Sunday, January 31, 2010

KETUA UMUM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



RAKYAT HAKIM NEGARA -

perhimpunan bantah fitnah terhadap DSAI

2 Februari 2010 / 9 am
Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Semua AMK BATU, Ahli PKR & Penyokong PR digesa turun.

ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

GOTONG ROYONG BERSAMA YB TIAN CHUA

GOTONG ROYONG MUHIBAH SEMPENA HARI WILAYAH

Tarikh: 01 02 2010 (Selasa)
Masa: 8am Sampai Habis Kerja
Tempat: Taman Dato Senu

Datanglah Beramai-Ramai

INFO AMK BATU UNTUK SEBARAN MENUJU PUTRAJAYA

Saudara-saudari semua,

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kompleks Jalan Duta. Beliau didakwa di bawah seksyen 377B Kanun Jenayah.

Pendakwaan ini sebagaimana kes tahun 1998 lalu, menerima bantahan meluas baik dari dalam mahupun luar negara kerana didasari motif politik untuk menghalang kemaraan rakyat menuntut Perubahan. Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat antara tokoh utama yang menggembeling hasrat rakyat, baik pada tahun 1998 mahupun pada pasca Pilihanraya Umum 2008.

Berikut adalah butiran sesi perbicaraan tersebut:

Tarikh: Hari Selasa, 2hb Februari 2010.

Masa: 8.30am.

Tempat: Aras 5, Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.


Diharap saudara-saudari dapat hadir memberi sokongan.

Terima kasih.


PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

###


Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

INFO AMK BATU UNTUK SEBARAN MENUJU PUTARAJAYA

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

29 Januari 2010/ 13 Safar 1430 H



PKPIM KRITIK KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik pihak keselamatan yang dilakukan terhadap kelompok mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadiri perhimpunan aman selepas solat jumaat untuk membantah keputusan pilihan raya kampus di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina.



Memandangkan perhimpunan yang dianjurkan mereka di perkarangan Masjid UKM tersebut dilakukan secara aman, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut. Justeru, PKPIM berpandangan tindakan polis yang telah mencetuskan provokasi untuk menghentikan perhimpunan berkenaan adalah sesuatu yang amat mengecewakan.



Dalam pada itu, PKPIM juga berpandangan bahawa perhimpunan yang dilakukan tersebut tidak memerlukan penglibatan pihak polis disebabkan ianya dianjurkan dalam kawasan universiti. Maka, seharusnya demonstrasi tersebut diselesaikan oleh pihak dalaman universiti sendiri.



Justeru itu, bagi PKPIM insiden yang berlaku ini secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah, martabat dan kredibiliti Universiti yang dahulunya gah dengan pemilikan kuasa autonomi. Lantaran itu, situasi semasa ini menuntut supaya pihak bertanggungjawab mengembalikan kedudukan Universiti sebagai institusi yang bebas dan berautonomi agar martabat universiti sentiasa disanjung dan dihormati oleh semua pihak.



Sementara itu, PKPIM turut melahirkan kekecewaan terhadap penangkapan yang dilakukan terhadap dua aktivis mahasiswa Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah yang didakwa terlibat dalam perhimpunan berkenaan. Penahanan yang dilakukan ini jelas bertentangan dengan prinsip, amalan dan hak demokrasi yang didokong oleh semua pihak selama ini untuk menyuarakan pandangan.


Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM turut menggesa semua pihak khususnya pihak keselamatan untuk memberi jaminan agar insiden yang sama tidak berulang demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia di kampus.





MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ (860813-38-5543)

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

013-5303221

ipohcitizen@yahoo.com



SEKRETARIAT PPKPIM PUSAT,

LOT 2965, JLN. KG. TENGAH 7,

KG. TENGAH, BT 6 ½,

JLN. GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR .

TEL : 03-61842286

FAKS : 03-61842285

EMEL : pkpim_spp@yahoo.com

Saturday, January 30, 2010

Kaunter Khidmat Masyarakat

Tarikh: 31/01/10 (Ahad
Masa: 9am - 12pm
Tempat: PPR Beringin Block B
KAUNTER SPR,ADUAN,AHLI,WARGA EMAS,INFORMASI DAN JUALAN

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Tuesday, January 26, 2010

Pemasangan Banner



Tarikh: 26/01/10 (Selasa)
Masa: 10.30pm-11.30pm
Tempat: Sekitar Taman Dato' Senu

Sempena program gotong royong bersama YB pada 01/02/10 sempena Hari Wilayah, AMK Batu bersama-sama dengan pihak Cabang telah memasang banner program gotong royong untuk makluman kepada para penduduk sekitar Taman Dato' Senu. Dikesempatan tersebut, kami juga telah memasang banner ucapan YB Tian Chua sempena Tahun Baru Cina akan menjelang tiba. Terima Kasih kepada yang memberi kerjasama seperti Pak Hasan, Rozan, Saravanan.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Sebaran Flayer Gotong Royong Bersama YB





