Sunday, November 30, 2008

Naib Ketua AMK Batu Dimasukkan Ke Hospital Kuala Lumpur

Sharizal ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Bahagian Batu tempohari.


Dalam kesibukan dan kemeriahan kita menjalani Kongres Keadilan Nasional, AMK Batu menerima suatu berita kurang menyenangkan. Berita tersebut ialah Naib Ketua 3, AMK Batu iaitu Saudara Norsharizal telah dimasukkan ke wad akibat dari penyakit buah pinggang yang dihidapi beliau. Beliau dimasukkan ke wad separa kritikal, Hospital Kuala Lumpur pada jam 6.30petang tadi.

Sehingga kini, AMK Batu masih lagi memantau keadaan kesihatan beliau dan bersedia memberikan sebarang sumbangan yang diperlukan. Untuk makluman juga, Shahrizal baru sahaja menimang cahaya mata sulung beliau pada 2 minggu yang lalu dan isteri beliau didalam pantang berada di Negeri Sembilan.

Sharizal juga merupakan Sekretariat Kongres Keadilan Nasional yang sedang berlangsung kini.
Bagi sesiapa yang berhajat untuk memberi bantuan, sila hubungi 014 - 3308383 (En Hassan).

Saturday, November 29, 2008

10,000 di Stadium Melawati

Kongres : 10 Ribu Penuhi Stadium, Presiden SAPP turut hadir

SHAH ALAM, 29 NOVEMBER (SK) - KIRA-KIRA 10,000 Perwakilan, pemerhati dan hadirin memenuhi Stadium Melawati bagi kongres tahunan KeADILan kali kelima.

Selain itu, turut diringi Ketua Umum Anwar Ibrahim masuk kedewan ialah Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Ibrahim.

Turut hadir kemajlis ini ialah Penasihat Kanan DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Naib Presiden PAS Husam Musa.

Majlis sambutan dimulakan dengan persembahan pelbagai etnik serta nyanyian lagu negaraku dan lagu parti, arus perjuangan.

Sebelum ucapan Presiden Dr Wan Azizah Ismail, hadirin disiarkan dengan satu video menyentuh hati yang merakamkan dokumentari Presiden.

Jumpe Mung Di Nung

Anwar Azidin



Calon-calon parlimen K.Terengganu 8 Mac lalu, dari kiri Maimun Yusof 89 (Bebas), Md Sabu (PAS) dan Allahyarham Razali Ismail (BN)



Seluruh negara akan bertumpu di Kuala Terengganu tidak lama lagi


Berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Razali Ismail pada jam 6.30 petang semalam akibat dari serangan jantung ketika sedang bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands, fokus dan persiapan kini terarah di Parlimen Kuala Terengganu. Ketika di Kongres Angkatan Muda Keadilan Malaysia semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mat Akin sempat membuat pengumuman semasa ucapan penggulungan mengenai kesediaan AMK untuk membantu jentera pilihanraya tidak kira parti mana yang akan bertanding menentang Barisan Nasional.

Secara peribadinya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Allahyarham ke Ramatullah. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648. Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Timbalan menteri mati mengejut

Malaysiakini


Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.

razali ismailDalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Hisham: Satu kehilangan

Sementara itu, Bernama juga melaporkan, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan.

"Dia tidak ada acara spesifik di situ tetapi dia datang untuk berekreasi," katanya.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika dihubungi pula berkata, kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.

"Terlalu sedih...Ia satu kehilangan besar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.

Biodata

Menurut laman web rasmi Umno Terengganu, allahyarham dilahirkan di Hulu Terengganu pada 25 Jun 1949.

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.

Memulakan kerjaya sebagai guru, allahyarham juga pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia.

Menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.

Isterinya merupakan surirumah sepenuh masa, namun sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan kerajaan dan tempat terakhir beliau bertugas adalah di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Allahyarham bersama Nooraini dikurniakan lima orang anak yang kesemuanya lelaki.

Anak sulung mereka, Muhammad Nurazli kini merupakan pengurus di bawah Sime Darby Berhad. Anak kedua, Asrul Shah pula pegawai tadbir dan diplomatik yang berkhidmat sebagai penolong pengarah di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara tiga lagi anak mereka masih menuntut.

PKR janji kembalikan kekebalan raja

Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi diraja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres parti itu hari ini.

Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata:

"Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa."

Rabu lepas, Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar bertitah supaya kekebalan daripada tindakan undang-undang dikembalikan kepada kerabat diraja bagi membantu mereka berfungsi dengan berkesan sebagai pelindung Perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagaimanapun berkata, perkara itu bukan penting untuk dibincangkan oleh jemaah menteri kerana ia tidak dibangkitkan atau dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Menjelaskan maksudnya dalam sidang media selepas ucapannya, Dr Wan Azizah berkata beliau bermaksud untuk mengembalikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang atau pindaan seperti sebelum pindaan Perlembagaan pada 1983.

Pindaan itu, seperti diamalkan sekarang, memberikan tempoh selama 30 hari kepada Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang dan jika baginda tidak memperkenan, secara automatik rang tersebut diluluskan.

