwanya selektif terhadap aduan yang dibuat - dengan memberikan tumpuan kepada kes penyelenggaraan kereta Lexus menteri besar Selangor dan pembelian 46 lembu korban di Parlimen Bandar Tun Razak Disember tahun lalu, tetapi didakwa membiarkan aduan-aduan lain yang melibatkan pemimpin Umno.

Turut hadir ialah Naib Ketua AMK, Khairul Anuar Zainuddin dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebelum itu, para pemimpin PKR dan kira-kira 50 penyokong, berkumpul di hadapan sebuah restoran makanan di Seksyen 9 sejak jam 2 petang.

Shamsul diminta datang semula

Mereka membawa sepanduk mengutuk SPRM dan melaungkan slogan mendesak ketua pesuruhjaya SPRM meletak jawatan.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal keadaan dan lalulintas. Enam anggota skuad anti-rusuhan, juga kelihatan membuat benteng untuk mengelakkan orang ramai memasuki bangunan berkenaan.

Kira-kira jam 3.30 petang, Shamsul dilihat naik semula ke pejabat SPRM. Dimaklumkan beliau diminta memberikan keterangan berhubung sebab beliau membawa lembu bagi mengiringi penyerahan semula aduan-aduan tersebut.

pkr youth shah alam anti macc cow protest  250209 05Orang ramai dan polis kelihatan bersurai kira-kira jam 4 petang apabila hujan turun dan semakin lebat.

Ditemui selepas itu, Shamsul berkata pegawai SPRM ingin tahu sama ada lembu itu dibawa dengan tujuan untuk menghina suruhanjaya tersebut.

Katanya, beliau menjelaskan kepada mereka bahawa ia sebagai “ingatan dan sindirian kepada SPRM”.

Menurutnya, beliau diminta datang semula Rabu depan untuk memberi keterangan berhubung aduan-aduan yang dilaporkan semula hari ini.-Malaysiakini

Kes Altantuya, Siasat Segera Siapa ' gembala kambing' : YB Azmin Ali.



KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempertikai keenganan pihak berkuasa termasuk polis dan bahagian pendakwaan yang enggan menyiasat DSP Musa Safri sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, meskipun nama Musa Safri selaku pengiring kanan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak disebut-sebut berulang kali dalam pengakuan tertuduh, Koperal Sirul Azhar, namun hingga kini tiada siasatan dibuat ke atas beliau.

"Inilah hujah yang telah kita kemukakan dari awal bahawa kita tak tunding jari kepada TPM atau mana-mana individu cuma kita tuntut proses siatan yang perlu adil dan saksama.

"Dalam konteks ini tertuduh diminta beri keterangan bersumpah, dan tertuduah kata berulang kali penglibatan Musa Safri yang juga ADC kepada TPM.

"Tertuduh ada menyatakan di mana beliau bertemu dengan Musa beberapa kali dan tertuduh beberapa kali berunding dengan beliau(Musa) di pejabat TPM, kenapa Musa tak dipanggil beri keterangan?," soal Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Parlimen pada 24 Februari lalu semasa diminta mengulas isu pengakuan Sirul Azhar dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Sekurang-kurangnya kata Azmin, untuk membuat pertuduhan kepada seseorang, sebelum itu proses siasatan perlu berjalan dahulu dengan semua individu yang terbabit disiasat.

Apa yang menggemparkan tertuduh (Sirul) telah membuat keterangan di mahkamah bahawa beliau adalah 'kambing hitam' dalam kes ini, katanya.

Bagi Azmin, keterangan Sirul ini sesuatu yang amat serius dimana ada individu yang berpengaruh yang tiada dalam mahkamah dalam kes ini.

Namun individu itu secara terang ada pengaruh di luar yang di kalangan pembesar yang terbabit,

Malangnya walaupun pengakuan bersumpah ini dibuat di mahkamah, sehingga kini tiada sebarang usaha polis atau pendakwaan menyiasat hal ini, katanya.

"Ia boleh dikemukakan sebagai bukti baru, tetapi siasatan tak dibuat malah dipadamkan oleh media milik Umno/BN," tegasnya.

Beliau juga melihat pengakuan Sirul yang mengaku dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam kes tersebut menjelaskan lagi kewujudan 'Gembala Kambing'.