Tarikh: 26/01/10 (Selasa)
Masa: 7.30pm - 9pm
Tempat: Tapak Pasar Malam Taman Dato' Senu

YB Tian Chua bersama-sama dengan PKR Cabang Batu telah turun padang mengunjungi penduduk-penduduk Taman Dato' Senu dan sekitarnya untuk menyebarkan maklumat tentang kegiatan gotong royong yang akan berlangsung di Taman Dato' Senu pada hari isnin ini sempena Hari Wilayah. YB Tian Chua juga tidak melepaskan peluang untuk memberi buah limau kepada para pengunjung pasar malam sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba. Kunjungan YB di pasar malam tersebut dapat merapatkan lagi hubungan di antara penduduk-penduduk di Parlimen Batu. Terdapat ramai pengunjung yang mengambil peluang untuk beramah mesra dan membuat beberapa aduan kepada YB. YB Tian juga sempat mengunjungi beberapa deretan kedai perniagaan untuk menanyakan khabar dan keadaan perniagaan mereka. AMK yang hadir Rozan, Shah, Saravanan dan Khairil.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Edaran Flayer Gotong Royong


EDARAN FLAYER GOTONG-ROYONG
TARIKH: 26/01/10 (Selasa)
Masa: 7pm
Tempat: Tapak Pasar Malam Taman Dato' Senu

YB Tian Chua akan turut serta dan akan menyumbang Buah Limau kepada pengunjung pasar malam.

Tian Chua Terselamat Dalam Kemalangan




Petikan dari Malaysiakini.com

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan pemandunya terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di KM 400, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Beruntung, dekat Rawang, petang tadi.


Dalam kemalangan pukul 5.30 petang itu, kereta Toyota Camry berwarna putih yang dipandu oleh pemandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di laluan itu ekoran keadaan jalan yang licin selepas hujan.

Tian Chua yang dihubungi Bernama berkata beliau dan pemandunya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

"I'm ok..tiada masalah atau cedera apa-apa, cuma kereta sahaja remuk sebab langgar pembahagi. Saya dan pemandu selamat," katanya.

Tian Chua, yang juga pengarah strategik PKR, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan untuk menghadiri satu ceramah di Lunas, Kedah, dan meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan lain.

Tian Chua berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu.

Monday, January 25, 2010

AMK BATU

Artikel yg. berikut telah disiarkan dalam akhbar KONSEP ERA PAKATAN (KEP) Bil.16 19 Jan. 2009 - 4 Feb. 2010 m/s 18 bersama-sama ruang Kolumnis tulisan Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin. Berikut adalah tulisan penuh tanpa suntingan editorial.

SERANGAN GEREJA – NGO TURUT BERTANGGUNGJAWAB

Oleh : ROZAN AZEN MAT RASIP

Tanggapan khalayak perhimpunan aman 8 Januari 2010 sebagai kemuncak protes serta pengakhiran terhadap konflik keputusan awal mahkamah membenarkan permohonan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia ‘Herald The Catholic Weekly’. Namun isu ini terus berlarutan tahap lebih kritikal dengan berita insiden serangan bahan letupan api berbahaya terhadap 3 buah gereja di Lembah Klang. Semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam menjelang perhimpunan.

Ketika tulisan ini dihasilkan, telah dilaporkan 12 jenayah siri serangan gereja seluruh negara dalam tempoh 7 hari (tidak termasuk sebuah kuil Sikh berusia 66 tahun terletak di Sentul, Kuala Lumpur). Terkini polis mengesahkan Gereja Katolik St. Elizabeth di Kota Kecil, Johor telah disimbah cat merah awal pagi 14 Januari. Rekod menunjukkan secara purata 2 kes berlaku setiap hari.

Vandalisme berkait agama ini dipandang serius oleh ramai disebabkan menjejaskan citra Malaysia dengan rakyat pelbagai agama-bangsa. Ianya bukti kukuh pluraliti negara majmuk kita sebenarnya rapuh dan senang tergugat. Segala usaha pembentukan identiti dan kesefahaman terutamanya pasca 13 Mei 1969, dan kini pula 1Malaysia dibawah Perdana Menteri Najib Razak layak ditanggapi hanya kosmetik dan langsung nihil konstruktif.

Ramai yang mempertikai pihak kerajaan dan PDRM yang tampak tiada petunjuk arah serta membiarkan suasana tanpa kawalan. Kenyataan media oleh Najib Razak membenarkan perhimpunan protes manakala ISA akan digunakan dalam situasi sebelum dan selepas serangan membuktikan BN sememangnya tidak menghiraukan sensitiviti masyarakat secara keseluruhan sejak isu kalimah ini tercetus.