Dalam ucapannya juga, tidak seperti dijangkakan, projek 16 September - peralihan kuasa kerajaan persekutuan yang diusahakan Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak disentuh dalam ucapan Dr Wan Azizah.

Dalam ucapan bertemakan "Harapan Baru", beliau hanya berkata "kita hanya setapak lagi untuk membentuk kerajaan baru."

pkr national congress 291108 wan azizahSemalam, sewaktu merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda parti itu, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjangkakan isu pertukaran kerajaan akan disentuh oleh Dr Wan Azizah dan Anwar.

Presiden PKR sebaliknya mengkritik pelan peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Mac ini.

Isteri Anwar berkata, pelan peralihan itu hanya "membawa kepada sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara.

"Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan, peralihan ini akan membawa kepada sebuah pentadbiran yang lebih mirip pentadbiran regim lama - meluasnya penggunaan ISA dan rasuah.

"Di mana bawah pentadbiran lamalah berlaku kemusnahan dahsyat kepada kebanyakan institusi pentadbiran dalam negara," katanya di kongres tahunan kelima PKR di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini.

Berhubung kebajikan pekerja, Wan Aizah berkata, pengenalan gaji minimum RM1,000 sebulan akan dilaksanakan di negeri tuan rumah kongres itu, Selangor dalam tempoh terdekat.

pkr national congress 291108 pkr leadersBeberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang turut hadir termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh, tokoh-tokoh utama parti Lim Kit Siang dan Teresa Kok, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan setiausaha agungnya Datuk Kamaruddin Jaafar.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Li turut hadir.

Dewan persidangan di stadium tertutup itu hampir penuh, antaranya dengan hampir 2,000 perwakilan dan 1,200 pemerhati rasmi. Beberapa ratus penyokong turut hadir.

Wakil AMK: Mawi tampal poster PKR

Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)


Seorang perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa penyanyi popular Asmawi Ani, atau lebih dikenali sebagai Mawi, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Pembahas dari Johor, Zabidie Abas berkata, bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di negerinya.

mawi concert 1 in kota bharu 041005 singing"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat'.

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya, disambut tepukan gemuruh daripada hampir 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Pembahas pertama itu yang tampil di pentas petang ini menyarankan PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Ditemui pemberita selepas pembentangannya, beliau berkata Mawi pernah bergiat bersama PKR dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Bagaimanapun, katanya, senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini tidak menyebutkan nama Mawi.

Cerita mengenai Mawi itu turut menarik perhatian seorang lagi perwakilan pembahas yang turut menyentuh perkara itu apabil tiba gilirannya naik ke pentas.

Memulakan perbahasannya, perwakilan daripada Pahang, Nizal Jamin secara berseloroh berkata: "Kita di Pahang kalah sikit daripada Johor. Di Kuala Lipis, Siti Nurhaliza belum gantung poster kita lagi."

Pakatan cuai bersihkan anasir BN

Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri dengan tanpa banyak alasan segera "membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN".

"AMK dengan ini memberikan peringatan kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh," kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

shamsul pkr youth congress"Kita tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit hanya semata-mata untuk terus membolot peluang, tanpa menghayati falsafah perjuangan kita, tanpa menunjukkan komitmen untuk menghayati prinsip-prinsip perjuangan yang kita dukung."

Shamsul Iskandar mengkritik kerajaan gabungan PKR, DAP dan PAS yang didakwanya "cuai melaksanakan janji" untuk membuat pembersihan dalam pentadbiran "sehingga ke akar".

"Sekarang rakyat telah memilih kita. Rakyat mahu kita melakukan perubahan. Salah satu perubahan yang telah kita janjikan ialah untuk membersihkan kerajaan daripada kebobrokan Umno-BN.

"Kenapa setelah rakyat memberikan kita amanah, kita cuai untuk melaksanakan janji ini?" katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketua angkatan muda PKR dalam kongres tahun pergerakan itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Berhubung perkara itu, beliau menambah, kebergantungan kerajaan Pakatan terhadap birokrasi kerajaan dan jentera BN hari ini "menjadi lelucon dan sesuatu yang malang".

"Pergantungan kepada birokrasi semata-mata, atau lebih malang kepada aparat-aparat BN, sudah tentu tidak memadai. Sudah barang tentu menjadi lelucon untuk kita terus membiarkan anasir-anasir BN berleluasa dan mengakar di dalam kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan.

pkr congress youth 280208"Selama ini kita mengkritik mereka sebagai (pengamal) rasuah, khianat kepada amanah rakyat dan sebagainya.

"Kita mengambil risiko, bermati-matian menentang mereka di dalam pilihanraya kerana kita mahu menggantikan mereka dengan pemimpin yang berintegriti di semua peringkat," kata Shamsul Iskandar di depan hampir 600 perwakilan AMK.

Beliau turut mempersoalkan ahli-ahli parti itu yang diketepikan dalam jentera kerajaan negeri Pakatan dengan "alasan bukan-bukan", termasuk tiada pengalaman.

"Pemimpin-pemimpin utama PKR terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan yang sangat cemerlang. Profesor dan pakar di dalam pelbagai bidang.