Baginya, 'Gembala Kambing' itu adalah pembesar yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi dan menguasai pihak berkuasa.

Sebelum ini, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamarul Hisham turut berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya.

Skim Mesra Usia Emas : Sebarkanlah


mesra-usia-emas-selangor

Skim Mesra Usia Emas yang dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berkuatkuasa 1 Oktober 2008 merupakan salah satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Program ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas yang telah banyak memberikan khidmat dan jasa kepada masyarakat dan negeri.

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN

- Lahir di Negeri Selangor ATAU

- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU

- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

PNSB MESTI MENYERAHKAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

KENYATAAN AKHBAR

26 FEBRUARI 2009

PNSB MESTI MENYERAHKAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI


Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.

Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA. Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com

Thursday, February 26, 2009

Jika Mahu Terus Jadi 'Lembu', SPRM Perlu Isytihar Jadi Parti Komponen Baru BN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

25 Februari 2009


Jika Mahu Terus Jadi 'Lembu', SPRM Perlu Isytihar Jadi Parti Komponen Baru BN

Hari ini, Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda 'penghargaan yang tinggi' di atas 'kebebasan dan integriti' yang telah diamalkan oleh badan tersebut.

Semalam, tatkala menyampaikan ucapan perasmian pelancaran SPRM, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggesa agar badan tersebut bersikap adil, saksama dan profesional dalam sebarang tindakan yang diambil bagi menjamin integriti dan imej badan tersebut sebagai sebuah badan bebas.

Tetapi sepanjang dua bulan berlalu sejak SPRM dinaik taraf menjadi sebuah suruhanjaya, pelbagai kecelaruan telahpun timbul. Dalam keadaan puluhan malah ratusan laporan rasuah yang dikemukakan kepada badan tersebut dibakulsampahkan tanpa sebarang status, dua laporan rasuah yang mengkal sifatnya yang merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berikutan kes penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau dan juga pengagihan lembu korban sempena Eiduladha tahun lepas di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Penyelewengan yang dilakukan oleh SPRM ini, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh AMK beberapa hari lepas, sangat bertepatan dengan kronologi usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan beberapa siri percaturan jahat yang direncana oleh Umno-BN khususnya di Selangor.

Sebagai contoh dalam kes yang melibatkan rasuah oleh ADUN Umno-BN Lenggeng, Mustafa Salim dan juga kes rasuah politik pemilihan Umno yang melibatkan Ahli MT Umno, Norza Zakaria; kedua-duanya disorokkan identiti daripada pengetahuan umum. Bukan ini sahaja, malah banyak lagi kes yang telah dikemukakan baik oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat lainnya yang mempunyai asas yang kukuh dipinggir begitu sahaja tanpa sebarang status.

Tetapi dalam kes Tan Sri Khalid, dalam keadaan Kertas Siasatan yang masih berstatus rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ketua Pesuruhjaya SPRM telah bersifat mendahului mahkamah untuk memulakan pendakwaan ke atas Tan Sri Khalid. Sedangkan asas-asas yang dijelaskan SPRM sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana, lebih banyak memalitkan Umno-BN di atas penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana dan instrumen kerajaan yang berleluasa sejak 50 tahun lamanya.


Profesionalisme apa yang dijulang SPRM, dalam keadaan sebarang kes yang melibatkan ahli Umno-BN tidak didedahkan kepada umum, sebaliknya asal saja wujud satu kes - meskipun tidak berasas - yang melibatkan Pakatan Rakyat, maka gegak gempitalah seluruh Malaysia dengan canang SPRM untuk melakukan pendakwaan segera.

Justeru, lembu yang 'dihadiahkan' oleh AMK kepada SPRM ini bukanlah bersifat singgungan politik murah, sebaliknya ia perlu menjadi batu tanda dan pengajaran buat SPRM agar mereka tidak berterusan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' khususnya oleh Umno.

Ini juga wajar menjadi peringatan buat SPRM, bahawa sebarang salahlaku yang dilakukan oleh mereka tidak pernah padam daripada ingatan rakyat, dan akan terus menjadi bahan bualan di sana sini.

Tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh SPRM atau dulunya Badan Pencegah Rasuah (BPR) jelas mengambarkan rendahnya profesionalisme mereka dalam usaha membasmi rasuah. Pendakwaan selektif yang berleluasa hanya memberi gambaran bahawa jenayah rasuah akan menjadi semakin parah dan rakyat akan terus teraniaya tanpa pembelaan.

AMK berpendapat, sekiranya SPRM terus-menerus merelakan diri mereka menjadi 'lembu' kepada Umno-BN, maka Ketua Pesuruhjaya SPRM wajar membuat perisytiharan agar SPRM akan didaftarkan menjadi satu komponen baru di dalam Barisan Nasional kelak.

Tidak ada gunanya sebarang penaiktarafan yang kelihatan indah di pandang mata, jika SPRM masih lagi bergelumang dengan salahlaku yang jelek dan berterusan menyalahgunakan kuasa mereka demi melampias hawa nafsu pimpinan Umno-BN.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com

Monday, February 23, 2009

MAJLIS HI-TEA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)

Tempat : Dewan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,
Shah Alam, Selangor (PKPS)

Masa : 3.00 p.m. hingga 5.00 p.m

Kehadiran VIP

Dato Seri Ir Haji Mohd Nizar Jamuluddin
Dr Lo’Lo’ Ghazali
Ustaz Haji Ahmad Awang
Ustaz Misbahul Munir Masduki

Tiket berharga RM20.00

Sila hubungi :

019-6570438 (Subang/Subang Jaya)
012-2871614 (Cheras/Bandar Tun Razak)
017-6727584 (Kajang/Bandar Baru Bangi)
019-3837785 (Shah Alam/Klang)
012-2141858 (Gombak/Ampang/Hulu Klang)
013-3657491 (Shah Alam)
019-2316539 (Puchong/Putrajaya)

Anjuran :

IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

LAPORAN POLIS TERHADAP KP SPRM - Isnin

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

22 Feb 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP KP SPRM , DATO' SRI AHMAD SAID HAMDAN
Perkara diatas adalah dirujuk.

Maklumat lanjut laporan polis tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 23 Feb 2009 (Isnin)
Lokasi: IPD Dang Wangi, Jalan Campbell, Kuala Lumpur.
Masa: 12.00 tghhari

Semua pihak KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput ke program tersebut.

Sekian, terima kasih

Hasmuzair Hassan
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Protes SPRM - Rabu Ini

AYUH HIMPUN PROTES SPRM
25 FEB
11 AM
DEPAN PEJABAT SPRM PUTRAJAYA
ANAK MUDA MALAYSIA AKAN BAKAR RIBUAN KOLEKSI LAPORAN-BUKTI RASUAH-HILANG

Sokongan Buat YB Tian Chua

Jika ada kelapangan SILA HADIR
ISNIN 23 / 2 jam 2pm sokong YB TIAN CHUA YANG AKAN BERADA DI MAHKAMAH JLN DUTA BILIK JENAYAH 2, TINGKAT 4
KES MENCEDERAKAN POLIS DI PINTU PARLIMEN 2008.

SPRM LEMBU UMNO-BN!

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

22 Feb 2009

SPRM LEMBU UMNO-BN!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak selektif mengumumkan bakal mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atas tuduhan penyalahgunaan kuasa beliau dalam urusan penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau dan juga pengagihan lembu korban oleh PKNS di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Ahmad Said Hamdan jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa beliau yang secara terang menunjukkan pelanggaran Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

Tindakan beliau juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Najib Tun Razak.

AMK ingin mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah, khususnya yang dibuat oleh AMK sendiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Laporan membabitkan penyelewengan kes pembelian Eurocopter; kes rasuah mantan MB Selangor Khir Toyo; laporan penyelewengan wang kerajaan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti didedahkan oleh Laporan Audit Negara; laporan lesapnya wang kerajaan melalui anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu; laporan mengenai akuan bersumpah Ketua Bahagian keADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mengenai usaha Najib membeli ADUN-ADUN PR di Perak; laporan campurtangan PM yang didedahkan oleh Datuk Raymond Tan di dalam kes membabitkan Datuk Seri Yong Teck Lee; dan puluhan lagi laporan rasuah dan salahguna kuasa yang dikemukakan oleh AMK, kesemuanya dibakulsampahkan oleh SPRM.