Respon beberapa pihak yang dijangka memainkan peranan pendamai serta membantu memberi pandangan menyeluruh berbentuk akademik dalam konteks perbandingan agama sebaliknya amat pasif dan mengecewakan. Turut dikesali adalah penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk kalangan mahasiswa sebagai teraju utama perhimpunan. Disini penulis berpendapat bahawa NGO secara hakikatnya perlu diletakkan sebagai pihak yang turut bertanggungjawab dengan tercetusnya insiden ini.

Penulis tidak menolak kemungkinan NGO terlibat tersasar arah. Begitu juga dengan kumpulan mahasiswa terutama berlatarbelakangkan pendidikan Islam yang sepatutnya lebih bersikap matang dan tidak berpihak. NGO secara ideal berfungsi sebagai salah satu saluran berkecuali, bebas menyuarakan pandangan juga perlu diimbangi perspective of judgment mereka. Mahasiswa pula tidak boleh terperangkap dalam provokasi dan perlu menggelak menjadi proksi pada mana-mana parti politik dengan agenda sempit, berkepentingan terutama isu perkauman-agama. Tindakan mereka dalam menyokong perhimpunan aman dianggap sebagai terburu-buru kerana dialog dan forum interaktif boleh memainkan peranan lebih efektif mengkaji rational sensitiviti.

Termasuk dalam penilaian adalah faktor kronologi pra-insiden. Khalayak terlebih dahulu dimaklumkan beberapa hari sebelum kejadian serangan pada 6 Januari keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menangguhkan perlaksanaan keputusan judisiari yang terlebih dahulu berpihak pada ruangan Bahasa Melayu akhbar terbitan The Archbishop of Kuala Lumpur Petaling Jaya ini. Seharusnya keputusan rayuan ini diterima, dihormati kerajaan mahupun NGO Islam sebagai alternatif sementara meredakan sentimen. Kerajaan (BN) dan NGO harus memikul tanggungjawab moral dalam mengembalikan kepercayaan setelah gagal menjaga keselamatan.

Dari kacamata politikal, menarik bagi renungan adalah siri serangan gereja ini secara umumnya tidak berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang dan Kelantan. Juga agak menghairankan bagi negeri-negeri dengan kadar populasi seimbang berlainan agama dan kepercayaan, terutamanya Islam dan Kristian seperti Sabah dan Sarawak, sebaliknya memperlihatkan mood yang lebih terkawal.

Maka persepsi umum mendakwa UMNO sebagai dalang dalam usaha membangkitkan sentimen perkauman amat menyakinkan secara luaran. Jelas membuktikan masih tebal pola perkauman yang wujud dikalangan rakyat Malaysia dibawah pentadbiran BN. Juga mesej kegagalan total dasar 1Malaysia tiada upaya fungsional menarik minat rakyat yang bertambah bijak dalam penilaian politik mereka.

Penulis adalah graduan UIAM ijazah Sains Politik. Kini aktivis politik sepenuh masa dan pensyarah bebas. Diamanahkan jawatan Ketua AMK Cabang BATU dan Naib Ketua AMK WP.

Kaunter Khidmat Masyarakat






Tarikh: 24/01/10
Masa: 9.30am - 12.30pm
Tempat: Dewan Persatuan Penduduk PPR Batu Muda

Lebih kurang 300 orang penduduk PPR Batu Muda mengambil peluang keemasan untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi baru dan juga mengemaskini alamat mengundi. Parlimen Batu bekerjasama dengan SPR telah berjaya membuka kuanter pendaftaran dan terdapat juga kuanter aduan, Warga Emas, ahli PKR dan jualan barangan. Semenjak pembukaan pada pukul 9.30am, setiap kuanter dipenuhi oleh para penduduk. Kerjasama dari ahli-ahli Cabang sungguh membanggakan, antara AMK Batu yang hadir adalah Rozan, Shah, Zamri dan Khairil. Pihak Cabang Batu akan meneruskan Kuanter Khidmat Masyarakat ke kawasan-kawasan di dalam Parlimen Batu, semuanya akan diwarkan-warkan dalam blog AMK Batu. AMK Batu juga disini ingin menegaskan setiap kuanter yang kami buka, kami mengharapkan agar semua penduduk mengambil bahagian dan kesempatan kerana kami akan sentiasa membantu tidak kira apa latar belakang, bangsa, agama dan idelogi politik. Kami Komited dan Tulus dalam membantu rakyat supaya nanti rakyat akan terus diperkasakan.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Saturday, January 23, 2010


KAUNTER KHIDMAT MASYARAKAT
Tarikh : 24/01/10 (Ahad)
Masa : 10am - 12pm
Tempat : Dewan Masyarakat Persatuan Penduduk PPR Batu Muda
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Kerja-Kerja Mengedar flayer