"Kenapa sehingga ke hari ini mereka masih tidak diangkat memainkan peranan utama memberi sumbangan dalam perencanaan dan operasi kerajaan-kerajaan negeri?" katanya.

Dengan nada amaran, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya terdapat pemimpin kerajaan Pakatan yang teragak-agak, takut kepada risiko dan perubahan, pergerakan itu tiada pilihan selain menggantikan pemimpin itu.

"Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan.

"Kerajaan mesti dipimpin, bukan semata-mata diurus," katanya.

Beliau dalam ucapannya itu bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin yang dimaksudkannya itu.

pkr congress youth openingDalam sidang akhbar selepas ucapannya itu, Shamsul Iskandar menjelaskan, penyertaan AMK dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri dibuat Pakatan dapat menilai semula keberkesanan masing-masing selepas lapan bulan memerintah sejak Mac lalu.

Beliau menafikan tuntutannya itu difokuskan kepada peluang perniagaan semata-mata.

"Peluang itu saya buat (gariskan secara) umum. Bukan sekadar peluang perniagaan, (tetapi juga) peluang dalam struktur kerajaan negeri, (dan) peluang dalam institusi-institusi pendidikan.

"Peluang dalam perniagaan itu, apa masalahnya kalau ada keuntungannya kepada rakyat. Yang kita tolak, perniagaan yang ada (unsur) rasuah, penyelewengan dan korup," katanya.

Ketua AMK itu menafikan pergerakannya terpinggir dalam kerajaan-kerajaan negeri Pakatan.

"Tidak, (desakan) itu hanya penegasan AMK. Saya tidak berasa terpinggir," katanya.

"Apabila perubahan dilakukan, kita tidak boleh mengelak. Mereka (rakyat) telah memilih kita (dalam pilihanraya umum lalu). Takkan kita hendak katakan tidak boleh buat, tidak ada pengalaman. Kita kena lakukan sesuatu."

Thursday, November 27, 2008

Kenyataan Media AMK : Memimpin Harapan Rakyat.


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

25 November 2008

Memimpin Harapan Rakyat

Tanggal 28 November 2008 depan akan menyaksikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dianjurkan buat tahun yang kesembilan selepas ledakan era reformasi tahun 1998.

Kongres kali ini mengangkat tema "Memimpin Harapan Rakyat", sebagai kesinambungan tema Kongres Tahunan AMK 2007 yang mengangkat tema "Daripada Harapan Kepada Kemenangan". Ianya bersesuaian dengan sentimen rakyat Malaysia khususnya pasca Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lepas.

Ini sejajar dengan tema Kongres Tahunan KeADILan iaitu "Harapan Baru", yang memperlihatkan usaha untuk menterjemahkan kuasa rakyat ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih adil dan demokratik.

Pastinya Kongres Nasional Tahunan AMK kali ini menarik perhatian seluruh warga parti dan rakyat amnya, dalam keadaan rakyat Malaysia khususnya generasi muda telah memperlihatkan keberanian untuk berubah dengan menyatakan sokongan terbuka kepada keADILan dan Pakatan Rakyat.

AMK melihat Kongres Nasional Tahunan kali ini sebagai fasa pemerkasaan parti, dalam keadaan prestasi keADILan dan Pakatan Rakyat melalui 81 ahli Parlimen dan kepimpinan lima buah negeri sedang dinilai oleh rakyat.

Ruang perbahasan Kongres Nasional Tahunan akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengupas beberapa isu seperti pemantapan organisasi serta pengukuhan institusi politik yang lebih bersifat mesra rakyat. Beberapa isu penting seperti isu ekonomi, pemerkasaan belia dan pendidikan juga dilihat bakal menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati untuk dibahaskan secara terbuka, kritis dan membina.

Melalui jumlah perwakilan dan pemerhati mencecah 1500 dari seluruh Malaysia, Kongres Tahunan kali ini adalah diharapkan akan mencorakkan gerak kerja AMK khususnya di dalam menjadi barisan hadapan KeADILan untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah pembentukan Malaysia yang lebih baik.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, November 20, 2008

DIALOG BERSAMA RAKYAT

DIALOG BERSAMA RAKYAT




Tarikh :


20 NOVEMBER 2008



MASA :


9 MALAM



TEMPAT :


DEWAN ORANG RAMAI
TAMAN DATO SENU
KUALA LUMPUR



AHLI PANEL :


YB TIAN CHUA (AHLI PARLIMEN BATU)
YB SAIFUDDIN NASUTION (AHLI PARLIMEN MACHANG)


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR!

Wednesday, November 19, 2008

Kongres KeADILan, pimpinan sedia jawab isu 16 September - Tian Chua

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Nov 19, 08 | 10:48:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan perwakilan pada Kongres Tahunan parti itu bermula 28 hingga 30 November ini.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata antara yang dijangka akan menjadi topik hangat yang bakal disebut perwakilan ialah isu peralihan kerajaan 16 September.

Beliau yang ditemui di Lobi Parlimen baru-baru ini mengakui persoalan itu sudah mula timbul di kalangan perwakilan dan ia dibincangkan mutakhir ini.