Tindakan jijik ini pastinya tidak boleh menutup mata rakyat, dalam keadaan SPRM kini ibarat lembu dicucuk hidung oleh Umno-BN. Kehilangan berbillion-billion wang rakyat diabaikan, sebaliknya laporan yang tiada asas yang dikemukakan oleh Umno-BN melalui NGO-NGO yang pro-Umno didahulukan seolah-olah ia dosa yang telah terbukti besar.

AMK melihat SPRM sudah hilang nilai profesionalismenya. Justeru, AMK akan menggerakkan jentera AMK sepenuhnya untuk menerangkan kepada rakyat pencabulan kuasa dan hak yang dilakukan sewenangnya oleh Umno-BN melalui SPRM.

AMK juga akan melakukan 'kunjungan hormat' ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menghadiahkan beliau seekor lembu sebagai signifikan kepada peranan SPRM yang semakin tunduk di kawal Umno-BN.

AMK percaya bahawa rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri-siri pembodohan rakyat yang sedang giat dilakukan oleh Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Saturday, February 21, 2009

Pakatan akan menang di dua bukit, ramal Bridget Welsh


Dari Siasah Daily

KUALA LUMPUR, 20 Feb:
Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi.

Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau.

Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu.

"Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.

Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan.

Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR.

Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu.

Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi.

Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.

"Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini," katanya.

Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini.

"PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati," katanya.
Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi.

"Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS," kata Welsh lagi.

Tan Sri Khalid : Saya Bukan Manusia Boleh Digertak Sesuka Hati.


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.

Menurut Khalid taktik mengenakan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak daripada kerjaaan Barisan Nasional (BN) yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah dan bukan untuk diri sendiri.

“Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu,” katanya ketika berucap dalam majlis makan malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.

“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.

“Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor,” katanya.

Tambah beliau, rakyat akan dapat menilai taktik kotor BN seperti itu untuk menguasai negeri ini namun tegasnya kerajaan PR akan terus membela nasib rakyat di negeri itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Prof. Dr. Syed Husin Ali; Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan R. Sivarasa serta Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Friday, February 20, 2009

PENCABULAN HAK INDIVIDU; AMK SOKONG ADUN BUKIT LANJAN

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

19 Feb 2009

PENCABULAN HAK INDIVIDU; AMK SOKONG ADUN BUKIT LANJAN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyatakan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN keADILan Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong berikutan kontroversi yang melibatkan diri beliau.

Berkenaan dengan isu yang melibatkan Elizabeth ini, beliau tidak perlu meletak jawatan atas beberapa faktor. Pertamanya beliau bukan memperlakukan adegan lucah sebaliknya gambar beliau diambil secara curi dan tanpa kesedaran beliau.

Keduanya, kehidupan peribadi beliau adalah satu perkara yang perlu dihormati dan sebarang usaha pencabulan hak individu beliau adalah sesuatu yang tidak bermoral.

AMK memandang serius akan perbandingan yang cuba dibuat oleh pihak TV3 dalam Buletin Utama 17 Januari 2009 dengan mengaitkan kes Vijandran, Chua Soi Lek, V.K. Lingam dan sebagainya dengan kontroversi yang melibatkan Elizabeth ini.

Ianya benar-benar berniat jahat kerana kes-kes tersebut semuanya melibatkan perlakuan moral individu tersebut yang jelas salah di sisi agama dan juga tatasusila masyarakat.

Demikian juga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang BN Selangor, Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo yang cuba memesongkan fakta yang berlaku ke atas bekas Menteri Kesihatan dengan Y.B Elizabeth. Beliau perlu maklum bahawa apa yang berlaku kepada bekas Menteri Kesihatan adalah sesuatu yang berbeza memandangkan pendedahan melibatkan bekas Menteri terbabit adalah merupakan skandal seks. Sedangkan apa yang berlaku ke atas Elizabeth adalah merupakan satu penganiayaan yang dilakukan ke atas beliau tanpa beliau sedar.

Tindakan Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan adalah tindakan terpuji kerana meletakkan parti di depan melebihi hal peribadi. Tetapi AMK percaya bahawa tidak ada keperluan bagi Elizabeth untuk mengundurkan diri kerana beliau tidak bersalah atas soal isu ini melibatkan peribadi beliau.