Kerja-kerja untuk mengedar flayer sempena pembukaan Kuanter Khidmat Masyarakat di PPR Batu Muda pada hari ahad ini. AMK yang turun padang adalah Rozan, Chua, Zamri, Noor dan Khairil dan bekerjasama dengan Abang Zahar dan Abang Kamil. Tugas bermula pada pukul 9.30pm dan berakhir pada pukul 11pm. Operasi mengedar flayer dari pintu ke pintu diharap berhasil dengan kedatangan yang menggalakan sempena pembukaan kuanter tersebut, kuanter SPR juga akan dibuka oleh kakitangan SPR sendiri. Diharap penduduk sekitar PPR Batu Muda akan mengunjungi kaunter tersebut. Parlimen Batu akan membuka gerai barangan untuk mengutip dana untuk Cabang dan AMK Batu.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Monday, January 18, 2010

Dialog Penduduk Bersama YB dan Polis






Tarikh: 16 Januari 2010
Masa: 10.30am - 12.30pm
Tempat: Surau Al-Huda, Taman Intan Baiduri, Kuala Lumpur.

Seramai lebih kurang 40 penduduk telah menghadiri sesi dialog bersama YB Tian Chua dan juga wakil polis dari Balai Polis Jinjang. Terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan kesesakan lalu lintas. Segala luahan dan rungutan mereka telah diambil perhatian oleh wakil polis tersebut dan akan diambil tindakan segera. Terdapat juga masalah setempat yang berkaitan dengan DBKL, YB Tian Chua akan segera menyelesaikan masalah mereka menerusi dengan perbincangan dengan DBKL. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa surau yang sudi meminjamkan tempat sesi dialog, penduduk-penduduk yang hadir, YB Tian Chua, wakil dari Balai Polis Jinjang. Antara AMK Batu yang hadir ialah saudara Khairil, Ravi dan Zamri.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Dialog AMK Batu Bersama YB Tian Chua



Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 9.15pm - 10.30pm
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat PKR Batu 5, Jalan Ipoh, Tmn Mastiara

YB Tian Chua dapat meluangkan masa untuk berdailog dengan AMK Batu. Terdapat banyak perkara yang dibincangkan, antaranya ialah kes gigit polis melibatkan YB, Kes DSAI, isu pembakaran gereja, isu kehilangan enjin jet dan AGM PKR.

Rayuan kes YB akan didengarkan pada 29 Januari ini. Berkaitan dengan ramai pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional turun ke Parlimen Batu, YB Tian Chua tidak menjangkakan adanya Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu pada masa terdekat ini. Ini kerana, terdapat ura-ura pada tahun depan akan adanya Pilihanraya umum dan semestinya UBN tidak akan membazir wang mereka. Mengenai kes liwat DSAI akan diperdengarkan pada 25 Januari ini dan para peguam yang akan mewakili DSAI adalah YB Karpal Singh, Raja Aziz dan beberapa peguam. YB Tian Chua berpendapat ini merupakan taktik pemerintah untuk mengikat DSAI di dalam mahkamah supaya kepimpinan Pakatan Rakyat menjadi lembab dan lemah. Pemerintah akan menggunakan media pro mereka memainkan isu ini setiap masa untuk menjadikan rakyat dipengaruhi dengan kes DSAI dan menjadi bosan dengan Pakatan Rakyat. YB Tian Chua menjangkakan kemungkinan rakyat terpengaruh dengan dakyah pemerintah ataupun muak dengan cara pemerintah mengendalikan kes DSAI ini. Apa pun terjadi kepada DSAI dalam kes beliau, YB Tian Chua berharap agar semua parti di bawah Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia walaupun tanpa kepimpinan DSAI. YB Tian Chua berkata bahawa kekuatan Pakatan Rakyat terletak kepada ahli dan juga sokongan daripada ramai aktivis. YB Tian Chua berpendapat jikalau mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap kes DSAI maka DSAI akan keluar sebagai mangsa permainan politik kotor pemerintah manakala jikalau mahkamah menjatuhkan hukuman tidak bersalah, DSAI akan keluar sebagai Hero. UMNO tidak berani bermain politik secara bersemuka tetapi bermain taktik kotor menggunakan mahkamah.

Isu pembakaran gereja merupakan isu yang cukup panas pada masakini, isu ini tidak lari dari salah satu yang didialogkan dengan YB Tian Chua. YB Tian Chua berpendapat bahawa tidak akan seorang pun dari umat Islam akan menyerang gereja. Beliau juga menjangkakan serangan demi serangan keatas rumah ibadat bukan disebabkan isu Khalimah Allah tetapi mempunyai agenda yang tersembunyi. YB Tian Chua berpendapat isu ini tidak perlu sampai ke demontrasi kerana orang yang berkelayakan tentang isu ini perlu membahas antara satu sama lain. Demontrasi yang dianjurkan mengharapkan agar parti PAS akan menyertai sama agar keluar dari Pakatan Rakyat tetapi sama sekali gagal dalam objektif mereka. YB Tian Chua mendapat respon dengan beberapa pihak gereja di Sabah dan Sarawak,kelak mereka akan membantu Pakatan Rakyat menerusi gerakan politik.