"Kita pimpinan akan sedia menjawab persoalan ini, dan kita yakin kongres kali ini akan menjadi wadah untuk kita menerangkan kepada ahli dan perwakilan berhubung hal 16 September," katanya.

Mengulas lanjut beliau menyatakan, secara teknikalnya peralihan memang tidak berlaku pada 16 September tetapi pihak pimpinan akan terus mengusahakan satu pembaharuan kerajaan yang diimpikan.

"Tarikhnya tidak ditetapkan tetapi usaha ke arah itu sedang dibuat oleh pimpinan kita dan Pakatan Rakyat, kita yakin ahli dan penyokong masih terus mengharapkan perubahan ini dipimpin oleh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, Tian Chua turut memaklumkan Kongres KeADILan yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam ini bakal menjadi medan kepada perwakilan dan parti untuk bermuhasabah diri.

Kongres pastinya akan membincangkan pencapaian parti pada pilihan raya umum ke-12, kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan isu-isu dalaman parti, katanya.

Selain itu, beliau turut menjangkakan isu pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor yang diketuai oleh KeADILan akan dibincangkan sama.

Isu ekonomi, rasuah dan isu pentadbiran negara antara topik yang akan menghiasi perbahasan perwakilan, katanya.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu turut menyatakan kongres kali ini akan mendapat sambutan hangat atau luar jangka di kalangan ahli dan penyokong.

Beliau menyatakan, pihak parti akan menjemput pemerhati dan memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pandangan kepada parti.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula berkata, di pihak pemuda parti itu persiapan perhimpunan telah dibuat sebaik mungkin.

"Saya yakin ini merupakan perhimpunan bersejarah dan penuh bermakna buat warga AMK memandangkan ianya merupakan perhimpunan besar yang pertama selepas KeADILan dan Pakatan Rakyat memenangi lima buah negeri.

"Perbincangan di kalangan Exco AMK baru-baru ini memutuskan untuk mengangkat tema : Memimpin Harapan Rakyat sebagai tema utama kongres kali ini," katanya.

Tahun 2007, AMK mengemukakan tema 'Daripada Harapan Kepada Kemenangan' yang terbukti bahawa akhirnya dalam kempen pilihan raya yang lalu, tema Harapan Baru Malaysia dijulang sebagai tema yang telah menafikan majoriti 2/3 BN, katanya.

Sekarang, setelah 10 tahun laungan dan pekikan reformasi, rakyat telah memberikan kepercayaan dan amanah kepada Keadilan untuk mentadbir, katanya.

Beliau yakin, harapan rakyat memang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin perubahan ini.

"Justeru, biarlah AMK mempelopori usaha ini dengan mengajak para perwakilan dan pemerhati untuk bangkit dengan semangat yang lebih segar selepas kongres ini dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya memimpin harapan umat," katanya.

Tambahnya, Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.

"Kongres Nasional tahun ini telah diberikan tema "Harapan Baru" atas kesedaran ada perlunya untuk mentransformasikan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihan raya umum lepas kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

"Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya,"jelasnya lagi.

Menurutnya, kedua-dua sayap penting parti yakni Angkatan Muda dan Wanita pula akan mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.

Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati,katanya.

"Selepas perasmian, AMK akan terus bersidang di Stadium Melawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,"katanya.

Shamsul menjangkakan, sekitar 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan hadir ke Kongres Nasional tahun ini yang akan dimeriahkan lagi dengan "Karnival Rakyat".

"Orang awam dijemput untuk mengunjungi "Karnival Rakyat" yang terbuka sepanjang kongres bersidang dan mendengar pidato umum pimpinan parti khususnya Anwar pada malam 29 November di Stadium Malawati,"tegasnya. - mks. _

Friday, November 14, 2008

Apabila PDRM sendiri tidak menghormati “lagu Negaraku”

Amin Iskandar








Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar adalah pembohong dan penipu besar apabila mengatakan polis tidak menyuraikan peserta perhimpunan ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku. Lihat sendiri video diatas.

Tahun lalu apabila seorang pelajar Malaysia di Taiwan mempermainkan lagu Negaraku apabila mencipta lagu Negarakuku, semua pihak marah terutamanya dari United Malay National Organization (UMNO).

Dalam video ini jelas menunjukkan bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menghormati lagu Negaraku apabila memukul dan mengganasi peserta perhimpunan yang sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Inilah Malaysia. Negara yang membenarkan polis mengkhianati lagu Negaraku dan mengganasi rakyatnya yang sedang menyanyikan lagu kebangsaan. Jika dinegara lain, sudah pasti Khalid Abu Bakar akan dipecat dengan serta merta.

Tetapi jangan terperanjat di Malaysia beliau tidak mustahil akan dilantik menjadi Ketua Polis Negara sepertimana Malaysia melantik penjenayah dan pembunuh Tragedi Memali sebagai pengerusi pertama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Monday, November 10, 2008

Pengumuman : Laman Web AMK Malaysia Digodam.