Sokongan rakyat jelas terbukti di Bukit Lanjan dan seluruh Malaysia terhadap Elizabeth, malah kebanyakan organisasi NGO dan sayap wanita parti-parti politik termasuklah di kalangan parti komponen BN seperti MCA sendiri.

AMK berpendapat bahawa Elizabeth perlu meneruskan tugas beliau seperti biasa dan terus berkhidmat kerana rakyat memerlukan beliau dan berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang 11 bulan beliau menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hj Ramlan Roes

Exco

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Merangkap Ketua Penerangan

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com

Hebahan Media - Laporan Polis DSAI


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu laporan polis ke atas Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan di Balai Polis Damansara Utama berhubung penglibatan mereka di dalam memalsukan bukti kes lebam mata 1998.

Tempat: Balai Polis Damansara Utama
Jam: 11.30 pagi
Tarikh: 20hb Februari 2009

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Thursday, February 19, 2009

MB Haram Perak Bersama 6 EXCO Digantung Hadiri Sidang DUN.


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.


Semalam, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

Enggan Tarik Balik Kenyataan, Tan Sri Khalid Saman Khir Toyo.


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar "The New Straits Times" bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari lalu dan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Januari lalu.

Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam.

Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.

Ia juga berniat untuk memperkecilkan beliau dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti beliau sebagai Menteri Besar, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ijok, dakwanya.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

Seterusnya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir juga enggan meminta maaf walaupun satu surat tuntutan untuk beliau memohon maaf telah dihantar kepadanya pada 3 Februari lalu.

Justeru, Menteri Besar itu memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Sementara itu, S N Nair ketika ditemui pemberita selepas memfailkan saman itu berkata Menteri Besar bertindak memfailkan kedua-dua saman itu setelah Dr Mohamad Khir enggan meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau walaupun telah diberi tempoh selama tujuh hari untuk berbuat demikian.

"Jumlah gantirugi kita tidak nyatakan, terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. Apa yang penting buat Tan Sri (Abdul Khalid) ialah untuk membersihkan namanya kerana jelas sekali semua dakwaan terbabit tidak benar dan kenyataan terbabit juga dibuat tanpa dipastikan kebenarannya terlebih dahulu," katanya. - Bernama

Ketua AMKWP Yakin Pakatan Rakyat Semakin Berpengaruh Dihati Rakyat Malaysia.



Jalan Klang Lama, 18 Februari 2009 : Disebalik pelbagai isu yang dijelmakan untuk memberi gambaran negatif terhadap perjuangan pakatan rakyat, Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan (AMKWP) Sdr Hj Md Zaman Md Tasi yakin gelombang kebangkitan suara rakyat dikepalai pimpinan pakatan rakyat semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia.

Sdr Hj Md Zaman menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kesan pelbagai isu semasa yang timbul terhadap perjuangan pakatan rakyat. Menurutnya lagi, rakyat Malaysia semakin bijak untuk menilai sesuatu isu tanpa terpengaruh dengan satu satu sumber berita sahaja. Rakyat didedahkan dengan persekitaran maklumat terbuka melalui penggunaan internet dan sebagainya.

Walaupun media pro Barisan Nasional hebat berkempen saban hari menjatuhkan kredibiliti pemimpin pakatan rakyat namun dengan jelas kepercayaan terhadap pakatan rakyat tidak terjejas sepertimana yang diterjemahkan dengan undi yang memenangkan calon dari pakatan rakyat dalam PRK yang telah diadakan.

Pengaruh pakatan rakyat tidak sekadar teguh di negeri negeri ditadbir pakatan rakyat sahaja malahan suara rakyat ini semakin kuat berkumandang dari Perlis sehinggalah ke Johor serta Sabah dan Sarawak.

Keadaan ini amat menggerunkan barisan nasional memaksa mereka secara terdesak membuat pelbagai isu dan helah bagi menghalang suara rakyat ini. Antaranya larangan memasuki Sarawak ke atas R.Sivarasa baru baru ini serta pengharaman kebenaran mengadakan ceramah di Perak.

Menjelang peralihan kuasa perdana menteri tidak lama lagi, dikhuatiri media dibawah kawalan kerajaan barisan nasional ini semakin rakus meracuni pemikiran rakyat marhaen.