Mengenai isu kehilangan enjin jet TUDM, YB Tian Chua agak pelik, bagaimana seorang pegawai bawahan boleh menghantar enjin tersebut ke luar negara dan dapat melepasi pemeriksaan kastam. Mengenai AGM PKR yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi, YB Tian Chua akan menghadiri beberapa lagi menyuarat dengan kepimpinan pusat untuk menyelesaikan beberapa lagi masalah. Majlis dialog tamat pada pukul 10.30pm kerana YB Tian akan menghadiri suatu majlis di Tanjung Malim. AMK Batu menggucapkan bebanyak terima kasih kepada YB kerana dapat meluangkan masa dalam dialog ini. AMK Batu akan membuat lebih banyak lagi dengan beberapa pemimpin dan juga aktivis.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Friday, January 15, 2010

Adakah Ada PRK di Parlimen Batu

Najib dah turun, Isa Samad dah turun, kali ini Timbalan Perdana Menteri pula turun ke Parlimen Batu. Bertempat di Bandar Baru Sentul, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin akan bermesra-mesra dengan rakyat, Mengapa di Parlimen Batu? Apa pentingnya Parlimen Batu? Jawapannya senang sahaja, kemungkinan akan adanya Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu. Semua orang 1 Malaysia tahu akan kes YB Tian Chua yang dikatakan mengigit pegawai polis dan beliau didapati bersalah. Hukuman yang beliau terima boleh mengakibatkan gugurnya status sebagai Ahli Parlimen. Pada 29 Januari ini, proses pendengaran rayuan terhadap kes YB Tian Chua, boleh jadi rayuannya ditolak hari itu juga.

Hakikatnya pada saat ini, YB Tian Chua masih lagi bergelar Ahli Parlimen Batu dan terus berkhidmat untuk penduduk-penduduk Batu. Esok, akan berlangsungnya program UBN bersama rakyat, sudah pasti ini adalah salah satu isyarat pilihanraya akan berlaku di Parlimen Batu ini. Di kediaman saya malam semalam, telah berlangsungnya mesyuarat untuk meminta bantuan mengecat flat dan bermacam-macam lagi. Saya sokong permintaan itu, kita mintalah apa sahaja kerana puak pemerintah telah menyekat dana khas untuk parlimen.

Risalah dan banner ada dimana sahaja, sekitar Parlimen Batu. Bendera di pasang, apa yang saya nampak hanyalah bendera Barisan Nasional dan UMNo, terdapat juga sehelai 2 bendera parti PPP. Di mana bendera parti Gerakan?, semua 1 Malaysia sedia maklum, kerusi Parlimen Batu diperuntukkan kepada Gerakan. Ini majlis bukan UMNO yang punya, ini majlis Barisan Nasional yang punya. Sudah tentu rakyat 1 Malaysia tahukan, siapa yang tersisih di parlimen sendiri. Persoalannya, adakah UMNO mahukan kerusi Parlimen Batu?

Peratusan pengundi di Parlimen Batu antara kaum Melayu dan Cina sama banyak, sudah pasti UMNO ingin menuntut hak mereka, tetapi adakah mudah Parti Gerakan mahu melepaskan Parlimen Batu? Ini sudah pasti menjadi petanda pergolakan akan berlaku.
Terdapat ayat biasa yang dicetak di risalah-risalah promosi mesra-mesra rakyat ini yang mungkin ingin memujuk rakyat yang sememangnya MALAS untuk bermesra dengan TPM. Ayatnya berbunyi begini " Makanan dan Minuman disediakan, begitunya dengan Pengangkutan", sampai begitu sekali, semacam Parlimen Batu ini ada di pendalaman sehingga kena ada pengangkutan.

Apa pun terjadi, kita rakyat 1 Malaysia berdoa agar rayuan kes YB Tian Chua akan diterima dan YB dapat meneruskan mandat dan amanah yang rakyat di Parlimen Batu berikan kepada beliau semasa keputusan Mac 2008 yang lalu. Lawan Tetap Lawan.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Wednesday, January 13, 2010

Lagi Serangan Rumah Ibadat







Serangan terbaru rumah ibadat semalam telah berlaku di Kuil Gurdwara Sahib yang terletak di dalam Parlimen Batu. Rumah ibadat yang berusia kira-kira 100 tahun telah dibaling sebanyak 20 batu (mengikut laporan Malaysiakini.com) dan terkena pintu kaca rumah ibadat tersebut. Pihak dari PKR Cabang Batu turun padang untuk melihat sendiri keadaan kuil tersebut, turut hadir sama ialah YB Eli dan YB William Leong. Semenjak serangan di beberapa gereja malam Jumaat lepas, beberapa serangan rumah ibadat telah berlaku di beberapa buah negeri.