PENGUMUMAN

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA LAMAN INI (www.angkatanmuda.org) TELAH DIGODAM. SEMUA POSTING YANG TERBARU TELAH DIPADAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB. KAMI KINI SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI. SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.

Sekretariat Penerangan
AMK Malaysia
(penerangan@angkatanmuda.org)

24 ditahan di Ulangtahun BERSIH

24 orang ditahan di Sambutan Ulangtahun Himpunan BERSIH malam tadi dan dibawa ke IPD Petaling Jaya. Mereka dibebaskan jam 7 pagi tadi.


Friday, November 7, 2008

Ulangtahun Himpunan BERSIH

KEMBALIKAN HAK RAKYAT!

ULANG TAHUN HIMPUNAN BERSIH


Date:

9 Nov 2008 (Sunday)


Time:

9.00 pm


Venue:

AmCorp Mall Open Field , Petaling Jaya (LRT Taman Jaya)


With Leaders from Political Parties & NGO


Wear Yellow

Bring Candles

Susulan Pembebasan Raja Petra Dari ISA , Syed Hamid Albar Dituntut Letak Jawatan

Kuala Lumpur , 07 November 2008 : Status Menteri Dalam Negeri , Dato' Seri Syed Hamid Albar menjadi pertanyaan dari rakyat Malaysia disebalik keputusan hakim mahkamah tinggi Shah Alam membebaskan Raja Petra dari tahanan ISA hari ini.

Rakyat mempersoalkan rasional arahan dan persetujuan beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam membenarkan penahanan Raja Petra dibawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam , Syed Ahmad Helmy dalam penghakimannya berkata alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menahan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) ISA adalah tidak termasuk dalam kes ini.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun.

Barisan peguam yang mewakili Raja Petra ialah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah manakala peguam pihak pendawaan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad.

Syed Hamid Albar dituntut untuk meletak jawatan diatas kecuaiannya dalam mengendalikan penahanan ISA ini. Sebagai menteri , kecuaian dan kegagalan beliau untuk bertindak mengikut undang undang amat mendukacitakan.

PRESS STATEMENT - Release of Raja Petra Kamaruddin

---PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE –-
KUALA LUMPUR, MALAYSIA; 7 NOVEMBER 2008

The release of Raja Petra Kamaruddin from ISA detention is a victory for the people of Malaysia. In its ruling against the Home Ministry, the High Court of Shah Alam has exposed yet another crack in the steadily eroding wall of justification surrounding the ISA.

I commend the courts which have come to the rescue, as they must do, when citizens are rendered helpless before arbitrary authority and its inclination to the abuse of power. It is through the judge’s commitment to justice that Raja Petra will once again experience the freedom that is the birthright of all Malaysians.

This episode underscores the fact that the government of the day is unfit to lead. By the sheer arrogance of its perceived grip on power, it has failed to recognise and respond to the Malaysian people’s desire for democracy, freedom and adherence to the rule of law.

Those BN leaders and particularly cabinet members who expressed staunch support of the ISA should feel remorse
over the hardship that has been foisted upon Raja Petra, his family and the many others still detained without hopes of trial.

To those members of Parliament who have been silent in response to Pakatan Rakyat’s efforts to initiate a debate on abolishing the ISA, I urge you to reconsider your position. The Court's decision today offers a new opportunity to work together to rid Malaysia of this unjust law once and for all.

Many others still languish in prison under the draconian ISA, including members of Hindraf and individuals allegedly involved with radical groups such as Jemaa Islamiyah. They all deserve the right of judicial review.
I reiterate my call for their immediate release and that any credible charges against them should be made in a court of law.

ANWAR IBRAHIM

Raja Petra Kamaruddin bebas!

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari ini telah memutuskan bahawa penahanan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) sejak 23 September lalu adalah tidak sah.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus turut memerintahkan supaya RPK dibebaskan serta-merta sebelum menjelang 4 petang hari ini.

RPK dibawa dari Kem Kamunting menjelang tengah hari kehadapan hakim kira-kira jam 3.15 petang dan dibebaskan lima minit kemudian.

Mengulas lanjut pembebasan itu, Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip mengucapkan syabas kepada semua pihak yang berjuang mendesak RPK dibebaskan. Ini kerana, penahanan RPK yang begitu lantang membongkarkan kes Altantuya disifatkan sebagai tahanan politik.

"Sekiranya beliau bersalah, dakwa di mahkamah dan bukannya menahan tanpa bicara" kata Rozan. Tambah beliau lagi, walaupun RPK telah dibebaskan dari ISA, namun perjuangan perlu diteruskan sehinggalah ISA ini dimansuhkan dan kesemua tahanan akta zalim ini dibebaskan. Kasihanilah keluarga tahanan yang lain.

Judi

Judi.
Berjudi dan memperjudi.
Berdosa dan berbahaya.
Pemimpin berjudi tentang negara dan rakyat.
Rakyat memperjudikan nasib melalui pemimpin.
Baik pemimpin, maka harmonilah perjudian itu.
Buruk pemimpin, maka jatuh terduduklah dalam perjudian.