PRK 13 nanti diyakini untuk pakatan rakyat mengambil alih pentadbiran negara Malaysia selewat lewatnya seterusnya menstabilkan semula politik dan ekonomi tanah air. Menuju ke arah itu, rakyat diminta untuk bersabar dan memberi peluang kepada pimpinan pakatan rakyat melaksanakan tugas secara adil, saksama dan berhemah tanpa melanggari perundangan yang telah sedia ada.

Wednesday, February 18, 2009

GMP ke Parlimen serah memo bantah PPSMI

Jimadie Shah Othman

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Kedua-dua tokoh penting Pakatan Rakyat itu sebelum ini menerima memorandum mengenai perkara yang sama sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

parliament 170209 wakil gerakan memansuhkan ppsmiMemorandum 12 halaman itu - yang mengandungi kompilasi ringkasan hasil kajian beberapa ahli akademik tempatan berhubung pelaksanaan PPSMI - diserahkan oleh pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Hassan Ahmad di parlimen pagi ini.

Dr Hassan ditemani sembilan lagi tokoh bahasa dan sastera tanahair ketika penyerahan itu, termasuklah Sasterawan Negara, A Samad Said; penyair terkenal, Dinsman serta pakar bahasa Ainon Mohd dan Dr Abdullah Hassan.

Memorandum yang sama pernah diedarkan kepada wartawan di sebuah sidang media GMP di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibunegara Khamis lalu.

Anwar yang hadir menemui kumpulan itu dan menerima memorandum di pertengahan sidang media mereka, berucap ringkas: "Saya harap semua ahli parlimen Pakatan Rakyat terus memperjuangkan perkara ini (pemansuhkan PPSMI)."

Turut kelihatan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin utama Pakatan juga hadir memberikan sokongan kepada gerakan itu.

'Gagal jumpa Hisham'


parliament 170209 gerakan memansuhkan ppsmi pcMelihat sokongan itu, Dr Hassan secara berseloroh berkata: "Tak nampak pula orang-orang Umno."

Dalam sidang media di parlimen, Dr Hassan bagaimanapun berkata, tidak akan menyerahkan memorandum kepada semua ahli Parlimen, sebaliknya akan memberikan kepada "yang terpilih dan ketua-ketua sahaja".

Sehingga jam 11.30 pagi, kumpulan itu masih belum berjaya menemui Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein bagi tujuan yang sama.

Penyokong gabungan beberapa NGO dan parti politik pembangkang itu pada mulanya berkumpul di Tugu Negara, sebelum berarak ke parlimen kira-kira 9.30 pagi tadi.

anti english language in math and science ppsmi gmp parliament march 170209 07Mereka tidak menjeritkan sebarang slogan, sebaliknya hanya memegang sepanduk bertulis "Rakyat tuntut mansuhkan PPSMI".

Bagaimanapun, dengan jumlah yang kecil kira-kira 20 orang sahaja, perarakan itu berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Kira-kira 40 polis dilihat berkumpul di sekitar kawasan itu dan mengadakan dua sekatan jalanraya di jalan menuju ke Parlimen.

Jasa Khir Toyo Semasa Menjadi MB Selangor.



1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta.

Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco. (Tranungkite)

Perbezaan Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong

Chua Soi Lek :

Bogel
Telah berkahwin dan curang
Dirakam perlakuan seks di hotel


Elizabeth Wong :

Tidak bogel
Tidak berkahwin
Dirakam gambar (tiada perlakuan seks) di rumah sendiri (tempat yang punya hak peribadi)


::AWAS... Sila pastikan anda mandi dengan pakaian yang lengkap walaupun di rumah anda.

::Khir Toyo yang moralnya dipertikaikan menyalak tak henti - henti dalam isu Eli.
Apakah Khir Toyo akan tidur di rumahnya sendiri dengan pakaian yang lengkap?

Tuesday, February 17, 2009

Kenyataan media Elizabeth Wong


Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

Monday, February 16, 2009

Malam INI !

ceramah-ttwangsa1

GMPPSMI - Demo Peringkat Kedua ESOK

PERINGATAN
17 FEB. 2009
SELASA
PERHIMPUNAN
PENYERAHAN MEMORANDUM KPD PM & DSAI
KUMPUL TUGU NEGARA - 10 AM
PENYERAHAN MEMORANDUM -12 tghr
SIDANG MEDIA - MEDIA CORNER- 12.30 PM
DIMINTA BANTUAN PENERANGAN AMK NEGERI/BHGN MAKLUMKAN KPD SEMUA AJK W/P / AHLI AMKMASING&MASING.