AMK Batu amat berdukacita dengan apa yang telah berlaku, sehingga ke hari ini tiada lagi tangkapan walaupun ada ura-ura mengatakan telah dikenal pasti suspek. AMK Batu berharap agar pihak berkuasa supaya lebih pantas lagi menangkap pesalah agama ini supaya gejala yang tidak bertanggungjawab ini dapat dihentikan serta merta. AMK Batu juga berharap agar rakyat Malaysia yang pelbagai agama dapat bertenang, perbuatan ini hanyalah untuk memporak-perandakan antara satu sama lain. Kita tidak perlu terikut sama rentak kejahatan mereka.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Kenyataan Media Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Kenyataan Media Kelab Anwar Ibrahim (AIC)12 Januari 2010

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius akan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagaimana yang disiarkan di bawah tajuk Hishamuddin: Police Probing Further Into Church Attacks dalam akhbar The Sun edisi atas talian bertarikh 12 Januari 2010.
Ia berikutan beliau merujuk satu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara lain menyebut:"much of the blame for the attacks can be placed at the doorstep of the Umno-led Barisan Nasional government.."

Respon Hishamuddin bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak, termasuk Anwar atau dirinya sendiri, sekiranya terbukti wujud usaha untuk mengancam keselamatan negara dengan isu-isu perkauman, dilihat sebagai satu respon yang sangat mengelirukan.

AIC melihat isunya ialah kelesuan instrumen kerajaan bertindak mengekang siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat yang kelihatan semakin menggusarkan dari hari ke hari. Ini disokong dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihak polis kekurangan anggota untuk mengawal kawasan gereja daripada sebarang ancaman.

Jika dibandingkan dengan demonstrasi BERSIH dan Anti-ISA yang pernah dianjurkan dahulu, pihak berkuasa begitu proaktif di dalam menjalankan usaha-usaha pencegahan termasuklah mengerah ribuan polis untuk melakukan tangkapan rawak,sekatan jalanraya dan juga mengekang para demonstran di ibu kota dengan menggunakan gas pemedih mata. Tetapi kenapa tindakan sebegini proaktif gagal diambil dalam mengekang ancaman ke atas rumah-rumah ibadat yang jelas beroperasi dengan hak Perlembagaan sebagaimana yang dijamin melalui Artikel 11? Inilah yang patut dipersoalkan ke atas instrumen kerajaan yang bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri bawah seliaan Hishamuddin.
Apakah Hishamuddin secara terbuka mengakui bahawa Umno berdiri sebagai sebuah parti perkauman di sebalik kenyataan Anwar tersebut? Sekiranya benar, maka jelaslah ia bercanggah sama sekali dengan semangat "Umno Juara Rakyat" yang sedang dicanang di seluruh negara mutakhir ini di mana Umno ditonjolkan sebagai parti untuk rakyat pelbagai agama dan bangsa.
Isunya sama sekali bukan persoalan perkauman.Ia melangkaui sempadan perkauman di mana rakyat tercari-cari apakah inisiatif kerajaan untuk mengawal keadaan seumpama ini?
AIC juga mempersoalkan apakah kenyataan Hishamuddin itu boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menahan Anwar sekali lagi dengan menggunakan apa cara sekalipun?

AIC yakin dan percaya bahawa Hishamuddin harus memfokuskan kepada usaha untuk menghentikan segala bentuk ancaman ke atas gereja-gereja dan dalam masa yang sama menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah yang telahpun menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas sehingga ia disemak semula di peringkat Mahkamah Rayuan kelak.

Rakyat tidak mahu melihat isu ini berpanjangan lagi tanpa penyelesaian pintar.Rakyat menantikan penyelesaian, bukannya mengancam mana-mana pihak yang memberikan pandangan, yang akhirnya akan dijadikan satu 'saham' untuk menghalalkan mereka bertindak secara salah. Usah hilangkan keyakinan rakyat kepada kredibiliti instrumen kerajaan.

Muhammad Shukri Md Saad
PresidenKelab Anwar Ibrahim (AIC)

Sunday, January 10, 2010

SETIUSAHA AGUNG PKR - SAIFUDIN NASUTION DILANTIK, SALEHUDDIN HASHIM LETAK JAWATAN

SETIAUSAHA AGUNG PKR - AMK BATU UCAP TAHNIAH & TERIMA KASIH

Mewakili kepimpinan Exco & Ahli AMK BATU, kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Y.B. Saifuddin Nasution yang telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (KEADILAN) yang baru berkuatkuasa pada 1 Februari 2010 depan. YB Saifudin Nasution Ismail yang memegang jawatan Pengarah Pilihanraya Pusat, KEADILAN juga merupakan Ahli Parlimen Machang dipilih setelah mesyuarat malam tadi ( Sabtu 9 Januari 2010) bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim yang telah mengundur diri meletak jawatan melalui surat rasmi pada 7 Januari 2010 (Khamis).