Jika Pak Lah dan Najib berjudikan negara dan rakyat,
kesannya hanya untuk rakyat.
Jika rakyat memperjudikan nasib melalui pemimpin,
kesannya juga hanya untuk rakyat.
Mereka tetap bergembira.
Tiada pendakwaan. Tak perlu berpenat lelah ke mahkamah.
Cukuplah dengan hanya SMS yang 5 sen itu.
Selesai.

Bagaimana rakyat jelata?
Sanggup berjudi, memperjudi dan diperjudikan?
Entah pukauan apa yang diperjudikan.
Judi kain batik dan beras sekilogram.
Rakyat memperjudi nasib seterusnya.
Terus menerus.
Sehinggalah kita memperjudikan pemimpin yang tak berjudi.


MK Anwar
Jalan Sentul
7 November 2008
5ptg

Thursday, November 6, 2008

Terima Kasih Dengan Aduan Penduduk Parlimen Batu

Saya mewakili Ketua Angkatan Muda Keadilan Batu, Rozan Azen Mat Rasip dan Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk di kawasan Batu yang sudi mengajukan masalah mereka untuk perhatian YB Tian Chua. Antara masalah yang telahpun diketengahkan kepada YB Tian Chua ialah masalah ketiadaan pondok menunggu bas di PPR Kg. Batu Muda, masalah parking di Flat Sri Kelantan, Sentul, masalah klinik kesihatan di Jalan Haji Salleh dan beberapa masalah lagi yang diadukan melalui emel amkbatu@gmail.com.

Kesemua masalah ini, telahpun mendapat perhatian YB Tian Chua dan beliau komited dan prihatin dengan apa yang diadukan. Oleh yang demikian, beliau telahpun memberi jawapan melalui emel yang dihantar.

Sehubungan dengan itu, tuan - tuan dan puan - puan digesa untuk memanfaatkan segala teknologi yang ada dalam menyalurkan masalah berkenaan kepada Ahli Parlimen Batu.

Saya juga menyeru kepada semua penduduk Parlimen Batu untuk terus menjadi mata dan telinga Ahli Parlimen dalam mengadukan sebarang masalah yang berlaku. Ini juga bertujuan agar keharmonian penduduk Parlimen Batu dapat dipelihara.

Yang benar,

M Khairul Anwar Bin Mat Azidin
Naib Ketua 2,
AMK Batu

merangkap,

Penyelaras;
amkbatu@gmail.com
amkbatu.blogspot.com

Pembelian Eurocopter 'Bersih': PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

4 November 2008

Pembelian Eurocopter 'Bersih': PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.

Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.

AMK juga kesal apabila PAC sekadar 'kurang senang' dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.

AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya 'cantik dipandang dan sedap didengar'.

Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan 'disenyapkan' oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?

AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.

Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Saturday, November 1, 2008

What makes Najib think he is widely accepted as the next PM?


In my short stint as a political blogger I was always aware of the dark and sly Najib Razak, the country's no.2 and a premier aspirant. His sinister maneuverings behind Pak Lah's impending ouster as the PM confirms my theory that this is one very opportunistic SOB.

With Malaysia ailing, the Rakyat suffering, the people have spoken loud and clear and gave BN the biggest electoral whooping in the history of this proud country. Pak Lah took the brunt and the blame. His impending resignation is testament to this. Although it was a concerted efffort, he took it like a man and took responsibility for it.

But one question remain, why is Najib replacing him? is he not equally responsible for the failed economic policies of BN and UMNO? is he not also culpable for the mass exodus of support form the Chinese and Indian Malaysians?

To me, Najib is the second-in-command of the same ship. He stood by Pak Lah even to the extent of bashing Mahathir in defence of the Penangite. He gave all his support to Pak Lah and in no small degree either! He vehemently supported him and warned others not to break his 'alliance' with him.

As Pak Lah's XO and guilty of consortium shouldn't he give way to another person? A person who has consistently opposed and spoken out against Pak Lah and his failed policies? The collective responsibility notion applies here and he need not parade around thinking that he has the majority confidence. Believe me, come the next General Elections or even sooner, the next Prime Minister will be Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Razak Baginda bebas, bagaimana keyakinan rakyat pada sistem kehakiman?

KUALA LUMPUR, 31 OKTOBER (SK) - Walaupun Razak Baginda dibebaskan namun kes ini harus dilihat bagaimana penghakiman ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Ketika dihubungi Suara Keadilan Online, Yusmadi berkata, terdapat beberapa kecurigaan yang berlaku sepanjang kes ini berlaku yang menjadi persoalan kepada rakyat negara ini.

“SAYA Berpendapat bahawa keputusan tersebut patut dihormati, tapi pada masa yang sama sejauh mana keputusan ini boleh memberi keyakinan rakyat kepada sistem jenayah dan sistem keadilan negara yang setakat ini dikritik hebat,” katanya.

Pagi ini Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Mohd Zaki Md Yasin membebaskan tertuduh ketiga kes pembunuhan berprofil tinggi, Abdul Razak Baginda degan alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap penganalisis politik berkenaan.

Mengulas mengenai keputusan bekenaan, bapa kepada mangsa bunuh, Dr Setev Shariibuu berkata beliau amat kecewa dengan keputusan mahkamah berkenaan yang bebaskan Razak.