CERAMAH PENERANGAN

CERAMAH PENERANGAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

BAHAGIAN LUMUT

  1. TARIKH : 16 FEB 2009
  2. JAM : 9.30 MALAM
  3. TEMPAT : MARKAS PAS, PASIR PANJANG, SERI MANJONG, PERAK

  • PENCERAMAH:
  • DATO’ SERI HAJI IR MOHD NIZAR BIN JAMALUDIN
  • DATO NGEH KHOO HAM
  • UST HAJI SUWARDI BIN SAFUAN

TUAN-TUAN SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI.

Thursday, February 12, 2009

Banner menarik di Changkat Jering.

http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/banner-menarik-di-changkat-jering.html

CHANGKAT JERING, 12 Feb .:- Setelah beberapa hari Osman Jailu mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN dengan mengatakan dia Bebas, banner seperti di bawah mula diletakkan di banyak tempat di Changkat Jering.

Pagi tadi semasa saya meninjau kawasan berkenaan sempat saya rakam kan banner istimewa itu untuk tatapan pengunjung blog cina islam.



Jadual Ceramah KE ARAH HIMPUNAN 100,000 BANTAH PPSMI PADA 7 MAC 2009.

1. Tarikh: SABTU 14 Februari 2009, Jam: 9 Malam
Tempat: Sg. Gau, Temerloh
Penceramah: Hj Mohamad Sabu

2. Tarikh: AHAD 15 Februari 2009, Jam: 9 Malam
Tempat: Kg. Sg. Karang. Kawasan Indera Mohkota
Penceramah: Hj Mohamad Sabu

3. Tarikh: KHAMIS 26/2/09 Jam: 9.00 mlm
Tempat: Dataran Hamas, Jasin
Pencermah: Hj Mohamad Sabu

4. Tarikh: JUMAAT 27/2/09 Jam: 9.00 mlm
Tempat: Bukit Lada, Maran
Penceramah: Hj Mohamad Sabu

Keterangan lanjut : Radhi 012-6032742

DSAI Hargai Sumbangan Blogger

Dari Kerajaanrakyat.com

Menyampaikan maklumat jelas dan tepat adalah tanggungjawab semua RAKYAT yang inginkan keadilan dan kesejahteraan subur di negara tercinta, Malaysia. Kita boleh memainkan peranan yang berkesan dalam penyalurkan maklumat ini dengan berbagai cara dan pendekatan.

Sebagai golongan yang ditindas dan dinafikan hak untuk menghebahkan tentang kezaliman, penipuan dan pendustaan kerajaan UMNO/BN, RAKYAT yang prihatin, berkemampuan dan berkesempatan bisa saja melakukannya melalui kaedah yang murah dan santai.

Sesetengah RAKYAT menyampaikan berita benar melalui blog dan laman web. Sebahagiannya menyampaikan maklumat ringkas melalui ‘SMS’. Ramai yang menyampaikan pandangan dan titipan minda melalui ruangan komen di blog dan laman web yang mereka lawati. Semua ini adalah sebahagian daripada sumbangan yang insyaALLAH dapat menjana kepada revolusi mental kearah yang lebih positif.

Dalam hubungan memperkasakan minda dengan berita-berita benar melalui blog dan laman web, samada oleh pengendali blog atau penitip komen, sumbangan mereka diberi perhatian dan penghargaan jelas oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama oleh Anwar Ibrahim;

“Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat.

Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana.

Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?

Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.

Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!”

ANWAR IBRAHIM

Walau bagaimanapun, masih ramai RAKYAT yang tertipu dengan hidangan berita-berita pembohongan yang disampaikan oleh TV, akhbar dan blog yang dikuasai oleh perakus UMNO/BN.

Justeru peranan para blogger dan pembaca blog harus dipertingkatkan. Bagi tujuan memperkasakan sumbangan para penulis blog (Bahasa Melayu), kerajaan rakyat dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti beberapa blog “Berminda Merdeka” untuk memudahkan kami menyalurkan berita dan maklumat terkini dan tepat.

Salam takzim
Kerajaan Rakyat.