AMK BATU juga ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih terhadap mantan Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat Datuk Salehuddin Hashim. Beliau yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR pada Mac 2008 lalu banyak membimbing corak kepimpinan, kematangan membuat keputusan serta corak gerakerja AMK BATU. Ini terutamanya ketika Datuk Salehuddin Hashim bertindak sebagai Ketua Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan dan sering hadir dalam mesyuarat AMK WP.

AMK BATU turut menghargai nasihat dan kata semangat ketika menghubungi beliau sejurus mendapat mengesahan berita perletakan jawatan kelmarin.

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP & AMK BATU
Ketua AMK Cabang BATU / Naib Ketua AMK WP

Saturday, January 9, 2010

KENYATAAN MEDIA-AMK BATU KECAM SERANGAN KEATAS GEREJA-GEREJA


KENYATAAN MEDIA
AMK BATU KECAM SERANGAN KEATAS GEREJA-GEREJA


AMK BATU kesal dan mengecam sekerasnya perbuatan siri serangan berasingan keatas tiga (3) buah gereja di sekitar Lembah Klang sepanjang 24 jam lalu dan menganggap insiden ini sebagai usaha terdesak biadap pihak tertentu yang sengaja menimbulkan huru-hara bagi agenda berkepentingan politik sempit.

AMK BATU turut sepakat bahawa kemungkinan perbuatan tidak bertanggungjawab melibatkan bahan api berbahaya ini sebagai desakan paksa mencabar kematangan kontrak sosial warga Malaysia berbilang agama dan bangsa. Kejadian yang tampak tiada budaya hormat ini amatlah memalukan dan bercanggah nilai dengan mana-mana agama dan kepercayaan masyarakat sivil.

AMK BATU juga melihat vandalisme tidak bermoral ini sebagai bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak berterusan gagal dalam perlaksanaan gagasan 1Malaysia. Malah sebaliknya mengesahkan pentadbiran Najib Razak adalah sebenarnya superfisial dan tiada kerangka utuh dalam membina pemikiran seterusnya membentuk masyarakat lebih berintegriti. Isu sensitif melibatkan sentimen agama dan budaya seolah-olah tidak dipedulikan dan tidak ditangani dengan kebijaksanaan.

AMK BATU mengkritik pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dilihat seakan lambat dan lemah bertindak berbanding tindakan sekuriti perhimpunan-perhimpunan tertentu yang lain. Banyak aspek kawalan yang sepatutnya boleh dipantau tidak dilakukan segera. Ini boleh dilihat apabila serangan terhadap gereja-gereja terlibat seperti dirancang dengan rapi dan amat ekstrem dalam suasana semasa yang sepatutnya tahap keselamatan lebih ketat dilaksanakan. Bagi mengembalikan keyakinan, siasatan tuntas dan kemas oleh PDRM perlu dilakukan tanpa lengah lagi. Begitu juga jaminan terhadap rumah ibadah agama Islam yang dikhuatiri menjadi 'kambing hitam' seterusnya pada perlakuan tidak rational ini perlu dipastikan.

AMK BATU bimbang sekiranya episod hitam 8 Januari 2010 ini jika tidak dikawal segera dengan langkah-langkah berkesan akan mengakibatkan kerisauan tahap serius, seterusnya mencetuskan konflik emosi dan mengundang lain-lain tindakan agresif. Ini terutamanya apabila dilihat adanya potensi menganggu kerukunan bermasyarakat dikalangan pola bilangan rakyat beragama Islam dan Kristian yang hampir sama seperti di negeri Sabah. Rakyat Malaysia tidak mahu dalang tidak bertanggungjawab terhadap gereja-gereja ini terus mencetuskan situasi yang lebih parah dan kritikal.

KEMBALIKAN MARUAH RAKYAT !

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

Friday, January 8, 2010

AMK Batu Kutuk Perbuatan Bakar Gereja


AMK Batu mengutuk sekeras-kerasnya dengan perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab membakar Bangunan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur pada malam semalam. Perbuatan yang tidak bertamadun ini patut dihentikan sebelum terjadinya apa-apa kejadian yang lebih buruk lagi. Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya. AMK Batu menyelar golongan yang cukup agresif ini, ianya bukan cara menyelesaikan masalah tetapi menambahkan masalah. Kami juga percaya perbuatan ini hanya untuk menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain. AMK Batu berharap agar rakyat Malaysia bersabar dan bertenang dalam mencari jalan penyelesaian isu yang berlaku pada masakini.