Tambah Yusmadi yang juga peguam hak asasi, sesuatu penghakiman yang diputusan makamah mesti mempunyai nilai kepentingan awam, yang bermaksud pihak awak mampu melihat satu proses keadilan yang adil kepada kedua-dua pihak samaada tertuduh dan yang mendakwa.

“Saya rasa ini merupakan satu isu yang besar dan perlu dilihat oleh pemerintah dan pihak-pihak berwajib supaya keputusan mahkamah yang diputuskan dinegara tidak dijadikan bahan ketawa apatah lagi tidak dapat pengiktirafan oleh rakyat dan masyarakt global,” katanya lagi.

Selain Razak yang dibebaskan, tertuduh pertama dan kedua, Azilah Hadri dan Sirul Azhar dikehendaki membela diri, hakim mengumumkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi mereka.

Mereka bertiga didakwa kerana membunuh seorang warga Mongolia, Altantuya Shariibuu. Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam dan dipercayai diletupkan pada 19 Oktober 2006

Cadangan Caj Kenderaan Masuk Ke KL: Kerajaan Tambah Beban Wargakota

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membantah keras cadangan kerajaan untuk mengenakan caj bagi kenderaan yang memasuki bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang dikemukakan oleh Menteri wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

AMK tidak melihat perlaksanaan cadangan ini adalah rasional dan relevan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang sering membungkam pengguna jalanraya untuk masuk ke pusat bandar.

Caj ini akan menambah beban yang tinggi khusus pekerja yang membeli rumah di luar Kuala Lumpur yang kebanyakkannya menetap di Puncak Alam, Rawang, Sg Buloh, Bangi, Kajang & Seremban.

Tindakan ini juga akan menyebabkan lumpuhnya penjualan rumah di luar Kuala Lumpur kerana pekerja tidak mampu menanggung kos kenaikan penggunaan kereta di samping panggangkutan awam yang tidak sampai ke kawasan mereka & bayaran tambang yang dikenakan agak tinggi.

Kerajaan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, harus peka bahawa masalah timbul akibat daripada sistem jalanraya yang tidak sesuai, dalam keadaan bandaraya besar seharusnya melaksanakan sistem jalanraya sehala untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.

Sistem yang digunapakai sekarang iaitu sistem dua hala adalah tidak sesuai sama sekali dalam keadaan kadar penggunaan kenderaan baru semakin meningkat dari hari ke hari.

Caj ini akan menambah beban yang tinggi khusus pekerja yang membeli rumah di luar Kuala Lumpur yang kebanyakannya menetap di Puncak Alam, Rawang, Sg Buloh, Bangi, Kajang & Seremban.

Tindakan ini juga akan menyebabkan lumpuhnya penjualan rumah di luar Kuala Lumpur kerana pekerja tidak mampu menanggung kos kenaikan penggunaan kereta di samping pengangkutan awam yang tidak sampai ke kawasan mereka dan bayaran tambang yang dikenakan agak tinggi.

Ini ditambah pula dengan kelemahan sistem pengangkutan awam termasuklah bas, teksi, sistem aliran ringan (LRT dan Monorel) yang tidak beroperasi pada kesesuaian yang setara dengan kesibukan bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam keadaan rakyat terus diburu dengan kesesakan hidup lantaran meningkatnya kos sara diri akibat inflasi yang gagal dikawal kerajaan, AMK melihat perlaksanaan cadangan ini hanya akan menyukarkan penduduk dan langsung tidak menyelesaikan apa-apa masalah rakyat khususnya di Kuala Lumpur.

Kerajaan sewajarnya memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos sara hidup, bukan berusaha mengerah wang rakyat dikeluarkan dengan sewenangnya demi mengaut keuntungan bagi segelintir pihak semata-mata!

Md Zaman Md Tasi
Ketua Angkatan Muda
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Parti Keadilan Rakyat

Jaminan Pak Lah Retorik Politik!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pengakuan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Pahlawan Ramli Yusuff semalam yang mendedahkan bahawa beliau adalah pegawai kanan polis yang sedang disiasat berhubung dakwaan tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta.

Meskipun beliau menafikan dengan membuat penjelasan, pengakuan Ramli ini dialu-alukan, kerana beliau masih akur dan faham dengan nilai akauntabiliti dan integriti sebagai seorang pegawai polis dan penjawat awam.

AMK melihat sewajarnya sikap Ramli ini disusuli oleh ramai lagi pegawai tertinggi kerajaan dan elit politik yang berselindung daripada mengisytiharkan harta mereka kepada umum.

Dalam masa yang sama AMK ingin menyatakan kekesalan ke atas BPR dan PDRM yang bersifat mengancam Ramli dek kerana penyiasatan yang telah dijalankan di bawah seliaan Ramli ke atas kegiatan jenayah along yang turut melibatkan seorang individu bernama Goh Cheng Poh @ Tengku.

Disebabkan oleh sabitan yang dibuat berdasarkan kepada penyiasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang diketuai Ramli atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharom, pemberi maklumat telah dibongkarkan identitinya oleh BPR kepada Peguam Negara yang membawa kepada beberapa implikasi, termasuklah dakwaan ke atas Ramli menyalahgunakan kuasa oleh CCID dalam tindakan pencegahan jenayah berhubung penahanan dan perintah buang daerah terhadap Goh Cheng Poh @ Tengku.

Ini membuktikan bahawa jaminan Abdullah dan BPR di dalam siasatan kes klip video skandal VK Lingam - Ahmad Fairuz bahawa saksi akan dilindungi adalah satu retorik untuk memerangkap saksi dan pendedah maklumat semata-mata.

Sewajarnya di dalam kes berprofil tinggi seumpama ini, adalah menjadi satu perkara utama keselamatan saksi perlu didahulukan. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila suspek, Cheng Poh, yang dibuang daerah sebelumnya disebabkan jenayah bunuh dan along, melakukan u-turn untuk mendakwa Ramli menyalahgunakan kuasa lantaran laporan media yang menyatakan Cheng Poh adalah ‘bersih’.

AMK turut menggesa kerajaan untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada kenyataan media yang dibuat oleh Ramli, khususnya identiti Goh Cheng Poh yang dikhuatiri mempunyai kaitan dengan pegawai tertinggi polis mahupun elit politik.

Ini berikutan keengganan Penasihat Undang-undang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, yang enggan memberi nasihat dan sebaliknya mengarahkan Ramli dan pegawainya menyediakan afidavit mengenai kertas siasatan terhadap Goh, yang menyebabkan pegawai CCID terpaksa mendapatkan nasihat perundangan daripada sebuah firma guaman yang kemudiannya membantu mereka menyediakan draf afidavit tersebut.

Jelas, wujud satu kecelaruan yang ketara, yang membabitkan ‘kerjasama’ pegawai tertinggi PDRM, Jabatan Peguam Negara, dan pegawai tertinggi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri!

Insiden ini begitu memalukan, dalam keadaan Abdullah Ahmad Badawi mengepalai Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Terbukti kini, Abdullah hanya memainkan retorika politik terbaru untuk menutup aib kerajaan, dan sekarang, bahu beliau terus terbeban untuk menjawab persoalan hasil daripada insiden ini.

Rakyat berhak merasa malu mempunyai sebuah kepimpinan negara yang cacamarba seumpama ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Kenyataan Media : Penurunan Harga Minyak RM 0.15 Tidak Ikut Harga Pasaran Semasa

Kenyataan Media.

31 Oktober 2008.

Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan (AMKWP)


Penurunan Harga Minyak RM 0.15 Tidak Ikut Harga Pasaran Semasa.

Pengumuman penurunan harga minyak oleh kerajaan berkuatkuasa tengah malam ini sebanyak RM 0.15/Liter menidakkan harapan rakyat terbanyak untuk melihat harga bahan api Malaysia berada pada paras yang lebih rendah mengikut harga pasaran semasa.

Harga minyak dunia sudah jatuh ke paras USD 66.00 Setong dan sekiranya kerajaan Malaysia benar ingin melihat harga bahan api ini kembali ke paras yang lebih rendah, AMKWP merasakan inilah masa yang paling sesuai. AMKWP mensasarkan harga minyak Malaysia berada pada paras RM 1.40/Liter dan mahu kerajaan Malaysia mengotakan janji untuk menyelaraskan harga minyak mengikut harga pasaran dunia.

Kerajaan mewarwarkan kepada rakyat mengenai subsidi RM 0.30 yang telah diberikan untuk pengguna. Walaupun sudah di tolak nilai subsidi RM 0.30 ini, harga yang patut rakyat bayar adalah RM 1.10 namun rakyat pula dipaksa membayar subsidi yang jauh lebih tinggi kepada kerajaan secara tidak sedar iaitu sebanyak RM 1.05 berdasarkan harga baru esok , RM 2.15/Liter.

AMKWP meminta kerajaan agar bersunguh memperhalusi harga minyak ini memandangkan keadaan ekonomi Malaysia sekarang amat teruk dan membimbangkan. Harga minyak adalah faktor utama dalam semua aspek kegiatan ekonomi dan inilah masa yang sesuai untuk kerajaan membuktikan negara pengeluar minyak seperti Malaysia dapat bersama rakyat menikmati hasil sumber alam ini.

Rakyat sudah muak dengan permainan kerajaan dengan pelbagai alasan untuk segera menurunkan harga minyak. Mengapa kajian perlu dilakukan hanya untuk menurunkan harga minyak sedangkan kerajaan begitu pantas menaikkan harga minyak tanpa banyak alasan . Kesannya sehingga hari ini, harga barangan melambung tinggi dan rakyat menanggung keperitan hidup .

AMKWP bertekad untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat hak mereka sebagai pengguna dan penduduk negara Malaysia, negara pengeluar minyak dunia. Perubahan kerajaan perlu dipastikan berjaya secara aman dan teratur agar rakyat Malaysia bebas dari kesengsaraan, Merdeka dari kezaliman.

Md Zaman Md Tasi
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Wilayah Persekutuan