AMK Batu berharap pihak Polis mencari sesiapa sahaja yang bertanggungjawab keatas semua kejadian kebakaran ini secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih parah. AMK Batu juga percaya bahawa perbuatan membakar rumah ibadat amatlah bercanggah dengan amalan mana-mana agama. Setiap isu dan masalah ada jalan penyelesaian tetapi bukannya penyelesaian seperti ini. AMK Batu percaya kita perlu menghormati agama dan rumah ibadat, jangan timbulkan apa-apa sentimen yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Thursday, January 7, 2010

YB Nizar Kemalangan



Berita Dipetik Dari Malaysiakini.com

Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital. - Bernama

Kami di AMK Batu berdoa agar YB akan sembuh seperti biasa dan dapat berkhidmat kembali untuk rakyat. Foto di ambil dari blog PerakEkxpress.com

[AMK Malaysia] KENYATAAN MEDIA: Penjelasan Mengenai Isu Kalimah "Allah"

PENJELASAN MENGENAI ISU KALIMAH “ALLAH"

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.
Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.
Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:
"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).


Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.
Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).


Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).
Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
05 Januari 2010



USE OF WORD “ALLAH”

We refer to our previous statement dated 22 November 2009 pertaining to the above matter. Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA), Parti KeADILan Rakyat once again would like to affirm our view on the issue.
It is our view that the wish of the non-Muslims to call their God as “Allah” is a positive turn of events and should respectably be recognized. There is no necessity for any factions in the society to take advantage of the current circumstances and turn the dispute into a narrow political propaganda to show off as if they are really the champion and guardian of Islam in this country.
Certainly, we view this phenomenon as a manifestation of the inherent human nature to reckon that this universe is undoubtedly the creation of Allah.
If indeed thou ask them who it is that created the heavens and the earth, they would be sure to say: "Allah." … (Az Zumar 39:38)


It is without doubt that to worship and glorify Allah as the God is a fundamental right of every person. This is parallel to the provision of the Federal Constitution, Article 3(1) which guarantee the status of Islam as the Official Religion of the Federation while at the same time concede that other religions may be practiced in peace and harmony. Unmistakably, it is also consistent with the recently affirmed Declaration of Understanding of the Pakatan Rakyat.
Additionally, we are of the opinion that the strive to advocate virtues and prevent misdeed (amar makruf nahi mungkar) will be eased. Allah says:
Say: "O people of the Book! come to common terms as between us and you: that we worship none but Allah; that we associate no partners with Him; that we erect not from among ourselves Lords and patrons other than Allah." If then they turn back, say: ye! "Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah's will)." (Ali Imran 3:64)


Therefore, to maintain harmony and peace it is crucial for all parties to resolve the conflict by encouraging the culture of interfaith discourse with the highest level of maturity and wisdom. Allah commands:
Invite (all) to the way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth, best who have strayed from His Path, and who receive guidance. (An Nahl 16:125)
And dispute ye not with the People of the Book, except with means better (than mere disputation) unless it be with those of them who inflict wrong (and injury): but say "We believe in the Revelation which has come down to us and in that which came down to you; Our God and your God is one; and it is to Him we bow (in Islam)." (Al Ankaboot 29:46)

PROF DR MUHD NUR MANUTY
Chairman of Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
05 January 2010

Wednesday, January 6, 2010

HEBAHAN MEDIA AMK; DSAI failkan afidavit berkaitan tuntutan Qazaf

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, 7hb Januari 2010, hari Khamis, jam 10 pagi untuk menghantar affidavitserta menandatangani wakalah berhubung tuntutan qazaf yang sengajaditangguhkan itu.

Responden bagi tuntutan ini ialah:

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN, KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUANdinamakan di atas yang mempunyai alamat di Jabatan Agama Islam WilayahPersekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur.

2. DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAMWILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) dinamakan di atas yang mempunyai alamat diJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, JalanPerdana, 50676 Kuala Lumpur.
3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI dinamakan di atas yang mempunyai alamat diAras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62159 W.P. Putrajaya,Malaysia.
Antara tuntutan tersebut:

1. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawahSeksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Pertama supayamenggunakan kuasanya yang diberi di bawah Seksyen 58(2) AktaPentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan kerana kesalahan Qazafdi bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau Hukum Syarakdalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Perintah Mahkamah

2. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya dibawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Kedua dan RespondenKetiga supaya menunaikan amanah dan melaksanakan kewajipan mereka dibawah undang-undang dan Hukum Syarak.
Semua warganegara Malaysia KECUALI kakitangan Utusan Malaysia adalah dijemput memberikan sokongan

Biro Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Pusat

Monday, January 4, 2010

Dialog Sdr Shamsul Iskandar bersama AMK Batu







Satu sesi dialog AMK Batu bersama ketua AMK Malaysia, Sdr Shamul Iskandar Mat Akin telah berjalan dengan lancar pada 4/1/10 (Isnin) bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu, Jalan Sentul Kuala Lumpur. Dialog bermula pada jam 10.15 malam sejurus selepas tamatnya mesyuarat mingguan rasmi AMK Batu. Intipati dialog banyak berkisar tentang halatuju parti dan kempen 'Keadilan Untuk Anwar'.